13: Join

130 votes + 35 comments

"kau tahu? kau buat aku makin tertarik" ujar Jungkook sambil bibirnya mengukirkan sebaris nipis senyuman.

"awak mabuk ke?" soal Suyeon secara tiba-tiba.

"T-taklah! mana ada!" Jungkook menafikan sekeras-kerasnya.

Suyeon mendepakan tangan keatas meja kerja Jungkook, dia merapatkan wajahnya pada Jungkook yang sedang duduk dikerusi itu.

"w-wae?" tergagap lagi Jungkook jadinya.

"Seriously, perangai awak ni pelik lah. Ke memang suka cakap benda pelik-pelik?" soal Suyeon.

"Mana ada pelik!" Jungkook menjerit kecil apabila dia dituduh sebegitu.

Kim Suyeon mengecilkan matanya sambil memandang anak mata Jungkook.

"Okay, saya pergi dululah kalau macam tu" kata Suyeon lalu dia berjalan keluar dari bilik Jungkook.

Jungkook menyentuh dadanya. Jantungnya berdegup sangat laju.

Jeon Jungkook meneguk air liurnya beberapa kali, kelihatan halkumnya turut bergerak keatas dan kebawah.

Angin mula bertiup sepoi-sepoi bahasa, dedaun pada pokok mula bergoyang lemah.

"Argh! jangan macam ni!" ujarnya sendirian.

Terus berhenti angin daripada bertiup. Keadaan kembali normal.

Jungkook mengeluh perlahan sambil anak matanya memerhati ke luar tingkap.

☆☆☆☆

Jungkook melangkah keluar daripada bangunan itu, dia berjalan menuju ke keretanya.

"Awak" panggil Suyeon yang sedang mengejar langkah Jungkook dari belakang.

Segera Jungkook berpaling apabila seseorang memanggilnya.

"Wae?" soal Jungkook sambil melemparkan riak wajah yang cool, malahan tiada secalit senyuman. Cuma wajahnya dihiasi dengan aura kelakian.

"Saya tertinggal bas" ujar Suyeon sambil menundukkan kepalanya kebawah.

"dah tu?" Jungkook menyoal lagi. Masih lagi riak wajahnya kekal sama.

"salah awaklah ni, sebab tadi pergi sana sini lepas tu suruh saya ikut pula tu" Suyeon merungut.

"Siapa yang bayar gaji kau sekarang ni?" Jungkook menyoal sambil kening coklatnya itu dijongketkan.

"A-awak" Suyeon membalas.

"Tahu pun" kata Jungkook lalu kembali mengekalkan riak wajah cool kembali.

Kim Suyeon menunduk hormat kepada Jungkook lalu berpaling kebelakang. Dia membuka langkah berjalan dan semakin menjauhi Jungkook.

Jungkook mendongak ke atas sambil memandang langit. Terserlah jawline miliknya yang tajam itu.

Lalu Jeon Jungkook kembali memandang kearah Suyeon yang sudah jauh berjalan menjauhinya.

Jungkook membuka langkah, lalu mengejar jejak Suyeon yang sudah berada jauh dihadapan.

Apabila hampir mendekati Suyeon, dia meraut lengan kiri Suyeon dengan kadar segera.

Lantas Suyeon berpaling kebelakang.

"aku hantar kau balik" ujar Jungkook.

☆☆☆☆

"awak hantar saya sampai sini je" kata Suyeon.

"rumah kau, bukan dekat depan lagi ke?" soal Jungkook apabila kereta sudah diberhentikan dibahu jalan.

"Haah, tapi saya nak pergi minum dengan kawan saya dulu" ujar Suyeon.

"Minum?" Jungkook menyoal bagi mendapatkan kepastian.

Suyeon mengangguk laju tanda mengiakannya.

"Aku nak Join" kata Jungkook lalu dia mematikan enjin keretanya.

"ehh, pakai order je" kata Suyeon.

"Kenapa tak boleh pula?" Jungkook menyoal gadis itu.

"ni untuk raikan sempena adik kawan saya tu dah keluar dari ICU " ujar Suyeon, memang sudah menjadi tradisi di negara ini dengan cara minum arak bagi meraikan nasib baik mereka.

"awak tu bukannya kenal adik dia. Buat apa nak join sekali" masih lagi Suyeon tidak mahu kalah.

"siapa yang hantar kau balik, sekarang ni?"  Jungkook menyoal.

Kim Suyeon berdecit perlahan, ey, suka mengungkit betul bos dia ni.

"iyalah , boleh" akhirnya Suyeon mengalah.

☆☆☆☆

"

weh, Suyeon! sini!" gembira sungguh jejaka itu apabila melihat rakan karibnya disitu.

Suyeon membalas dengan senyuman lalu berjalan menuju kearah meja dimana kawannya sudah mengambil tempat duduk itu. Setelah itu dia dan Jungkook turut mengambil tempat duduk.

"Yah, Kim Suyeon, sejak bila kau ada boyfriend ni?" soal Min Yoongi, rakan karib kepada Kim Suyeon sejak dibangku persekolahan lagi.

"W-weh. Ni bos aku" balas Suyeon sambil memandang wajah Yoongi dengan pandangan serious.

"Oh, ye ke? maaflah aku tak tahu" cepat-cepat Yoongi meminta maaf kepada Jungkook yang duduk bersebelahan dengan Suyeon itu.

"Adik kau memang dah ok sepenuhnya ke?" soal Suyeon.

Yoongi mengeleng lalu berkata "bila-bila masa pun dia boleh kembali kritikal semula" katanya dengan nada tenggelam.

Jungkook hanya mendiamkan diri dan memerhatikan tindak-tanduk mereka berdua.

"Soju 3" ujar Yoongi kepada penjual gerai itu apabila lengannya diangkat tinggi keudara.

Dengan kadar segera, penjual itu memberikan apa yang diminta oleh Yoongi tadi.

Suyeon mengukirkan senyuman lalu dia melagakan gelas kecil tersebut bersama Yoongi.

Manakala, Jungkook minum begitu sahaja.

Setelah beberapa puluh minit berlalu, mereka bertiga sudah minum lima gelas kecil.

Jungkook masih waras dan baik, disebabkan dia merupakan good drinker. Manakala, Suyeon sudah membaringkan kepalanya di atas meja itu, Secara ringlasnya. Dia mabuk.

Tiba-tiba Yoongi mendapat satu panggilan.

"hello?" Yoongi menyapa dengan penuh panik apabila dapat mengatahui itu nombor dari hospital.

"Adik saya kritikal semula?! ya, saya datang sekarang" ujar Min Yoongi lalu mematikan panggilan tersebut.

Lantas Yoongi berdiri dari kerusinya lalu memandang wajah Jungkook.

"Aku baru kenal kau, dan aku tak berapa mempercayai orang yang baru aku kenal. Tapi, aku nak kena cepat ni. Adik aku kritikal" dengan tergesa-gesa Yoongi mengungkapkan ayatnya.

"Ringkaskan" balas Jungkook tanda dia malas ingin mendengar kata-kata lelaki itu.

"Suyeon dah minum lima gelas. Tu paling maksima. Jangan bagi dia minum dah. Oh ya, tolong hantar dia balik" ujar Yoongi lalu meninggalkan beberapa wang ketas diatas meja itu untuk membayar minuman yang diminum oleh Suyeon dan dirinya serta Jungkook tadi.

Pantas dia belari menjauhi gerai tersebut.

Maka, tinggallah Jeon Jungkook dan Kim Suyeon yang mabuk disitu.

Suyeon mencapai segelas lagi arak. Pantas Jungkook merampas gelas tersebut dari tangan Suyeon.

"sudahlah, mari balik" Jungkook memujuk Suyeon yang sedang mabuk itu.

"tak nak!" balas Suyeon dengan keadaan matanya separa tertutup.

Pantas Suyeon memgambil botol arak dan meneguknya sekali gus.

"Yah!" terkejut Jungkook jadinya.

"Eheee hee" wajah Suyeon sudah menjadi kemerah-merahan.

Jungkook memandang wajah Suyeon yang mabuk itu.

"Habislah aku"

TBC

Secara jujurnya, aku rasa nak puji Jungkook seperti yang aku lakukan di cerita suami ocd 😂

Oh ya! guys, di alu-alukan untuk baca cerita aku ni.


















Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top