| 9 |
ELEMENTAL SLAYER
-------------------------
"Kuasa kau bukan terletak pada senjata kau, tapi ia terletak pada keberanian kau dan rasa tanggungjawab."
.
.
.
SETIAP helai daun sekeliling mereka seakan-akan terawang-awangan di udara. Suhu atmosfera pun semakin seram sejuk. Masakan tidak, mereka berada di tengah-tengah ruang kosong yang cumalah dikelilingi pokok-pokok sahaja! Gentar serta-merta mengesot menjauhi syaitan itu saat ia berpusing menghadapnya.
"Kau..." Gentar mengangkat tangan, syaitan itu pun menaikkan tangan. Tangannya seterusnya digoyang-goyangkan seperti penari inang dan syaitan itu turut melakukan hal yang sama. Pendek kata, kalau Gentar panjat pokok sekarang ini pun, pasti setiap jejak langkahnya diekori!
"Kau ni apa? Kau tinggal sini ke?" tanya Gentar sambil masih menghayunkan tangannya secara rawak, memastikan makhluk di hadapannya mengulangi. Hrm... tetapi nada ayat tadi macam pernah didengar saja.
"Kau ni. Dah terang lagi nyata tu syaitan!" Ochobot menarik jauh Gentar ke belakang. Tetapi tangan kucing Ochobot tidak bertahan lama, malah dialih begitu sahaja.
"Tapi... muka dia sama macam akulah." Gentar menuding wajahnya dan wajah syaitan itu berselang-seli. Paling lucu, syaitan itu juga mengikuti pergerakan Gentar yang asyik menunjukkan-nunjukkan jari. Betul betul mimic yang berkomitmen!
"Tak bermaksud kau boleh dekat dengan dia. Entah-entah dia boleh bertukar rupa." Ochobot masih tidak mampu menaruh percaya terhadap makhluk itu.
"Tenang. Dia tak serang kita pun... huh." Gentar membeliakkan matanya sehingga hampir tersembul. Kimono yang membaluti tubuh syaitan itu disingkap ke tepi. Terus dia mencengkam kedua-dua bahu syaitan itu. "Eh, kenapa dengan perut kau? Ada apa-apa jadi ke?"
"Perut dia terluka ke? Mesti dia terserempak dengan mana-mana Elemental Slayer." Terangkat-angkat kepala Ochobot cuba menjenguk situasi yang sebenar. Sudahlah tubuh Gentar bukan kemain tinggi, susah untuk dilihat dengan jelas!
"Bukanlah... ni..."
"Du... Duri..."
Pegangan pada bahu Duri dilonggarkan. "Apa kau cakap tadi? Duri?"
Duri mengangguk-angguk seperti burung belatuk.
"Tak kisahlah dia kata Duri ke keluli ke apa. Kita kena pergi dari sini sebelum ada syaitan lagi teruk datang!" Ochobot memanjat riba Gentar, menyelit mahu melihat luka yang kononnya dikatakan teruk oleh si Gentar itu. "Lagipun kalau dia terluka, dia boleh sembuh sendiri..."
Lidahnya kelu.
"Hei, hei. Luka apa tu?"
Terdapat sebuah lubang besar pada perut Duri. Padanlah Duri tidak bergerak mana, sel-sel tubuhnya sibuk menutup luka di perut yang mengalir itu. Berbeza sekali dengan luka mayat-mayat syaitan tadi, luka itu bukanlah seakan terkena libasan pedang. Ia bahkan bagaikan ditebuk sesuatu yang lebih besar! Syaitan ini... baru lepas bergaduh sama syaitan yang lagi terukkah? Atau Elemental Slayer yang ada kuasa?
Pelbagai persoalan timbul di dalam kepala mereka membuatkan masing-masing terkaku sendiri.
DUSH!
Berkibar-kibar rambut Gentar ke hadapan. Perlahan-lahan dia menoleh ke belakang, menyedari sebuah pelindung daun gergasi melindunginya. Tetapi... dari apa? Tidak sempat dia memberi sebarang reaksi, bunyi yang kuat mulai berdentum-dentum secara berterusan. Serentak itu, akar-akar juga tumbuh merata-rata tempat serta menepis serangan 'halimunan' itu.
"Apa benda tu?" Gentar berura-ura ingin mengambil batang kayunya namun kepalanya laju ditolak jatuh mencium tanah.
"Ergh!"
Tiba-tiba, tangan Duri terputus lalu tercampak jauh ke sebelah. Menitik-nitik darah itu membentuk corak pada baju putih dipakai Gentar. Menahan debar dan meremang bulu roma, dia menaikkan wajahnya lambat-lambat. Apa benda tadi tu...
"HAHAHA! Aku tak sangka..."
Bola yang terbang itu kembali pada tangan seseorang. Bola itu kemudian berubah menjadi kapak lantas dihayun-hayunkan dalam pusingan beberapa kali. Rupa syaitan itu seperti robot humanoid dua kali ganda sebesar manusia. Badannya serba hijau dan perak di menghiasi tubuh.
"Tak pernah berlaku dalam sejarah. Syaitan lindungi manusia? HAHAHA, lawak betul!" Kapak itu berhenti digerakkan, menampakkan dua roda bergerigi tajam pada kapak tersebut.
"Ngrrrh..." Berdesing telinga Gentar mendengar gertakan gigi Duri. Baru sahaja dia ingin berlari ke arah batang kayunya semula, dia diseret Duri di dalam pegangan syaitan kecil itu sekali lagi. Bukan setakat Gentar, Ochobot juga terpalit sama! Kini geseran pada gigi Duri bertambah bingit, seolah-olah syaitan kecil itu menahan amarah yang terlampau menggunung!
"Oh, kau nampak marah." Syaitan itu melepaskan kapaknya. Tanpa sebarang amaran, kapak itu pantas menuju ke arah Duri. Segera Duri mengangkat dinding mengkuang yang kuat, menghalang seinci lagi kapak itu mengenai kepalanya.
Serangan itu tidak berhenti setakat itu sahaja, kapak itu aktif cuba menerjah Duri dari pelbagai arah. Dalam masa yang sama, Duri mengangkat satu demi satu pelindung menggunakan sebelah tangan. Meskipun begitu, dia cuma boleh melakukan satu pelindung dalam satu masa gara-gara kecederaan yang dialami.
"Kenapa dia lindungi kita, Gentar?" Ochobot di atas Gentar tertanya-tanya. Setiap pergerakan mereka terbantut. Macam mana tak terbantut! Mereka telah dikunci Duri menggunakan sebelah kaki!
"Aku pun tak tahu!"
"Takkanlah dia nak simpan kau buat lauk pula."
"Hei, janganlah main-main!"
PAK! PAK!
Sudahnya, dua-dua kepala diketuk Duri. Kedengaran hembusan tidak puas hati syaitan kecil itu. Mungkin terganggu fokusnya akibat dua sahabat itu sering bertengkar tak henti-henti. Gentar langsung meminta maaf walaupun tidak mengerti apa silapnya. "Erk... maaf, maaf."
"Nampaknya..." Kapak itu disambut tuannya. Aduhai, kali ini jadi bola pula! "Nampaknya luka pada perut kau belum sembuh lagi, aku rasa?"
"Luka?" Gentar bersusah-payah menaikkan wajahnya dari terus menghempap tanah. Jadi betullah... Duri dengan syaitan ini buat perlawanan WWE sebelum mereka bertemu!
"Hrm... nampaknya aku kena tukar serangan aku!" Bola itu mendadak menembusi ke tanah.
Tergesa-gesa Duri berpusing ke arah Gentar dan Ochobot dan langsung menggapai kedua-dua makhluk itu. Tidak semena-mena, mereka pula berada di awang-awangan! Tetapi, itu bukanlah sebab utama Duri tiba-tiba melawan hukum graviti! Ini kerana sebuah bola bersama kelajuan maksima sedang menghala sepantas kilat ke arah mereka dari bawah.
"HUH!" Duri mengelak ke tepi. Saat bola itu terhenti di sebelahnya, bola itu terus diteranjang ke bawah, nyaris-nyaris terkena tuan yang asal. Gentar sudah membulat mata juga berpeluh lebat. Siapa sangka syaitan sekecil ini boleh elak serangan sebegitu rupa?
Gentar cepat-cepat menunduk ke arah syaitan itu. "Hei, syaitan! Mana ada orang nak tukar serangan, bagitahu dulu!"
"DIAMLAH, MANUSIA!"
Syaitan itu dipenuhi rasa bengang, mula membuat serangan melulu. Kalau tadi dia berlawan di belakang tabir, syaitan itu akhirnya menerjah mereka bersama senjata yang bertukar-tukar. Duri secara drastik melonggarkan pelukan pada Gentar, menyebabkan Gentar jatuh menjunam ke bawah.
"AHHHHH... eh?" Gentar memejamkan mata rapat, membukanya sedikit demi sedikit. Lah, mukanya tidak tersentuh pun pada tanah. Dia saja yang melebih-lebih! Namun, mukanya terhempap juga pada tanah saat tali daun itu melepaskan kakinya.
"Gentar! Tu batang kayu kau!" Ochobot menjerit-jerit di tepi batang kayu milik Gentar. Ah, batang kayu dan Gentar memang merupakan jodoh yang tidak dapat dipisahkan!
"Terima kasih, Ochobot." Gentar tersenyum lebar. Kepala Ochobot diusap-usap terlebih dahulu, barulah batang kayu dicapai.
"Dah, biarlah dia orang lawan! Kita kena pergi balik..."
DUSH!
Kaki Gentar seakan-akan terpacak pada tanah tatkala menangkap bunyi itu. Secara automatik, hujan-hujan darah turun menitik membasahi mukanya. Satu demi satu anggota badan Duri jatuh ke tanah dari kaki, tangan hinggalah kepala.
"La... ri..." Mendengarkan kata-kata Duri, kaki Gentar bergetar seperti jeli. Tidak sampai sesaat, dia sudah jatuh melutut ke bawah.
Kenapa dia lindungi aku?
S̡̮̞͔͈̼͋̃̅̚e̪̲̠̼̗̲͛͋͠k͍̲̞͚̻̱͈͎͆ͫ̂̈́͜m̴͙̖̗̏e̛̘̹̪̼̟ͪͪ͌̎n̢̲̯̪͉̙̪͚̍̃ ̨̙̠͇̮͚͔̝̳̎̏͂R̳̺̓͒̈̓͠â̼̯̯͌̉̀h̶̫̥͖̖͈̅͗ͦͯs̨̙̠̫̭̘̟̭̦̐i̛̥̳͚̺̼̪ͬ̔ͅả̡͚̪̽ͨ͐ ̷͈̮̦͇̳ͩE͋̏̑ͪ͏̮̪̰͉̼̭͉l̝̩̘̹͐͐̽͝e̲̦̣͊̏͞m̷̳̣̭̗̩̬̓e̴̠͎̲̍̏ͤn͎̯͉̬̰ͮ͜t͒ͥͦͣ͏̮̹͍̙͙̣a̠̖͖̫̒͑͡l̨̹̼͗ ̩͎̳̙̮̞̀͗͟ͅ:̧̮̞͚̱̤͂ ̋̚҉͍̦̭̱̙̖E̦̠̽̕r̼͍̮͇̤̜̠͈͒ͩ͘r̨̼̣̜͛͌̾̈oͫ̃͏̬̮̜͔̗͖ͅr͔͈̤͈̬̪̱̝̈̓̓͘ ̷͓͍̣ͯ̉̌ͭ4̠̥̜̝͗̿͟0ͣ͏̠̟͓̜̤4ͫ̉̆ͭ͏̣̪ͅ
�̲̺͓̹ͦ̽̐͑́�̝̬͉̤̻̻̘͒͑͡�̡͉͉̝̪͔̿̅͑͒ͅ�͉͚̘̤̘̻ͥ͟ͅ�̍̔ͩ͏̳̞̦̤�̗̺͉̪̖̑ͯ͛̅͟�̶̮̮̜̘̲̖̗ͨ̔�͐͏̩̹̗̯̠̗̤̬�͓̦͙͌̊̾̀ ͨ͏̮͕͉̝̥͖K̨̜̖̟̯̠̜͇͚̔͋͆́ȃ̰̮̜̼̠̊̒͟ͅt̨͓͖̱̮͎̥̦ͬ̉ͅa̷̪̭̤͚̜ͦ-̡̗̗͕̟̈́ͧk͇̥̼̻̣̥̩̓ͦ́̚a̪̻̐͠t̿͗̊҉̲̼͍̥̤ā̫̗̺̤͕͕̦̙̏̕ ̴͍̺̞̟̋ͦͫP̳͔̲͙͙͎̰͕͂̀ȩ͓̳̜̙̝̠͙ͥͧn̷͍͔̫̮̓ͣ̊u̷͔̮͎̬̹̚l̳̮̱͕̓̈́͡iͯ͏̲̰s̷͉͈͕̃̋̽ͬ?̧̹̠͚̟̲̪ͮ́̎
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top