17: Thanks

160 votes + 50 comments

Jimin menggeleng perlahan apabila Jungkook tidak tahu apa itu Vellfire. Boleh pula dia kata yang Vellfire itu hantu yang hisap darah manusia. Oh, sesiapa. Hapuskan manusia ini!

☆☆☆☆

Juyeon merenung skrin telefonnya. Kelihatan mesej daripada seseorang membuatkan gadis itu berfikir dengan sangat lama.

"Juyeon, marilah berjumpa. Dah lama kita tak berborak"

-Kim Taehyung-

Juyeon memejam matanya rapat. Oh tolonglah, mengapa sekarang?

Kenapa bukan selepas ayah dipenjarakan atau ayah meninggal?

Maaf, mungkin bunyinya kasar dan melampaui batas. Kim Juyeon menyayangi ayahnya. Cuma, dia tidak dapat menerima takdir yang ayahnya ketua kepada kumpulan penjual organ manusia!

Kau tidak akan tahu bertapa ngerinya Juyeon dan Taehyung dibesarkan dengan melihat konco-konco ayahnya sedang mengorek keluar segala isi perut, buah pinggang, jantung dan paru-paru daripada badan manusia yang dibunuh.

Manusia tu bukannya diculik, tetapi mereka tidak membayar hutang. Jadi, mereka dibunuh.

Juyeon dan Taehyung lari daripada rumah pada usia Juyeon mencecah 16 tahun manakala Taehyung 18 tahun.

Tipulah kalau Juyeon dan Taehyung tidak sengsara. Dikejar oleh konco-konco ayahnya, mahu makan dan minum semua menggunakan duit Taehyung. Memandangkan dia sudah boleh berkerja sambilan.

Semasa Juyeon berusia 19 tahun dia sudah mempunyai kerja sendiri iaitu mengasuh anak orang lain yang ibu bapanya pergi berkerja.

Apa yang berlaku, Taehyung menyuruh Juyeon supaya tinggal berasingan. Mereka berdua perlu larikan diri secara berasingan.

Supaya jika salah seorang tertangkap dengan konco-konco ayahnya, seorang lagi boleh datang menyelamatkan.

Kerana mereka berdua tahu, yang salah seorang akan menggantikan tempat ayahnya sebagai ketua selepas dia meninggal. Sudah tentu mereka berdua tidak mahu!

Apa yang membimbangkan Juyeon buat masa sekarang ni ialah kenapa Taehyung kembali ke rumah ayah? Dia sendiri yang balik, bukan dipaksa. Adakah dia mahu mengambil jawatan kotor ayah itu?

Atau pun sebenarnya Taehyung belum kembali tetapi Hoseok menipu dan mesej dari Taehyung tadi hanyalah perangkap supaya Juyeon datang berjumpa dengannya lalu diculik.

Juyeon buntu. Sungguh, dia tidak pasti apa yang berlaku sekarang.

Cuma satu cara untuk pastikan sama ada itu Taehyung atau bukan.

Dia perlu menelefon nombor itu dan ada satu lagi masalah. Kredit telefonnya sudah tamat tempoh.

Juyeon menyembamkan wajahnya pada bantal tidur milik Jaemin akibat buntu.

"Akak, kenapa akak buat macam tu? akak nak hidu air liur basi Jaemin eh?" soal Jaemin yang sedang memandang kearah Juyeon.

Na Minjung sudah bersiap sedia mahu menepuk kepala adik bongsunya.

Lantas Juyeon mengangkat wajahnya.

"Kerja sekolah dah siap?" Juyeon terus menukar topik.

Terbatal niat Minjung yang ingin menepuk kepala Jaemin.

"Dah!" balas Minjung dengan gembira.

"Dah, siap! ehehe!" balas Jaemin pula sambil menunjukkan buku kerja sekolahnya.

"Ok, jom tidur" Juyeon berjalan kearah suis lampu untuk mematikannya.

☆☆☆☆

Minjung yang masih lagi memakai baju sekolahnya itu kekal memandang kearah Jungkook yang sedang mengikat tali kasut.

Jeon Jungkook sedang bersiap-siap untuk pergi ke tempat pergambaran drama.

Juyeon datang mendekati Minjung yang masih lagi memandang kearah Jungkook.

"Kenapa tak naik dan mandi lagi ni?" Juyeon menyoal kanak-kanak perempuan itu.

"Akak, pak cik" Minjung memanggil Juyeon dan Jungkook.

Jungkook memandang kearah Minjung sambil berdoa. Tolonglah jangan cakap yang Minjung pula ada hari terbuka di sekolah. Jungkook tidak mahu pergi!

"Kenapa, sayang?" Juyeon menyoal.

"Minggu depan sekolah Minjung buat pertandingan memasak. Semua orang wajib mengambil bahagian" kata Minjung dengan nada mendatar.

"Setiap tahun ada buat, tapi Minjung selalu tak turut serta dan berikan alasan palsu sebab..." kata-kata anak gadis itu terhenti.

Matanya mula merah, air matanya mula bertakung.

"Pertandingan masak tu kena memasak bersama ayah. Minjung tak ada ayah." dengan sedaya-upaya Minjung cuba untuk memberi tahu dengan nada sambil lewa.

"Boleh tak kalau tahun ni, pak cik berlakon jadi ayah Minjung? sebab Minjung nak turut serta" pinta Minjung. Air matanya akhirnya gugur. Jujur, kanak-kanak itu tidak suka menangis. Lagi-lagi kalau dihadapan Jaemin.

Minjung tidak mahu adik bongsunya nampak kesedihannya. Sebab, Jaemin tidak sempat jumpa mendiang ayah. Tetapi, Minjung sempat.

Jadi, Jaemin tidak merasai kehilangan seteruk masa Minjung rasakan. Kerana..

Minjung lihat dengan anak matanya bagaimana ayahnya mati dilanggar.  Walaupun, baru berusia 2 tahun tetapi dia masih ingat. Memang mustahil seorang bayi 2 tahun boleh mengingat apa yang berlaku ketika itu. Tapi percayalah, Minjung masih ingat.

Ayahnya meninggal semasa ingin melintas jalan ketika Minjung baru berusia 2 tahun ketika itu ibunya yang mengandungkan Jaemin sedang mendukungnya.

Waktu itu Minjung mengamuk kerana menginginkan ais krim yang dijual di seberang jalan.

Jadi, ayahnya menyuruhnya dan ibunya untuk tunggu kerana dia mahu belikan ais krim.

Sewaktu ayahnya melintas dia dilanggar oleh sebuah lori yang melanggar lampu merah dan Minjung masih ingat bagaimana ayahnya terapung diudara setelah dilanggar lalu kepalanya jatuh terlebih dahulu di atas jalan tar yang keras.

Ya, Minjung tunggu sehingga kini dan dia tahu, ayahnya tidak akan kembali.

"Akak, kenapa akak menangis?" Jaemin yang baru selesai menukar pakaian itu datang mendekati mereka semua.

Lantas Minjung menyeka air matanya.

"Tak, akak tak menangis lah!" balas Minjung dengan nada suara yang tegas.

"o-ok" Jaemin hanya mengangguk kerana tidak mahu kakaknya marah.

Juyeon memandang kearah Jungkook yang sedang terkaku di situ.

"Nanti bagitahu pak cik tarikh, pak cik akan batalkan semua appointment yang lain" balas Jungkook sambil mencuit batang hidung milik Minjung lalu tersenyum.

Minjung mengukirkan senyuman lebar.

Tiba-tiba sahaja Jaemin memeluk bahu milik Jungkook yang sedang membongkok menghadap Minjung itu.

"Jaemin tak tahu apa yang berlaku! Tapi terima kasih sebab buat kakak Jaemin senyum" katanya dengan penuh rasa berterima kasih.

TBC

Okay, maaf sebab chapter yang macam sampah ni. T-T

Ok tak chapter ni?

Oh ya, votelah, komen lah. Cuti seminggu ni aku nak update banyak! Bolehkan kita berkerjasama?

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top