1: Terperangkap!
50 votes + 25 comments
"aku tak sanggup kehilangan kau" kata Lee Jongsuk sambil merenung anak mata Park Shinhye.
"pergilah, aku terima takdir ini seadanya" balas Park Shinhye sambil cuba melarikan anak matanya supaya tidak memandang kearah mata Lee Jongsuk.
"Jangan buat aku macam ni!" teriak Lee Jongsuk dengan matanya berkaca akibat air mata yang bertakung itu.
"Cut!" teriak Jeon Jungkook yang selaku pengarah drama itu.
Terus berhenti semua babak itu lalu Lee Jongsuk dan Park Shinhye diberikan tisu untuk mengelap air mata palsu itu.
"Babak ni dah bagus, nanti kita akan sambung babak lain untuk esok" kata Jungkook lalu berdiri dari kerusi pengarah itu.
Semuanya hanya mengangguk faham sahaja dengan kata-kata Jungkook.
"Tuan pengarah mahu lihat rakaman tadi?" tanya jurukamera itu sambil mendekatkan dirinya bersama kamera besar itu.
Lantas Jungkook menjauhkan diri beberapa tapak daripada jurukamera itu.
"jangan bawa kamera itu dekat dengan aku" kata Jungkook.
Jurukamera itu menunduk maaf, lupa pula yang Jungkook ni anti-teknologi.
Rakaman tadi dimainkan walaupun dalam jarak yang agak jauh, Jungkook masih mampu melihat rakaman pada kamera itu dengan baik.
Setelah rakaman itu selesai, Jungkook hanya memerhati skrin kamera itu.
"nanti edit untuk lighting ya, sebab tak berapa menonjol" pesan Jungkook.
Sudah tentu yang proses meng-edit itu akan dilakukan oleh pihak pengubah suaian.
"nanti saya maklumkan" balas Jurukamera itu.
☆☆☆☆
Jungkook memandang kearah tangga pegun yang menuju ketingkat atas.
Dahlah pejabat Jungkook terletak ditingkat 11. Boleh mati kalau naik turun banyak kali dalam sehari. Atas sebab dia perlu ke pejabatnya untuk menguruskan dokumen, dan kalau ada shooting dia perlu turun semula.
Kalau kira, mungkin dalam sehari itu dia akan naik turun tangga sebanyak 6 kali.
Nasib baik sahaja lututnya tidak hilang.
Jungkook melepaskan keluhan kecil lalu dia memandang kearah lif itu.
Tak salah bukan kalau dia mencuba buat kali ke-seratus untuk menaiki lif dengan selamat.
Jungkook terlalu penat untuk menaiki tangga.
Jungkook berjalan kearah lif itu lalu Jungkook menghalakan tangannya untuk menekan butang bagi naik ke tingkat atas.
Akan tetapi, Jungkook gerun. Takut lif itu tiba-tiba berhenti berfungsi secara tiba-tiba.
"Tak nak tekan ke?" satu suara lunak menyapa telinga Jungkook yang membuatkan jejaka itu berpaling kebelakang.
Jungkook mengedipkan matanya untuk kembali sedar kealam realiti.
"saya tekankan ya" kata gadis itu lalu menekan butang lif untuk naik keatas.
Jungkook cepat-cepat memberi ruang untuk gadis itu menekan butang lif itu.
Gadis itu menekan butang lif itu lalu mereka berdua menunggu bersama.
"wahai lif yang comel lagikan kacak. Tolonglah beri kerjasama. Kali ni pun jadilah" kata Jungkook didalam hatinya.
Ting!
Lif tersebut tiba, lalu mereka berdua langkah bersama memasuki lif itu.
Jungkook memandang punat pada dinding lif tersebut.
Setelah gadis itu menekan tingkat 10, dimana tingkat yang ingin ditujunya, Jungkook masih lagi kekal membatu dihujung sudut lif itu.
Kalaulah dia tekan, mungkin lif tu akan power off.
"awak nak pergi tingkat berapa?" gadis itu menyoal.
Pelik sungguh apabila pintu lif sudah tertutup, dan lelaki itu masih belum menekan butang lif.
"S-sebelas" balas Jungkook.
Lantas gadis yang bernama Kim Juyeon itu menekan butang sebelas.
Lif mula bergerak dari tingkat satu ke tingkat dua.
Akhirnya Jungkook melepaskan nafas lega apabila lif sudah melepasi tingkat sembilan.
Tiba-tiba, seluruh lampu dalam lif itu terpadam dan lif itu berhenti bergerak.
Beberapa saat selepas itu, lampu kecemasan dalam lif itu terbuka secara automatik.
Dan, mereka berdua, Tersekat dalam lif itu bersama!
TBC
Ok tak? best tak?
ke bosan?
Weh, ni cite rekaan je tau, janganlah ambil siyes sangat.
Aku try update satu chapter je dulu. Nak tengok sambutan. Maklumlah busy cikitt. Kalau tak dapat sambutan. Apa lagi? delete ah😂
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top