19: Bersihkan
170 votes + 50 comments
Kim Juyeon POV💚
Gadis itu kekal memandang ke arah ayahnya yang sedang duduk di atas kerusi roda automatik itu.
Tipulah kalau Juyeon tidak sedih melihat ayahnya dalam keadaan macam tu. Walaupun mulutnya kata benci, hakikatnya masih sama. Juyeon masih sayangkan ayahnya.
"Ayah.." Juyeon memanggil ayahnya dengan nada suara sayu.
Ayahnya memandang ke arah gadis itu sambil tersenyum manis. Oh tolonglah, Juyeon makin mahu menangis di situ.
"Macam mana dengan kehidupan Juyeon, sekarang?" ayahnya menyoal.
Juyeon hanya tersenyum tipis lalu membalas.
"Baik" balasnya sepatah. Tidak perlu rasanya untuk diolah sehingga panjang berjela.
"Dah makan?" soal ayahnya lagi.
"Dah" balas Juyeon sepatah.
"Jadi, dah jumpa peneman hidup?" soal Tuan Kim dengan harapan anak gadisnya itu sudah menjalinkan hubungan.
"Belum" balas Juyeon sepatah.
"Bila nak cari?" soal ayahnya lagi.
"Entahlah" balas Juyeon sepatah.
Kim Taehyung yang duduk bersebelahan dengan Juyeon itu, sudah bersiap sedia mahu menampar adiknya yang hanya membalas sepatah-sepatah sahaja.
"Taehyung? kau dah ada teman wanita ke?" Juyeon pula menyoal Taehyung.
Terus terbatal niat Taehyung yang ingin menampar adiknya tadi.
"B-belum" balas Taehyung.
Sebenarnya ada, tetapi baru lepas break up. Tidak mahulah cerita lebih-lebih, takut nanti si Juyeon seronok menyakatnya.
"Sebenarnya, tujuan ayah nak kumpulkan kita sekeluarga ni, sebab nak beritahu satu berita penting" kata ayahnya.
"Kalau tentang pengalihan jawatan ayah itu, Juyeon tidak mahu dengar" Kim Juyeon menyampuk.
Kim Taehyung mengangguk tanda bersetuju dengan kata-kata adiknya itu.
"Bukan, ini hal yang lebih penting" ujar ayahnya.
Mereka berdua kekal senyap.
"Tiada siapa yang tahu tentang Juyeon ni dilahirkan dengan cas tenaga proton yang berlebihan selain kita sekeluarga, kan?" soal ayahnya.
"Err, iya kut" balas Juyeon. Aduhai, Jeon Jungkook sudah tahu! Park Jimin juga!
"Bagus, sebab ayah ada simpan sekeping sampul surat di dalam kawasan stesen jana kuasa elektrik. Dalam sampul surat tu ada sekeping kad debit yang nilainya lebih daripada 1 billion US Dollar" kata Tuan Kim.
"Kejap, macam mana ayah boleh simpan benda tu dekat situ?" soal Taehyung. Pelik bila orang yang bukan berkerja di situ boleh masuk kawasan itu.
Kalau ada pegawai mahu masuk kawasan itu untuk membaiki apa-apa yang rosak, syarikat penjana kuasa akan menutup suis bagi mematikan semua kuasa elektrik di sana supaya tidak terkena renjatan elektrik.
"Ayah ada bawa Juyeon masa dia umur 5 tahun, sebab itulah ayah boleh masuk dengan selamat tanpa mematikan elektrik, sebab Juyeon bercas proton" kata Tuan Kim.
Kim Juyeon terfikir buat seketika. Kalau Jeon Jungkook yang pergi ke stesen jana kuasa, semua elektrik akan terputus atau Jeon Jungkook akan mati sebab terlebih cas Elektron?
"Jadi, apa yang ayah nak kami buat?" soal Taehyung.
"Itu duit haram, hasil jual organ orang selama ni" kata ayahnya.
"Jadi, dermakan pada pihak hospital. Sebab kita tak layak untuk menggunakannya" ujar ayahnya lagi.
Kejap, kenapa ayah sudah berubah jadi baik ni?
"Ayah, Juyeon tahu ayah sakit, tapi kenapa jadi pelik ni?" soal Juyeon yang membuatkan Taehyung terus mengetuk kepala adiknya. Mulut tu tak reti jaga!
"Ayah dah nak berhenti daripada kerja kotor ni" suara ayahnya semakin sayu.
Terkejut Taehyung dan Juyeon dibuatnya.
"Kumpulan Guk-Jae tak boleh dapat tahu tempat sampul itu di sorok kan, dia nak guna duit tu untuk kepentingan dia sendiri. Ayah percayakan kamu berdua, tolong jalankan amanah ini" kata Tuan Kim.
"Kejap, Tuan Guk-Jae, bukan ke partnership ayah?" Taehyung menyoal.
"Iya, tapi duit dalam kad debit itu, bahagian duit ayah, dia dah dapat bahagian dia. Malangnya, lelaki itu mahukan kesemuanya" balasnya.
"Eh eh, tamak pula orang tua tu" ujar Juyeon sambil menggeleng kepala.
Hoseok selaku bodyguard tuan Kim yang berdiri bersebelahan Tuan Kim itu, sudah menahan gelak akibat reaksi Juyeon yang bersahaja.
"Maksud ayah, sekarang ni, Tuan Guk Jae dah tahu tentang kewujudan kad debit tu? cuma dia tidak tahu kad debit tu di mana, kan?" Juyeon menyoal bagi mendapatkan kepastian.
Ayahnya mengangguk perlahan.
"Tapi, stesen jana kuasa yang mana satu, ayah?" soal Juyeon. Dia tidak ingat langsung memandangkan waktu ayahnya membawa dia ke sana gadis itu masih kecil.
Baru sahaja ayahnya ingin menjawab soalan Juyeon..
"Arghh!" suara Tuan Kim menjerit sudah berbunyi tersekat-sekat akibat jantungnya tidak dapat mengepam darah dengan baik.
"Tuan!" teriak Hoseok sambil tangannya mengeluarkan ubat serangan jantung daripada botol ubat yang berada dalam poketnya yang dibawanya ke mana sahaja .
"Ayah!" teriak Juyeon dan Taehyung akibat terkejut dengan keadaan ayahnya itu.
☆☆☆☆
Jeon Jungkook POV💚
"Jaemin!" teriak Jungkook apabila Jaemin tidak mahu mendekati sofa itu.
"Bersihkan sekarang!" teriak Jungkook sambil jarinya di halakan ke arah najis kucing yang bersepah di atas sofa ruang tamu itu.
"Eiii tak naklah! busuk!" balas Jaemin.
Manakala Na Minjung dan Park Jimin sedang bertarung dalam bilik air untuk memandikan 4 ekor kucing itu.
"Cepat Jaemin! bersihkan! sekarang!" teriak Jungkook lagi.
Perlahan-lahan Jaemin mengangkat najis-najis itu dan memasukkannya ke dalam plastik menggunakan sarung tangan getah.
"Pak cik! tolonglah Jaemin!" teriak kanak-kanak yang berumur 5 tahun itu.
Jeon Jungkook sudah membuat wajah yang tidak rela. Oh, kenapa kucing-kucing itu membuang najis di atas sofa? di halaman rumah tu ada sebidang tanah yang luas. Buanglah najis di situ!
"Ni semua salah Jaemin" kata Jungkook kepada Jaemin.
"Salah pak cik lah, kenapa benarkan Jaemin bela kucing-kucing tu?" balas Jaemin pula.
"Pak cik sapu najis ni dekat muka Jaemin, baru tahu" kata Jungkook membuatkan Jaemin menjerit.
"Eiii! janganlah! geli lah!" teriak Jaemin.
"Tulah, lain kali bela lah lagi!" balas Jungkook yang berniat ingin memerli anak buahnya itu.
"Ok, lain kali Jaemin nak bela harimau pula!" balas Jaemin dengan semangat.
"Eish, budak ni" Jungkook sudah malas mahu melayan.
Park Jimin dan Na Minjung baru sahaja keluar daripada tandas itu. Habis basah kuyup mereka berdua. Kaki dan lengan mereka penuh dengan kesan cakar.
"Aku rasa nak delete kucing-kucing ni dari rumah ini" kata Jimin sambil memandang ke arah Jungkook.
"Kau pergi call Kim Juyeon, suruh dia balik awal. Aku betul-betul tak boleh tahan dah ni" kata Jungkook kepada Jimin. Padahal baru 8 jam Juyeon keluar daripada rumah itu.
TBC
Baiklah, maaf untuk chapter hambar ni, aku dah cuba terbaik. Maaflah kalau tak menjadi.
Aku rasa macam dah kecundang...
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top