27: Alasan

200 votes + 80 comments

Na Jaemin menolak pintu masuk ke rumah Juyeon dan dia melangkah masuk ke dalam bersama-sama dengan Na Minjung.

Kim Juyeon yang sedang menyusun pinggan di atas meja makan itu sempat berpaling dan mengukirkan senyuman ke arah kedua-dua orang anak itu.

"Pergi mandi dulu lepas tu kita makan sama-sama" pesan Juyeon.

"Mana pak cik?" soal Minjung.

"Dia pergi tempat menembak" balas Juyeon.

"Pak cik nak buat cubaan bunuh diri ke?!" soal Jaemin dengan nada yang terkejut.

"Eh tak, hari ni pak cik kan ada penggambaran filem yang berlakon bahagian aksi tembak menembak" balas Juyeon.

"Ohh" balas Jaemin mengangguk perlahan sebelum dia mengejar langkah si Minjung yang sedang bergerak menuju ke bilik mereka.

Kepala Jaemin masih lagi memikirkan cara untuk memberikan alasan kepada Kak Juyeon supaya mereka dapat menamatkan hubungan serious mereka ini.

☆☆☆☆

"Jaemin minta maaf, tapi akak terlalu baik untuk Jaemin"

"Akak sebenarnya Jaemin ada jumpa gadis yang lebih sesuai dengan Jaemin"

"Akak, umur kita berdua terlalu berbeza, nanti macam mana kita nak besarkan anak bersama"

"Akak, Jaemin tak cukup duit nak bawa akak kahwin nanti"

Jaemin menghela nafas berat sambil memandang ke arah cermin yang tergantung di dinding tandas itu.

"Ah, macam mana ni!" jeritnya sendiri.

Ttok! Ttok!

Bunyi ketukan kuat dari luar pintu tandas itu membuatkan Na Jaemin terkejut. Cepat-cepat dia mencapai sehelai tuala yang tergantung di tempat penyangkut.

Kanak-kanak yang berusia lima tahun itu menarik nafas dengan dalam sebelum membuka pintu tandas secara perlahan-lahan.

"Jaemin ok? kenapa jerit tadi? ada lipas ke?" soal Juyeon sebaik sahaja Jaemin membuka pintu tandas.

"Ah, tak, Jaemin saja je test suara tadi, ehehe" balas Jaemin.

Juyeon hanya menayangkan riak wajah yang biasa. Bukan Jaemin lah kalau tak buat benda pelik-pelik ni.

"Minjung dah ada dekat meja makan, Jaemin pakai baju dulu lepas tu kita makan tengah hari sama-sama" balas Juyeon.

Jaemin mengangguk perlahan.

Juyeon terus berjalan keluar dari bilik itu, sempat dia menutup pintu bilik untuk memberi ruang kepada Jaemin memakai baju.

Jaemin menghembus nafas berat.

"Haih, tak boleh jadi ni, kak Juyeon baik sangat, macam mana nak putuskan hubungan ni" bicaranya sendiri.

☆☆☆☆

Kim Taehyung melabuhkan punggungnya ke atas sofa empuk yang terletak berhadapan dengan televisyen.

Akhirnya dia dapat berehat setelah seharian menguruskan tugasan 'membersihkan' segala kerja kotor ayahnya.

Selepas ini tiada lagi pemerdagangan manusia, tiada lagi penjualan organ secara haram yang melibatkan keluarganya lagi. Kerana Taehyung sudah menukarkan nama ayahnya menjadi pemilik syarikat pusat kitar semula.

Ah, biarlah orang kata yang mereka membersihkan nama dengan cara haram. Asalkan mereka sudah berubah dan tidak akan kembali ke jalan kotor itu lagi.

Baru sahaja Kim Taehyung ingin mencapai alat kawalan televisyen. Na Jaemin terlebih dahulu mengambilnya.

"Pak cik Taehyung, Jaemin nak bincang sesuatu dengan pak cik ni" kata kanak-kanak itu.

Taehyung memberikan pandangan yang seolah-olah penat dengan kehidupannya.

"Ala, janganlah buat muka macam tu. Jaemin nak bincang benda penting ni!" bicara Jaemin lagi.

"Pasal transformer tak boleh nak balik planet dia sebab kapal angkasa dia rosak ke?" soal Taehyung dengan nada yang serious. Sudah tentu dia hanya bergurau, cuma sengaja Taehyung membuat suara begitu.

"Bukan!" balas Jaemin.

"Dah tu pasal kita semua nak buat lawatan ke wakanda ke?" soal Taehyung lagi.

"Bukanlah, pak cik" balas Jaemin lagi.

"Dah tu pasal kita semua tak boleh pergi Busan sebab tempat tu dah penuh dengan zombie?" soal Taehyung lagi.

"Bukan!" teriak Jaemin

"Oh pak cik tahu! mesti nak cakap pasal iron man sebenarnya masih hidup kan?" soal Taehyung lagi.

"Pak cik ni, mesti kes banyak sangat tengok Netflix ni" ujar Jaemin.

"Dah tu kalau bukan pasal tu, apa lagi yang penting?" soal Taehyung.

"Pasal adik pak cik" balas Jaemin.

"Oh, dia tak penting pun" balas Taehyung. Sengaja dia berkata begitu kerana ingin melihat apa yang akan Jaemin katakan.

"Pak cik! tak baik tau cakap macam tu! pak cik dengan kak Juyeon kan adik beradik. Kenalah saling jaga sesama sendiri" kata Jaemin sambil bercekak pinggang.

Sengaja dia meletakkan alat kawalan televisyen itu di atas lantai dan jauh dari Taehyung agar Kim Taehyung menumpukan perhatian terhadap kanak-kanak itu.

"Ok lah, Jaemin nak cakap apa sebenarnya ni?" soal Taehyung.

"Kita tak boleh cakap dekat sini, kak Juyeon ada dalam rumah ni. Dia tengah tolong Minjung buat kerja sekolah" balas Jaemin.

"Dah tu nak cakap dekat mana?" soal Taehyung.

Alahai, tadi uruskan bab kerja kotor, sekarang kena uruskan masalah percintaan Na Jaemin pula.

"Kita berbincang dekat kedai ais krim" Jaemin memberikan cadangan.

☆☆☆☆

Kim Taehyung hanya memerhatikan Jaemin yang baru sahaja menghabiskan kon ais krim yang ketiga.

"Ha, lepas ni nak perisa apa pula?" soal Taehyung dengan niat ingin memerli budak itu. Ajak nak berbincang lah apa lah. Akhirnya makan ais krim sampai ke sudah.

"Ehehe, nak perisa oreo pula" balas Jaemin.

"Eii, pak cik tinggal Jaemin dekat sini kang" kata Taehyung sambil membuat muka geram.

Sejujurnya, Kim Taehyung tiada masalah untuk belanja kanak-kanak ini makan ais krim. Dia cuma takut yang Jaemin boleh mendapat penyakit kencing manis di usia yang muda.

"Oh ya, yang pasal tadi tu. Sebenarnya..." sengaja Jaemin menggantungkan ayatnya.

"Ingat ni drama ke nak tunggu to be continue wujud dekat bawah tu?" soal Taehyung sambil memerli kanak-kanak itu.

"Ehehe, saja nak bagi suspend" balas Jaemin.

"Ha, cepatlah  cakap" kata Taehyung.

"Sebenarnya, Jaemin rasa yang Jaemin tak sesuai dengan kak Juyeon" kata Jaemin.

Mahu sahaja Taehyung menterbalikkan meja di kedai ais krim itu. Punyalah dia bawa Jaemin ke sini, semata-mata ingin bercakap tentang itu.

Nasib baik Jaemin masih kanak-kanak sahaja. Kalau tidak.. aduhai.

"Jadi, Jaemin nak buat apa? beli pil ubat peninggi?" soal Taehyung.

"Tak, Jaemin ingat nak putuskan hubungan dengan kak Juyeon" balas kanak-kanak itu.

Baiklah, makin menebal perasaan ingin menterbalikkan semua meja dalam diri Taehyung.

"Lepas tu, kak Juyeon macam mana?" soal Taehyung.

"Boleh tak pak cik tolong Jaemin?" soal kanak-kanak itu.

"Apa dia? belanja ais krim lagi?" soal Taehyung.

"Bukanlah!" balas Jaemin.

"Dah tu?" soal Taehyung.

"Tolong buat Pak cik Jungkook dan Kak Juyeon bercinta, supaya kak Juyeon dapat lupakan Jaemin" kata Na Jaemin.

Tak minta banyak, Taehyung cuma ingin menterbalikkan meja sahaja buat masa ini.

TBC

Wehh, lama nya aku tak update 😭 sorryyyy

siapa masih stay?!!

btw, maaf chapter ni tak ada part Jungkook, dia kerja nak buat macam mana jsjsjsj. Ok lagi 3 chapter lepas tu habiss!

Aku akan pastikan 3 chapter terakhir ni akan jadi sweet gila namatey!!

Jap, aku rasa ramai dah fed up lah dengan cerita ni















Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top