5: Peti Sejuk
80 votes + 20 comments
"Eh?!" terkejut Juyeon apabila Park Jimin meminta dirinya untuk tinggal dirumah itu selama 3 bulan.
Tiga bulan tu bukannya sekejap, kalau dihitung mengikut hari sudah boleh mencapai 90 hari, kalau dihitung dengan jam, boleh mencecah 2160 jam, kalau dihitung dengan minit, boleh mencapai--
Baiklah, kita berhenti setakat itu.
Kesimpulannya, Juyeon boleh menjaga anak orang lain lagi pada masa itu. Bukannya terhad kepada anak buah Jungkook sahaja.
"Tolonglah, saya merayu" kata Jimin sambil merapatkan kedua-dua belah telapak tangannya tanda dia meminta simpati.
"T-tapi awak, saya pun kena cari duit juga dengan cara menjaga anak orang lain, bukan anak saudara Encik Jeon Jungkook sahaja" balas Juyeon.
"Akak nak berpisah dengan Jaemin ke? Kita kan dah officially dating!" Suara Jaemin yang menyampuk itu terus meninggi.
"bukan macam tu, Jaemin" Juyeon cepat-cepat memujuk Jaemin.
Lantas budak lelaki itu berpeluk tubuh, tanda merajuk.
"Teman lelaki akak ni merajuk, Jaemin nak akak pujuk" kata Jaemin sambil memuncungkan bibirnya.
Juyeon segera memandang kembali kearah Jimin.
Anak matanya dijegilkan kearah Jimin tanda ingin meminta pertolongan lelaki itu.
"u-uh! Ha! kalau Jaemin nak merajuk, abang ambiklah teman wanita Jaemin ni" Jimin mengugut Jaemin.
"Tak! Tak! Jaemin tak jadi merajuk" dengan segera Jaemin merapati Juyeon. Takut sungguh!
"Apa-apa pun, yang pasal tadi tu, saya tak rasa saya boleh buat--" kata Juyeon.
"Jungkook akan bayar 3 kali ganda daripada gaji awak!" Jimin main lepas sahaja cakap. Ah! janji Jungkook yang bayar, bukan guna duitnya pun.
Juyeon memandang kearah Jaemin dan Minjung buat seketika.
"Kalau saya tak jaga diorang selama 3 bulan, maksudnya, diorang akan keseorangan?" Juyeon bertanya.
Jimin berasa pelik dengan pertanyaan Juyeon yang secara tiba -tiba itu.
"i-iya, lebih kurang macam tulah" balas Jimin.
☆☆☆☆
Jungkook laju menuruni anak tangga.
Tiba-tiba sahaja langkahnya terhenti dianak tangga yang terakhir.
"a-apa kau buat ni?" Jungkook menyoal sebaik sahaja berasa hairan dengan tindakkan gadis itu yang menghalang jalannya.
"Haih, susah betul nak jumpa awak, walaupun kita tinggal serumah" kata Juyeon.
"Ringkaskan, kau nak apa?" Jungkook menyoal.
"Hurm, banyak benda saya nak tanya sebenarnya" balas Juyeon.
"Ha, tanyalah" balas Jungkook.
"Marilah dulu kita pergi dapur, saya ada buat kuih" kata Juyeon lalu menarik lengan Jungkook.
Jungkook terkilan buat seketika. Namun dia tetap melangkah mengikuti jejak Juyeon.
☆☆☆☆
"sedap tak?" Juyeon menyoal Jungkook.
"Mana dua ketul tu?" Jungkook mengabaikan soalan Juyeon tadi.
"Oh, diorang dah tidur" balas Juyeon.
"Park Jimin?" Jungkook menyoal lagi.
"Dia keluar tadi, nak cari idea katanya untuk buat dialog skrip drama" kata Juyeon.
"Jadi, hanya tinggal kita berdua?" Jungkook menyoal lagi sambil mengunyah kuih itu.
"Eh, awak nampak macam bertiga ke?" balas Juyeon.
Jungkook mengukir senyuman nipis.
"Oh ya, kau nak tanya apa tadi?" Jungkook menyoal.
"Oh ya, saya nak tanya-- Uhuk! Uhuk!" terbatuk-batuk Juyeon akibat tersedak.
Jungkook mulai panik dengan situasi itu.
Lantas dia berlari kearah peti sejuk dan dia membuka peti tersebut untuk mendapatkan air buat Juyeon.
Jungkook terlupa buat seketika yang dia dilahirkan dengan cas elektron yang berlebihan dalam tubuhnya.
Dan secara tiba-tiba satu rumah agam milik Jungkook itu.
Blackout!
TBC
Hurmm.. macam tak best cite ni. Rasa nyesal lak publish T-T
Siapa masih ada disini?
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top