11: Kenapa?
110 votes + 20 comments
"kau tahu kenapa lepas musim bunga musim panas yang tiba?" Jungkook menyoal sambil memandang sisi wajah Suyeon.
Segera Kim Suyeon memalingkan wajahnya memandang Jeon Jungkook.
"sebab paksi bumi condong dan peredaran bumi mengelilingi matahari itu menyebabkan perubahan musim" ujar Suyeon. Bukannya dia bodoh, untuk tidak belajar geografi ketika sekolah dulu.
"Tch, percayalah sangat dengan teori tu" balas Jungkook secara sinis.
"dah tu, awak ada teori yang lebih bagus ke?" Suyeon menyoal.
"Ketika musim bunga, lelaki hadiahkan bunga kepada teman wanitanya. Aku cemburu sebab aku tak ada teman wanita. Jadi, musim panas tiba" ujar Jungkook.
Lantas, Suyeon mengjengketkan kakinya lalu menyentuh wajah Jungkook yang lebih tinggi darinya dengan menggunakan kedua-dua belah tapak tangannya.
Wajahnya dan Jungkook amatlah rapat, sehinggakan Jungkook dapat merasa hembusan nafas Suyeon menyapa wajahnya.
Terus membulat mata Jeon Jungkook disebabkan terkejut dengan tindakan drastik oleh Suyeon itu.
"Awak mabuk ke?" soalnya sambil menilik wajah Jungkook, cengkaman lembut pada pipi Jungkook itu masih kemas dipegangnya.
"M-mana ada!" pantas Jungkook meleraikan tapak tangan Suyeon daripada wajahnya.
"dah tu kenapa cakap benda pelik-pelik" balas Suyeon.
"M-mana ada P-pelik!" ujar Jungkook.
"shh, janganlah tinggikan nada suara awak macam tu" kata Suyeon.
"D-dah lah, aku nak naik atas" ujar Jungkook lalu dia mula melangkah ke pintu masuk bangunan tersebut.
"Heol, dia mabuk ke?!" Suyeon terkejut.
Sudahlah sekarang ini mereka berdua ingin berjumpa dengan pengarah syarikat Etude House.
Kalau Jungkook mabuk, habis dia bercakap bukan-bukan, macam mana?
Suyeon mengigit bibir bawahnya lalu dia mempercepatkan langkah menuruti Jungkook dari belakang.
☆☆☆☆
Sepanjang mesyuarat berlangsung, reaksi Jungkook normal. Langsung tiada apa-apa yang luar kawalan.
Suyeon berfikir sejenak
"habis tu, kenapa dia cakap macam orang mabuk tadi?"
"Suyeon, Dengar tak?" soal Jungkook sambil memetik jarinya beberapa kali dihadapan wajah Suyeon.
"Ah?" Suyeon menyoal setelah sedar dari lamunannya.
"Haih.. aku cakap, tolong hidukan body mist ni" ujar Jungkook.
"oh, boleh-boleh" balasnya lalu mengambil botol yang berisi cecair lalu menghidunya.
"Aroma dia bagaikan caramel yang dibancuh halus dengan buah peach hasilnya gabungan antara dua aroma ini akan menjadi satu aroma yang tidak terlalu menyengat malahan lebih menambahkan confident pada si pemakai" Kim Suyeon memperjelaskan aroma itu kepada Jungkook.
Jungkook hanya mengangguk tanda faham lalu dia kembali berbincang dengan pengarah syarikat Etude House itu.
☆☆☆☆
Suyeon berjalan menuju ke lif, sekarang sudah tiba waktu pulang ke rumah.
Setelah selesai mesyuarat tadi, Jungkook dan Suyeon pulang ke pejabat mereka semula untuk menyambung kerja masing-masing.
Sekarang, kira-kira pukul 5.30 petang, Suyeon ingin pergi ke stesen bas. Sungguh dia lapar disebabkan tengah hari tadi dia makan sedikit sahaja.
Sambil menunggu lif tiba, Suyeon membelek handphone nya.
Tiba-tiba bahunya disentuh daripada belakang.
Lantas Suyeon berpaling untuk melihat siapa yang menyetuh bahunya sebentar tadi.
"Hai" Taehyung menyapa.
Suyeon tersenyum manis kearah Taehyung selaku rakan sekerjanya.
"Dah habis kerja?" Taehyung bertanya.
"Dah, baru nak balik" ujar Suyeon.
"lapar tak?" soal Taehyung.
"Tak sangat" jawab Suyeon secara tidak jujur.
Grrrp~
"Ehehe" Suyeon tersengih memandang Taehyung dihadapannya sambil tangannya memegang bahagian perutnya.
"Ahaha, jomlah. Saya belanja makan" ujar Taehyung.
"Betul?" soal Suyeon dengan penuh teruja.
Taehyung mengangguk sambil tersenyum sehingga kelopak matanya rapat.
Jeon Jungkook POV 💚
Jungkook mengemas barangnya, lalu dia berjalan ke muka pintu pejabatnya.
Dia melangkah keluar dari pejabatnya dan menuju ke lif.
Setelah beberapa minit, lif tiba dan dia membuka langkah memasuki lif tersebut.
Tiba-tiba sahaja dia teringat tentang wajah Suyeon yang terlalu rapat dengannya tadi.
Terus dia menekup wajahnya,
"argh! janganlah macam ni!" ujarnya sendiri.
Ting!
Pintu lif terbuka, Taehyung dan Suyeon melangkah masuk kedalam lif itu.
Cepat-cepat Jungkook membetulkan blazer dam tie nya.
Taehyung dan Suyeon menunduk hormat terhadap Jungkook, Jungkook turut tunduk sedikit bagi menghormati adat tersebut.
Jungkook menundukkan kepalanya kebawah, malu sungguh dia ingin memandang wajah Suyeon.
Maka, angin bertiup lembut dan dedaun mula berkocak perlahan.
"nak makan dekat mana?" soal Taehyung secara tiba-tiba.
Jungkook hanya diam dan mendengar perbualan itu.
"makan mee segera dekat 7 eleven je, boleh?" soal Suyeon.
"Boleh je" balas Taehyung.
Apabila lif tiba, mereka berdua melangkah keluar.
Jungkook hanya memandang mereka berdua daripada belakang. Entah mengapa hatinya rasa perit semacam.
Tiba-tiba bunyi guruh berdetum kuat.
"eh dah nak hujanlah" ujar Suyeon apabila dia dan Taehyung sudah keluar dari bangunan itu.
Setelah itu, hujan rintik-rintik turun dari langit.
Taehyung meraut lengan Suyeon lalu mereka berlari meredahi hujan.
Jungkook hanya memerhatikan gelagat itu daripada muka pintu keluar bangunan itu.
Dia memegang dadanya lalu dia mengerutkan dahinya.
"k-kenapa rasa macam ni"
TBC
Dochi! halooo!
Actually cerita ni semakin pelik dan mengarut bukan? kenapa kau baca lagi?
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top