22: Tak Boleh
Guys, meh lah follow my prend ni aurelyminn beliau baik orangnya ehehek
▪︎▪︎▪︎▪︎
180 votes + 60 comments
"Tak boleh!" teriak Juyeon sambil menolak-nolak badan Taehyung supaya keluar dari rumah Jungkook itu.
Manakala, Jimin, Jungkook dan dua orang anak buahnya hanya memerhatikan sahaja masalah mereka berdua.
"Jungkook tak cakap apa pun, yang kau nak lebih-lebih ni kenapa" kata Taehyung kepada Juyeon yang sedang menolaknya keluar.
"Aku cakap tak boleh, tak boleh lah!" marah Juyeon sambil menolak-nolak badan Taehyung.
Boleh pula Kim Taehyung kata yang dia nak bermalam di sini. Fikir ini hotel atau apa.
"Kau tak rasa ke yang kita patut buat sesuatu?" soal Jimin kepada Jungkook.
"Biarlah, seronok pula aku tengok drama adik-beradik ni. Dah macam drama waktu tengah hari" balas Jungkook.
"Tapi, pak cik. Juyeon noona tu dah nampak macam nak telan abang dia sendiri je" kata Jaemin sambil menarik-narik tangan milik Jungkook.
"Eh, tu kucing korang ke?" soal Taehyung sekali gus menukar topik perbualan membuatkan Juyeon berhenti menolaknya.
Kim Taehyung berjalan keluar mendekati sangkar kucing itu. Dahinya berkerut seribu apabila dia melihat ke arah kucing-kucing itu.
Laju sahaja Minjung dan Jaemin berlari menuju ke arah sangkar kucing mereka itu.
"Cantik, kan? ni mak kucing, nama dia Meow, ni 4 ekor anaknya, nama dia Meow Meow. Yang ni nama dia Meow Meow Meow dan yang ni Meow Meow Meow Meow" kata Jaemin sambil memperkenalkan nama kucing-kucingnya kepada Taehyung.
Makin berkerut dahi milik Taehyung apabila mendengar meow meow banyak kali. Kenapa budak-budak ni tak langsung kreatif bagi nama kucing? Pening dibuatnya.
"Korang ada lesen ke nak bela kucing ni?" soal Taehyung.
"Nak bela kucing, perlu ada lesen ke?" balas Minjung.
"Korang beli kucing-kucing ni dekat kedai mana?" soal Taehyung lagi.
"Tak, kitorang jumpa kucing ni depan pagar rumah" balas Minjung lagi.
Berubah terus riak wajah Taehyung apabila dia mendengar jawapan dari Minjung itu.
"Dah berapa lama korang bela kucing ni?" soal Taehyung kepada Jungkook yang sedang berjalan ke arahnya.
"Seminggu" balas Jungkook.
"Ada apa-apa yang pelik tak pasal kucing ni?" soal Taehyung lagi.
Dahi Jungkook berkerut seribu. Kenapa Taehyung tanya banyak benda tentang kucing ni?
"Minjung bagi whiskas dia tak nak makan. Selalunya dia makan daging yang mentah" balas Minjung.
"Haih, dia tak tahu ke yang daging tu mahal, makan jelah whiskas tu" Jaemin mengeluh sambil menepuk dahi.
"Aku rasa kau patut buat laporan polis tentang kucing kau" ujar Taehyung kepada Jungkook.
"Kenapa?" soal Jungkook sambil berpeluk tubuh.
"Kucing kau ni, kucing liar jenis dari Afrika. Aku takut, kalau kau biar dia membesar. Kucing ni boleh makan anak buah kau hidup-hidup kalau dia tengah lapar" kata Taehyung.
Oh, patutlah kenapa anak-anak kucing ganas lain macam. Habis semua tilam jahanam.
Tiba-Tiba telefon milik Taehyung berdering. Lantas dia menjawabnya.
"Ha? Tuan Gukjae, datang rumah ayah?!" suara Taehyung melonjak membuatkan Juyeon berpaling ke arahnya.
"Tunggu situ. Aku balik sekarang" kata Taehyung lagi lalu dia menamatkan panggilan itu.
Kim Taehyung dan Kim Juyeon saling berpandangan.
"Aku akan jaga ayah, kau jangan risau" kata Taehyung kepada Juyeon.
Juyeon hanya mendiamkan diri. Tuan Gukjae tu kenapa datang tiba-tiba hah?! nak bunuh ayah ke?!
"Aku balik dulu, lain kali aku datang bermalam dekat sini" kata Taehyung lalu dia berlari keluar dari kawasan rumah Jungkook.
"Kita ada ajak dia bermalam dekat sini ke?" soal Jimin yang dari tadi pelik dengan perangai Taehyung itu.
"Dah lah weh, kau pergi masuk dalam rumah" kata Jungkook kepada Jimin.
Sejujurnya, Jungkook pun ingin tahu, ayah Juyeon kerja apa? kenapa kelam-kabut? tuan Gukjae tu siapa?
☆☆☆☆
Kim Taehyung POV💚
Taehyung mengacukan pistol ke arah Tuan Gukjae.
"Kau buat apa datang sini?" soal Taehyung kepada lelaki tua itu.
"Ahaha, aku datang nak melawat business partner aku yang duduk atas kerusi roda ni, yang dah nazak ni, nak menjerit pun tak mampu" balas Encik Gukjae sambil mengangkat tangannya ke atas tanda dia tidak membawa apa-apa senjata bersamanya.
"Jangan kau berani, sentuh ayah aku" kata Taehyung. Masih lagi dia kekalkan keadaannya untuk bersiap sedia menembak lelaki tua jahat itu.
"Aku cuma datang sini nak tanya, mana dia sorok kad tu?" soal lelaki tua itu.
"Kad apa?" balas Taehyung. Sengaja dia buat-buat tidak tahu.
"Kau jangan buat-buat tak tahu" balas lelaki itu.
Kim Taehyung membuat isyarat untuk menarik picu pistolnya.
"Kau tariklah picu pistol tu, apa kau ingat budak aku tak sedia dekat sekeliling rumah ni?" ujar Gukjae memberi amaran supaya Taehyung tidak menembaknya.
"Habis tu, apa kau fikir yang rumah ni tak ada sistem kawalan dan mod pemusnah? kau nak kita semua mati kena bom? aku mati,budak-budak kau dekat luar tu semua mati, dan, kau pun mati" kata Taehyung dengan suara serak basahnya itu.
Encik Gukjae berdiam diri seketika lalu dia tergelak besar.
"Baiklah, aku akan pergi dari sini. Tapi kau ingat, aku tahu adik perempuan kau kerja apa" ujar Tuan Gukjae sambil memberi amaran.
Lelaki tua tu berjalan keluar daripada rumah agam milik Tuan Kim.
Kim Taehyung melepaskan keluhan berat sebaik sahaja keadaan sudah kembali stabil.
Dia memeriksa keadaan ayahnya yang duduk di atas kerusi roda itu. Nasib baik tidak diapa-apakan.
Jung Hoseok selaku penolong kanan tuan Kim itu berjalan masuk ke dalam rumah. Tadi dia dan pasukannya sedang menjaga budak tuan Gukjae di kawasan luar rumah.
"Aku tahu rumah ni ada sistem kawalan, tapi tak tahu pula ada mod pemusnah" kata Hoseok kepada Taehyung.
"Kau percaya? aku reka cerita je tadi" balas Taehyung sambil tersengih menampakkan dua baris giginya.
☆☆☆☆
Jeon Jungkook POV💚
"Kesian meow, meow meow, meow meow meow dengan meow meow meow meow kena balik ke zoo" kata Jaemin dengan nada perlahan apabila pihak Zoo datang bersama lori untuk mengambil kucing-kucing eksotik itu untuk di bawa pulang kembali ke Zoo.
"Terima kasih, encik. Pihak kami dah mencari kucing liar yang terlepas tu di merata-rata tempat, tak sangka pula ada di rumah encik" kata pegawai itu kepada Jungkook.
Jungkook hanya mengangguk kepala tanda memahami situasi ini.
Pegawai itu menundukkan badannya bagi menyamai ketinggi Na Jaemin dan Minjung.
"Nanti kalau adik nak tengok kucing-kucing ni, boleh datang melawat dekat zoo" kata pegawai itu kepada Jaemin.
"Ok, pak cik. Kita datang hari-hari, tau" kata Jaemin kepada Jungkook.
"Pak cik tinggalkan Jaemin dekat sana jelah, tak payah balik" jawab Jungkook.
"Ehehe, nanti pak cik datang melawat seminggu sekali. Macam dekat asrama dah ehehe"
TBC
Ok, chapter kali ni, aku rasa macam berat dan sarat sangat, kan?
Oh ya, cerita ni makin lari tajuk duh. Stress aku.
Next chapter akan kembali ke landasan ya❤
Btw, selamat berpuasa!!
Guys!!
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top