13: Escalator
130 votes + 40 comments
Jungkook memandang kearah bantal yang berada ditempat duduk kereta itu.
"Kalau kereta berhenti di tengah-tengah jalan, macam mana?" Jungkook menyoal Park Jimin.
"Kau tolak lah kereta sampai sekolah Jaemin" balas Jimin lalu dia duduk ditempat pemandu.
Jungkook menayangkan riak tidak rela.
"Jaemin-ah, boleh tak kalau Pak Cik Jimin yang pergi?" soal Jungkook kepada Jaemin yang baru sahaja ingin menaiki kereta.
"Tak nak! nak pak cik Jungkook juga!" balas Jaemin sambil menghentak kaki tanda protes.
Jungkook menggaru kepalanya yang tidak gatal itu. Idea Park Jimin untuk duduk atas bantal tu macam masuk akal. Tapi macam tak masuk akal juga.
Jeon Jungkook keliru buat masa sekarang ni.
"Aku jalan kaki jelah, jumpa dekat sana" kata Jungkook kepada Jimin.
"Kalau kau nak pergi jalan kaki, aku rasa esok lah engkau sampai" balas Jimin.
"Kita pergi naik basikal" Juyeon yang dari tadi diam akhirnya bersuara.
Semua mata sedang tertumpu pada Kim Juyeon.
"Akak demam ke?" soal Minjung.
☆☆☆☆
Jungkook yang mengayuh basikal sambil pinggangnya dipeluk erat oleh gadis bercas proton itu.
"Pegang kuat-kuat" kata Jungkook sambil kakinya mengayuh basikal menuju ke arah sekolah Jaemin.
Juyeon tersenyum kecil kerana aksi Jungkook sedang mengayuh basikal itu kelihatan sangat comel!
"Cepat awak!" kata Juyeon.
☆☆☆☆
"Ini pak cik saya dan ini teman wanita saya" kata Jaemin. Dia memperkenalkan Juyeon dan Jungkook kepada rakan-rakannya.
Juyeon dan Jungkook sudah menggaru kepala. Na Jaemin punya tahap keyakinan itu amat tinggi. Setinggi burj khalifa.
Manakala Jimin yang sedang memerhatikan mereka daripada luar kelas itu hanya mampu menahan gelak apabila melihat telatah si kecil Jaemin itu.
"Dan ini kakak saya, Na Minjung" Jaemin memperkenalkan Minjung pula pada rakan-rakannya.
Minjung sudah memasang niat mahu balik ke rumah. Malu benar bila adiknya sendiri mengatakan yang Juyeon itu teman wanitanya.
"Err, baiklah, Jaemin boleh duduk ditempat kamu. Encik dan Puan bolehlah duduk di kerusi belakang yang dah disediakan itu" kata guru kelas Jaemin.
Juyeon mengerutkan dahinya bila dirinya digelar puan. Ya tuhan, dia belum kahwin lagi! teman lelaki pun belum ada!
☆☆☆☆
"Akak tahu tak hari ni, hari apa?" soal Jaemin sambil memimpin tangan Juyeon.
Mereka semua berjalan keluar daripada kawasan sekolah Na Jaemin.
"Hari jumaat lah" balas Juyeon.
"Hari ni valentine!" kata Jaemin sambil menjerit riang.
Juyeon tersenyum sambil memandang kearah kanak-kanak itu.
"Jom pergi dating!" kanak-kanak itu menarik-narik tangan Juyeon.
Jungkook memicit kepalanya sambil memandang kearah anak buahnya itu. Tak boleh bayang kalau Jaemin sudah dewasa nanti. Dia akan jadi seorang lelaki yang sweet talker yang baik atau pun sweet talker yang playboy?
"Jomlah pergi mall, dekat depan tu ada. Jalan kaki pun sampai" Minjung memberi cadangan. Memandangkan dia tidak mahu balik ke rumah lagi.
"tak payah, balik je" Jungkook memberi kata putus.
Park Jimin hanya tergelak kecil apabila melihat Jaemin dan Minjung sudah menarik muka. Lagipun, Jungkook tidak mahu pergi kerana Park Jimin perlu ke tempat lain.
Jadi, Jungkook tidak mahu mengambil risiko dengan perangai anak buahnya itu.
"Alah awak, jom lah. Lagipun barang dapur dah nak habis. Esok lusa belum tentu boleh pergi beli" kata Juyeon kepada Jungkook.
Jungkook mengeluh kecil sambil memandang kearah dua manusia kecil itu. Na Minjung dan Na Jaemin sedang membuat muka merayu. Sadis habis wajahnya!
"Ok, boleh pergi. Tapi semua orang kena jalan kaki. Tak boleh naik kereta" kata Jungkook.
"Sayang pak cik!" teriak Minjung sambil jarinya membuat bentuk hati.
☆☆☆☆
"Kalau sejam berapa?" Jungkook menyoal gadis itu.
"sejam 17,000 won" kata gadis itu
lebih kurang rm 60
"untuk dua orang?" Jungkook menyoal lagi dan mendapat anggukkan daripada gadis yang berkerja disitu.
"alaaa bolehlah pak cik, kitorang nak main untuk 2 jam" Jaemin memujuk Jungkook supaya dia dan Minjung dapat bermain di taman permainan indoor yang terdapat dalam pusat membeli belah itu.
"Dua jam?!" suara Jungkook melonjak tinggi.
Juyeon sudah memandang kearah Jungkook dengan pandangan bersalah.
"Jaemin kata nak dating dengan akak. Kenapa nak main pula?" Juyeon cuba memujuk kanak-kanak itu supaya tidak menyusahkan Jungkook.
"Oh iyalah" kata Jaemin lalu dia berfikir buat seketika.
"Macam ni lah. Akak anggap je pak cik tu macam Jaemin, jadi akak pergilah dating dengan pak cik" Jaemin memberikan keputusan yang sungguh kreatif.
Minjung yang berada di sebelahnya sudah menepuk dahinya sendiri akibat terkejut dengan kepandaian adiknya itu.
"Pak cik, tolong jagakan teman wanita Jaemin kejap tau" pesan Jaemin kepada Jungkook sebelum dia dan Mijung berlari memasuki taman permainan indoor itu.
Jungkook menghela nafas berat lalu dia mengeluarkan kad kreditnya untuk membayar.
Bukannya dia tak mampu nak bayar. Cuma, anak-anak buahnya yang ajak datang sini. Boleh pula mereka melencong ke taman permainan.
☆☆☆☆
Jungkook memandang kearah escalator itu.
"Jom guna tangga kecemasan jelah" kata Jungkook kepada Juyeon.
"Awak, barang dapur dekat tingkat 8. Sekarang kita di tingkat 2, penatlah nanti" Juyeon membantah.
Jungkook meneguk air liurnya. Seumur hidupnya, dia tidak pernah menaiki escalator.
"A-aku tak boleh" kata Jungkook.
"kita cuba dulu" pujuk Juyeon sambil meraut tangan milik Jungkook.
"Awak elektron, saya proton, bukan? kalau kita bersentuhan, maka wujudlah cas neutron" kata Juyeon lalu menarik tangan Jungkook supaya menaiki escalator itu.
Jungkook memejamkan matanya sebaik sahaja kakinya memijak anak tangga escalator itu.
Dia mula mengira.
"satu"
"dua"
"tiga"
Tetapi escalator itu masih bergerak. Jungkook membuka matanya lalu dia memandang kearah Juyeon.
"Nampak? kan boleh tu" ujar Juyeon sambil tersenyum. Sejujurnya, buat kali pertama gadis itu mampu bernafas dengan selesa kerana cas badannya mula stabil.
Sungguh selesa buat Juyeon. Sungguh gembira buat Jungkook.
Jungkook tersenyum lebar. Makin lama makin luas bibirnya! Mahu sahaja dia menjerit seperti kanak-kanak mendapat gula-gula. Macam ni ke rasa naik escalator? Seronoknya!
Jadi, mereka boleh diketegorikan sebagai princess and the frog?
"Tuan, saya dah jumpa dia. Tuan nak saya heret dia balik rumah atau tak?"
TBC
Maaflah lama tak update, busy sikit. Tapi!! aku bagi chapter ni panjanggggg.
Suka takkk?!
oh ya, maaflah sebab chapter ni hambar T-T aku tahu cerita aku noob. Sori beb
❤❤❤❤
Promote!!
Hey guys, jom follow
_Ciktrouble
Jangan lupa baca cerita dia sekali tau❤
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top