11: Pujuk

120 votes + 40 comments

Jaemin menuangkan air didalam segelas cawan yang berwarna hitam.

"Jaemin, buat apa tu, sayang?" soal Juyeon yang baru sahaja melangkah masuk ke ruangan dapur.

"Ehehehe, tercabut jantung Jaemin bila akak panggil, sayang" balas kanak-kanak itu bersama sengihan.

Juyeon hanya memberikan senyuman. Layankan sajalah perangai Na Jaemin si kanak-kanak gatal ni.

Kim Juyeon berjalan mendekati peti ais apabila Jaemin mula membuka pintu peti untuk meletakkan semula botol air itu ditempat asalnya.

"Jaemin nak buat apa ni?" soal Juyeon. Nampaknya, Jaemin bukannya nak minum, tapi dia seperti mahu berikannya kepada seseorang.

"Nak bagi dekat pak cik, ehehe" balas Jaemin dengan sengihan.

Dia mula bawa cawan itu dengan penuh hati-hati. Selangkah demi selangkah dia berjalan menuju kearah bilik Jeon Jungkook.

"Nak akak tolong?" Juyeon cuba untuk menghulurkan bantuan. Nanti, kalau budak itu jatuh tergolek habis tumpah semua air dalam cawan.

"Tak apa, Jaemin nak buat" balasnya dengan nada suara perlahan. Takut air tu tumpah kalau dia jawab dengan suara kuat.

Walaupun tiada kajian sains yang sahih, tentang air akan tumpah kalau kita bersuara. Tapi sebagai seorang kanak-kanak, pemikiran dia lebih kreatif.

Jaemin mengetuk pintu bilik Jungkook menggunakan tumit kakinya memandangkan kedua-dua belah tangannya sibuk memegang cawan tersebut.

Kim Juyeon membantu Jaemin dengan memulas tombol pintu itu. Jaemin mula melangkah masuk kedalam bilik Jungkook.

"Pak cik!" kanak-kanak itu melaung dengan deras.

Juyeon kekal berdiri di muka pintu bilik itu sambil memerhatikan gerak-geri Na Jaemin.

"Ha, nak apa ni?" soal Jungkook yang sedang duduk diatas katil miliknya sambil matanya tertumpu pada kertas kerja.

"Nak bagi air" kata Jaemin sambil menghulurkan cawan itu kepada Jungkook.

Jeon Jungkook mengalihkan pandangannya kearah wajah Jaemin. Wajah yang tembam, polos dan sebahagian dahinya ditutupi dengan  rambut miliknya.

Tipulah kalau nak kata yang Na Jaemin ini tidak comel. Dia terlalu comel, belum termasuk dengan tawanya yang selalu berbunyi 'ehehehe' itu.

Jungkook meletakkan kertas kerjanya ketepi lalu cawan yang berada ditangan Jaemin itu mula bertukar ke tangan Jungkook.

Jejaka itu mula meneguk air dengan perlahan.

"Minjung, mana?" soal Jungkook. Jujurnya, dia rasa kurang selesa sebab Juyeon sedang memerhatikan mereka dari muka pintu.

Seram semacam. Lagi-lagi bila Jungkook dapat tahu tentang Kim Juyeon lahir dengan cas proton yang berlebihan.

"Dia ada dekat dalam bilik, tengah tidur tengah hari" balas Jaemin.

Jungkook hanya mengangguk sebagai balasan.

"Ermm, pak cik, Jumaat ni sibuk tak?" Jaemin menyoal.

"Jumaat?" balas Jungkook sambil mengimbas kembali jadual kerjanya.

Jumaat ini tiada shooting jadi, tidak sibuklah jawabnya.

"Kenapa? Jaemin nak pergi mana-mana ke?" Jungkook menyoal lalu dia meneguk lagi air dari gelas itu.

"Jumaat ni ada perjumpaan ibu bapa dan guru dekat sekolah" kata Jaemin dengan nada meleret.

Hampir sahaja tersembur air yang ada dalam mulut Jungkook itu.

"Pak cik jangan risau, Jaemin dah jumpa pasangan untuk pak cik pergi ke sekolah nanti" kata Jaemin.

Makin membulat besar mata Jungkook.

Tiba-tiba sahaja Jaemin berlari kearah muka pintu dan menarik tangan Juyeon untuk masuk kedalam bilik Jungkook.

"Pak cik boleh pergi dengan Juyeon Noona!" kata Jaemin dengan penuh semangat.

Akhirnya, tersembur juga air didalam mulut Jungkook itu. Nasib baik dia sempat berpaling ke tepi supaya tidak kena pada wajah Juyeon atau Jaemin.

Kim Juyeon menggaru kepalanya yang tidak gatal itu. Memang dia tahu yang Jaemin mahu memujuk Jungkook. Tapi dia tidak tahu pula yang dirinya akan terlibat sama dalam rancangan Jaemin itu.

Misi menggabungkan cas elektron dan cas proton akan bermula!

Mungkin ada yang rasa perkara ini mustahil. Tapi sebenarnya, dalam sel badan manusia terdapat tindak balas kimia yang berlaku dan itu dipanggil cas elektron yang menghasilkan tenaga kepada manusia.

Dan, Jeon Jungkook dilahirkan dengan cas elektron yang berlebihan membuatkan tindak balas kimia badannya mencapai tahap maksimum.

TBC

Baiklah, aku sepatutnya hiatus, tapi cerita ni aku nak habiskan cepat. Jadi, aku akan update setiap kali target capai. So, cerita lain aku on hold dulu.

Baiklah, siapa rasa cerita ni bosan atau tak best?

Promote

Hikayat si penjual pisang ❤
pottaetto

Froid ❤
Nuziey


Dream ❤
Nuziey


Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top