15: Air

180 votes + 45 comments

"Kenapa pak cik pegang tangan teman wanita Jaemin?" Na Jaemin mula menyoal.

Laju sahaja tapak tangan kakaknya iaitu Na Minjung menampar bahu adiknya. Mulut tu langsung tak reti berlapik!

"Aduh! sakitlah!" teriak Jaemin memarahi kakak sulungnya.

Tanpa membuang masa, Juyeon terus melepaskan tangan milik Jungkook akibat malu. Aduh, budak-budak tu nampak pula!

Jungkook masih lagi kekal menyentuh suis lampu itu akibat terkejut dengan apa yang berlaku. Jadi, dia terkaku di situ.

Oleh itu, seluruh bekalan elektrik rumah itu terpadam. Nasib baik, sekarang ini waktu petang.

☆☆☆☆


"Akak! akak! Jaemin nak tanya sesuatu ni" suara nyaring milik Jaemin memanggil Kim Juyeon.

"Iya, ada apa?" soal Juyeon sambil tangannya sibuk melipat pakaian milik Jaemin dan Minjung.

Jaemin tersenyum nakal. Benda ni dia baru belajar di sekolah tadi. Kawannya, Lee Jeno yang ajar!

"Kalau Nescafe campur Milo kita panggil air tu apa?" soal Jaemin.

"Neslo" balas Juyeon.

Jaemin menahan senyumnya sebelum dia mengajukan satu lagi soalan.

"Kalau kopi campur Teh o?" soal Jaemin.

"Kote-- eih! apa Jaemin ni!" terus meninggi suara milik Juyeon setelah dia menyedari yang Jaemin sedang mengenakannya.

"Ayokk, akak sebut perkataan tak elok. Ayokk" ujar Jaemin sambil menggeleng-gelengkan kepalanya.

Minjung sedang duduk di atas kerusi dan dari tadi memerhatikan Jaemin dan Juyeon. Terus dia berdiri dan mendekati Jaemin.

Kanak-kanak berusia 7 tahun itu memukul kepala Jaemin sehingga membuatkan Jaemin menjerit kesakitan.

"sakitlah!" marah Jaemin.

Minjung menaikkan tangannya dengan tinggi seolah-olah memberi isyarat ingin memukul Jaemin buat kali kedua.

Terus Jaemin mengunci mulutnya. Takut!

"Jangan cakap benda pelik-pelik, boleh tak?" Minjung memarahi adiknya.

Juyeon hanya memandang kearah Minjung yang sedang bercekak pinggang sambil memarahi Jaemin.

Manakala, Na Jaemin hanya mampu menundukkan kepalanya kebawah dan mulutnya perlahan-lahan menyumpah-seranah terhadap Minjung. Nak cakap terus terang, tak berani.

Juyeon mengukirkan senyuman kecil. Minjung ini seorang yang matang. Mungkin disebabkan dia anak sulung, sebab itu dia lebih rasional.

☆☆☆☆

Kim Juyeon bernyanyi kecil sambil tangannya ralit menyiram pokok bunga. Jaemin dan Minjung sudah pergi ke sekolah. Park Jimin sudah keluar sejak pagi tadi dan Jeon Jungkook masih lagi terperap dalam biliknya.

Dah bangun tidur atau belum pun Juyeon tak tahu.

Sedang Juyeon sibuk menyiram pokok bunga luar kawasan rumah Jungkook, tiba-tiba sahaja sebuah motorsikal datang mendekatinya dengan laju.

Motorsikal Kawasaki H2R itu berhenti betul-betul di belakang Juyeon.


Kim Juyeon mengeluh kecil lalu dia menutup pili paip itu.

Gadis itu berpaling ke belakang untuk menghadap manusia tersebut.

Lalu penunggang motorsikal itu mula membuka topi keledarnya.

"Tuan suruh kau balik, dia nak jumpa kau" ujar jejaka itu.

"Yah, Jung Hoseok. Aku dah kata, aku tak akan balik" balas Juyeon sambil menayangkan riak wajah dingin.

"Abang kau dah balik" ujar Hoseok.

Lidah milik Juyeon tidak mampu bergerak. Sungguh, gadis itu tidak tahu ingin memberi reaksi yang bagaimana.

Kenapa dia pulang? Kenapa dia memungkiri janji?

Mereka sudah berjanji untuk tidak terlibat dengan kerja ayah. Kerja kotor itu memang tidak sebati dengan diri Juyeon dan abangnya.

Tapi kenapa abangnya pulang ke rumah ayah?

"Kau balik sekarang, aku tak akan ikut kau" kata Juyeon sambil menghalakan muncung paip itu ke arah Hoseok.

"Tuan suruh kau balik, kenapa kau degil sangat? nak suruh aku tembak ubat tidur dulu untuk heret kau balik?" Hoseok masih lagi tidak mahu mengalah.

"Kalau kau tak pergi sekarang, aku simbah kau dengan air" Juyeon mengugut.

Hoseok mengeluh kecil lalu dia mengambil keputusan untuk berundur.

☆☆☆☆

Jungkook memandang kearah Juyeon yang sedang duduk termenung di atas kerusi meja makan itu.

"Juyeon-shi?, kau ok?" Jungkook menyoal gadis itu.

"Ah, saya ok" balas Juyeon.

"Iya? nampak macam tak ok je" balas Jungkook sambil menarik kerusi makan yang berhadapan dengan Juyeon.

"Oh ya, awak tak pergi kerja ke?" soal Juyeon sekali gus menukar topik perbualan.

Kening sebelah kanan milik Jungkook terangkat. Memang gadis ini suka mengubah topik perbualan ya?

"Baru nak pergi" balas Jungkook sambil meraut tangan kiri milik Juyeon.

"Kenapa pegang tangan saya?" soal Juyeon.

"Boleh tak ikut aku sampai balik kerja?" Jungkook menyoal.

"Kenapa?" Juyeon menyoal lagi.

"Hari ni tak ada shooting, jadi aku kena siapkan laporan keseluruhan untuk pembentangan drama nanti. Maksudnya.." Jungkook berhenti berkata untuk menarik nafas buat seketika.

"Aku kena pergi pejabat" sambung Jungkook.

Tahu bukan, pejabat Jungkook terletak ditingkat sebelas dan dia mahu naik lif, tak nak naik tangga!

"Boleh tu, memang boleh. Tapi, kita nak pergi pejabat awak tu naik apa?" soal Juyeon.

"Macam biasa, naik basikal" balas Jungkook.

Juyeon memandang dengan pandangan yang tidak percaya, dengan beg kerja Jungkook nak kena pikul lagi.

"Nak cuba naik kereta tak?" soal Juyeon sambil menjongketkan keningnya berkali-kali supaya Jungkook menerima cadangannya.

"Kalau kau tak nak naik basikal. Aku suruh Jimin booking helikopter untuk pergi ke sana" Jungkook mengugut.

"Haish! iyalah! kita naik basikal" balas Juyeon dengan tidak puas hati.

TBC

Helloo, siapa masih stay?

Aku nak tanya ni, korang nak cerita ni sampai chapter berapa?

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top