28: Jom!

Oh ya, gais nak tumpang promote kejap hehe

90% Romance
90% Comedy
80% Sweetness
70% Plot twist
50% Acknowledge

P/s : Pada awalnya seperti cliche, sila baca dengan teliti dan dapatkan maklumat dengan baik. Kerana, manusia kisahnya bukan satu, tetapi lebih.

Ok tq hehe. Nanti singgah lah kalau berminat. Cerita ni comel ala-ala Tom and Jerry gituw❤❤

︎▪︎▪︎▪︎▪︎


190 votes + 80 comments

Taehyung mengalihkan padangannya ke arah meja makan rumahnya. Matanya tertumpu pada Jeon Jungkook yang sedang menyemak helaian kertas kerjanya.

Kim Taehyung berfikir buat seketika, sambil matanya kekal merenung ke arah Jungkook.

Jadi, adiknya dan Jungkook bukannya jatuh cinta kerana mereka saling menyukai. Tetapi takdir telah menentukan mereka untuk bersama kerana mereka saling memerlukan.

Ini bukan kisah cinta, ini kisah kehidupan yang bergantung antara satu sama lain.

Jika Juyeon tidak bersama Jungkook, jangka hayatnya akan pendek oleh sebab cas badannya yang lemah.

Jika Jeon Jungkook tidak bersama Kim Juyeon, dia akan mengalami masalah dalam kehidupan seharian.

Kalau mereka berdua berkahwin, sudah pasti anak mereka akan bercas seperti orang normal. Maka tamatlah semua sumpahan ini.

"Kenapa, pandang aku macam tu?" soal Jungkook yang duduk di atas kerusi yang terletak di meja makan itu.

"Tak, aku pandang meja makan tu" balas Taehyung. Iya, akibat mahu menutup malu kerana memandang Jeon Jungkook tadi, dia perlu mula mengikut plan Jaemin si kanak-kanak yang kuat perasan itu.

"Kenapa?" soal Jungkook lagi.

"Aku rasa meja makan tu macam nak roboh" balas Taehyung.

"Ye ke?" balas Jungkook sambil mengetuk-ngetuk meja makan itu untuk melihat jika ia akan roboh atau tidak.

"Bodoh, maksud aku meja makan tu buruk sangat, nampak macam nak roboh. Bukan roboh terus lepas kau ketuk macam tu" balas Taehyung.

Jejaka yang bercas elektron itu mengetap bibirnya akibat malu. Alahai, mana lah dia tahu.

"Juyeon!" teriak Taehyung sambil mengalihkan pandangannya ke arah tangga rumahnya.

"KENAPA?!" balas Juyeon dengan suara dua kali lebih kuat daripada suara  Taehyung tadi dari biliknya yang terletak di tingkat atas.

"JOM PERGI IKEA!" teriak Taehyung kembali dengan suara tiga kali ganda lebih kuat berbanding suara Juyeon tadi.

"KAU NAK BELI APA!" balas Juyeon dengan nada suara yang sama seperti tadi.

"AKU NAK BELI PERABOTLAH, TAK AKAN NAK BELI BAJA TANAMAN PULAK!" teriak Taehyung dengan nada suara yang lebih tinggi.

Jungkook yang duduk tidak jauh dari Taehyung itu hanya memerhatikan dari tadi. Ya tuhan, mereka boleh menyentuh alat elektrik. Kenapa tidak call sahaja? Nak kata kurang bijak, rasa bersalah pula.

Dah lah Jungkook menumpang rumah mereka akibat rumahnya meletup tempoh hari dan dia dalam proses mencari rumah baru yang sesuai dengan cita rasanya.

"KAU NAK PERGI BILA?!" teriak Juyeon dari biliknya yang terletak di tingkat atas.

"SEKARA-- Uhuk! uhuk!" Kim Taehyung terbatuk kuat. Akhirnya lelaki itu sudah sampai tahap jeritan yang paling maksima.

Lalu Kim Taehyung bangkit dari sofa lalu berjalan ke arah tangga untuk naik ke tingkat atas.

"Kau nak tengok tv ke?" soal Taehyung sambil memandang ke arah Jungkook.

Jungkook mengangguk perlahan.

"Kau nak tengok siaran apa?" soal Taehyung lagi sambil mencapai alat kawalan.

"Mana-mana pun boleh" balas Jungkook.

"Duduk lah. Kau nak makan snek yang ada atas meja tv tu pun boleh" kata Taehyung lalu dia meneruskan hasratnya untuk naik ke atas.

Oh tolonglah, Kim Taehyung bukannya terlalu kejam. Cuma sifatnya suka menyakat orang sahaja.

Jungkook bergerak dari meja makan ke arah sofa dan dia terus duduk di atas sofa lalu merebahkan badannya sambil tangannya mencapai snek di atas meja. Manakala, kertas kerjanya semua di tinggalkan di atas meja makan.

Jungkook dapat mendengar dua pasang tapak kaki berlari menuruni tangga dan sudah pasti itu dua orang anak buahnya yang sedang menuju ke arahnya.

"Jaemin! Minjung! jangan berlari" teriak Jungkook.

Apabila mendengar kata-kata Jungkook, mereka berdua memperlahankan kaki mereka.

"Pak cik! pak cik!" laung Minjung sebaik sahaja dia makin mendekati Jungkook.

"Iya" balas Jungkook.

"Pak cik, jom pergi ikea!" kata Jaemin dengan penuh nada teruja.

Jungkook yang baru sahaja tersenyum melihat kelibat anak buahnya, terus mengeluh apabila mendengar permintaan mereka.

Beberapa saat selepas itu, Kim Taehyung dan Juyeon turun ke bawah dengan siap berpakaian kemas untuk keluar.

"Awak, jomlah ikut" Juyeon mengajaknya.

"Jangan risau, kau pegang tangan Juyeon dalam kereta nanti, aku drive" kata Taehyung sambil menyeluk tangan ke dalam poket seluar jeans biru tuanya.

Aduhai, kalau dia ikut sekali pun, dia nak beli apa dekat ikea tu? Lagipun, takut-takut nanti dia tersentuh mentol lampu atau apa, habis terpadam satu bangunan ikea itu.

TBC

Maaf lama tak update T-T aku dah nak exam next week, but aku luangkan sikit masa untuk update hehe, luv you❤

Next chapter penuh dengan kecomelan dan kelakar sebab ragam mereka di ikea. Iya, idea aku sangatlah pelik, maaf jsjs

Rasanya, dekat sebulan aku tak update. Harap tak ramai yang dah buang book di dari library T-T





Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top