2: Biskut
40 votes + 20 comments
Kim Suyeon melangkah masuk ke pintu rumahnya.
"adik dah balik" ucapnya seperti tidak bersemangat.
Kim Seokjin selaku abangnya sudah siap sedia untuk memberi semangat kepada adiknya, yang disangka tidak mendapat kerja.
"Tak naklah sedih-sedih. Nanti ada peluanglah lagi tu" pujuk Seokjin.
Suyeon memberikan senyuman lebar lalu berkata "adik dapat!" soraknya riang.
Hampir gugur jantung Seokjin akibat terkejut dengan jeritan adiknya yang secara tiba-tiba itu.
"Adik dapat! dapat! dapat!" jeritnya sambil melompat-lompat.
"adik, dekat belakang tu!" jerit Seokjin.
Tak sempat. Tumpah nasi yang berada diatas meja makan itu.
"ada nasi.." Seokjin menyambung ayatnya yang tergantung tadi.
"Suyeon!" teriak ibunya dengan penuh amarah.
Seokjin menggeleng kepalanya, itu nasi untuk makan malam ni dan malangnya nasi itu tumpah.
"ehehe.. sorry ma" ujar Suyeon perlahan.
Seratus peratus pasti yang dia akan diceramahi hingga tengah malam.
Jeon Jungkook POV💚
Waktu meningkat menjadi pukul 7 malam. Dengan perasaan geramnya dia menghentak stereng kereta.
Sungguh, dia benci menghadap kesesakan jalan raya.
Awan mula bertukar mendung. Langit mulai yang gelap itu ditambahi mendung menjadikan ia lebih gelap dan menakutkan.
Jungkook melihat sejenak jam tangannya.
Masih ada 30 minit lagi sebelum kafe itu tutup.
Jejaka yang bernama Jeon Jungkook itu ingin membeli sebungkus biskut chocolate chip dari kafe kegemarannya. Tak kira, nak juga! bukan sehari dua dia nakkan biskut itu, tetapi sudah hampir sebulan.
Kalau nak beli, pasti ada masalah yang timbul. Jalan sesaklah, stock habislah kedai tutuplah, omma ajak datang makan di rumahnya lah. Banyak lagi kalau nak disenaraikan.
Setelah hampir sejam Jungkook terkandas dalam kesesakan jalan raya akhirnya kereta mula bergerak secara lancar.
Jungkook memandu laju menuju ke kafe itu.
Setelah tiba, Jungkook memakirkan keretanya agak berjauhan dari kafe itu disebabkan parkir yang lain sudah penuh.
Awan masih lagi mendung malahan hujan rintik-rintik mulai jatuh ke muka bumi, disebabkan Jungkook panik.
Jungkook panik, takut biskut itu habis.
Jungkook segera mendekati meja kaunter.
"Biskut chocolate chip ada?" tanya Jungkook disertakan dengan deruan nafasnya tidak menentu mencari nafas akibat berlari tambah pula dengan matanya dibulatkan.
"Maaf encik.. biskut tu dah habis" kata juruwang di kaunter itu.
Jungkook tersenyum kelat, dia mula melangkah keluar dari kafe itu.
Sungguh dia kecewa yang nasibnya jadi begini. Inilah mengapa dia tidak suka meletakkan harapan yang tinggi kepada seseorang.
Jungkook menolak pintu kafe itu lalu mengorak langkah keluar.
Hujan turun makin lebat dan Jungkook kekal berjalan. Bukannya berlari.
Jungkook berhenti sejenak lalu memandang ke langit.
Air hujan tidak berhenti mencurah-curah menyentuh setiap wajah Jungkook.
"aku tak tahu kenapa aku dipilih, Tetapi aku memang tak suka kebolehan ni" ujar Jungkook.
Perlahan-lahan air matanya jatuh bersama air hujan dari pipinya. Bukannya Jungkook suka dengan kebolehan mengubah cuaca. Kebolehan sebegini hanya mendatangkan perkara yang buruk kepadanya.
☆☆☆☆
Jungkook tidak berhenti-henti dari bersin. Hujung hidungnya mulai kelihatan kemerah-merahan.
"Aish! dah lah esok ada keluaran perfume baru yang aku kena cuba" Bebel Jungkook sendirian.
Itulah yang Jungkook selalu lakukan, meluluskan setiap fragrance baru yang dihasilkan di makmal pengujian.
"A..a.. ACUMM" deras bunyi Jungkook bersin.
Jungkook mencapai telefon bimbitnya, nombor pegawai peribadinya di klik oleh Jungkook.
Setelah beberapa detik, panggilan itu bersambung.
"hello, Taehyung, aku selsema" ujar Jungkook secara mendatar.
Bukannya Kim Taehyung itu tidak tahu yang Jeon Jungkook ini seorang yang amat menitik beratkan tentang bau.
Bau kentut yang sejauh lima batu pun mungkin dapat dihidu Jungkook.
Jadi, bila Jungkook mengalami selsema hal ini menyebabkan Jungkook hilang deria yang terpenting buatnya.
Lagi-lagi Jungkook ini ketua syarikat pengeluaran perfume.
"jadi, tuan nak ambil cuti ke esok?" tanya Taehyung.
"tak, aku nak minta kau carikan sesiapa yang pandai describe bau dengan baik, dan deria hidu dia kena tajam" ujar Jungkook.
Taehyung menggaru kepalanya. Macam mana nak cari?
"tuan nak esok ke?" tanya Taehyung lagi.
"ya, aku perlukan esok. Penting" ujar Jungkook.
"ok, saya cuba" ujar Taehyung.
Panggilan dimatikan oleh Jungkook.
Taehyung menghantuk perlahan kepalanya di pintu almari, dekat mana nak cari ni, dahlah sekarang sudah larut malam.
Tiba-tiba Taehyung memberhentikan tindakannya apabila teringat gadis yang pagi tadi. Gadis yang memakai stokin dan kasut pelik itu.
"Ya! dia boleh la buat kerja ni" ujar Taehyung sendiri.
TBC
Siapa yang masih lagi simpan buku ni dekat library dia?
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top