23: Dingin
230 votes + 45 comments
Jungkook hanya mengorak langkah menuruti Suyeon yang sedang menariknya bagi hindari daripada hujan yang turun semakin lebat itu.
Sehinggalah mereka berdua berteduh betul-betul bawah menara Eiffel Tower.
"Jungkook, awak menangis?" Suyeon menyoal apabila melihat air yang ada pada wajah Jungkook itu seolah-olah dihasilkan daripada matanya.
"M-mana ada, ni sebab hujan turun tadi lah" ujar Jungkook secara tidak jujur.
Ya, memang benar dia menangis!
Suyeon cuba untuk menyentuh butir air pada pipi Jungkook.
Lantas Jungkook menepis tangan Suyeon menjauhi wajahnya.
"Aku cakap tak. Taklah" balas Jungkook secara dingin.
Zrang!
Petir menyambar ke muka bumi yang membuatkan bahu Suyeon terangkat akibat terkejut.
"o-okay" kata Suyeon lalu perlahan-lahan menjauhi Jungkook.
☆☆☆☆
"Hello" Jungkook menjawab panggilan telefon sambil tangan kirinya mengeringkan rambutnya menggunakan sehelai tuala kecil.
Lalu Jungkook melabuhkan punggungnya pada katilnya.
"Tuan, ada sedikit masalah tentang projek model kita. Saya betul-betul minta maaf. Tapi tuan diminta untuk pulang ke korea esok, waktu tengah hari" kata Taehyung.
"Taehyung, aku ada dinner dengan beberapa orang yang akan bekerjasama dengan syarikat kita" Jungkook membalas.
"kita akan jemput mereka ke korea, tuan" kata Taehyung.
Jungkook menggeleng kepala apa dia fikir semudah itu untuk mengajak orang datang ke negara lain.
"Baiklah, antara senarai yang akan bekerjasama dengan syarikat kita. Ada seorang yang warganegara korea jadi, jemput dia dahulu. Yang orang lain, kita jemput lain kali" Jungkook memberi kata putus.
"Baik, tuan" kata Taehyung.
Panggilan tersebut dimatikan lalu Jungkook menghempas telefon bimbitnya ke atas katil.
Satu keluhan kecil terbit daripada bibir jejaka itu.
Sempat Jeon Jungkook menoleh kearah tingkap. Hujan masih lagi turun tetapi mulai reda, disebabkan Jungkook sudah mula mengawal emosinya.
Pintu tandas itu dibuka dari dalam terus membuatkan Jungkook menoleh memandang kearah pintu tandas itu.
Terserlah wajah Suyeon yang baru keluar daripada tandas yang sudah siap berpakaian lengkap.
"Kita balik esok" kata Jungkook sambil menyangkut tuala kecil pada penyandar kerusi yang berdekatan dengannya.
"wae?" Suyeon menyoal.
"Ada masalah" Jungkook menjawab secara mendatar tanpa memandang wajah Suyeon.
"masalah apa?" Suyeon menyoal memandangkan jawapan yang diberikan oleh Jungkook tadi tidak detail.
"aku mengantuk" lantas Jungkook merebahkan badannya keatas katil lalu memejam rapat matanya.
"o-okay, selamat malam" ujar Suyeon lalu dia pergi ke katilnya sendiri.
☆☆☆☆
Kim Suyeon hanya mengikut langkah Jungkook sehingga menaiki kapal terbang.
Memang sebelum ini layanan yang Jungkook berikan agak dingin. Tetapi, sejak semalam, layanan Jungkook terhadapnya terlalu dingin.
Sehinggakan bulu roma Suyeon sediri terangkat setiap kali Jungkook berkata-kata.
Selalunya tidak begitu, cuma hari ini. Sepertinya.. Jungkook sedang merajuk?
Suyeon mengambil tempat duduknya dengan penuh berhati-hati bersebelahan dengan Jungkook.
"awak.. urmm.. saya ada buat salah ke?" Suyeon menyoal Jungkook.
"iya, kau memang banyak buat salah" Jungkook menjawab tanpa memandang langsung Suyeon.
"salah apa?" Suyeon menyoal.
Jungkook tidak menjawab sebaliknya dia hanya mendiamkan diri.
☆☆☆☆
Suyeon datang bekerja seperti biasa hari ini dipejabatnya.
Apabila dia naik ke aras tempat kerjanya. Semua orang berkumpul dihadapan lif.
"Saya berhenti. Maaf, saya tak suka dengan syarikat ini" ujar seorang gadis yang merupakan pelakon terkenal dan juga duta untuk produk terbaru JJ Company.
Suyeon melangkah keluar daripada kotak lif itu.
Dalam banyak-banyak tingkat dibangunan ini, mengapalah tingkat dia bekerja juga yang jadi mangsa.
Suyeon memandang sejenak wajah Jungkook yang sedang berdiri berhadapan dengan pelakon itu.
Tampak keluhan terbit dari bibir lelaki itu.
Semua pekerja lain sudah berkumpul disitu bagi melihat kejadian itu.
Manakala Suyeon kekal berdiri statik tempatnya.
"Kita dah ada kontrak" kata Jungkook secara tenang.
"Saya akan batalkan kontrak itu dan bayar pampasannya" ujar pelakon wanita itu.
Terlihat mata Jungkook yang dirapatkan seketika itu membuatkan Suyeon berasa kurang senang. Dia berasa kasihan dengan Jungkook disebabkan perangai artis tak guna tu sesuka hati ingin batal kontrak. Jungkook yang menerima kesannya. Sungguh tidak adil!
Suyeon berpaling kebelakang apabila dia terasa sesuatu menyentuh pergelangan tangannya.
"T-taehyung wae?" Suyeon menyoal terkejut.
"kita kena tolong Jungkook" kata Taehyung.
Suyeon hanya mengangguk lalu mengikut langkah Taehyung bagi mendekati Jungkook yang dikelilingi oleh para pekerja lain.
Taehyung meminta laluan bagi memberinya ruang untuk berjalan sambil dia setia meraut lengan Suyeon.
Semakin mereka berdua mendekati kearah Jungkook.
Semakin berdebar jantung Suyeon berdegup. Sebenarnya, apa rancangan Taehyung ingin menyelamatkan Jungkook daripada situasi ini.
"Tuan" Taehyung memanggil Jungkook setelah tiba menghampiri Jungkook.
Jungkook memandang kearah Taehyung dan sempat juga dia mengerling kearah Suyeon.
"Dia akan jadi model kita. Boleh batalkan semua kontrak kita dengan perempuan itu" kata Taehyung sambil mengangkat tangan kanan Suyeon yang dipegangnya.
Jungkook terkaku seketika lalu serentak satu pejabat termasuk Jungkook dan artis itu memandang kearah Suyeon.
"Iya, saya akan jadi model" balas Suyeon tanpa ragu-ragu.
"Eh, kejap!" Suyeon berteriak kecil lalu memandang kearah Taehyung
"Saya jadi model?!"
TBC
Sejujurnya, cerita aku punya sawit tu.. sampai aku yang tulis ni rasa nak gigit kaki sendiri😂😂 ke aku je yang rasa macam tu?
❤❤❤❤
PROMOTE
❤❤❤❤
💜💜💜💜
-ainaspt
💜💜💜💜
💜💜💜💜
drinknice
💜💜💜💜
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top