12: Takut

122 votes + 30 comments

Jungkook memicit kepalanya perlahan sambil duduk di atas sofa empuk yang terletak di ruang tamu. Park Jimin yang duduk bersebelahan dengannya hanya mampu memandang.

Hanya, pandang dan bernafas serta mengedipkan mata sahaja yang Jimin mampu buat masa ini.

"Kau faham tak yang aku risau bila dapat tahu yang perempuan tu dilahirkan dengan cas proton yang berlebihan" ujar Jungkook.

"Kau dah kata tadi" balas Jimin. Sudah hampir seratus kali Jungkook ulang ayat yang sama, bukannya dapat mengubah kenyataan pun.

"Dah tu, apa yang kau risaukan sangat ni?" Jimin mula menyoal.

"Kalau dia sentuh aku. Maksudnya aku boleh matilah kan? sebab cas badan kami berbeza! macam api dan air kalau kena api akan terpadam" kata Jungkook dengan penuh perasaan.

Patutlah selepas Jungkook tahu tetang Juyeon itu, dia sangat takut untuk mendekati gadis itu.

Lantas Jimin menunjal kepala milik Jungkook.

"Tulah kau, masa kecil dulu tak nak belajar sains tengok sekarang dah bodoh semacam" Ujar Jimin sambil mengetap gigi tanda geram dengan pemikiran Jungkook yang cetek itu.

Jungkook mengusap kepalanya yang ditunjal dengan kuat oleh Jimin tadi. Sakit.

"Kalau kau dilahirkan dengan cas elektron berlebihan atau maksud lain cas negative yang berlebihan. Jadi, kalau bergabung dengan cas proton atau nama lain dia cas positif jadi, dia akan bertukar ke cas neutron bermaksud, cas badan dia dan kau akan neutral dan stabil" panjang lebar Park Jimin membebel sambil menerangkan apa yang akan terjadi.

"Jadi, macam mana nak gabungkan cas proton dan elektron tu?" soal Jungkook.

"Kau tahu tak...." Jimin rasa bersalah untuk mengatakannya.

"apa?" Jungkook tidak sabar-sabar mahu dengar jawapan daripada Jimin.

"Buat hubungan... ehem-ehem?" ujar Jimin.

"Yah! kau dah kenapa sampai fikir macam tu?!" suara Jungkook meninggi akibat terkejut dengan cadangan Jimin itu.

"Dah tu, ada cara lain ke nak satukan cas tu?" soal Jimin. Sebab cas-cas tersebut berada didalam badan, bukan diluar!

"Kalau aku ambil darah dia sikit dan dia ambil darah aku sikit, boleh?" Jungkook memberikan cadangan.

"Darah dia apa? kau tu darah A. Kalau dia darah O tak apa juga. Macam mana kalau dia darah B atau AB? kau boleh mati tahu tak, sebab pergumpalan darah berlaku" kata Jimin.

"kau sepatutnya jadi doktor, bukan penulis dialog" ujar Jungkook dengan nada kagum.

"Eih gila, aku yang tulis dialog Dr. Romantic mestilah aku tahu juga tentang ilmu ni sebab aku yang tulis!" balas Jimin.

Makin lama Jimin bercakap dengan Jungkook makin sakit kepalanya sebab menahan marah. Slow semacam!

Jungkook memandang kearah Juyeon yang sedang menuruni anak tangga bersama Jaemin dan Minjung.

Kelihatan mereka semua berpakaian kemas seperti mahu keluar.

"Nak pergi mana?" Jungkook menyoal sambil mendongak memandang kearah Juyeon yang masih menuruni anak tangga dari tingkat atas.

"Awak lupa ke?" soal Juyeon.

"Pak cik lupa?" soal Jaemin pula. Bibirnya mula dimuncungkan seolah-olah mahu menangis.

Jungkook jadi panik, lalu dia menipu.

"Eh! pak cik ingatlah! hari ni birthday Jaemin kan?" kata Jungkook dengan jawapan yang dia hentam sahaja.

Tiba-tiba sahaja Na Jaemin memeluk Juyeon sambil menayangkan riak sedih.

"Akak! Pak cik lupa!" kata Jaemin.

Kim Juyeon memandang tajam kearah Jeon Jungkook.

"hari ni, kita kena pergi sekolah Jaemin" kata Juyeon.

TBC

Hey gais, aku nak tanya, kenapa kau masih lagi baca dan tunggu cerita mengarut ni? Aku tak faham.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top