17: Pad

175 votes + 35 comments

"Eh kejap! Kongsi bilik?!" Suyeon mengulang ayat Jungkook tadi tetapi dengan nada yang lebih tinggi.

Jungkook berpaling kebelakang sedikit bagi melihat wajah Suyeon.

"kalau kau nak tidur dekat depan lif pun boleh" kata Jungkook lalu dia kembali berjalan kehadapan.

"Awak! janganlah main-main" kata Suyeon lalu mengejar langkah Jungkook yang sudah berada jauh dihadapan sana.

Jungkook menekan butang lif lalu dia menyelukkan tangan kirinya kedalam poket seluar jeans nya.

Manakala Suyeon termengah-mengah mengejar langkah Jungkook diikuti dengan menarik beg rodanya bersama.

☆☆☆☆

Jungkook melangkah keluar dari tandas, tubuh badannya dihiasi dengan sehelai bathrobe yang berwarna putih.

Dia menggunakan tuala bersaiz kecil untuk mengeringkan rambutnya.

Suyeon yang sedang duduk diatas katilnya itu hanya memandang kearah Jungkook.

"jangan macam ni please, aku tak kuat ni" ujar Suyeon didalam hatinya sambil matanya tidak lepas memandang kearah Jungkook.

"kau tak nak mandi?" soalan Jungkook membuatkan lamunan Suyeon terhenti.

"O-oh, ok" Suyeon membalas lalu dia mencapai tuala serta pakaiannya yang dia akan tukar didalam tandas nanti.

Cepat-cepat Suyeon turun dari katilnya dan berlari anak menuju ke pintu tandas.

Manakala Jungkook berjalan tenang menuju ke meja bulat yang terdapat didalam bilik hotel itu.

Dia mencapai sebotol wine lalu menuangnya kedalam segelas kaca. Jungkook meletakkan semula botol arak tadi lalu dia mencapai gelas yang sudah terisi itu.

Jungkook menggoncang perlahan gelas itu sebelum dia meneguk air tersebut.

Kim Suyeon POV💚

"Oh tolonglah, bukan sekarang" Suyeon berkata sendiri.

Dia memandang kearah seluarnya yang mempunyai beberapa tompok darah.

Suyeon meraup lembut rambutnya kebelakang lalu dia menghela nafas perlahan.

Dia membuka buka sedikit pintu bilik air itu.

"J-Jungkook gwajang-nim" Suyeon memanggil.

Jungkook berjalan mendekati tandas, dengan kadar perlahan.

Segera Suyeon menutup pintu tandas bagi tidak mendedahkan dirinya.

"A-awak, tolong belikan.. ermm" teragak-agak untuk Suyeon bicara.

"beli apa?" soal Jungkook dari luar.

"T-tuala wanita" ujar Suyeon.

"Kau period ke?" Jungkook menyoal.

"Ya, tolonglah belikan" pinta Suyeon.

Terbit sebuah keluhan dari bibir milik Jungkook sebelum dia berkata
"Tunggu kejap, aku pergi beli" katanya.

Jeon Jungkook POV 💚

Jungkook melangkah ke pintu almari lalu dia mencapai baju berlengan panjang yang tersangkut di dalam almari itu bersama sehelai seluar.

Setelah dia menyarungkan pakaiannya, Jungkook melangkah keluar dari bilik hotel itu.

Dia berjalan laju menuju ke arah lif, lantas dia menekan butang untuk turun kebawah.

Setelah beberapa minit, lif masih lagi bergerak secara perlahan. Jadi, Jungkook mengambil keputusan untuk menuruni tangga kecemasan.

Dengan perasaan Jungkook yang risau itu semasa dia menuruni tangga itu, Secara tidak langsung angin bertiup kencang.

Jungkook melangkah keluar dari bangunan hotel itu.

"argh, angin tolonglah jangan macam ni" kata Jungkook apabila rambutnya berselerak akibat tiupan angin kencang.

Jungkook menghela nafas kasar dia sudah mula rasa tertekan disbebakan itu.

Zrang!

Petir menyambar dari langit yang gelap akibat malam itu.

"ani.. janganlah!" kata Jungkook apabila petir mula menyambar buat beberapa kali. Inilah sebab mengapa dia tidak suka keistimewaan mengubah cuaca.

Pantas Jungkook berlari dan melintasi jalan raya bagi menuju ke kedai serbeneka.

☆☆☆☆

Jungkook memandang lama kearah peket tuala wanita itu.

"apa beza wings dengan non-wings?" Jungkook menyoal sendiri.

Lalu dia mengigit bibir bawahnya sambil mengerutkan dahinya.

"overnight tu untuk apa pula?" soalnya lagi.

Akhirnya Jungkook mengambil semua jenis tuala wanita yang ada di kedai itu.

Jungkook berjalan menuju ke kaunter untuk membayarnya.

Jurujual itu memandang kearah Jungkook buat seketika.

"encik nak beli semua ini?" soalnya.

Jungkook mengangguk kecil lalu dia mengeluarkan kad kredit black-card miliknya.

Setelah selesai membayar, Jungkook melangkah keluar.

Dia berlari bagi mengejar masa, jantungnya berdegup kencang disebabkan dia risau dengan Suyeon yang sudah tunggu lama didalam tandas itu.

Makin kencang angin bertiup pada malam itu.

☆☆☆☆

Jungkook mengetuk pintu tandas, lalu Suyeon membuka sedikit pintu tandas itu.

"Nah" Jungkook menghulurkan satu plastik kepada Suyeon.

Suyeon mencapai plastik tersebut lalu pantas dia menutup kembali pintu tandas itu.

"T-terima kasih" ujar Suyeon dari dalam tandas.

"Err.. aku tak tahu nak beli yang mana, jadi aku ambil semua jenis pad yang ada dalam kedai itu" kata Jungkook.

"O-oh, terima kasih sekali lagi" Suyeon membalas.

Tiba-tiba telefon Jungkook berdering, terpampar nama ibunya di skrin telefon lantas dia menjawab panggilan tersebut.

"Eo omma" Jungkook menyapa terlebih dahulu.

"Jungkook-ah, kamu ada dekat paris,bukan?" soal ibunya.

"iya" balas Jungkook.

"cuba kamu tengok berita" kata ibunya.

Lantas Jungkook berganjak ke televisyen yang disediakan di dalam bilik ini.

Alat kawalan itu ditekan oleh Jungkook lalu skrin televisyen itu memaparkan berita.

"Angin kencang melanda Paris secara tiba-tiba sehingga menyebabkan beberapa gerai kecil dikawasan jalanan itu roboh"

Ternganga mulut Jungkook mendengar berita itu.

"apa yang dah berlaku di sana, Jungkook? Jungkook are you okay?" ibunya menyoal.

"N-nanti, Jungkook call ibu semula" kata Jungkook lalu mematikan panggilan tersebut.

Setelah itu, Jungkook berjalan mendekati tingkap. Dia menyelak langsir, banyak pokok-pokok yang hampir tumbang akibat angin yang bertiup kencang.

Tiba-tiba bunyi pintu tandas dibuka, Suyeon melangkah keluar dari tandas dengan siap menukar pakaiannya.

Jungkook menghalakan pandangannya kepada Suyeon.

"wae?" Suyeon menyoal apabila Jungkook memandangnya sedemikian rupa.

"T-tolong aku"

TBC

Hurmm nak tanya, macam mana korang jumpa cerita ni?



Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top