29: Ikea

170 votes + 80 comments

Anak mata hitam milik Jeon Jungkook tertumpu ke arah pintu masuk bangunan biru itu.

Bukannya dia tidak tahu yang pusat membeli-belah Ikea ini penuh dengan bilik pameran.

Bahaya sungguh jika dia tersentuh mana-mana alatan elektrik yang bersambung terus dengan suis utama bangunan ini.

Jeon Jungkook menggapai tangan kecil milik Juyeon namun Juyeon tidak menyedari tentang itu kerana dia sibuk memastikan Jaemin dan Minjung selamat melintas jalan bersama Kim Taehyung.

Oleh sebab gadis itu tidak menyedari akan tindakan jejaka bercas elektron itu. Jeon Jungkook mengambil keputusan untuk melepaskan tangan gadis itu dan teruskan berjalan.

Namun, sempat si gadis proton tersebut menyedari tingkah laku Jeon Jungkook dan terus dia menarik jari kelingking milik jejaka itu.


Hal ini menyebabkan Jeon Jungkook berpaling kebelakang dan mata mereka bertembung.

"Janganlah malu nak pegang tangan saya" bicara gadis itu sambil mengeratkan jarinya bersama jari-jemari milik jejaka itu.

Kim Taehyung baru sahaja selesai melintas jalan raya bersama Na Minjung dan Na Jaemin.

"Kan Jaemin dah cakap, kalau datang sini memang pak cik akan jadi takut nak masuk" kata Jaemin sambil tersenyum ke arah Taehyung.

"Oh, selalunya kalau pak cik Jaemin pergi ikea, dia masuk macam mana kan dia takut nak masuk?" soal Taehyung.

"Oh, tengoklah dulu macam mana, kalau tempat yang banyak katil pak cik berjalan seperti biasa tapi kalau bahagian yang banyak lampu, selalunya pak cik akan berjalan perlahan-lahan, kalau terlalu banyak lampu, dia akan merangkak" balas Jaemin.

"Agak memalukan" balas Minjung pula.

Kim Taehyung menghela nafas panjang sebelum dia kembali melihat ke arah adiknya dan si soulmate adiknya.

"Ha, tak perlu nak tenung sesama sendiri lama-lama macam tu, pergi masuk dalam" tegur Taehyung kepada dua orang manusia itu.

Jeon Jungkook berdehem bagi menutup perasaan kekoknya sebelum dia menarik tangan gadis itu dengan lembut menuju ke arah pintu masuk Ikea.

☆☆☆☆

Jejaka berambut biru itu hanya memerhatikan Jungkook dan Juyeon yang saling berpegangan tangan sementara dirinya memimpin tangan Jaemin dan Minjung.

Ini namanya cupid and babysitter. Aduhai, dia sepatutnya dibayar untuk ini.

"Pak cik Taehyung, boleh tak kita pergi beli lampu tidur?" pinta Minjung.

"Haah, Jaemin takut tidur dalam gelap" balas Jaemin pula sambil membuat muka meminta simpati.

Baiklah, tidak kiralah anda itu siapa. Apabila melihat wajah Na Jaemin sedang meminta sesuatu, anda akan kalah dengan wajahnya.

"Ok, jom" kata Taehyung sebelum matanya beralih kembali memandang ke arah adiknya.

"Juyeon, aku nak pergi tengok lampu tidur untuk Jaemin dan Minjung" ujar Taehyung.

"Oh, jomlah kita semua pergi sekali" kata Juyeon.

Tiba-tiba sahaja si gadis itu merasakan jari-jemarinya digenggam kemas seolah-olah tidak membenarkan dia berganjak.

Sudah tentu itu disebabkan Jungkook menariknya. Tidak boleh, Juyeon tidak boleh meninggalkannya di situ dan pada masa yang sama dia tidak mahu pergi ke bahagian jualan lampu.

Sudah tentu di situ banyak penggunaan elektrik. Pasti akan berlaku perkara yang tidak diingini nanti.

"Awak, janganlah risau, saya kan ada" kata gadis itu sambil menayangkan senyuman kecil kepada Jungkook membuatkan jejaka itu perlahan-lahan mengangguk.

☆☆☆☆

Park Jimin POV💚

Jimin hanya menggeleng perlahan apabila melihat bangunan ikea itu sedang di kelilingi dengan polis dan bomba.

Tujuan dia datang ke sini sebenarnya untuk membeli perabot baru untuk rumahnya dan Jungkook kerana dia baru sahaja membeli rumah baru.

Ingat lagi peristiwa yang rumah mereka meletup sebelum ini?

Tapi lain pula cerita apabila dia datang ke sini, polis dan bomba sedang mengelilingi bangunan itu.

Kerana ada satu sumber kuasa dari dalam bangunan itu yang amat kuat telah menggangu seluruh sistem dalam bangunan itu sehingga menyebabkan pintu automatik, eskelator dan semua signal telefon dari dalam bangunan itu telah disekat.

Jadi pihak bomba dan polis berpendapat bahawa ada pengganas telah menceroboh pusat membeli belah ini.

Manakala Park Jimin hanya menghembus nafas berat apabila dia dapat merasakan yang aura elektron Jeon Jungkook amat kuat di kawasan ini.

Atau erti kata lain, Jeon Jungkook adalah punca semua ini berlaku.

☆☆☆☆

"Punca hal ini masih belum dapat dikenal pasti lagi" kata pegawai polis itu setelah semua keadaan kembali reda.

Pelanggan mula bergerak seperti biasa apabila keadaan sudah kembali seperti asal.

Park Jimin yang baru sahaja berjalan masuk ke dalam bangunan itu, terus mencari kelibat sahabatnya.

Nak marah tu memanglah nak marah, dah lah letupkan rumah, lepas tu buat masalah di ikea pula. Aduhai..

Tapi itulah, ini bukan salah Jungkook, bukan dia yang minta untuk dilahirkan sebegini.

Kaki Park Jimin terhenti apabila dia melihat Jungkook sedang duduk bersila di atas lantai sambil menunduk ke bawah

Dia melihat ke arah seorang gadis yang sedang mengusap lembut bahu milik Jeon Jungkook.

Iya, gadis itu ialah Kim Juyeon.

☆☆☆☆

"Pak cik Jimin, jom pergi makan ais krim" pinta Jaemin yang sedang bergayut di bahagian kaki milik Jimin.

Jimin hanya menahan sabar sementara Jungkook masih lagi memerlukan waktu untuk bertenang.

Berdasarkan apa yang Jimin dengar daripada mulut Jaemin, tadi Jungkook duduk di atas kerusi dan Jaemin menghidupkan suis lampu.

Tanpa Jungkook tahu yang sebenarnya itu kerusi yang berlampu. Sebaik sahaja Jaemin menekan suis lampu itu, terus blackout satu bangunan ikea ini.

Baiklah, ini salah Jaemin atau Jungkook?

Mungkin salah pencipta kerusi berlampu itu. Siapa yang terlalu pelik menciptakan kerusi berlampu? dah lampu itu, lampu sahaja lah. Dah kerusi itu, kerusi sahaja lah, tidak perlu buat gabungan seperti secret recipe dan McDonald.

Jimin berdehem sedikit kasar untuk mengubah topik perbualan.

Ternyata ia berhasil mendapat tumpuan, Jungkook, Juyeon, Jaemin, Minjung dan tidak lupa juga Taehyung mengalihkan pandangan ke arah Park Jimin.

"Jadi, korang berdua dah jalinkan hubungan ke?"

TBC

Okay, yang pertama sekali maaf sebab lambat update. Yang kedua, maaf sebab chapter ni tak lawak T-T aku tak ada mood nak buat lawak, tu yang hambar semacam.

Yang ketiga, maaf sebab chapter ni tak sweet sebab aku tak ada mood jugak T-T

Okay, apa apa pun lepas nii last chapter yeaaa hshshs, hwaitinggg gaiss

Oh ya NAK EPILOGUE TAKK?

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top