25: Hospital

230 votes + 25 comments

"T-tolong saya" nada suara Suyeon separa merayu.

Jungkook menyentuh lembut bahu kiri Suyeon. Dengan perasaan risaunya, dia bertanya

"Wae?" Jungkook menyoal.

"Tolong hantar saya pergi hospital" kata Suyeon, hampir sahaja dia terduduk disitu akibat ketidak stabilan tubuh badannya.

Jungkook menarik perlahan lengan Suyeon lalu dia membuka pintu kereta dibahagian sebelah pemandu.

"naiklah" ujar Jungkook secara prihatin.

Suyeon menunduk hormat kepada Jungkook lalu dia menaiki kereta milik Jungkook.

☆☆☆☆

"K-kau sakit ke?" Jungkook menyoal setelah lama keadaan menyepi didalam kereta itu.

Suyeon mengeleng perlahan, tidak pula dia memandang wajah Jungkook. Disebabkan wajahnya sembab akibat menangis tadi.

Jungkook hanya terus mendiamkan diri hanya kerana tidak mahu Suyeon lebih tertekan walaupun sebenarnya dia sangat ingin tahu apa sebenarnya yang berlaku.

"Hospital Guk Han, betul?" Jungkook menyoal kerana mahukan kepastian.

Lagi sekali Suyeon mengangguk perlahan.

Jungkook hanya teruskan perjalanan mengikut arah yang sepatut ditujunya.

☆☆☆☆

Suyeon berlari secepat yang dia boleh, menuju ke kaunter hospital.

"Kim Suyeon! jangan lari! nanti jatuh!" Jungkook berpesan sambil cuba mengikuti langkah gadis itu daripada belakang.

Suyeon mencari nafas sebelum dia berbicara kepada jururawat yang bertugas.

"M-mana wad Min Haejoo?" Suyeon menyoal dengan nada termengah-mengah.

"Sekejap ya" balas Jururawat itu sambil menyemak nama Min Haejoo pada data komputer.

"wad 16" kata jururawat tersebut.

Terus Suyeon berlari menuju ke wad tersebut.

Padahal Jungkook baru sahaja tiba dikaunter.

"Suyeon-shi! tunggu!" kata Jungkook lalu kembali mengikut langkah Suyeon yang sudah jauh berada dihadapan.

Setelah tiba diwad 16. Terus Suyeon membuka tombol pintu. Hanya ada Yoongi seorang didalam bilik itu.

"Y-yoongi" sayu sahaja suara Suyeon memanggil rakannya itu.

Min Yoongi memandang wajah Suyeon dengan pandangan kosong.

"T-tolong jangan cakap.." belum sempat Suyeon habiskan ayatnya.

"dia dah tak ada" Yoongi memotong percakapan Suyeon dengan nada mendatar.

Jungkook baru sahaja melangkah masuk kedalam bilik tersebut. Terus dia membatu, siapa yang dah meninggal?

"kau tipu!" ujar Suyeon sambil memukul bahu Yoongi.

"Tipu!" kata Suyeon lagi.

Min Yoongi hanya memejam rapat matanya, setelah seumur hidup adiknya bertarung nyawa dengan penyakit anaemia yang menyebabkan dia terpaksa menukar darah selalu.

Selalu sahaja Haejoo mengalah dengan dirinya sendiri disebabkan selalu menyusahkan orang lain.

"S-suyeon" panggil Jungkook secara perlahan lalu menarik lengan Suyeon supaya berhenti memukul Yoongi.

Kim Suyeon terduduk diatas lantai, air matanya tidak berhenti-henti mengalir.

"Kau dah janji untuk bertahan.. kenapa kau buat aku macam ni" kata Suyeon perlahan.

"kau kata aku ni ber-tittle sayang untuk kau. Tak akanlah kau nak tinggal aku" katanya lagi.

Jungkook memandang wajah Yoongi, adakah adik Yoongi itu merupakan orang yang melefon dan menggunakan baby-sayang semasa di Paris kelmarin.

Adik Yoongi itu, lelaki atau perempuan? itulah yang kalau boleh Jungkook mahu bertanya. Tapi dia masih waras untuk menghormati kematian.

☆☆☆☆

Suyeon berjalan disekitar kawasan hospital besar tersebut. Dia berjalan keluar daripada kawasan hospital tersebut.

Manakala Jungkook hanya kekal mengikut langkah Suyeon daripada belakang.

Oleh kerana, Jeon Jungkook bimbang tentang Suyeon yang seperti sudah hilang harapan hidup. Jadi dia mengambil keputusan untuk mengikut Suyeon. Disebabkan Suyeon tidak mahu pulang kerumah dengan menumpang kereta milik Jungkook.

Suyeon hanya terus berjalan mara kehadapan.

Jungkook mengeluarkan earphone miliknya sambil dia terus berjalan mengikut jejak Suyeon.

Tiba-tiba langkah Suyeon berhenti, apabila dia rasa yang daun-daun gugur daripada pokok yang berada diatasnya.

Jungkook mendekati Suyeon lalu dia terus meraut lengan Suyeon dan menyelit rambut Suyeon ke telinganya.

Jungkook menolak perlahan earphone yang sebelah kiri, masuk ke lubang telinga Suyeon.

Suyeon terkaku seketika dan dia kekal memandang lelaki yang lebih tinggi daripada dirinya itu.

"sekarang musim luruh, bukankah kau kata yang kau suka dengar lagu dari earphone sambil berada dibawah pokok ketika musim luruh"

TBC

Bagi aku nak jerit jap, bersemut fon.

Lama aku tak update kan? HAHAKS busy gila duh T-T

❤❤❤
Promote

Huzaime


❤❤❤
stylo_swagger


❤❤❤

-lilvgos



Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top