35: Ending
💜 Special, Poster for ending💜
●●●●
Jungkook mengorak langkah bersama Suyeon sambil mengeratkan genggaman tangan diantara mereka berdua.
Jungkook mengukirkan senyuman bahagia lalu dia mengangkat genggaman tangan dirinya bersama Suyeon itu ke atas.
Sengaja dia buat begitu bagi memberitahu kepada semua pekerjanya yang berdekatan disitu, yang gadis bernama Kim Suyeon itu sudah memiliki Jeon Jungkook sebagai teman lelaki.
Mahu sahaja Jungkook berteriak kepada semua orang yang akhirnya cintanya tidak bertepuk sebelah tangan.
"awak!" Suyeon menjerit kecil akibat tindakan Jungkook yang memalukan itu lalu Suyeon menurunkan tangannya kebawah.
"kalau boleh, aku nak suruh berita siarkan kepada satu dunia tentang kita berdua" balas Jungkook sambil tersengih.
"eyy, ngada" balas Suyeon lalu mencubit lembut pipi milik Jungkook.
"pipi awak tu eyy comel sangat, saya nak cubit kuat-kuat je" kata Suyeon.
Sejujurnya, setiap kali Suyeon menyatakan tentang diri Jungkook comel. Jungkook jadi tidak tentu arah, hampir sahaja Jungkook menjerit suka bahagia disitu.
Suyeon memandang kearah langit yang masih tidak berhenti menurunkan hujan sejak tengah hari tadi.
"awak, memang awak gembira ke?" Suyeon menyoal.
Jungkook mengangguk lalu mengeluh kecil.
"cuaca akan jadi huru hara, kalau aku, betul-betul jatuh cinta" suara Jungkook mengendur.
Suyeon memandang kearah Jungkook, adakah takdir bagi lelaki itu untuk tidak bercinta sehingga akhir hayatnya?
Lantas segala persoalan ditolak ketepi, Suyeon mengaku yang dirinya terlajak menyukai jejaka itu, dan Suyeon sanggup mengambil risiko yang akan berlaku sepanjang hubungan mereka ini.
Jungkook masih lagi memerhatikan hujan yang turun tanpa henti itu, langsung tidak menunjukkan tanda-tanda hujan ingin berhenti.
Jikalau keadaan ini berterusan, akan boleh menyebabkan banjir berlaku.
Jungkook mengalihkan pandangannya kepada wajah Suyeon.
Satu senyuman kelat diukirkan pada bibir jejaka tersebut.
"awak ok?" Suyeon menyoal.
Jungkook hanya mengangguk perlahan.
"kita makan malam dulu, nanti aku hantar kau balik" kata Jungkook.
Suyeon hanya mengangguk kecil tanda bersetuju.
☆☆☆☆
Suyeon memandang kearah luar tingkap kereta milik Jungkook, dengan keadaan hujan yang masih lagi lebat.
Paras air mula menaik, menyebabkan longkang tidak mampu menampung air lagi.
Jadi, Air mula naik sehingga menutup jalan raya, tidaklah terlalu tinggi. Kenderaan masih lagi mampu bergerak.
Atau erti kata lain, bajir kilat.
"awak, sampai bila hujan akan turun?" Suyeon menyoal.
Jungkook memandang sejenak kearah Suyeon, lalu dia kembali fokus pada pemanduan.
"a-aku, pun tak tahu" teragak-agak Jungkook menjawab.
Suyeon memandang kearah Jungkook.
Adakah memang takdir hidup mereka berakhir hanya sebab Jungkook tidak boleh jatuh cinta.
Atau erti kata lain, Jungkook perlu berkhawin dengan orang yang dia tidak cintai, bagi mengekalkan keadaan cuaca.
Jika itu benar, kasihan sunggub nasib kehidupan lelaki itu.
"Kita nak pergi makan dekat mana?" Suyeon mengubah topik perbualan.
"rumah parents aku" kata Jungkook.
"oh, ok" balas Suyeon.
"Eh kejap?! apa?!" teriak Suyeon setelah dia menyedari kata-kata Jungkook tadi.
☆☆☆☆
"ah, ini ke bakal menantu ibu?" ibu Jungkook menyoal sambil mengukirkan senyuman lebar.
Suyeon menunduk malu apabila diberi julukan 'menantu' oleh ibu Jungkook.
Jungkook hanya tergelak kecil sebelum menggapai jari-jemari milik Suyeon, lantas lelaki itu mencium lembut jari-jemari milik gadis itu.
"betul lah tu, ibu" balas Jungkook.
"Jemputlah duduk" kata ayah Jungkook.
Mereka semua mengambil tempat duduk di kerusi meja makan milik keluarga Jungkook itu.
☆☆☆☆
"Suyeon tahu tentang, Jungkook boleh mengubah cuaca?" Ibu Jungkook menyoal tanpa ragu-ragu.
Suyeon mengangguk perlahan sambil mengunyah makanan di dalam mulutnya
"patutlah cuaca tak menentu, Jungkook jatuh cinta rupanya" balas Ayah Jungkook.
"teringat pula waktu kita bercinta dulu, hujan lebat sampai banjir satu bandar" balas ibu Jungkook kepada suaminya diikuti dengan gelakan kecil.
Tiba-tiba kunyahan Jeon Jungkook terhenti.
"wait, masa ibu dengan ayah bercinta dulu? maksudnya, ayah pun mengalami benda yang sama macam Jungkook?" Jungkook menyoal secara serious.
"Ya, sayang" balas ibunya.
"m-macam mana ayah boleh berhenti daripada kekal macam macam itu?" Jungkook menyoal, kerana dia benar-benar ingin melupuskan kebolehan ini dari hidupnya.
"selepas kamu lahir, cuaca berubah mengikut perasaan kamu dan bukan lagi perasaan ayah" balas ayahnya.
Jungkook memandang sejenak kearah Suyeon.
Maksudnya, jika ditakdirkan Jungkook mendapat anak, anaknya akan mewarisi kebolehan malang ini.
Mata Jungkook langsung tidak berkedip.
Tak akanlah dia mahu biarkan anaknya nanti, sengsara seperti dirinya, menahan perasaan, tidak boleh menangis sepuas hati, tidak boleh mencintai.
Jungkook tidak mahu bakal anaknya terseksa seperti dirinya.
☆☆☆☆
Setelah menghantar Suyeon pulang, Jungkook kembali ke rumah kondo miliknya.
Langsir rumahnya itu diselak, hujan masih lagi belum reda. Kekal lebat seperti tadi.
Tidak sanggup dia nak tengok berita tentang kejadian cuaca hari ini.
Jungkook mengeluh kecil lalu dia melabuhkan punggung keatas sofa di ruang tamu yang luas itu.
Dia meraup lembut wajahnya, perlahan-lahan air matanya mula gugur.
"T-tak akanlah h-hidup aku m-macam ni" Jungkook mengungkapkan dengan nada tersekat-sekat.
Sekarang, Jeon Jungkook, hanya ada dua pilihan, khawin dengan gadis yang dicintainya dan anaknya nanti akan sengsara atau lupakan Suyeon dan tidak jatuh cinta lagi selepas ini.
Mission
Dapatkan 400 votes & 100 comments
sebelum pukul 10 malam (20 jun 2019)
Kalau tak, kita biar cerita ni tergantung macam ya.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top