31: Ros
300 votes + 80 comments
"waktu aku kata i love you, kau balas apa?" Jungkook menyoal.
"i love you too lah" balas Suyeon.
"Eh! kejap!" Suyeon baru menyedari apa yang dikatakan olehnya sebentar tadi.
"Mana ada awak cakap i love you " Suyeon menipu.
"Serious, tak ada?" Jungkook menyoal sambil mengecilkan matanya tanda tidak mempercayai gadis itu.
"Iya, kot" balas Suyeon dengan suara mengendur.
"Kim Suyeon, tolong jawab dengan jujur" suara Jungkook ditegaskan.
Suyeon berhenti mengunyah dan menunduk kebawah. Dia sedang dilema, malu pula untuk meluahkan segalanya.
Wajah Jungkook bertukar normal, lalu dia kembali memandang Suyeon.
"maaf, aku terlalu ikut perasaan. Makanlah. Maaf sebab tinggikan suara tadi" kata Jungkook lalu dia bangkit dan pergi ke dapur.
Suyeon memandang Jungkook yang sudah berganjak ke dapur. Suyeon menampar perlahan pipinya, ah dia pula yang rasa bersalah kerana membuat Jungkook sedemikian.
Jeon Jungkook POV💚
Jungkook membuang kotak pizza yang kosong didalam tong sampah, lalu dia membuka paip sinki.
Jungkook membilas wajahnya dengan air yang mengalir itu.
"argh, kenapa aku pergi tinggikan suara macam tu, kan dia dah takut" kata Jungkook perlahan sambil menyalahkan dirinya.
"Awak?" Suara Suyeon memanggil membuatkan Jungkook berpaling kebelakang.
Lalu dia menutup semula paip sinki tersebut.
"tong sampah ada dekat sini" kata Jungkook kepada Suyeon tandanya Suyeon ingin membuang kotak pizza yang dimakan olehnya tadi.
Suyeon berjalan mendekati tong sampah yang betul-betul berada bersebelahan dengan Jungkook dimana berdekatan dengan sinki.
Jantung Jungkook berdegup kencang apabila Suyeon berada dalam jarak yang amat rapat dengan dirinya.
"ermm, awak, tepi sikit boleh tak?" Suyeon meminta.
Lantas Jungkook menjarakkan diri beberapa langkah daripada Suyeon.
"M-maaf" kata Jungkook.
"Hahaha, comellah reaction awak tu" kata Suyeon lalu membuang kotak tersebut.
"jangan senyum macam tu, please. Aku tak kuat ni" desis hati Jungkook.
"Ok lah, saya balik dulu ya" kata Suyeon kepada Jungkook.
Suyeon berjalan untuk keluar dari bahagian dapur itu.
"Tunggu, aku hantar kau balik" suara Jungkook menahan Suyeon daripada keluar.
☆☆☆☆
Suyeon melambai kearah kenderaan milik Jungkook sebelum dia mengorak langkah memasuki rumahnya.
"Adik dah balik" ucapnya sambil memecat kasutnya sebelum diletakkan pada rak.
"tadi tu siapa?" soal ibunya yang sedang berdiri dihadapannya kerana menunggu Suyeon dari tadi.
"errm, bos adik" balas Suyeon.
Ibunya mengecilkan matanya tanda dia mulai mengesyaki sesuatu.
"Korang berdua ada hubungan apa ha?" ibunya menyoal.
"ibu, bagilah dia masuk dalam rumah dulu" tegur abang Suyeon, Kim Seokjin.
Ibu Suyeon memberi laluan sedikit untuk Suyeon masuk kedalam rumah.
"Ha, tunggu situ. Ibu belum habis cakap lagi" kata ibunya yang membuatkan gadis itu terus berhenti.
"Kami tak ada apa-apa hubungan pun, ibu" suara Suyeon meleret tandanya dia sudah penat berdiri lama.
"Semalam buat apa di rumah dia?" ibunya seakan-akan tahu yang anak gadisnya itu berada dirumah Jungkook semalam walaupun Suyeon tidak memberi tahu dengan rapi.
Seokjin hanya memandang wajah adiknya itu.
"semalam dia mabuk.." semakin meleret suara Suyeon.
"lepastu tak ada apa yang berlaku. Sebab dia tidur sambil pegang tangan adik. Itu je" kata Suyeon lagi.
Ibunya memandang wajah Suyeon dengan pandangan seakan-akan marah.
"kalau dia teman lelaki adik, bawa dia jumpa ibu. Senang, khawin terus" ujar ibunya dan senyuman kecil terukir pada bibirnya.
"Ibu!" Suyeon menghentak kakinya tanda protes apabila dimainkan sebegitu oleh ibunya.
Lalu ibunya menolak perlahan Suyeon supaya ke tepi dan ibunya berjalan memasuki dapur.
"Jeon Jungkook?" Seokjin menyoal.
Suyeon mengangguk sambil memandang wajah abangnya itu.
"elok dah tu. Hari tu adik mabuk, dia yang hantar adik sampai rumah. Semalam dia mabuk, adik hantar sampai rumah dia. Jodoh sangat dah tu" kata Seokjin lalu berjalan menuju ke ruang tamu.
"abang!" sekali lagi Suyeon menghentak kakinya tanda protes apabila diusik oleh abangnya pula.
☆☆☆☆
Jungkook mengerling jam tangan miliknya, tinggal beberapa detik lagi sebelum waktu habis bekerja.
Jungkook menutup komputer yang terletak diatas mejanya, lalu dia cepat-cepat berlari menuju ke lif.
Kim Suyeon POV💚
Suyeon dan Taehyung berbual-bual sementara menunggu lif tiba.
"Jadi, sekarang ni girlfriend awak tengah merajuk lah?" Suyeon menyoal sambil menahan tawanya.
Taehyung mengangguk sambil memuncungkan bibirnya.
Iya, Taehyung sudah berpunya gais🌚
"Saya tak tahu pula yang bunga ros putih tu maksudnya perkabungan atau kematian. Jadi saya bagilah. Lepas tu dia marah-marah. Manalah saya tahu, saya ingatkan semua bunga ros sama je" kata Taehyung sambil memuncungkan bibirnya lagi.
Akhirnya meletus juga ketawa Suyeon akibat perangai yang tidak tahu apa-apa oleh Taehyung itu.
"awak janganlah gelakkan saya" Suara Taehyung meleret seperti meminta simpati.
"nanti kalau ada masa kita pergi makan dekat luar sambil cari bunga ros merah untuk teman wanita awak ya" kata Suyeon sebagai kata putus.
Ting!
Pintu lif terbuka dan Taehyung sudah melangkah masuk kedalam. Manakala mata Suyeon berpaut pada Jeon Jungkook yang sudah ada didalam lif tersebut.
"masuklah" suara Jungkook itu membuatkan Suyeon tersedar lalu terus masuk kedalam kotak lif dengan pantas.
Suyeon mengambil tempat bersebelahan dengan Jungkook. Pintu lif kembali tutup.
Lalu Jungkook merendahkan sedikit tubuhnya bagi menyamai telinga Suyeon, lalu dia berbisik,
"hari ni, aku hantar kau balik rumah tau"
TBC
Mari tamatkan cerita ni sebelum raya. Gud luck!
Btw, siapa yang suggest nama aku dekat renmarceline 😂😂😂 berguling aku gelak sebab aku rasa karya aku cukup hambar jika dibandingkan dengan penulis lain. Apa-apa pun siapa yang undi tu, thanks sebab hargai karya aku❤
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top