14: Try
150 votes + 50 comments
▪︎▪︎▪︎▪︎
Sebelum mula membaca , aku sarankan kau ada data dan internet yang laju supaya tak ganggu mood membaca❤
▪︎▪︎▪︎▪︎
Jeon Jungkook dan Kim Juyeon sedang duduk di kerusi yang terletak di dalam sebuah restoran.
Jungkook menawarkan diri untuk belanja gadis itu untuk makan tengah hari dan makan bersama dengannya sebaik sahaja selesai membeli barang keperluan tadi.
Lagipun, tinggal lagi setengah jam sebelum Jaemin dan Minjung selesai bermain di taman permainan yang terletak di tingkat 2.
Setelah Jungkook dan Juyeon membuat pesanan keadaan kembali kekok.
Makin bertambah rasa kekok apabila Jeon Jungkook tidak berhenti merenung kearah gadis itu.
Juyeon mengalihkan pandangannya kearah lain sambil dia cuba mengabaikan pandangan Encik anti-teknologi itu.
Tapi Jeon Jungkook kekal merenung kearahnya dengan pandangan yang sama.
Juyeon kembali memandang kearah Jungkook, tepat memandang anak mata jejaka itu.
"Jungkook, awak ok?" Juyeon mula bersuara.
"Ok" balas Jungkook sepatah lalu dia kembali merenung gadis itu.
"Kenapa pandang saya macam tu?" Juyeon menyoal.
"Tak, aku cuma terfikir sesuatu" balas Jungkook.
"Apa?" Juyeon menyoal lagi.
"Kalau aku pegang tangan kau, maksudnya, aku boleh sentuh dan guna semua alat elektrik kan?" Jungkook menyoal gadis itu.
"Nampak gayanya, macam tulah" balas Juyeon sambil tersenyum.
Tiba-tiba sahaja Jungkook meraut tangan kanan milik Juyeon dengan lembut.
"Jadi, marilah kekal bersama buat selama yang mungkin!" ujar Jungkook dengan nada teruja.
Juyeon tergelak kecil lalu dia mengangguk tanda setuju.
Tidak salah, bukan? Jungkook dapat menggunakan alat elektrik dan Juyeon boleh rasa lebih sihat dah selesa sebab cas dalam badan mereka mula stabil.
☆☆☆☆
Juyeon mengebas pakaian yang basah itu berkali-kali sebelum menyangkutkannya pada besi ampaian.
Tiba-tiba sahaja dia rasa ada seseorang sedang memerhatikannya daripada belakang.
Rasanya dalam rumah ni tiada orang, semua orang dah keluar.
Dengan pantas, Juyeon terus membuat sepakkan dengan style backflip.
"Argh!" teriak Jungkook dengan kuat apabila perutnya ditedang dengan kuat oleh Juyeon.
"Awak!" terus Juyeon membantu jejaka itu untuk kekal berdiri stabil. Lah, Jungkook rupanya, ingatkan pencuri!
Jungkook mengaduh kesakitan akibat rasa senak di bahagian perutnya. Lain macam betul, Kim Juyeon ni.
"Maaf awak, saya betul-betul minta maaf" Juyeon meminta maaf kepada Jungkook.
☆☆☆☆
Jungkook duduk diatas sofa sambil matanya tidak lepas memang kearah Juyeon.
"Ingatkan awak pergi kerja" kata Juyeon.
"Tadi aku pergi tempat shooting, hari ni Ji Changwook ada appointment hospital, jadi terpaksa batalkan shooting" balas Jungkook.
"Maaflah sebab saya pukul awak, saya ingatkan ada pencuri tadi" kata Juyeon.
"Boleh tahan kuat juga kau ni. Memang pergi kelas pertahankan diri ya?" Jungkook menyoal.
"Err, ehehehe, sebenarnya ayah saya yang ajar" balas Juyeon.
Jungkook memandang lagi kearah Juyeon. Barulah lelaki itu perasan yang Juyeon tidak pernah bercerita tentang keluarganya.
"Ayah kau ada dekat mana sekarang?" soal Jungkook lagi.
"Kampung" balas Juyeon dengan ringkas.
Dahi Jungkook berkerut, kenapa seakan-akan gadis itu tidak suka bila dia bertanya tentang ayahnya?
"Kau bergaduh ke dengan ayah kau?" soal Jungkook lagi.
"Eh awak, sekarang pukul 2 petang, ada cerita best tau dekat televisyen" cepat-cepat gadis itu menukar topik perbualan.
Jungkook menayangkan riak curiga. Ada sesuatu yang tak kena ni.
Tapi, dia tidak mahu membuatkan Juyeon berasa kurang selesa, jadi dia biarkan sahaja.
Lantas Jungkook meraut telapak tangan kanan milik Juyeon. Jejaka itu mengeratkan pegangan tangan diantara mereka berdua.
Lalu Jungkook mencapai remote televisyen. Dia menekan punat buka dan televisyen itu terbuka.
Jejaka itu mula tersenyum suka apabila melihat kearah kaca televisyen lalu dia kembali memandang kearah alat kawalan jauh itu.
Jungkook mula menukar siaran. Mula-mula siaran tv1 lalu bertukar ke tv2 lalu ke tv3.
Selepas itu tv4, tv5, tv6, tv7. Terus Kim Juyeon merampas alat kawalan jauh itu daripada tangan Jungkook menggunakan tangan sebelah lagi.
"Awak ni! jangan tukar laju-laju macam tu. Pening kepala saya" kata Juyeon.
"Ehehe, maaflah, aku terlebih excited pula" balas Jungkook.
Lalu Jungkook bangkit dari sofa sambil menarik tangan gadis itu supaya turut berdiri daripada sofa.
"Nak pergi mana ni?" soal Juyeon.
"Aku nak try buka peti" kata Jungkook lalu dia menarik tangan Juyeon agar berjalan menuju kearah dapur.
Apabila sudah tiba dihadapan peti ais. Jungkook memandang kearah Juyeon.
"Bukalah" kata Juyeon kepada Jungkook. Iya, dia tahu lelaki itu sudah lama ingin menyentuh semua barangan elektrik.
Tanpa membuang masa, Jungkook terus buka peti ais itu dan dia tersenyum apabila melihat semua jenis makanan yang ada dalam peti itu.
Bukan sebab dia lapar. Tapi sebab itulah kali pertama dia membuka peti ais tanpa membuatkan peti itu rosak, inilah kali pertama dia dapat merasai udara dingin yang keluar daripada peti itu.
Lantas Jungkook menutup peti itu, lalu dia membuka semula dan dia menutup semula lalu membuka semula.
Menutup kembali pintu itu, lalu membuka semula. Dia lakukan berulang-ulang kali.
Terus Juyeon menahan tangan Jungkook daripada membuka semula pintu itu.
"Saya tahu awak excited tapi, kalau awak teruskan macam tu. Peti ais awak akan rosak" kata Juyeon.
Jungkook hanya mengangguk tanda faham lalu dia menunding jari kearah blander yang terletak diatas meja kabinet dapur itu.
"Nak try yang tu pulak, boleh?" soal Jungkook sambil menahan senyum suka.
Kim Juyeon mengemaskan gengaman tangan diatara mereka berdua, lalu dia menarik Jeon Jungkook menuju kearah blander itu.
Jungkook menekan plak suis buka lalu dia menarik tangan Juyeon untuk pergi kearah peti ais semula.
Dia mengambil lobak merah yang ada di dalam peti ais itu lalu dia pergi semula kearah blander tersebut.
Jeon Jungkook memasukkan lobak merah itu ke dalam bekas blander selepas itu dia menutup kembali bekas itu.
Jejaka itu menekan pula suis buka pada mesin pengisar itu.
Zreeenggg!!
Bunyi bilah pada mesin itu mula berputar dan lobak merah itu mula menghancur.
Jeon Jungkook tesengih comel sambil memandang ke arah Juyeon dan mesin itu secara silih berganti.
Seronok betul dia!
☆☆☆☆
"Nak try yang ni pula!" kata Jungkook lalu dia menarik tangan Juyeon menuju ke arah mesin printer yang terletak diatas meja kerja milik Park Jimin.
"awak nak photostat apa?" soal Juyeon.
Jungkook memandang kearah kiri dan kanan mencari benda menarik yang boleh di photostat.
Tetapi tiada apa, bersih betul rumah ni!
"Kalau kita photostat tangan kita, boleh?" soal Jungkook.
Juyeon hanya mengangguk tanda boleh.
"Jomlah, kita photostat tangan kita berdua" kata Jungkook lalu dia menggapai tangan Juyeon yang sebelah lagi dan letakkan di atas kaca mesin itu.
Jungkook menekan punat start, dan mesin itu mula bergerak.
Setelah beberapa saat, kertas itu keluar dan terdapat gambar tangan kanan milik Jungkook dan tangan kiri milik Juyeon.
Jungkook tersenyum suka. Dia tidak dapat menyembunyikan senyumannya lagi. Hari ini sungguh seronok baginya!
"Nak photostat, muka pula, boleh tak?" Jungkook menyoal Juyeon.
"Eh, awak! jangan nak mengarut" marah Juyeon lalu dia menutup plak suis mesin pencetak itu.
Sempat Jungkook mengambil dua helai kertas yang terdapat gambar tapak tangannya dan Juyeon tadi.
"Nah, ni satu untuk kau simpan. Satu lagi untuk aku" kata Jungkook sambil menghulurkan sehelai kertas itu kepada Juyeon.
"Benda macam ni pun nak simpan ke?" soal Juyeon.
"Alah, kau kena faham. Ni first time aku tekan mesin photostat tu" balas Jungkook.
"Iyalah, iyalah" akhirnya Juyeon mengalah lalu mengambil sehelai kertas daripada tangan Jungkook itu.
"Weh, nak try tu pula!" kata Jungkook lalu menarik Juyeon kearah suis lampu dan kipas yang terletak di ruang tamu rumah milik Jungkook itu.
Juyeon hanya kekal mengikut setiap langkah Jeon Jungkook sehingga tiba di sana.
Jungkook menekan suis lampu lalu satu persatu lampu terbuka. Selepas itu dia menutup kembali suis itu lalu semua lampu terpadam sekali gus.
Dia buka semula suis lampu lalu dia menutup kembali. Jungkook menekan suis itu, buka dan tutup. Buka, tutup, buka, tutup, buka, tutup, buka.
"Pak cik, pak cik buat apa tu?" kedengaran suara Minjung daripada muka pintu masuk rumah.
"Pak cik, kenapa pak cik main suis lampu? kan baru pukul 4 petang. Matahari ada lagi dekat luar tu" giliran Jaemin pula bertanya.
"Kenapa pak cik pegang tangan teman wanita Jaemin?" soalan kedua yang terus keluar daripada mulut Na Jaemin.
"Errr"
TBC
1300 words beb AHAHA, aku harap korang sukalah dengan chapter hambar ni.
Maaflah sebab cerita ni makin bosan. Maaf tauu.
Satu lagi, sampaikanlah target! aku akan teurs update lepas hiatus! Harap sambutan akan datang tidak menghampakan😭
Please tinggalkan sedikit komen yang boleh buat hati aku berbunga, nak juga rasa senyum sampi ke telinga macam tengah chat dengan boyfriend ehehe.
Luv youu, see you soon!
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top