32: Balik
320 vote + 40 comments
"hari ni, aku hantar kau balik rumah tau" bisik Jungkook ditelinga Suyeon.
Lantas Suyeon memandang kearah lelaki itu. Jungkook hanya membuat muka innocent disitu.
Geram sahaja Suyeon ingin mencubit-cubit pipi lelaki itu akibat terlalu comel.
Lalu Suyeon mengangguk tanda setuju sahaja.
☆☆☆☆
Jungkook mengeluh kecil apabila mendapati yang jalan ingin memasuki kawasan perumahan Suyeon itu, sedang dibaiki.
Jadi, untuk masuk kedalam, perlu berjalan. Sebarang kenderaan tidak dibenarkan masuk.
"Tak apalah, awak hantar sampai sini pun saya dah cukup bersyukur" kata Suyeon.
"Jom" balas Jungkook.
"apa?" Suyeon menyoal.
"aku hantar kau sampai dalam" kata Jungkook lalu mematikan enjin kereta.
"eh, tak payah lah. Susahkan awak je" balas Suyeon.
"siapa yang hantar kau balik?" sengaja Jungkook menyoal.
Suyeon mengeluh, sudah datang kembali perangai hanat Jeon Jungkook.
"suka hati awaklah" ujar Suyeon lalu membuka pintu kereta.
Jungkook hanya mengukirkan senyuman bila melihat reaksi gadis itu, baginya sungguh comel!
Lantas Jungkook turut turun dari kereta dan mengejar langkah Suyeon, sempat lelaki itu mengunci kereta miliknya.
Jungkook memperlahankan langkahnya apabila dia hampir menyamai langkah Suyeon.
"hari tu, masa hantar kau balik yang kau tengah mabuk tu. Dekat kawasan sini, ada suara perempuan menjerit, lepas tu dia bercakap dengan seorang lelaki" kata Jungkook kepada Suyeon.
"maksud awak, mak cik Yeon dengan pak cik Tan ke?" Suyeon menyoal.
Jungkook hanya mengangkat bahu tandanya dia tidak tahu itu siapa.
Suyeong menghalakan jari telunjuknya ke arah sebuah rumah yang tidak jauh dari situ.
"awak dengar dari kawasan lorong situ?" Suyeon menyoal.
Jungkook mengangguk laju.
"oh, mereka tu pelakon teater, selalu sangat dengar macam-macam bunyi sebab mereka berlatih" kata Suyeon.
Jungkook terkaku, jadi, hari itu. Cuma lakonan, yanh dia dengar tanpa sengaja. Ah, Jungkook tertipu.
Boleh rujuk part 14.
Jungkook mengembungkan pipinya tanda tidak berpuas hati.
Hal itu membuatkan Suyeon tergelak kecil.
"awak ni suka sangat buat riak wajah yang comel" kata Suyeon.
Jungkook hanya meneruskan berjalan kehadapan tanpa memandang wajah Suyeon, disebabkan Jungkook tersengih suka sehinggakan dia tidak boleh menyorokkan senyuman bahagia itu lagi.
Mereka berdua berjalan sehingga hampir tiba di rumah Suyeon.
"Dah nak sampai dah. Awak pergilah balik, dah nak malam ni" kata Suyeon.
"Mana boleh, aku kena tengok kau masuk rumah dengan selamat dulu" balas Jungkook lalu menarik tangan Suyeon supaya mendekati pintu rumah itu.
Suyeon tersenyum kecil sebelum mengetuk pintu rumah.
"Sekejap!" balas ibu Suyeon dari dalam rumah sementara dia membuka pintu rumah itu.
Setalah membuka pintu rumah itu, terpampar wajah ibu Suyeon dimuka pintu.
"bye, awak" balas Suyeon sambil melambai.
Jungkook turut melambai kearah gadis itu.
"Encik nak balik dah?" soal ibu Suyeon secara tiba-tiba.
Jungkook menunduk hormat kepada ibu Suyeon.
"ya, saya baru nak balik" balas Jungkook.
"jemputlah masuk, kita makan malam sekali" ibu Suyeon menjemput Jungkook.
Suyeon memandang ke arah ibunya dan Jungkook secara silih berganti.
☆☆☆☆
Jungkook memandang kearah mangkuk nasi yang tersedia di atas meja itu.
"Jungkook, kamu ok? atau kamu nak makan lauk lain?" Ibu Suyeon menyoal.
"ah, ani, jangan risau" balas Jungkook disertakan dengan senyuman pada bibirnya.
Suyeon sudah rasa bersalah, disebabkan Jungkook kelihatan agak kurang selesa.
Perlahan-lahan Jungkook menyuap makanan kedalam mulutnya.
Seokjin, ibu Suyeon dan ayahnya hanya memandang kearah Jungkook bagi melihat reaksi lelaki itu.
"ah, tadi, ada jiran yang baru pindah" sengaja Suyeon menarik perhatian keluarganya supaya berhenti merenung Jungkook sedemikan.
Akan tetapi keluarganya masih kekal memandang kearah Jungkook. Suyeon mengeluh kecil.
Dengan perasaan nervous Jungkook menelan nasi bersama lauk yang dikunyah olehnya.
Secara tidak langsung, angin mula bertiup kencang disebabkan Jungkook berasa gementar apabila berada bersama ahli keluarga gadis yang dia sudah jatuh hati itu.
"sedap" akhirnya Jungkook mengeluarkan kata putus.
Seluruh ahli keluarga Suyeon menghembus nafas lega.
"tambah lah lagi" kata ayah Suyeon kepada Jungkook.
Jungkook hanya mengangguk kekok.
Suyeon memandang ke luar tingkap. Sekali lagi gadis itu mengeluh kecil disebabkan keadaan cuaca. Jelas sekali yang Jungkook berasa tidak selesa.
"maaf" Suyeon berbisik sedikit kepada Jungkook yang duduk disebelahnya itu
Jungkook memandang sejenak kearah Suyeon lalu dia menggeleng tanda dia langsung tidak tawar hati.
☆☆☆☆
Jungkook memandang ke luar rumah, sudahlah keretanya berada di luar kawasan perumahan Suyeon.
Angin pula kencang tidak henti-henti. Jungkook masih lagi rasa gementar apabila disoal banyak oleh ibu bapa Suyeon sebentar tadi.
Jantungnya seakan-akan terhenti.
"Jungkook-shi tidurlah sini, ribut kuat dekat luar tu" Ibu Suyeon bercadang.
Jungkook memandang wajah ibu Suyeon dengan pandangan serba salah,dia rasa yang dirinya banyak betul menyusahkan keluarga ini.
"kamu boleh tidur dibilik Suyeon" kata ayah Suyeon pula.
"habis tu adik nak tidur mana?!" Suyeon menyampuk.
"kamu tidur di sofa ruang tamu pun boleh" balas ayahnya.
Suyeon berdecit perlahan, terasa seperti orang asing apabila dilayan sedemikian.
Memang benar rumahnya sempit. Katil dibilik abangnya dan di biliknya pun kecil dan muat untuk tidur seorang.
Bilangan bilik juga terhad.
"B-boleh ke kalau saya tidur sini?"
TBC
Maaf sebab sikap kurang matang aku, yang pergi luahkan semua semalam tu.
Apa-apa pun, selamat hari raya, maaf zahir dan batin💚💜
❤promote❤
my love, TheRealNajwa
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top