26: Luruh

200 votes + 45 comments

Notes!!
sesiapa yang tak ingat atau tidak faham, boleh rujuk chapter 14 untuk refresh kembali apa yang berlaku

"sekarang musim luruh, bukankah kau kata yang kau suka dengar lagu dari earphone sambil berada dibawah pokok ketika musim luruh" kata Jungkook.

Suyeon kekal memandang wajah Jungkook, masih lagi dia terkaku disitu.

Dedaun yang berwarna kekuningan mulai jatuh dari pohon dan beterbangan di udara akibat ditiup bayu lembut.

"M-macam mana awak tahu?" Suyeon menyoal sambil merenung wajah Jungkook.

"itulah kau, hari itu mabuk teruk sangat sampai semua benda nak bagi tahu aku" kata Jungkook.

"i-iya ke?" Suyeon menyoal kembali.

Jungkook mengangguk, sambil dia menahan tawanya, padahal, dirinya yang bertanya pelbagai soalan pada malam Suyeon mabuk itu.

Suyeon mengetap giginya, aduh. Manalah dia ingat apa yang berlaku ketika itu.

"saya cakap apa lagi?" Suyeon menyoal.

"kau cakap, aku ni handsome " Niat Jungkook sekadar bergurau sahaja.

"argh, damn it" perlahan sahaja bunyi Suyeon mencarut.

Lantas Jungkook meraut lengan Suyeon dan menariknya supaya mara terus kehadapan.

"Sudahlah, tidak perlu pun nak menangis bagai mahu mati" kata Jungkook.

"awak cakap senanglah. Bukan awak yang ada ditempat saya" kata Suyeon.

"tapi aku faham perasaan kau" kata Jungkook.

"Cuba kau bayang, kalau kawan kau itu masih terus hidup. Bukankah dia akan lebih terseksa berbanding dia pergi" ujar Jungkook.

Suyeon hanya mendiamkan diri, memang benar jika Haejoo kekal hidup sekali pun, dia akan terseksa disebabkan rawatan yang perlu ditempuhinya hampir setiap masa.

"A-aku nak bagitahu kau sesuatu dan, ermm aku nak kau tahu yang aku.. tak menipu" kata Jungkook.

Pergelangan tangan Kim Suyeon diraut lembut oleh Jungkook, sempat jejaka itu memandang tepat anak mata Suyeon.

"ini rahsia aku. Rahsia yang paling besar untuk aku" kata Jungkook.

Suyeon hanya setia mendengar.

"Cuaca yang berlaku disekeliling aku. Semuanya mengikut perasaan aku ketika itu" kata Jungkook.

Suyeon mengamati wajah tampan Jungkook itu.

Selama dia mengenali Jungkook, tidak pernah sekali pun Jungkook berbohong padanya. Jika ada pun, itu hanyalah satu gurauan.

"A-apa awak cakap ni" balas Suyeon. Perasaan Suyeon yang tadinya kecewa sudah bertukar kepada terkejut.

"Betul, sumpah aku tak tipu" kata Jungkook dengan riak wajahnya yang sedang meminta gadis itu untuk mempercayainya.

Tidak tahu mengapa Jungkook rasa mahu berkongsi tentang perkara itu dengan Suyeon.

"Aku tahu sukar untuk kau mempercayai apa yang aku cakap. Tapi, sejujurnya, aku dah penat untuk mengawal emosi" kata Jungkook.

"Semua manusia boleh marah dan menangis semahu yang mereka boleh. Aku ni pula, nak berasa panik dan sedih pun terpaksa berfikir dua kali bagi tidak menyebabkan bencana alam. Aku, penat" suara Jungkook mengendur.

Suyeon memandang anak mata hazel milik Jeon Jungkook itu. Sungguh Suyeon boleh nampak kejujuran pada matanya.

Mata mereka berdua bertentangan sambil alunan lagu spring day milik karya BTS itu dimainkan pada earphone yang dipakai hanya sebelah sahaja oleh setiap orang.

Tanpa disedari perasaan Suyeon mula reda. Jika diperhatikan, selama dia mengenali Jungkook, hidupnya lebih bahagia berbanding dulu.

"S-saya percaya" Akhirnya Suyeon mengungkapkan kata putus.

"kau tahu kenapa musim luruh itu tiba?"

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top