30: Rumah

320 votes + 60 comments

"a-apa yang dah berlaku?" Jungkook menyoal dengan matanya yang membulat akibat terkejut.

Pantas Suyeon menjauhi dada bidang Jungkook, lalu dia membetulkan duduknya di atas sofa itu.

"ermm, semalam awak mabuk. Itu je" balas Suyeon.

"a-aku ada buat benda pelik dekat kau?" Jungkook menyoal dengan nada suara resah.

"oh tak! jangan risau! langsung tak!" balas Suyeon bagi tidak menyebabkan Jungkook salah faham.

Jungkook melihat disekelilingnya, ini rumahnya.

"macam mana kau bawa aku masuk?" Jungkook menyoal, disebabkan hari itu dia baru menukar kata laluan rumahnya.

"awak tak nak tanya macam mana saya jumpa rumah awak dulu?" Suyeon membalas.

Jungkook terdiam seketika.

"Hahaha, awak ni comel lah" kata Suyeon setelah melihat reaksi Jungkook yang sebegitu.

"c-comel?" Jungkook menyoal sambil menyentuh pipinya.

Suyeon mengangguk.

"oh ya, awak ada berapa rumah sebernarnya? hari tu rumah awak yang saya pergi dengan Taehyung tu dekat tempat lain" Suyeon menyoal.

Rumah yang dia pergi beberapa bulan lepas, merupakan rumah dua tingkat yang luas. Manakala rumah yang sekarang ni merupakan sebuah condominium yang sangat mewah dan luasnya seakan-akan boleh memuatkan padang bola sepak.

Boleh rujuk part 7.

"Rumah yang kau pergi hari tu, aku dah jual pada pihak bank. Sebab jalan sesak kalau nak balik, jadi aku beli rumah lain" balas Jungkook.

"Alah, tapi rumah awak yang tu cantiklah, sayangnya" Suyeon mengeluh kecil.

"kau tak nak mandi?" Jungkook mengubah topik.

"eh, tak apalah. Saya nak balik dah ni" kata Suyeon.

"kau nak balik dengan gigi belum berus tu?" sengaja Jungkook menyoal.

Suyeon mengetap giginya.

"aku ada berus gigi yang belum guna, kau boleh pakai baju T-shirt aku dengan seluar slack aku, kalau kau tak kisah" kata Jungkook lalu dia bangkit dari sofa dan berjalan ke biliknya.

Jungkook membuka pintu almari lalu mengambil sepasang pakaian dan sehelai tuala, tidak lupa juga berus gigi yang belum diguna pakai lagi.

Dia berjalan menuju ke arah Suyeon. Jungkook menghulurkan barang-barang tersebut kepada Suyeon.

"Tandas ada disebelah dapur tu" kata Jungkook.

Suyeon hanya mengangguk lalu berjalan menuju ke arah tandas seperti yang dikatakan oleh Jungkook tadi.

Setelah Suyeon pergi, Jungkook mencapai telefon bimbit miliknya.

Jungkook menekan beberapa nombor lalu panggilan bersambung.

"ya, selamat pagi" suara wanita menyapa.

"selamat pagi, ini saya Jeon Jungkook" balas Jungkook.

"ya, encik. Apa yang saya boleh bantu?" wanita itu menyoal.

"saya ada jual sebuah rumah, boleh tak cik tolong semak. Jika rumah itu masih belum dibeli atau masih available " kata Jungkook.

"sebentar ya" kata wanita itu.

"ya, masih belum di beli oleh sesiapa" kata wanita itu.

"saya nak beli semula rumah itu" kata Jungkook.

"nanti saya lakukan pemindahan wang" kata Jungkook lagi.

☆☆☆☆

Jungkook mengelap rambutnya sehingga kering, lalu tuala itu dimasukkan kedalam bakul.

Jungkook melalui tandas yang dimasuki oleh Suyeon.

Pintu tandas itu diketuk oleh Jungkook.

"Suyeon-shi, kau okay?" Jungkook menyoal.

"Okay!" balas Suyeon dari dalam tandas.

Jungkook mengusap lembut belakang tengkuknya.

Lama sungguh Suyeon didalam itu, sehinggakan lelaki itu sudah selesai mandi. Suyeon masih lagi belum siap.

Jungkook berjalan menuju ke dapur, peti ais dibuka olehnya.

"Barulah aku tahu kenapa omma selalu marah kalau datang rumah aku" kata Jungkook sendirian setelah melihat keadaan peti ais miliknya.

Hanya penuh dengan Champagne dan wine serta Vodka. Terdapat juga beberapa tin Coca-Cola.

Disebabkan selama ini Jungkook hanya makan diluar atau dirumah ibunya sahaja.

Jungkook menutup semula peti ais tersebut lalu dia menuju ke ruang tamu.

Jungkook cuba mengingat kembali apa yang berlaku semalam. Dahinya berkerut sambil berfikir.

"kau, cantik sangat"

"2 tambah 2 berapa?"

"i love you"

"jangan tinggal aku"

Jungkook mengigit bibirnya setelah mengingati serba sedikit apa yang dikatakan olehnya semalam.

Lantas lelaki itu menyembam wajahnya ke bantal kusyen yang terletak diatas sofa itu.

"argh, malunya" Jungkook mengeluh kecil.

"Awak" suara Suyeon menyapa yang terus membuatkan seratus peratus Jungkook kembali duduk dengan tegak.

"iya?" Jungkook membalas.

"Baju awak besar sangatlah" kata Suyeon, sebab itulah dia berada lama dalam tandas akibat bahagian bahu baju itu terlalu besar.

Jungkook memandang kearah Suyeon yang sedang berdiri dihadapannya itu.

"kejap, aku cari baju lain" kata Jungkook lalu bangkit menuju ke biliknya semula.

☆☆☆☆

"kau ok ke, makan pizza je?" Jungkook menyoal.


Suyeon mengangguk laju lalu menyuapkan sekeping potongan pizza kedalam mulutnya.

Mujur sahaja hari ini hari Ahad, cuti. Sempat Jungkook memesan pizza dan tiba dalam masa yang cepat.

"kau tak jawab lagi soalan aku" Jungkook mengubah topik.

"Apa?" Suyeon menyoal semula.

"Macam mana kau bawa aku masuk?" Jungkook menyoal.

"Oh, kebetulan. Kata laluan pintu rumah awak. Sama dengan kata laluan telefon saya" balas Suyeon.

"Aku ada cakap benda bukan-bukan ke semalam?" Jungkook menyoal lagi.

"awak menganjing saya tahu tak?" balas Suyeon.

Jungkook mengerutkan dahinya "aku buat apa?"

" saya tanya rumah awak tingkat berapa lepas tu awak tanya saya 2 tambah 2 berapa, saya ingatkan rumah awak tingkat empat. Lepas tu awak cakap tingkat 3. Nasib baik saya tak terajang awak semalam" terang Suyeon dengan penuh intonasi.

"lagi? aku cakap apa lagi?" Jungkook menyoal lagi.

"awak tunjuk jalan nak balik rumah jelah" balas Suyeon.

"waktu aku kata i love you. Kau balas apa?"

TBC

Dia punya sawit tu, sampai aku campak fon aku sendiri😂

Lagi 5 part sebelum ending. Tengoklah, kalau rajin. Aku publish epilogue. Kalau tak, sampai ending jelah ya.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top