16: Vampire
150 votes + 45 comments
Jungkook memandang kearah butang lif itu dengan pandangan kosong. Nak tekan, tapi takut.
Juyeon tergelak kecil memandang kearah wajah Jungkook yang seperti orang hilang seluar dalam.
Tanpa membuang masa gadis itu terus menarik tangan kanan milik Jungkook dan menyatukan telapak tangan mereka berdua.
"Tekanlah" ujar Juyeon kepada Jungkook.
"Kau sajalah yang tekan" balas Jungkook.
"Awak ni, dah lah awak yang suruh saya ikut awak datang sini. Naik basikal pula tu" kata Juyeon sambil dahinya dikerutkan tanda tidak berpuas hati.
"Kita balik jelah" kata Jungkook lalu dia melepaskan tangan Juyeon.
Cepat-cepat Kim Juyeon menarik tangan jejaka yang bercas elektron itu lalu dia menghalakan jari Jungkook kearah butang lif.
"Janganlah risau, saya kan ada" kata Juyeon kepada Jungkook.
"Kalau lif rosak?" soal Jungkook.
"Awaklah bayar ganti rugi" balas Juyeon dengan penuh selamba.
"Aku cium karang, baru tahu" Jungkook mengugut akibat menyampah.
"Eihh! tak boleh! saya simpan first kiss saya ni untuk bakal suami saya tau!" bantah Juyeon.
"Habis tu, Jaemin cium kau hari tu, apa?" balas Jungkook lalu dia menekan butang lif.
"Dia cium pipi je. Lagipun, dia tu kanak-kanak lagi lah!" balas Juyeon.
Jungkook hanya memberikan jelingan tajam sebelum menarik tangan Juyeon untuk masuk ke dalam kotak lif sebaik sahaja pintu lif itu terbuka.
☆☆☆☆
"Juyeon-shi" Jungkook memanggil gadis itu yang sedang sibuk melihat lantai.
"I-iya?" balas Juyeon tanpa memandang kearah Jungkook.
"Kau kenapa?" Jungkook menyoal gadis itu kerana daripada tadi dia asyik memandang lantai dan langsung tidak mengangkat kepala.
"K-kenapa awak tak tutup langsir dalam pejabat awak ni?" soal Juyeon.
"View, dari sini cantik. Buat apa nak tutup?" balas Jungkook.
"o-oh, ok" balas Juyeon. Masih lagi gadis itu kekal menunduk memandang lantai.
Jungkook menutup fail kerjanya lalu dia fokus memandang ke gadis yang bercas proton itu.
"Kim Juyeon" Jungkook memanggil nama penuh gadis itu.
"Iya?" balas gadis itu tanpa memandang kearah Jungkook.
"Kau, takut pada tinggi, ya?" Jungkook menyoal.
Perlahan-lahan gadis itu mengangguk sambil memandang ke arah lantai.
"Haih, kenapa kau tak cakap awal-awal" balas Jungkook lalu dia bangkit dari kerusinya.
Jejaka kacak itu menarik langsir pejabatnya untuk menutup semua tingkap kaca.
Bilik itu menjadi agak gelap kerana semua cermin tingkap sudah dilitupi dengan kain langsir berwarna biru tua itu.
Tanpa membuang masa, Jeon Jungkook terus menarik tangan Juyeon agar berdiri dan berjalan bersamanya.
"Kita nak pergi mana?" Juyeon menyoal.
"Nak buka suis lampu lah, tak akanlah kau nak guna lilin pula" balas Jungkook.
☆☆☆☆
"Jungkook" Juyeon memanggil jejaka itu yang sibuk membuat kerja.
Dari tadi asyik menulis je. Tak penat ke?
"Kau nak apa?" soal Jungkook.
"Jomlah balik, Jaemin dengan Minjung dah nak balik dari sekolah. Saya nak masak makan tengah hari untuk diorang" ujar Juyeon.
"Jimin kan ada" balas Jungkook secara ringkas.
"Awak percayakan dia masak untuk bagi anak buah awak makan? kalau sakit perut macam mana?" soal Juyeon dengan nada yang sedikit tinggi.
Barulah Jungkook teringat yang Park Jimin pernah masak nasi tapi akhirnya sakit perut sebab mentah.
"ok jom balik" kata Jungkook lalu dia mula mengemas barangnya.
☆☆☆☆
"Pak cik, kan kita ni ramai" kata Jaemin kepada Jungkook yang sedang duduk di atas sofa ruang tamu.
"Mana ada ramai" balas Jungkook dengan nada mendatar.
"Eh, ramailah! ada pak cik, Uncle Jimin, Minjung, Jaemin dengan teman wanita Jaemin. Ha! ramailah tu" ujar Jaemin sambil jari-jemarinya digunakan untuk mengira.
"Habis tu kenapa?" Jungkook menyoal.
"Pak cik beli lah vellfire, boleh lah kita pergi mana-mana sekali. Tak payahlah pak cik dengan Juyeon Noona naik basikal dah" kata Jaemin.
"Vellfire tu hantu yang hisap darah manusia tu kan? yang tak boleh kena cahaya matahari dan takut dengan bawah putih, yang tu kan?" Jungkook menyoal anak buahnya.
Jaemin berfikir buat seketika. Sejak bila kereta Vellfire hisap darah manusia?
"Eh! Pak cik ni! tu bukan Vellfire, tu Vampire lah!" marah Jaemin sambil memukul peha milik Jungkook menggunakan tangan kecilnya.
"Oh, lain eh?" balas Jungkook.
"Maaflah, Jungkook ni kadang-kadang bengap sikit" Jimin yang dari tadi mendengar perbualan mereka berdua, akhirnya menyampuk perbualan itu.
TBC
Yang pertama, aku nak minta maaf sebab lama tak update.
Yang kedua, aku nak minta maaf sebab chapter ni bosan😭
Siapa masih tunggu untuk next update??
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top