Bab 3 🥐

"Excuse me."

Fath menyapa dengan nada suara yang sederhana. Gadis yang membelakangi dia itu tidak menyahut apatah lagi menoleh. Dia sudah bertekad untuk menjadikan gadis itu sebagai subjek fotografinya namun dia tidak langsung mengilas pandang Fath membuatkan jejaka itu mengeluh dalam hati. Dia berdecit. Sudah semestinya hanya itu reaksi yang dapat wajah beku itu pamerkan.

Oh wait! Otaknya baru dapat memproses sebab yang memungkinkan gadis itu tidak langsung melayan sapaan darinya. Normal sebenarnya untuk masyarakat Perancis tidak bertutur dalam bahasa asing selain bahasa peribumi mereka sendiri. Jadi tidak hairanlah kalau kedatangan dia di situ tidak diendahkan.

Fath ligat berfikir tapi fikiran dia benak sangat ketika ini. Dia garu kepala yang tidak gatal. Apa kata sapaan itu dalam bahasa Perancis ya?

Telefon bimbit dikeluarkan dan dia mula menyelongkar aplikasi yang pernah dia muat turun sebelum ini. Peluang makin cerah pabila halaman Lingodeer yang ditekan mula memaparkan halaman utamanya. Sempat Fath kilas pandang ke hadapan untuk memastikan gadis itu tidak berganjak.

Lah, mulut Fath membulat bentuk 'o'. Tak ada banyak beza sangat pun kalau diterjemahkan dalam bahasa Inggeris. Buat penat dia menaip aje.

Fath mulai mendekati gadis itu dengan yakin. "Excusez-moi," dia menyapa sekali lagi.

Menjadi! Gadis itu menoleh pada dia.

Hati dia lega sedikit. Tangan memperkemaskan kamera yang dipegang. "Can I-"

Belum sempat Fath mengajukan keizinan, gadis itu berkerut kening memandang dia lantas Fath pula yang mendapat soalan.

Tidak semena-mena gadis itu tersengih. Dah kenapa?

"It's actually 'mwa' not 'moi'." Jelasnya bersama senyuman singkat.

Fath sekadar melongo dan mengangguk laju. Alamak, silap pula. Lantaklah macam mana sebut pun. Ada dia kisah?

"May I take your picture, mademoiselle?"

Tak mahu berlengah. Fath terus mengajukan hasrat yang dari tadi dia simpan. Perkataan cik yang selalu ditujukan untuk golongan wanita belum berkahwin, Fath gunakan sebagai bonus bagi menarik perhatian gadis tersebut. Kalau bukan kerana Khai yang suruh, tak adanya Fath nak terhegeh-hegeh macam sekarang ni. Mujur gadis itu bersetuju.

Pakaian kasual dengan jaket kulit dan seluar jeans yang dipakai, ditambah pula dengan aksesori di kepala sudah cukup menjadikan gadis itu menarik setelah dilihat daripada lensa kameranya. Dia turut memperkenalkan diri walaupun tanpa Fath bertanya. Fath acuh tak acuh mendengar sedang matanya fokus melaraskan tetapan pada skrin DSLR.

Ines. Hanya nama depan itu sahaja yang Fath dapat sebut.

Photogenic. Itu tanggapan pertama Fath saat gambar yang ditangkap, tertancap pada skrin. Senang berurusan dengan orang sebegini. Disuruh buat gaya apa pun, cantik sahaja terhias pada foto. Apatah lagi deruan angin yang berhembus daripada Sungai Seine menjadi aktor tidak berbayar tambah mencantikkan gambar yang diambil. Persis seorang model apabila tangan gadis itu naik menyuak rambut yang disapa angin menutupi sebahagian muka.

"Do I look good?" Ines terhenti seketika, bertanya pada Fath. Tiada respons. Mata Fath asyik mengambil gambar. Walaupun Ines dalam pose yang tidak bersedia, Fath tekan juga punat kamera.

Candid. Yes! Itu yang Fath nantikan daripada tadi. Nampak natural sahaja riak wajahnya. Macam inilah baru dia puas hati.

Selesai sudah, barulah Fath menayangkan jari 'okey' kepada Ines yang sedang tekun memandangnya. Tak berkelip dia menatap wajah tak beremosi milik Fath yang tidak langsung mengilas pandang selain tunduk melihat kamera.

Ines mulai mendekati Fath secara perlahan. Oleh kerana ketinggian dia tidak jauh beza. Hanya separas dengan telinga Fath, jadi ekor matanya berkesempatan menatap secara dekat bentuk wajah Asia tersebut. Seketika dia terleka seperti dibuai panorama indah.

"Your eyes should be on this photos, mademoiselle." Cakna akan renungan pada wajahnya, Fath terus mematikan lamunan gadis itu daripada terus berkhayal.

"Oh," Ines terkedu. Nampak dia agak kelam-kabut sebelum mengalihkan pandangan betul-betul pada skrin kamera yang Fath sedang ajukan. Fath merenung gadis itu tajam.

"Fikir aku tak tahu ke kau tengok muka aku dari tadi." Hati Fath mendesis penuh jelek. Sememangnya, gadis itu tidak pernah tahu kornea mata Fath lebih tajam daripada lensa kamera yang dia sedang pegang ini.

"Wow, you take really nice picture." Puji Ines dalam bahasa Inggeris yang tidak fasih. Agak tunggang-langgang bagi Fath tapi dia cuma mengkritik dalam hati.

Kamera diambil semula. Fath pura-pura membelek peranti itu tanpa terus mempedulikan gadis itu yang mulai kekok dengan mulut bisu Fath yang tidak mahu berborak. Pujian pun tidak langsung Fath balas. Mengiya tidak, menafikan pun tidak. Hanya angin Sungai Seine yang mengisi kekosongan antara mereka berdua. Fath cuma tahu kerja dia dah selesai.

"Monsieur." Fath berpaling pada si pemanggil.

"Can you do me a favour? I would really like to have these pictures for my personal use. Can you transfer it to me?" Pinta Ines.

"You want the photos?"

Ines mengangguk. Fath berjeda. Pandangan dilemparkan ke hadapan tanda dia sedang sangat berkira-kira memikirkan permintaan gadis tersebut. Kalau dia mahu pindahkan gambar-gambar tersebut kepada Ines, sudah tentu nombor telefon dia menjadi taruhan. Bukan dia tak biasa berurusan sebelum ini. Cuma, dia pernah lalui situasi yang sama. Jadi Fath agak curiga.

Taktik mengurat sekarang memang macam ni ke?

Ines menambah. "Also, I don't think it's prohibited for me to keep my own photo. Am I right?" Gesanya lagi.

Fath secara tak semena-mena sakit telinga mendengar. Haih, bila dah sampai nak pertikaikan hak peribadi dan privasi ni Fath mula rasa tertekan.

Dia mendengus. "Alright. Sure."

Pendek. Ringkas jawapan yang diberi. Di sebalik kerlipan mata Fath yang tidak tentu hala, dia cuba kawal emosi marah. Sabar Fath. Kau yang nak amik gambar dia kan...

But, apa yang salah? Dia sudah minta izin pun tadi. Itu pun jadi masalah ke?

Fath pampangkan halaman kenalan dan menyuruh Ines mendail nombor telefon bimbitnya di situ. Tenang gadis itu berbuat demikian. Tidak tahu lahar gunung berapi Fath makin meluap. Kemudian, Fath mulai menghantar mesej pemula untuk memastikan nombor gadis itu benar melalui aplikasi WhatsApp. Mesej diterima dengan baik dan Ines membalas. Emel yang Fath minta turut dia berikan. Sedikit demi sedikit, amarah Fath mulai pudar kerana Ines tidak banyak ragam.

"Give me a moment." Fath memberitahu.

Perlahan dia berjalan sambil kedua-dua belah tangan penuh memegang barang. Sebelah tangan menjinjit kamera dan sebelah lagi sibuk menekan tetapan pada telefon bagi menghubungkan rangkaian Wi-Fi kepada peranti miliknya. Ines setia mengekori langkah Fath secara perlahan. Persis jurujual yang mengikut ke mana sahaja pelanggan yang sedang membelek pakaian di pusat membeli-belah.

Angin yang tiba-tiba menderu kuat menyukarkan pandangan Fath. Mata redupnya jadi semakin sepet lantas langkahnya dijeda seketika.

Tatkala itu juga, ada kertas yang sedang melayang menerpa Ines. Belum sempat gadis itu mahu menangkap, kertas itu terlepas daripada tangannya lantas terseret ke lantai.

Fath yang peka pantas memijak kertas tersebut. Melongo terus Ines dengan kelakuan spontannya. Apatah lagi dengan wajah selamba Fath yang tak ada emosi.

"Monsieur! Why you stepped on it?" Jerkahnya.

Fath merenung ke lantai di mana kertas itu berada. Ada lukisan yang sekadar dilakar dengan pensil. Sedikit calitan warna krayon terpalit di sisi atas lukisan tersebut. Dia alih sedikit kasut untuk melihat dengan lebih jelas. Saat itu riak wajah Fath berubah.

Butterfly?

Suara jeritan seseorang tiba-tiba menerpa telinga tidak jauh daripadanya. Fath pantas mengangkat muka untuk mencari pemilik suara tersebut. Mata helang dia laju tertancap pada suatu susuk tubuh di atas bangku.

Fath terpana pada sang gadis berbaju renda tersebut yang kelihatan kelam-kabut. Matanya lama menilik. Sekali lagi ada perasaan aneh yang menyelinap dalam hati.

"No!!!" Durrah terpekik.

Jarang sekali nada suara dia naik sebegitu. Tetapi dah kalau sampai barang dia semua habis jatuh berterabur hanya kerana dia nak kejar kertas yang terbang ditiup angin. Siapa aje tak gelabah? Hendak salahkan angin pun tak boleh. Itu makhluk Allah.

Belum habis cemas kerana segala alat tulis yang dia taruh di atas riba jatuh ke lantai, Durrah terpijak kain gaun sendiri. Tak pasal-pasal dia jatuh tersungkur. Nasib tangan dia sempat menahan daripada wajah tertumus mencium tanah.

Fath yang tengok keadaan memalukan itu pun jadi mengeluh. Dia geleng kepala.

"Siapa suruh pakai dress macam tu. Kan dah menyusahkan diri sendiri." Gumamnya sendiri. Ines menoleh padanya dengan mulut ternganga. Tidak faham apa yang lelaki itu tuturkan.

Hatinya masih berdetak tak tentu hala. Fath persetankan rasa gundah itu. Tetapi yang dia ingat kini, itulah gadis sama yang berselisih dengannya di jambatan tadi.

Durrah mengerang kesakitan dalam keadaan dirinya masih tertiarap. Nak bangun malu... Dia boleh rasakan semua mata tertumpu ke arahnya kini. Depan restoran kut!

Saat lengannya terasa disentuh dan dipapah secara perlahan, Durrah lantas memanggung kepala. Dia gagahkan juga tubuh untuk bangun dengan bantuan gadis yang tidak dikenali itu.

"Aww, would you be okay? There's bruise on your arms." Muka kasihan Ines menyoroti daripada lengan ke wajah Durrah.

Lengan Durrah angkat perlahan. Terasa perit dan berdenyut. Bila Durrah teliti, betul kata gadis itu. Ada kesan luka. Tapi tak seteruk mana. Cuma sedikit calar pada bawah lengannya.

"Don't worry. I'll be fine." Durrah menyungging senyum.

Mata meliar seketika untuk mencari kertas dia yang melayang sebentar tadi.

"Have you seen any..." Dia berjeda seketika.

Rasa panas hati Durrah saat mata tertancap pada kertas lukisan dia yang terletak elok di bawah tapak kasut seorang lelaki yang berdiri di belakang gadis itu. Macam tu je hasil seni dia kena pijak!

"Oh, is that yours?" Gadis itu terbeliak biji mata.

"Yes, it's mine."

Durrah baru sahaja mahu membongkok untuk mengambil kertas tersebut namun kelakuannya didahului gadis itu. Jadi dia hanya menanti di tepi. Gadis itu pandang lelaki berjaket kulit hitam yang sedang berdiri sebagai isyarat yang dia mahu mengambil kertas yang sedang lelaki itu pijak. Barulah kakinya diangkat.

Mata Durrah sempat mengilas pandang. Tidak tahu yang lelaki tinggi lampai itu sudah lama merenung ke arah dia! Durrah jadi cuak. Terus dia ubah memandang ke tempat lain.

"Apa masalah dia tenung aku macam tu. Macam helang nak terkam mangsa aje. Buruk sangatkah cara aku jatuh tadi sampai dia judge macam tu sekali?" Gumam Durrah dalam hati.

Namun, Durrah perasaan sesuatu yang pelik.

Ketika otak masih sedang memproses, huluran kertas lukisan Durrah tiba di hadapannya. Kertas itu bertukar tangan.

"Merci beaucoup." Durrah berterima kasih dalam bahasa Perancis.

Gadis itu tersenyum. "Are you Mademoiselle Dughah?"

Sekali lagi Durrah tak dapat elak daripada tayang gusi mendengar namanya disebut sebegitu. Fath yang sekadar jadi pemerhati pun pasang telinga. Dia berpeluk tubuh. Rahangnya digerakkan sambil mata bersilih ganti memandang kedua-dua gadis itu yang sedang berborak sakan. Jejak kasih.

Durrah mengangguk sebelum menjawab, "Yeah. Do you often go to Musee de Louvre? It's quite rare actually for tourist to acknowledge me unless if you always come to visit."

Wajahnya bersinar. "Yes, I'm Ines and I actually on my way to go there."

Durrah spontan jadi ceria biarpun fikiran masih gawat memikirkan persoalan dalam dirinya yang masih belum terjawab. Dia mengusap lengan bajunya. Rintik peluh juga cuba dilap dengan belakang jari-jemari. Namun, tiada. Wajahnya hangat terkena bahang matahari tetapi hanya rintik daripada tempias haba yang ada. Tubuhnya juga tidak menggigil seperti reaksi biasa yang dia terima setiap kali ada lelaki yang merenungnya lama.

Sambil berbalas bual dengan Ines, Durrah dapat buat kenyataan baru yang kali ini dia tidak trigger. Dia sendiri tak pasti macam mana perkara aneh itu boleh berlaku. Apa-apa pun, dia lega.

Selesai berpamit dengan gadis itu, Durrah lantas berpaling semula ke bangku tempat dia duduk tadi mengingatkan yang barangnya belum dikutip. Masih bersepah di atas lantai simen.

Dia dapat dengar Ines berborak dengan lelaki tadi sebelum terdengar sepi. Durrah mengemas segala perkakasan ke dalam beg kecil tanpa tali. Tak mahu dia duduk di sini lagi. Sudahlah ramai yang nampak dia jatuh. Buat malu aje kalau dia masih bertapa di tempat sama.

Saat itu, Durrah terpandang beg kertas di atas bangku. Ralat pula kerana snek itu tidak bersentuh dari tadi. Selepas dapat tahu yang snek itu pemberian Khai, Durrah rasa takut nak ambil. Tetapi dalam masa sama dia tak sampai hati untuk menolak.

Terasa ada seseorang di sebelah, Durrah bingkas bangun dan menoleh ke sisi kanan. Fath sedang berdiri tercegat. Macam tadi, merenungnya dengan wajah tanpa emosi. Beku.

Durrah mengangguk, kekok. Sebagai isyarat dia mahu beredar dahulu. Tetapi Fath tetap sama. Kaku.

"Patung ke apa dia ni?" Durrah membuat telahan sendiri.

Belum sempat dia mengatur langkah, satu soalan menerpa telinga.

"I've heard that you work at Louvre Museum. Would you mind to take me there?" Soal Fath.

Durrah telan liur. Tak jadi dia mahu larikan diri. Aduhai, hendak tak hendak Durrah terpaksa toleh semula menghadap lelaki itu. Masih malu mengenangkan buruknya cara dia jatuh tadi.

Cara bercakap memang macam mat saleh tapi melihatkan pada muka, persis orang Asia. Cuma, mungkin ada kacukan sedikit.

"Yup. I'm an art curator." Durrah membalas. Dia jeda seketika, menarik nafas dalam. Gugup jadinya.

Durrah kemudian dapat satu akal.

"Tapi minta maaf sangat-sangat. Waktu lunch pun dah habis. Saya ada kerja penting nak kena uruskan dengan cepat lepas ni jadi saya tak boleh bawa awak ke sana. Maaf..."

Durrah berdalih. Tak langsung menunggu jawapan balas mahupun menunggu sama ada reaksi wajah lelaki beku itu akan berubah setelah mendengar tipu daya dia. Sukar untuk dipercayai tetapi hari ni dah dua kali dia menipu. Durrah berjalan melepasi Fath. Seharusnya dia toleh sahaja ke belakang dan terus pulang. Sengaja dia tukar arah jalan balik supaya Fath tidak boleh agak yang dia mahu ke mana.

"Have you forgot that France antara negara yang mempunyai waktu rehat paling lama?" Fath lantas mengeluarkan fakta yang membuatkan langkah Durrah langsung termati.

Kantoi. Durrah punya malu tak boleh dibuat bincang lagi.

"Kalau nampak pun, dekat sini ramai lagi orang dekat kafe dan restoran. The lunch is still on." Tokoknya lagi. Fath menoleh untuk melihat Durrah. Belakang tubuh gadis itu masih terlindung dari pandangannya.

Perasaan aneh tadi masih Fath rasakan.

Perlahan-lahan Durrah menghadap Fath. Sekali lagi dia perlu hadap lelaki itu. Untuk sembunyikan rasa malu, Durrah terpaksa lontarkan tawa. Lagilah Fath pandang hairan.

"I'm sorry... saya betul-betul lupa pasal tu." Dia menyengih panjang. Durrah yang dah tinggal lama pun boleh lupa tentang tabiat tu. Fath yang baru datang pula boleh tahu.

"No worries." Sebenarnya Fath tahu sangat Durrah mahu mengelak.

Durrah ingat semula yang lelaki itu mahu ikut dia ke muzium. Terlihat kamera yang tergantung pada bahu Fath, Durrah mengagak yang dia ada urusan penting di situ. "Jadi, awak nak ke sana sekarang ke?"

"Up to you." Betul-betul tak kisah dia ni. Durrah makin terbuka hati hendak jadi penunjuk arah kalau macam itulah gayanya.

"I don't usually follow people around. Stranger, to be precise. Tapi, since kau orang Malaysia juga, so I have to trust my own people."

Durrah senyum tawar. Dia toleh sedikit ke sisi hanya untuk menjulingkan mata ke atas. Eh, berlagak pula dia ni. Baru jumpa pun dah guna 'kau', 'aku'. Keras betul fiil. Kalah CEO drama Melayu pukul tujuh.

Fath nampak apa yang Durrah lakukan. Dia tahu sangat gadis itu meluat dengan dia. Tetapi apa dia peduli.

"Don't worry. You can trust me. So, jomlah Encik..." Durrah menuding jari telunjuk untuk bertanya nama.

"Fath." Jawabnya ringkas.

Durrah mengulas senyum. "Hi, then Encik Fath. Saya Durrah Qaila."

Fath terpempan lagi. Keningnya mulai berkerut.

Tak mahu keadaan jadi canggung dengan jantung yang sedang gugup sekarang ni, jadi dia hulurkan salam perkenalan. Tak mahu ikutkan gundah di hati, Fath berlagak tenang.

"Nice to meet you."

Kening Durrah terangkat melihatkan huluran tangan Fath yang mahu berjabat dengannya. Dia mula cuak.

"We don't use that here. Instead, Enchanté." Apa-apa pun, dia balas terlebih dahulu perkenalan lelaki itu.

Fath sekadar 'oh' mendengar ungkapan tersebut.

Menolak dengan cara baik, Durrah sambut juga salam perkenalan itu. Tetapi bukan tangannya yang mendarat pada tangan Fath melainkan 'perantara' yang dia gunakan.

Pertama kali Durrah lihat wajah Fath selain daripada beku. Kali ini lelaki itu bingung tatkala dia menerima huluran beg kertas. Dia terus belek ke dalam bungkusan tersebut daripada ekor mata. Ada snek.

"Ambillah, kalau awak nak. Saya tak jamah lagi." Beritahu Durrah.

Snek yang Khai bagi yang dia kirim pada Amna tadi. Seriously, Durrah tak mahu terima pujukan tersebut walaupun dia sudah memaafkan kesilapan lelaki itu. Daripada terbuang, lebih baik dia beri pada orang. Tak adalah membazir.

Fath masih meneliti luar dan dalam beg kertas tersebut. Durrah pula yang rasa geram. Dia ni takut sangat aku letak racun tikus ke apa.

Makin lama makin Durrah faham kelakuan bisu lelaki tersebut, jadi dia perjelaskan lagi kepada Fath yang tampak masih ragu dengan dia. "That's croquembouche. Some kind of pastry. Macam cream puff cuma tak guna cream tapi caramel."

Fath membidas.

"Crunch in the mouth. It just covered with caramel. Dalam still ada cream." Fath pula yang menerangkan lebih dalam. Dia lantas mengeluarkan sebiji pastri dan meneliti lebih lagi. Pernah dia baca artikel tentang pembuatan pastri tersebut jadi dia mahu pastikan sama atau tidak dengan yang ada depan mata.

Durrah tersenyum herot. Dia ni cerewet betul kan.

"Saya tak pernah try lagi jadi tak pernah tahu dalam tu ada cream jugak." Terangnya.

Fath kemudian menoleh. "Then why don't you try it?"

Durrah terkedu kejap. "Er... just tak ada selera. Don't know la, tiba-tiba rindu masakan Malaysia." Yeah, yang hujung tu betul. Tekak dia muak pula bila hari-hari asyik menelan cheese, mayonis dan krim. Kempunan sangat makanan ruji nasi.

"Then, thanks."

Haa, lembut juga hati mamat ni. Ingatkan tak reti berbudi bahasa. Durrah sedikit memerli dalam hati.

Tempat Durrah menaiki kapal cruise tidak jauh dari situ. Jadi dia sekadar mengorak langkah perlahan. Fath tidak banyak bunyi sepanjang mereka berjalan. Ops, pembetulan! Memang jejaka itu tak bunyi langsung. Hendak bertanya apatah lagi perkenalkan diri. Jadi, terpaksalah Durrah tahan diri daripada banyak mulut juga.

Durrah mendongak ke sisi pada tubuh tinggi Fath.

"Ines. Kawan awak tadi tu... dia nak pergi muzium jugak. Kenapa tak ikut aje dia sekali?"

Entahlah. Tiba-tiba sahaja Durrah diasak dengan kehairanan itu. Masakan dia tak hendak ikut kawan sendiri pula.

"I don't even know her." Jelas Fath membuatkan mulut Durrah ternganga.

"And I don't even know she headed the same way as us. Kalau tahu, dah lama aku ikut dia."

Durrah mengangguk. Walaupun agak sakit hati dengan nada suara mendatar Fath ketika memberi jawapan tapi sekurang-kurangnya pemuda itu tidak menikus, tak mahu buka mulut.

"Oh... No wonder." Durrah sengaja mematikan pertanyaan. Cukuplah. Tak mahu tanya banyak lagi. Takut lelaki itu hilang mood.

Terlihat kapal cruise yang Durrah biasa naiki mulai mendekati jeti. Tempat dia dan Fath sedang berdiri. Durrah tak sabar nak mendarat masuk ke dalam perut kapal tersebut. Tapi gembira sangat pun tak boleh. Fath di sisi masih perlukan khidmat dia.

Durrah kemudian terdengar Fath mendengus. Perlahan sahaja namun telinga dia dapat menangkap lelaki itu kemudian berbisik.

"Kalau tak sudi nak bawak ke sana, aku boleh je pergi sendiri." Secara halus Fath menyindir.

Eh dia ni, merajuk ke menyindir?

Belum sempat Durrah mahu membidas sindiran tersebut, Fath sudah naik ke kapal cruise terlebih dahulu. Terpaksa Durrah berlari-lari anak mengejar si tinggi lampai itu. Mujur tidak ramai penumpang.

* * *
Nota kaki :

Gambar 'croquembouche', (cara sebutan : kroh-kuh m-boosh)

Puff berkrim yang disaluti karamel. Pemberian Khai kepada Durrah sebagai tanda minta maaf tetapi Durrah bagi pada Fath. Haih, sayang betul. Dahlah sedap tu😮‍💨

p/s : In Shaa Allah, halal👍

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top