28: Dinner
300 votes + 60 comments
"kau suka aku?" Jungkook menyoal, kata-kata Suyeon tadi diabaikan.
"mestilah suka, tak akanlah benci pula" balas Suyeon sambil mengerutkan dahinya. Pelik sungguh tiba-tiba sahaja bosnya bertanya sedemikian.
"ani, maksud aku. Suka yang macam.. argh tak apalah. Lupakan" Jungkook akhirnya mengalah takut yang dirinya syok sendiri. Malu saja nanti.
Sudah terang lagikan bersuluh tidak perlu guna torch light lagi, yang Suyeon hanya membantu dirinya untuk memboloskan diri daripada Choi Seulha.
☆☆☆☆
Jungkook memandang kearah Suyeon yang sedang menyedut minuman jus epal melalui straw itu.
"Kim Suyeon-shi" Jungkook memanggil gadis itu.
Suyeon memandang wajah Jungkook yang berada dihadapannya itu.
"ya?" Suyeon menyahut.
"malam ni, kita ada dinner dengan pengarah syarikat QWE Cosmetic. Yang kita jemput daripada showcase di france hari itu" kata Jungkook.
"Encik Cha tu ke?" Suyeon menyoal.
Jungkook mengangguk kekok.
"alah, awak. Dia tu miang sangatlah. Kenapa pilih dia dulu. Kan banyak lagi syarikat lain" kata Suyeon seakan-akan mengeluh.
"iya, aku tahu. Tapi kita tak ada pilihan lain. Syarikat dia sahaja yang berasal dari negara jika dibandingkan dengan pilihan lain yang kita ada" balas Jungkook.
"jadi, malam ni pukul berapa?" Suyeon menyoal, tandanya dia bersetuju.
"lepas habis waktu kerja, kita terus pergi" kata Jungkook.
Suyeon hanya mengangguk lalu dia menyambung menjamah makanan.
☆☆☆☆
"malam ni awak sibuk?" Taehyung menyoal Suyeon sementara menunggu lif untuk tiba diruang bawah.
"Oh ya, saya perlu temankan Jungkook untuk pergi dinner dengan pengarah QWE Cosmetic" balas Suyeon.
"Oh, okay.." kata Taehyung, kedengaran nada hampa pada ayatnya.
"next time lah ya, kita keluar" kata Suyeon disertakan senyuman manis.
"ok, boleh" balas Taehyung, cepat-cepat senyuman diukirkan pada bibirnya.
Setelah lif sampai di tingkat bawah, pintu lif terbuka dan semua orang didalam lif itu keluar dari kotak lif tersebut.
Jeon Jungkook sudah menunggu didalam keretanya yang diparkirkan betul-betul hadapan pintu keluar-masuk bangunan itu.
Kim Suyeon mempercepatkan langkahnya mendekati kereta Jungkook.
Sempat gadis itu senyum manis lalu membuka pintu kereta dibahagian tempat sebelah pamandu.
☆☆☆☆
"Hai, selamat malam cik Suyeon" encik Cha menyapa gadis itu.
Suyeon mengambil tempat bersebelahan dengan Jungkook manakala berhadapan dengan Encik Cha, disebabkan faktor kurang selesa.
"Err.. hai" balas Suyeon lalu dia mendekatkan dirinya dengan Jungkook.
"Saya tak sukalah senyuman dia tu nampak gatal sangat. Geli" bisik Suyeon pada telinga Jungkook.
Lalu gadis itu kembali tersenyum palsu terhadap encik Cha.
Seorang pelayan lelaki datang menghampiri meja mereka. Sudah tentu tujuannya untuk mengambil pesanan.
"Bagi saya orange juice" kata Jungkook.
"saya nak teh bunga suam" kata Suyeon pula.
"Aik, minum je? makan tak nak?" soal encik Cha kepada Suyeon.
Oh tolonglah, orang tua ini sangat miang!
"Tak, saya dah kenyang" balas Suyeon dengan penuh sopan dan sabar.
Karang mengamuk dekat sini, habis batal semua kontrak. Langsung tidak membuahkan hasil. Rugi sahaja nanti.
Tiba-tiba bunyi telefon Jungkook berdering dan membuatkan dia terpaksa meminta diri sebentar untuk ke luar bagi menjawab panggilan daripada client-nya.
Hanya tinggal Suyeon dan pak cik gatal itu sahaja di meja makan tersebut.
Encik Cha mengukirkan senyuman gatal terhadap Suyeon.
"Err.. saya nak pergi tandas sekejap" kata Suyeon lalu bangkit dan menuju ke tandas.
Jungkook tiada, secara automatiknya Suyeon tidak akan berduaan dengan lelaki miang ini.
Jeon Jungkook POV💚
Setelah perbualan ditelefon itu tamat, Jungkook melangkah masuk kedalam restaurant itu semula.
Jungkook hanya berjalan dengan tenang menuju ke meja makannya. Tidak sehingga dia menyedari yang Encik Cha memasukkan serbuk berwarna putih kedalam air teh bunga yang dipesan oleh Suyeon tadi.
Tampak seperti, serbuk yang dimasukkan itu. Sejenis dadah.
Berdasarkan kuantiti yang dimasukkan encik Cha, tidaklah terlalu banyak. Hanya untuk menghalusinasikan seseorang sahaja. Orang yang minum itu seakan-akan mabuk.
Jeon Jungkook bukanlah seorang yang bodoh, sudah tentu Encik Cha berbuat begitu kerana ingin memperkosa Suyeon di hotel nanti.
Sama yang Encik Cha pernah lakukan terhadap gadis-gadis lain sebelum ini.
Setelah melihat Encik Cha menyimpan semula peket plastik itu kedalam poketnya, barulah Jungkook datang mendekati meja itu.
"Oh, Encik Jeon Jungkook. Jemput duduk" kata encik Cha.
Jungkook memberikan senyuman palsu lalu dia mengambil tempat duduknya.
"Suyeon mana?" Jungkook menyoal.
"dia pergi tandas" balas Encik Cha.
Jungkook hanya mengangguk, kalau difikirkan dua kali. Mahu sahaja dia menyerang Encik Cha. Akan tetapi, demi menjaga nama baiknya dan nama syarikat. Dia tahu, yang dia tidak lantas berbuat begitu.
Tidak fasal-fasal dirinya dicop sebagai tidak professional.
Setelah Suyeon datang ke meja itu, terus Encik Cha memberikan cawan yang berisi teh itu.
"Ni, Cik Suyeon punya" kata Encik Cha dengan nada ramah.
Jungkook hanya memandang perilaku Encik Cha itu.
"T-terima kasih" balas Suyeon. Jujur, tidak selesa langsung dengan sikap lelaki itu.
"Suyeon-shi aku baru terasa nak minum teh. Boleh tukar dengan jus oren aku tak?" Jungkook menyoal.
"order lah yang lain, saya bayarkan" Encik Cha menyampuk.
"Tak apalah, boleh sahaja kita tukar. Takut berlaku pembaziran" kata Suyeon lalu menukar cawan dengan Jungkook.
Alasan mengapa Suyeon hanya mengikut kehendak Jungkook adalah kerana ingin memastikan lelaki itu selesa. Lagi pun, Suyeon ok sahaja minum jus oren sekali pun.
Encik Cha memberikan pandangan tajam ke arah Jungkook kerana merosakkan rancangannya.
Tanpa membuang masa, Jungkook minum teh tersebut sekali teguk. Bagi mengelakkan air itu diminum oleh sesiapa lagi.
Pada mulanya Jungkook tidak merasa apa-apa yang pelik.
Sehinggalah perbincangan mereka tamat.
"Saya minta diri dulu ya, cik Suyeon" kata Encik Cha lalu dia bergegas pergi.
Setelah melihat Encik Cha pergi, barulah Jungkook terasa pening.
"Awak?" Suyeon memanggil Jungkook apabila melihat lelaki itu seakan-akan mabuk.
Jungkook melihat disekelilingnya, semuanya tampak kabur dan ada dua.
Memang dirinya kebal dengan arak. Tapi, serbuk yang dimasukkan oleh Encik Cha itu dadah. Kesannya lebih kuat berbanding arak.
"Jungkook?" Suyeon memanggil sekali lagi.
"kau, cantik sangat"
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top