23 : Bolehkan?
180 votes + 60 comments
Jeon Jungkook berdiri di hadapan peti ais sambil merenungnya, tangan kirinya setia memegang sebatang lilin yang didirikan di atas sebuah piring . Nak minum air, tapi Jimin dah tidur.
Dah pukul 3 pagi ni, siapa sahaja yang dalam rumah ni masih terjaga.
Jungkook memandang sekilas ke arah paip sinki dapur itu. Minum air paip je, boleh kan?
Tapi Jungkook nak minum air oren. Jejaka itu memuncungkan bibirnya tanda tidak tahu untuk buat apa. Nampaknya terpaksalah dia minum air paip.
Baru sahaja Jungkook ingin berjalan menuju ke arah sinki, tiba-tiba sahaja suis lampu dapur dibuka. Terkejut Jungkook dibuatnya, nasib baik lilin tidak jatuh kalau tak terbakar rumah ni.
"Awak, buat apa dekat dapur pukul 3 pagi ni?" soal Juyeon sebaik sahaja dia tiba di dapur itu.
"A-aku nak minum air" kata Jungkook sambil tangannya masih lagi memegang piring yang berisi lilin bernyala itu.
Baru sahaja Juyeon ingin bertanya kenapa Jungkook bawa lilin, baru dia ingat yang Jungkook mana boleh tekan suis lampu.
"Awak nak air apa?" soal Juyeon lalu dia berjalan mendekati Jungkook.
"Tak apalah, aku dah tak haus" kata Jungkook lalu dia berganjak untuk keluar dari kawasan dapur itu.
Terus Juyeon menarik tangan jejaka itu supaya tidak kemana-mana.
Alahai, nak minum air pun kena drama sampai macam ni sekali ke?
Jungkook berpaling ke belakang untuk memandang wajah gadis itu. Makin kuat Juyeon mengeratkan genggaman tangan diantara mereka berdua.
Lalu gadis itu menarik Jungkook supaya mendekati peti ais itu.
"Bukalah peti tu" kata Juyeon sambil memandang ke arah Jungkook lalu lelaki itu membalas pandangan itu.
Akhirnya! dia dapat juga minum air oren pukul 3 pagi ni. Suka! suka! suka!
☆☆☆☆
Park Jimin berpeluk tubuh sambil memandang ke arah makanan yang terhidang di atas meja itu.
"Kau yang masak semua ni, Jungkook?" soal Jimin.
Jungkook mengangguk laju sambil tersenyum lebar.
"Minjung pun tolong pak cik masak tadi" kata Minjung.
Jimin mengalihkan pandangannya ke arah Juyeon.
"Boleh makan ke?" soal Jimin.
Juyeon mengangguk sambil tersenyum. Terus Park Jimin mengambil sudu untuk makan. Manakala Na Jaemin masih lagi memandang ke arah makanan itu.
"Tak nak makan ke, sayang?" soal Juyeon kepada Jaemin.
Kanak-kanak lelaki itu mengalihkan pandangnnya ke arah Juyeon yang duduk berhadapan dengannya.
"Walaupun Jaemin suka akak panggil Jaemin 'sayang' tapi Jaemin tak rasa nak makan" balas Jaemin.
"Kenapa ni?" soal Juyeon dengan nada risau. Jaemin sakit atau apa sampai hilang selera makan ni.
"Jaemin nak makan ais krim, rumah sebesar ni tak ada langsung ais krim. Hummph!" Na Jaemin mengeluh comel.
Baru sahaja Kim Juyeon ingin membalas kata-kata Jaemin, Jungkook terlebih dahulu mengeluarkan perkataan daripada mulutnya.
"Makan dulu, nanti kita pergi beli ais krim" kata Jungkook.
"Pak cik, janji?" soal Jaemin.
"Iya, tapi kena makan dulu. Penat pak cik masak ni" balas Jungkook membuatkan Na Jaemin terus menyumbat makanan ke dalam mulutnya
Tipulah kalau Juyeon dan Jimin tidak terkejut. Jungkook semakin matang!
"Sedap! mesti pak cik dengan Minjung boleh menang pertandingan esok!" puji Jaemin membuatkan Jungkook tertawa sambil memandang ke arah Juyeon.
Sempat jejaka itu mengenyitkan matanya ke arah gadis itu. Membuatkan Juyeon tersedak. Haih, maka mula lah sesi riuh-rendah Jaemin mengambil berat tentang Juyeon. Takut tercekik lepas tu mati, katanya Jaemin.
☆☆☆☆
Jungkook dan Minjung berdiri di hadapan meja itu. Mereka menunggu masa untuk pengacara pertandingan memasak bersama ayah ini mengumumkan masa untuk mula.
"Pak cik" panggil Minjung sambil meraih tangan Jungkook.
Jungkook menunduk sedikit bagi menyamai badannya dengan anak buahnya itu.
"Minjung takut, kita balik jelah" kata Minjung.
"Janganlah fikir macam tu, kita dah berlatih banyak dengan Juyeon noona tak akanlah nak tarik diri?" balas Jungkook sambil mengusap rambut milik Minjung.
"Kalau kita kalah macam mana?" soal Minjung.
"Pak cik pukul juri tu nanti" balas Jungkook dengan nada bergurau.
"Pak cikkk janganlaa" balas Minjung dengan nada suara meleret.
"Eh, dah dah, jangan fikir bukan-bukan. Kita masak je" kata Jungkook sambil mencubit pipi tembam anak buahnya itu.
☆☆☆☆
Juyeon segera berlari menuju ke arah pintu masuk sebaik sahaja dia terdengar suara riang milik Minjung.
"Macam mana? menang?" soal Juyeon sebaik sahaja Jungkook dan Minjung membuka pintu.
"Akak! dapat nombor 3!" laung Minjung sambil menjulang piala bersaiz mini itu.
Juyeon tersenyum lebar tapi, apabila dia melihat wajah Jungkook yang muram itu, senyumannya memudar.
"Kenapa awak nampak macam sedih je, Jungkook?" soal Juyeon.
Jejaka itu memberikan pandangan sayu, seolah-olah mahu menangis.
"Tadi, aku kena bagi ucapan masa ambil piala tu. Aku tersentuh microphone--" belum sempat Jungkook menghabiskan ayatnya, Minjung terlebih dahulu memotong.
"Lepas tu, terus satu sekolah tadi blackout terkejut semua orang" kata Minjung.
Juyeon hanya mampu diam. Nak cakap apa pun tak tahu, nak pujuk macam mana pun tak tahu.
Putuskan bekalan elektrik untuk satu sekolah tu bukan perkara yang kecil.
"Ermm, kita pergi makan ais krim nak?" Juyeon mula menukar topik perbualan.
"Jaemin dengar ada orang sebut ais krim!" kata Jaemin yang baru sahaja pulang dari sekolah bersama Jimin tadi.
Mereka semua berpaling ke belakang untuk memandang ke arah Jaemin yang sedang berlari dengan penuh keriangan.
"Akak, abang akak datang" kata Jaemin sebaik sahaja dia dia berdekatan dengan Juyeon.
"Hah?" semua orang memandang pelik.
Apa benda yang Jaemin cakapkan ni?
"Hei" satu suara garau datang dari arah pintu pagar luar rumah itu menegur mereka.
Juyeon mengeluh sebaik sahaja melihat wajah Taehyung yang sedang berjalan menuju ke arah pintu masuk rumah agam milik Jungkook itu.
"Eh, pak cik Taehyung!" teriak Jaemin dengan nada teruja sebaik sahaja melihat wajah abang Juyeon itu.
"Kenapa pak cik bawak beg besar ni?" soal Minjung sambil menyentuh sedikit beg yang disandang oleh Taehyung itu.
"Kau buat apa dekat sini?" soal Juyeon.
"Kan aku dah kata, aku nak bermalam dekat sini" balas Taehyung.
"Dah tak ada bilik kosong dalam rumah ni" kata Juyeon dengan nada mendatar.
"Siyes lah? rumah sebear ni ada sikit je bilik?" soal Taehyung.
"Bilik banyak, tapi bukan semua ada katil untuk kau tidur" balas Juyeon lagi. Iya, dia masih marahkan Taehyung sebab tipu dia tentang nak bawa dia semasa pergi ke rumah ayah hari itu.
"Tak apa, aku boleh tidur dekat sofa" balas Taehyung.
"Pak cik, dalam bilik Jaemin, ada double decker, Jaemin dengan Minjung tidur atas, pak cik boleh lah tidur dekat bawah" kata Jaemin.
"Boleh kan pak cik?" soal Minjung sambil membuat muka comel kepada Jungkook.
Jungkook mengalihkan pandangannya ke arah Jimin yang dari tadi diam sahaja. Jungkook mengharapkan pertolongan ni!
"Ah, tidur dalam bilik aku pun boleh. Sebab aku nak kena balik Busan dua minggu, sepupu aku nak berkahwin, jadi banyak benda aku nak kena tolong" kata Jimin membuatkan Jungkook terkejut.
"Kau tak cakap pun yang kau nak balik!" suara Jungkook meninggi.
"Ah, maaflah, aku pun lupa nak bagitahu kau. Banyak sangat benda dalam kepala otak aku ni" kata Jimin lalu dia menolak Jungkook ke tepi supaya dia dapat masuk ke dalam rumah.
Dari tadi semua berbincang dekat luar sahaja, penat tau berdiri lama-lama ni!
"Jadi, semua bagilah kan aku tidur sini?" soal Taehyung sambil menjongketkan keningnya. Ah, nampak kacaklah pula!
TBC
Okay, maafkan seya sebab update lambat, lepastu chapter ni pulak macam sampah nak mati, ya ampun terabur semacam plotnya
Maaf sangat sangat T-T
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top