14: Mabuk
140 votes + 30 comments
"Habislah aku" kata Jungkook secara perlahan sambil matanya tidak lepas memandang wajah Suyeon yang merah mabuk itu.
"Kim Suyeon-shi" Jungkook memanggil nama gadis itu.
"Eheee" Suyeon membalas sambil jarinya melingkar pada botol arak itu.
Pantas Jungkook merampas botol arak itu bagi menjauhi Suyeon.
"Sah, mabuk teruk kau ni" Jungkook mengeluh kecil.
Secara tiba-tiba Suyeon berdiri dari kerusinya dan berjalan menjauhi gerai itu.
"Yah!" Jungkook berteriak kecil lalu dia mengambil beg tangan milik Suyeon yang ditinggalkan diatas meja itu. Dengan kadar segera dia mengejar langkah Suyeon yang sedang berjalan terhuyung-hayang itu.
Tiba-tiba langkah Suyeon berhenti, oleh itu, Jungkook turut memberhentikan langkahnya juga.
"Tengok tu" kata Suyeon sambil tanggannya dihalakan kearah langit yang gelap itu.
Jungkook mendongak ke atas bagi memandang kearah langit.
"Malam ni tak hujan pun" kata Suyeon.
"Iyalah, dah malam ni mood aku tak rasa sedih" Jungkook membalas.
"Tapi saya nak hujan" kata Suyeon.
"wae?" Jungkook menyoal sambil dia melangkah kehadapan bagi mendekati Suyeon.
"Kalau hujan, tak payahlah sidai baju" kata Suyeon.
Jungkook tergelak kecil dengan jawapan Suyeon itu.
"kenapa kau sidai baju waktu malam?" Jungkook menyoal.
"Hurmmm, sebab apa eh?" Suyeon makin mabuk jadinya.
"sebab kau tak suka sidai waktu pagi? kau tak suka cahaya matahari yang terlalu terik tu buatkan bau pada baju itu hilang?" Jungkook menyoal.
"Haaa sebab tulah" balas Suyeon sambil menghalakan jari telunjuknya kepada Jungkook.
Sah mabuk teruk ni.
"Kita banyak persamaan" ujar Jungkook sambil mengukirkan senyuman. Memang benar, dia pun lebih suka menyidai baju waktu malam, hingga pagi esok sudah didapati kering kerana belaian angin sepanjang malam.
"waktu saya rajin sidai baju, selalu hujan. Kalau saya malas, tak nak pula hujan tu turun" kata Suyeon, lalu dia duduk mencangkung di bawah tiang lampu itu.
Jeon Jungkook turut mencangkung bagi menyamai badannya dengan paras Suyeon.
"Kau suka musim apa?" Jungkook menyoal.
"hurmm musim apa eh?" soal Suyeon kembali.
Jungkook mengukirkan senyuman lagi, sungguh dia terhibur melihat Suyeon mabuk, sungguh comel baginya.
"musim luruh?" Jungkook menyoal.
"Haaa, musim luruh!" ujar Suyeon yang mabuk itu teruja.
"Wae?" Jungkook menyoal lagi.
"Sebab hurmm.." mata Suyeon separa tertutup.
Jungkook hanya memerhatikan gelagat Suyeon sambil menunggu jawapan darinya.
"Sebab saya selalu dengar lagu bawah pokok sambil daun berguguran. Perasaan macam tu hurmm.. entahlah saya, suka" ujar Suyeon lalu dia kembali berdiri.
Jungkook turut berdiri, sempat dia membetulkan beg tangan milik Suyeon yang dibawa olehnya.
"Yah!, Kim Suyeon! Rumah kau arah sini lah! Yah! kau nak pergi mana tu?!" Jungkook menjerit kecil apabila Suyeon berjalan terhuyung-hayang pergi ke arah yang salah.
Cepat-cepat Jungkook mengejar Suyeon yang sudah jauh menuju entah kemana.
Jungkook meraut pantas lengan Suyeon, dan tindakan itu berjaya memberhentikan Suyeon dari terus berjalan.
"Argh!" bunyi seorang wanita menjerit.
Dengan pantas Jungkook menarik Suyeon masuk kedalam dakapannya. Seraya itu, Jungkook menarik Suyeon supaya menyorok disebalik tembok itu.
"Shh" arah Jungkook kepada Suyeon.
Suyeon menghalakan jari telunjuknya lalu diletakkan pada bibir milik Jungkook.
"Shh ehehe" Suyeon tergelak kecil.
Jungkook mengulingkan biji matanya keatas, saat genting begini pun masih beriaksi sebegitu? Oh lupa, dia mabuk.
"Kau nak buat atau tidak?!" satu suara lelaki asing berteriak.
"I-iya, aku akan buat" suara wanita yang menjerit tadi itu mulai berkata-kata.
Jungkook kekal mendengar perbualan itu, walaupun dia tidak memahami apa-apa.
Jeon Jungkook mengerutkan dahinya, tanda ada sesuatu yang buruk mungkin akan berlaku.
Jejaka bernama Jeon Jungkook itu memapah Suyeon secara lembut lalu dia membuka langkah perlahan bagi tidak menghasilkan bunyi tapak kaki.
Mereka berdua menuju ke rumah Suyeon.
☆☆☆☆
Ding Dong~
Lantas Kim Seokjin membuka pintu rumahnya.
Terpampar wajah adiknya yang sedang dipapah oleh seorang lelaki.
"Dia mabuk teruk ni" ujar Jungkook.
Pantas Seokjin mengapai Suyeon bagi mengurangkan beban terhadap Jungkook.
"T-terima kasih" ujar Seokjin sambil menunduk hormat.
"Eh.. abang" kata Suyeon yang mabuk itu.
Kim Seokjin hanya mengendahkan adiknya yang sedang dipapahnya.
"Encik ni siapa ya?" Seokjin menyoal.
"Saya bos dia" ujar Jungkook lalu turut dia menunduk hormat.
"Ha?" terkejut Seokjin jadinya.
"Maaf sebab susahkan Encik.." Seokjin terkedu seketika, tak tahu nama bos adiknya ni siapa.
"Jeon Jungkook" Jungkook menyambung.
"ah, Encik Jeon Jungkook. Terima kasih sangat-sangat" kata Seokjin dengan penuh ikhlas.
"Oh, tak mengapa. Saya yang nak join dia minum tadi" ujar Jungkook.
☆☆☆☆
Kim Suyeon POV 💚
Suyeon terjaga daripada tidurnya. Dia menyentuh dahinya yang terasa senak akibat dia mabuk malam tadi.
Perlahan-lahan dia turun dari katilnya dan menuju keluar.
Dia berjalan menuju ke dapur, kelihatan abangnya sedang bersarapan dengan ibunya, mungkin ayahnya sudah pergi bekerja kerana dia tiada di rumah.
"Siapa yang hantar adik balik, malam tadi?" Suyeon menyoal.
"Adik kena berterima kasih dengan bos adik" balas abangnya.
"K-kejap. Bos?" soal Suyeon bagi mendapatkan kepastian.
Seokjin mengangguk.
"Jeon Jungkook gwajang nim?!" Suyeon berteriak kecil.
"adik pergi mandi dulu, sebelum ibu baling cawan ni" ibunya mengugut.
Suyeon menyentuh perlahan wajahnya, Seriously? Jungkook yang hantar balik, semalam? Mana Yoongi?
☆☆☆☆
"Taehyung, Jungkook masuk kerja ke hari ni?" Suyeon bertanya.
Taehyung mengangguk sambil matanya kekal memandang wajah Suyeon.
"wae?" Taehyung menyoal.
"Ani, tanya je" Suyeon membalas.
Pintu lif terbuka, lalu Suyeon dan Taehyung melangkah masuk kedalamnya.
Baru sahaja pintu lif ingin tertutup, tiba-tuba sahaja ada seseorang menahan pintu.
Dia melangkah masuk kedalam. Itulah Jeon Jungkook.
Taehyung menunduk hormat, diikuti juga dengan Suyeon yang caranya agak kekok itu.
Pintu lif itu mula tertutup secara perlahan-lahan.
"cuaca hari ini baik, bukan?" Jungkook memulakan perbualan sambil memandang Suyeon.
Lantas Suyeon merapatkan badannya pada dinding lif. Aduh, malu sungguh bila teringat kejadian semalam.
"Bukan kah begitu, Kim Suyeon?" soal Jungkook sambil menjongketkan kening coklatnya.
Suyeon meneguk air liurnya yang terasa lekat itu.
TBC
Kita baru nak bermula dengan plot cerita sebenar 😉
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top