25: Bom!
200 votes + 100 comments
Bertubi-tubi das tembakan dilepaskan dari arah luar membuatkan mereka semua merangkak di atas lantai.
"Aku lupa nak bagi tahu kau" bisik Taehyung kepada Juyeon membuatkan gadis itu berpaling memandang ke arahnya.
"aku nak tidur sini sebab nak jaga kau. Kumpulan Guk-jae nak ambil kau untuk bawa kau pergi ambil kad debit tu, maaf lambat bagitahu" kata Taehyung yang membuatkan Jungkook dan Juyeon berpaling ke arahnya.
Sempat Juyeon memukul kepala milik Kim Taehyung sebelum mereka semua merangkak menuju ke tingkat atas, di mana Minjung si gadis kecil itu berada .
Kim Taehyung menutup pintu bilik Minjung sebaik sahaja mereka semua berjaya masuk ke dalam bilik itu.
"Aku dah call untuk back up, nanti Hoseok datang" balas Taehyung.
"Sepatutnya kau bawa terus satu team datang sini! kalau mati anak-anak jagaan aku macam mana?!" suara Juyeon meninggi.
Siapa sahaja tidak marah kalau dalam situasi sebegini.
"Maaflah, Juyeon, ayah sakit, kau tak ada, semua benda aku nak kena fikir seorang sebab kau tak nak tolong, tinggal aku seorang sahaja anak ayah yang uruskan benda ni" balas Taehyung dengan nada sedikit marah.
Memang dia marahkan Juyeon sebab tidak mementingkan ayah. Iya, memang Taehyung mengaku, silapnya juga mengajar Juyeon supaya membenci ayah kerana dahulu beliau seorang yang kejam.
Lidah Juyeon kelu, aduhai, mengapa waktu sebegini mereka nak lakukan sesi meluah perasaan. Tak berapa nak sesuai, itu masalahnya.
"Pak cik Taehyung" panggil Jaemin, manakala Minjung pula sedang memeluk Jungkook sambil menangis ketakutan.
Dah lah Minjung sedang tidur tadi, tiba-tiba dikejutkan dengan bunyi das tembakan, engkau rasa?
"iya" balas Taehyung.
"Kita sekarang tengah main PUBG ke?" soal Jaemin sambil mengukirkan senyuman.
Juyeon dan Jungkook serentak menepuk dahi mereka, aduhai, kenapa masa-masa begini, Jaemin oiii!
"Tak, kita sekarang tengah main COD" balas Taehyung sambil tersenyum. Itulah yang dia mampu buat supaya Jaemin tidak menangis.
"Tapi, game ni syaratnya lain sikit" kata Taehyung.
"Apa yang lain?" soal Jaemin dengan penuh rasa ingin tahu.
"Game ni, tak boleh reset" balas Taehyung.
Laju tangan Juyeon menampar peha Taehyung. Dengan budak-budak pun nak bagitahu pasal perkara buruk ni!
"Tak apa, kalau tak boleh reset, kita tutup plug elektrik supaya tak ada elektrik, nanti buka balik, dapatlah main game baru" balas Jaemin.
Oh tuhan, selamatkan budak ini daripada mengetahui dunia yang kejam. Pemikiran dia terlalu baik.
Lama-kelamaan bunyi das tembakan mula berhenti.
"Aku bagi korang semua 15 minit, turun ke bawah sekarang! kalau tidak aku akan letupkan bom ni!"
Aduhai, dia bawa bom pula.
"Akak, kita ada roti dekat dapur, kalau campur dengan bom yang pak cik tu bawah, boleh jadi roti bom!" kata Jaemin.
"Jaemin, tu bom betul---" mulut Taehyung ditekup dengan tangan Juyeon.
Jangan berani nak bagitahu budak tidak bersalah ni, dah lah salah mereka yang menyebabkan kanak-kanak ini turut terlibat, jangan nak merumitkan keadaan, oh tolonglah!
Taehyung mengalihkan tangan milik Juyeon supaya dia dapat bercakap kembali.
"Aku nak tahu sesuatu" kata Taehyung sambil memandang ke arah Jungkook.
"Adik aku, nak selalu ada dengan kau, sebab korang berdua bercinta atau.."
"sebab korang saling memerlukan untuk hidup?" soal Taehyung.
Ah, tidak sangka Taehyung ini cepat tangkap betul bab-bab begini.
Jungkook terdiam buat seketika begitu juga dengan Juyeon.
"Jungkook, kau sebenarnya pelengkap untuk cas badan adik aku?" soal Taehyung lagi.
Perlahan-lahan Jungkook mengangguk membuatkan Taehyung tersenyum.
"Bagus, aku ada plan awal sebelum back up sampai" kata Taehyung.
☆☆☆☆
Juyeon, Jungkook, Jaemin dan Minjung perlahan-lahan menuruni anak tangga dan menuju ke arah lelaki tamak itu.
"Mana Taehyung?" soal encik Gukjae.
"Kau gila? mana ada Taehyung, ini bukan rumah aku, ini rumah Jungkook" balas Juyeon.
Seorang lelaki yang sedikit muda yang berdiri bersebelahan dengan Tuan Gukjae itu mula berbisik.
"Orang aku cakap yang Taehyung ada datang sini" kata Gukjae.
"Tak, sebenarnya kau nak ambil Taehyung ke nak ambil aku?" soal Juyeon sambil memerli.
Tuan Gukjae tergelak besar.
"Jadi, kau nak ikut aku pergi ambil kad tu?" soal Tuan Gukjae.
"Tak" balas Juyeon.
"Jadi, kau tak berguna, aku akan pergi ambil Taehyung semula memandangkan dia selalu disamping ayah kau, aku pasti dia tahu segalanya" kata Gukjae.
"Ikat mereka semua dan letupkan rumah ni" kata Tuan Gukjae lalu dia berjalan keluar.
Orang bawahan tuan Gukjae sudah menghampiri Jaemin dan Minjung untuk menangkap mereka.
Bang! bang!
Akan tetapi, orang bawahan tuan Gukjae telah ditembak secara hendap semasa mereka ingin menyentuh dua orang kanak-kanak itu.
Tuan Gukjae memandang sekelilingnya untuk mencari dari mana tembakan itu datang.
Tiba-tiba seorang lelaki berambut biru melambai tangan dari tingkat atas sambil tangannya memegang pistol.
"Kim Taehyung!" teriak Gukjae dengan penuh perasaan geram.
"Aduhai, kenapa nak marah-marah, aku dah mudahkan kerja kau, tak perlu nak pergi rumah aku memandangkan kita semua dekat sini" balas Taehyung sambil tersenyum seperti orang tidak bersalah.
"Tuan, kita nak tembak ke mereka semua atau nak tangkap mereka?" soal perkerja Gukjae.
"Tak perlu, biarkan mereka semua mati kena bom yang akan meletup dalam seminit lagi" kata Tuan Gukjae lalu dia berlari ke arah pintu keluar.
"Tiba-tiba aku rasa macam nak sentuh bom tu" kata Jungkook sambil mendekati ke arah bom itu.
Kim Juyeon memberikan laluan supaya Jungkook dapat menyentuhnya.
Jeon Jungkook menyentuh pemasa bom itu, dan bom itu terpadam akibat cas elektron dalam badan Jungkook.
"Taehyung! Gukjae dah lari!" teriak Juyeon.
"Janganlah risau, hal tu, pasukan back-up akan buat kerja" kata Taehyung sambil menuruni anak tangga.
"Wah! hebatlah pak cik! dah besar nanti Jaemin nak jadi macam pak cik lah, boleh tembak orang tepat macam tu" kata Jaemin.
Taehyung tergelak kecil.
"Oh ya, apa jadi kalau aku sentuh bom ni?" soal Juyeon sendiri, lalu dia menyentuhnya.
Tiba-tiba pemasa bom itu bergerak kembali. 10..9..8..7..6..5..4...3
TBC
Okay, maaf lama tak update huehuhe
Chapter ni agak hambar kan? macam terbelit sangat ayat penerangan dia, kan?
Btw, cerita ni ending chapter 30 tau, ok tak?
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top