9: Pemeriksaan
100 votes + 30 comments
Jungkook memicit dahinya dengan perlahan sementara menunggu angka gilirannya tiba.
Manakala si gadis bernama Juyeon itu kekal menunduk memandang lantai. Aduh, malunya!
Kejadian yang berlaku tadi, masih segar dalam ingatannya.
"Awak, janganlah buat kerja gila" ujar Juyeon sambil menarik lengan Jungkook supaya tidak mendekati basikal itu.
Mereka berdua sedang berdiri di halaman rumah Jungkook sambil memandang kearah basikal itu.
Masalahnya sekarang ni, Jungkook itu berat! mana boleh dia nak bawa Jungkook naik basikal sampai ke hospital.
"Tak, sekarang ni. Kau nak aku mati ke?" balas Jungkook sambil mencengkam lembut pipi Juyeon.
"Tapi, awak demam biasa je" balas Juyeon pula.
"Macam mana kau tahu? kalau denggi macam mana?" Jungkook menbalas kembali.
Kim Juyeon diam buat seketika, tambahan pula jarak diantara dia dan Jungkook semakin rapat dan membuatkan hembusan hangat nafas Jungkook mula menyapa kulit pipinya.
Jadi, pengakhirannya, mereka berdua pergi ke hospital dengan menaiki basikal.
"Pegang kuat-kuat tau" pesan Juyeon kepada majikannya itu.
"aku tahulah" balas Jungkook lalu dia merangkul pinggang Juyeon dari tempat duduk belakang.
"Janganlah peluk, tak selesalah" balas Juyeon sambil menggerakkan tubuhnya tanda minta Jeon Jungkook melepaskannya.
"Hei, kau yang suruh aku pegang kuat-kuat tadi" marah Jungkook.
"Oh ehehe, lupa pula" balas Juyeon sambil tersengih.
Tipulah kalau tak ada perkara yang berlaku sepanjang mengayuh basikal tadi.
Semua orang sibuk mengambil video mereka. Bukan sebab menunggang basikal. Tetapi, sebab Juyeon mengayuh dengan sangat laju sehingga menyebabkan Jungkook hampir jatuh tergolek dari basikal itu.
☆☆☆☆
"Encik cuma demam biasa" kata doktor itu.
Kim Juyeon kekal memandang tajam kearah jejaka yang duduk disebelannya itu.
"Kan saya dah kata yang awak demam biasa je" kata Juyeon sambil menampar peha milik Jungkook.
"Tak salah pun nak buat pemeriksaan. Lagipun aku dapat ubat demam juga" balas Jungkook kerana tidak mahu kalah.
Doktor itu hanya mampu memandang kearah mereka. Ini kes suami isteri atau apa?
Mereka berdua menunduk hormat sebelum keluar dari bilik doktor itu.
Jeon Jungkook berjalan meninggalkan Juyeon dibelakang dan gadis itu hanya setia berjalan membelakangi Jungkook.
"Awak" Kim Juyeon memanggil majikannya.
Jungkook menghentikan langkahnya lalu dia berpaling kebelakang.
"Apa?" soal Jungkook sambil tangannya sedang memegang tisu untuk lap hingusnya.
"Kenapa awak tak nak buat ujian darah?" soal Juyeon.
Sebenarnya, tadi doktor sarankan Jeon Jungkook untuk mengambil ujian darah supaya penyakitnya dapat dilihat dengan lebih teliti. Tetapi Jungkook tidak mahu.
Jungkook tidak membalas kata-kata Juyeon, sebaliknya dia terus berjalan mara kehadapan.
Lantas Kim Juyeon mengejar langkah Jungkook yang sedah jauh meninggalkannya.
☆☆☆☆
Juyeon menurunkan tongkat basikal setelah selesai memarkir basikal merah itu di dalam garaj milik Jungkook.
Lalu gadis itu berjalan masuk ke dalam rumah. Sempat dia menoleh pada jam yang tergantung di dinding ruang tamu itu.
Waktu persekolahan Jaemin dan Minjung telah tamat, pasti Park Jimin sedang menjemput mereka pulang ke rumah.
Jeon Jungkook duduk diatas sofa sambil matanya memandang kearah skrin televisyen yang gelap itu. Kenapa dia tak nak on kan televisyen tu?
"Awak, awak nak tenung televisyen tu sampai terbuka sendiri ke macam mana?" soal Juyeon seakan-akan memerli.
"kau diamlah, aku cium karang" balas Jungkook dengan nada menyampah.
Ingat dia nak tengok sangat ke televisyen yang hitam kosong tu? Masalahnya, dia tak boleh nak tekan remote tv. Itu masalah besarnya!
"Eh, main ugut-ugut pula" balas Juyeon lalu dia mencapai alat kawalan jauh.
Gadis itu melabuhkan punggungnya bersebelahan dengan Jungkook lalu dia menekan butang on dan televisyen itu mula memaparkan imej.
"Awak takut jarum ya? sebab tu awak tak nak buat ujian darah tadikan?" soal Juyeon. Sebenarnya, dia masih tertanya-tanya kenapa Jungkook tidak mahu buat ujian darah.
Padahal tadi bukan main lagi takut demam sampai bawa mautlah apalah. Bila doktor bagi pilihan untuk buat ujian darah, tidak mahu pula.
"Sebab aku tak nak buat" balas Jungkook sambil matanya fokus memandang skrin yang sedang memaparkan iklan sabun basuh baju.
Seumur hidup Kim Juyeon, inilah kali pertama dia jumpa lelaki yang complicated.
"Alah, cakap jelah yang awak takut jarum" balas Juyeon dengan suara perlahan.
"Bukan sebab takut jarumlah! Tapi! kalau doktor ambil darah aku untuk buat pemeriksaan yang guna mesin teknologi, satu hospital tu akan blackout! Habis terputus semua fius dan bekalan elektrik!" akhirnya Jungkook tidak sengaja memberi tahu hal sebenar.
Kim Juyeon terkedu. Apa yang lelaki ni maksudkan? Kenapa dengan darah dia boleh buatkan bekalan elektrik terputus?
"Lihat baju ini putih berseri selepas dibasuh dengan sabun ini. Manakala, baju yang dibasuh dengan jenama X pula telah memudarkan warna baju. Dapatkan sabun ini dipasaran sekarang!" bunyi iklan sahaja yang memenuhi ruang tamu itu kerana Jungkook dan Juyeon hanya mendiamkan diri sambil berpandangan.
"Aku rasa, kau patut diamkan diri. Jangan tanya aku apa-apa dah lepas ni" kata Jungkook lalu dia bangkit dari sofa.
Tiba-tiba sahaja ada sepasang tangan kecil memeluk lengan Juyeon.
"Tak apa, kalau pak cik tak nak jawab, akak tanya Jaemin je" kata Jaemin sambil memeluk lengan Juyeon.
"Eih, bila balik" lantas gadis itu menarik Jaemin dan Minjung ke dalam dakapannya.
"Baru je sampai" balas Minjung.
Jungkook memandang seketika kearah Juyeon sebelum dia melangkah masuk kedalam biliknya.
TBC
Ya rabbi, mengarut teruk chapter ni. Dahlah bosan. Ya allah, rasa bersalah pulak sebab publish chapter bosan ni T-T maaf tauu
🎀🎀🎀
❤Promote❤
Tumpangan by senpai kkeuwnam
and
BTS Chatroom by lovely miss_bananaz
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top