15: Pujuk

150 votes + 30 comments

"Bukankah begitu, Kim Suyeon?" Jungkook menyoal sambil memandang tepat kearah Suyeon.

"i-iya" Suyeon menjawab.

Taehyung hanya memerhatikan apa yang berlaku didalam lif itu.

"Haah, hari ini cuaca baik kan" Taehyung menyampuk.

Terus semua kembali senyap selepas Taehyung berbicara.

Taehyung mengerutkan dahinya, adakah dia tersalah cakap atau apa?

☆☆☆☆

Jungkook mendail jabatan meteorology.

"Hello" Jungkook menyapa terlebih dahulu.

"Iya, hello" seorang gadis menjawab panggilan itu.

"menurut ramalan yang disiarkan di television, hari ini hujan" kata Jungkook.

"iya, betul" gadis itu membalas.

"Sepanjang hari ini, cuaca akan baik" kata Jungkook.

"Encik, encik tidak boleh ubah ramalan sesuka hati encik. Pihak kami telah membuat ramalan terlebih dahulu" kata gadis itu.

"terserah, saya cuma nak ingatkan sahaja" kata Jungkook.

"ingatkan apa?" soal gadis itu.

"Saya, encik pengubah cuaca" kata Jungkook lalu mematikan panggilan tersebut.

Jungkook menghela nafas, susah nak cakap, tiada sesiapa yang percaya akan kebolehannya.

☆☆☆☆

Jungkook merenung surat itu seketika, sebelum dia memandang wajah Suyeon dihadapannya.

"Jadi, kau nak cakap yang, perkerjaan kali ini melibatkan, hal di luar negara?" Jungkook menyoal.

Suyeon mengangguk laju.

"Lepas tu, aku kena bawa kau sekali?" Jungkook menyoal lagi.

Makin laju Suyeon mengangguk.

Jungkook tergelak kecil
"kenapa aku kena bawa kau sekali?" Jungkook menyoal.

"hurmm, sebab saya pandai decide fragrance?" Suyeon berkata.

"Tch, kau nak cakap yang aku ni tak pandai pilihlah? Macam tu?" Jungkook menyoal.

"Ani, maksud saya, kalau kita berdua bekerjasama bukankah lebih baik?" Suyeon membalas.

"Kau tu baru je kerja, belum lagi ada pengalaman yang matang" ujar Jungkook.

"Jadi, awak tolonglah saya dapatkan pengalaman macam tu" kata Suyeon.

Jungkook mengulingkan biji matanya keatas.

"Kenapa kau nak ikut sangat pergi sana?" tanya Jungkook.

Kim Suyeon merapatkan kedua-dua belah jari telunjuknya bersama.

"S-sebab saya teringin nak pergi luar negara" kata Suyeon.

"Serious lah?" Jungkook membalas.

"Alaa, saya bukan kaya macam awak, boleh pergi sana sini sesuka hati" kata Suyeon.

Jungkook memandang tepat kearah mata Suyeon.

"Okay, boleh" Jungkook memberikan kebenaran.

"Perfume Showcase tu berlangsung seminggu tau" ujar Suyeon.

Jungkook hanya mengangguk tanda dia memahami.

"Tapi saya nak balik hari kesembilan" ujar Suyeon.

"Ah, wae?" Jungkook merungut kecil.

"Sebab saya nak pergi jalan-jalan dulu sebelum balik" kata Suyeon.

"Pakai order je kau ni" kata Jungkook.

"Eheee, boleh la~" Suyeon memujuk.

Jungkook menarik muncung kecil
"iyalah, iyalah" Dia membalas.

☆☆☆☆

"Macam manalah bos adik boleh ambil adik kerja? Dah la perangai clumsy" kata Seokjin sambil menyilangkan lengannya pada paras dada dan bersandar pada dinding bilik Suyeon.

"Diamlah" Suyeon membalas sambil tangannya sibuk mengemas baju dan dimasukkan kedalam beg rodanya.

Seokjin menjelir kecil lidahnya kearah Suyeon sebelum dia melangkah keluar dari bilik adiknya.

"ok, semua dah ada. Baju cukup" kata Suyeon sendiri.

"Seluar pun cukup" katanya lagi.

"pakaian lain juga sudah cukup" katanya sebelum beg itu dizip kemas.

Tapi, ada sesuatu yang dia terlupa bawa. Dan perkara itu akan mendatangkan malapetaka kepadanya.

☆☆☆☆

Jeon Jungkook disertakan dengan baju sweatshirt yang berwarna biru laut itu tidak ketinggalan juga seluar jeans hitam berjenama Levi's dikenakan. Cermin mata yang berkaca hitam yang dikenakan oleh Jungkook itu lebih menampakkan kekacakan pada dirinya.

Beg roda 360° yang berwarna biru tua tarik oleh Jungkook menuju masuk kedalam Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon.

Manakala, Suyeon setia menuruti langkah Jungkook daripada belakang. Sambil menarik beg roda merahnya.

Setelah mereka berdua menghantar beg untuk dimasukkan kedalam kargo. Mereka berdua mengambil tempat duduk di kerusi yang disediakan.

"A-awak" Suyeon memanggil nama Jungkook yang sedang duduk bersebelahan dengannya.

Jungkook yang asalnya sedang memerhatikan skrin telefon bimbitnya, beralih pandangan kepada Suyeon.

Cermin mata hitamnya itu diturunkan sedikit pada hujung batang hidungnya.

"Wae?" soalnya.

"S-saya tak pernah naik kapal terbang"

Ternganga mulut Jungkook dibuatnya.

TBC

Cerita ni makin menarik ke makin bosan?

Aku nak terlentar fed up dah ni😂 Btw, nanti nak exam. Aku nak hiatus jap, boleh?

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top