| 8 |
ELEMENTAL SLAYER
-------------------------
"Kuasa kau bukan terletak pada senjata kau, tapi ia terletak pada keberanian kau dan rasa tanggungjawab."
.
.
.
TENGAH malam mula menjelang. Gentar memutar-mutarkan peta dipegangnya. Anak matanya membandingkan gambaran peta yang dilukis RamenMan serta persekitaran di hadapannya. Ochobot mendongak, memandang Gentar yang tersenyum lebar.
"Heh, betullah tempat ni. Kita lalu dekat tepi tasik ni, lepas tu pergi masuk hutan tu!" Gentar menunding ke arah hutan bercahaya ungu di kanan berhampiran mereka. Hutan itu tidaklah bersinar sepenuhnya, cuma pokok-pokok wisteria mengelilingi bukit itu yang menambah cahaya pada hutan tersebut.
"Tak apa ke kita pergi lewat malam macam ni? RamenMan tak risau ke?" Ochobot mengikuti Gentar yang sudah mara penuh bersemangat. Macam nak pergi jumpa kawan sahaja!
"Dia? Risau? Entah-entah tengah terbongkang tidur saja sekarang ni." Gentar mengerutkan wajah, menyampah. Peta itu digulung sebelah tangan sementara batang kayu di tangan kirinya digenggam kemas. "Lagipun, aku dah tulis surat. Ala, macamlah tak jumpa esok pagi."
"Kau ni..." keluh Ochobot. Risau pula bila kawannya terlebih keyakinan. Nampaknya dia perlu memastikan Gentar hidup sepanjang malam ini.
Keadaan kampung kecil itu tidaklah begitu sunyi. Ada beberapa suara kanak-kanak seronok bermain sedang mereka melintas rumah berdekatan tasik itu. Malah, masih ada yang berani membuka lampu luar serta tidur dibuai mimpi. Aduhai... macamlah perompak akan datang ke mari kalau tengok rumah sunyi. Kalau ada pun, silap-silap masa ceroboh rumah, terus dijemput ke alam lain oleh syaitan Elemental.
Dua sekawan itu berjalan masuk ke dalam satu lorong terbuka bukit itu. Bunga-bunga wisteria yang terjuntai ke bawah masih menemani mereka tatkala kawasan pemilihan Elemental Slayer itu sepi tanpa suara. Eh, betul ke tempat dia orang pergi ini?
Gentar meraup topinya. "Eh, tak ada orang pun. Kalau ada pun... dua orang maskot pelik tu."
"Kita cuba tegur dia orang kot?" Walaupun Ochobot yang memberi cadangan, nadanya tidaklah begitu yakin mana. Mungkin rasa pelik tengok dua lelaki berambut seperti batang mop menjaga kawasan ini.
Tanpa sebarang pilihan, mereka menebalkan muka menyapa dua lelaki itu. Yalah, mustahil mahu berpatah balik pula. Sudahlah mereka berdua datang lambat. Gentar mengangkat tangan, seakan-akan bertanya khabar. "Hai, ini pemilihan Elemental Slayer ke?"
"Mop mop. Mop mop mop mop mop mop mop? (Ha'ah. Kamu ni calon Elemental Slayer ke?)" Lelaki bertopi itu menyoal. Nadanya sudah sopan dan penuh tatatertib, masalahnya dia tak faham satu patah pun apa yang dikatakan lelaki itu.
Ah... dia angguk sahajalah! Buat-buat faham!
" Mop... mop mop mop mop. Mop mop mop mop mop mop? (Oh... eh, tapi kamu tak ada pedang. Betul ke kamu calon Elemental Slayer?)" Ha, sudah. Lelaki ini kini memandang dia dari atas ke bawah berulang kali. Dia salah angguk ke tadi? Ke nak suruh dia mop rumah dia? Dia berpaling ke arah Ochobot, meminta jawapan, tetapi Ochobot pun bingung sahaja mukanya!
"Mop mop mop?" Gentar cuba menjawab. Harap jawapannya diterima oleh hati kedua-dua penjaga itu.
Kawannya itu mencelah. " Mop, mop mop mop mop? Mop mop mop mop mop. Mop mop. Mop mop! Mop mop mop mop mop.(Ah, kamu ada power sphera ke? Saya tak perasan pula kucing kamu. Itulah kau ni. Main tuduh je! Ada je Elemental Slayer tak gunakan pedang.)"
Gentar membuat muka bodoh saat lelaki bertopi itu dimarahi. Dia orang berdebat apa pula ini. Ke apa yang dibicarakannya tadi menyentuh sensitiviti kaum mereka? Gentar mengangkat bahu ketika ditanyakan Ochobot. Namun mereka terkaku kembali apabila lelaki bertopi itu menyambung katanya.
"Mop mop mop. Mop mop mop mop mop. Mop mop, mop mop mop mop, mop mop mop mop mop mop mop mop mop mop. (Maafkan saya. Saya pun tak perasan power sphera kamu. Baiklah, memandangkan kamu terlambat, saya akan terangkan peraturan Elemental Slayer ini. )"
Fikir mereka, seusai lelaki itu menilai Ochobot, dua penjaga itu akan membenarkan mereka masuk. Tidak fasal-fasal pula mereka perlu mendengar ceramah ala pengetua dalam bahasa alien yang tidak difahami. Sampaikan Ochobot pun sudah tertunduk-tunduk menahan kantuk! Manakala Gentar masih mengangguk-angguk, buat-buat mengerti.
Tidak lama kemudian iaitu beberapa minit ucapan itu dilafazkan, akhirnya mereka dibenarkan melanjutkan perjalanan jauh ke dalam. Helaan nafas lega keluar serentak dari Gentar dan Ochobot. Hampir meletup otak mereka mendengar bunyi mop seperti mesingan!
Haih... kalau makin dilayan mereka berdua, mahu tertidur sepanjang hari dekat situ!
"Tak ada orang pun dekat sini? Sahkan orang, syaitan pun tak ada!" Ochobot mengomel kepada Gentar seraya matanya melilau keadaan sekeliling yang tiada sebarang makhluk. Kalau ada pun, itu hanyalah cengkerik yang memainkan alunan muzik semata-mata!
"Rilekslah, Ochobot." Gentar menyeringai. Dia membunyikan sendi-sendi tulangnya, barulah batang kayu di bawah dicapai kembali. "Rasanya dia orang dah jauh ke depan tu. Kan kita terlebih lewat. Mesti dia orang tengah berlawan dengan syaitan kat depan sana!"
"Hrm... logik juga." Ochobot mengiyakan. Yalah, mereka baru sahaja berjalan lebih kurang tiga minit, tidak mungkin syaitan akan muncul berdekatan penjaga-penjaga Mop Mop tadi? Tanpa sebarang amaran, tubuhnya diangkat dan dibawa Gentar dengan laju.
"Kenapa ni, Gentar? Ada syaitan ke?"
Tiada sebarang balasan daripada Gentar, membuatkan kucing itu panik. Lebih-lebih lagi Gentar makin terburu-buru berlari, bagaikan dikejar sesuatu. Kalut Ochobot menjenguk-jenguk ke belakang. Tiada syaitan pun dekat belakang... ke mereka atas pokok-pokok sekarang?
Gentar membuat brek mengejut. Peluh tidak berhenti menitik akibat kuat berlari tadi.
"Ha, nilah pokok sesuai untuk panjat!"
Huh?
Gentar mengalih wajahnya pada Ochobot yang sudah terombang-ambing keadaannya. "Kenapa muka kau tu? Aku dengar kata dari mak cik-mak cik hari tu, ada salah seorang anak dia orang yang pergi pemilihan Elemental Slayer ini."
Batang pokok itu dipegang lalu Ochobot diletakkan memeluk bahunya.
"Syaitan-syaitan tu takut dengan pokok Wisteria yang warna ungu tadi. Katanya, pokok-pokok dekat sana tu beracun untuk syaitan-syaitan Elemental tu. Jadi aku fikir... ergh... kalau aku jauh sikit, mana tahu aku dapat terjumpa syaitan ke?"
"Tak sangka kau dengar benda tu dari mak cik-mak cik, bukannya dari RamenMan atau Tok Sah." Ochobot terhenti seketika. "Tapi Gentar, kenapa kau naik atas pokok?"
"Lah... kan aku dah kata. Mana tahu aku dapat terjumpa dengan syaitan ke?" Gentar menjawab, selamba. Siap membetulkan kedudukannya lagi pada dahan pokok itu.
"APA HAL KAU NAK JUMPA SYAITAN TU?" Saraf-saraf otak Ochobot ingin berhenti berfungsi. Kalau manusia normal, mereka lebih lera menyorok sampai esok pagi kerana sayangkan nyawa. Ini Gentar, boleh pula dia sanggup menyerahkan dirinya bagi bertemu syaitan-syaitan itu. Haish!
"Ala, jangan risau. Kalau aku terjumpa, aku lawan jelah dia orang." Gentar menghayunkan-hayunkan tangannya, hinggalah dia tersedar. "Alamak, batang kayu aku dekat bawah!"
Batang kayu itulah yang menemaninya sejak hari kedua dia tiba di sini. Tidak mungkin dibiarkan dia tanpa peneman di bawah sana! Segera Gentar meletakkan Ochobot di sebelahnya. "Tunggu kejap, Ochobot."
"Eh, tunggu dulu... Gentar!"
Krak!
Dahan kayu itu lekup bunyinya seperti bunyi batang kayu yang patah. Secara automatik, dahan kayu yang diduduki oleh mereka berdua jatuh menjunam dalam kelajuan graviti iaitu g = 9.81 meter persaat persegi... eh, ini bukan masanya untuk belajar Fizik! Punggung mereka jatuh menghempap tanah sama seperti dahan kayu tersebut.
"Aduh aduh aduh aduh!" Gentar pantas bangun dan membongkok, punggungnya digosok beberapa kali. Perit tulang punggung dibuatnya! Rasa macam tidak boleh buang air besar lagi! Menyedari sesuatu, cepat-cepat dia menoleh ke belakang. "Ochobot!"
"Ochobot!" Gentar menunduk, mendapatkan Ochobot! Hilang terus sakit pada punggungnya tadi! "Ochobot? Kau okey tak? Kau tak sakit kan? Susah kalau kau tak boleh buang air besar nanti."
"Aku okey je... jangan risau!" Tapak tangan Ochobot membalas genggaman Gentar. "Tapi aku rasa... sebab kita duduk atas sesuatu..."
Perlahan-lahan, matanya turun ke bawah. Tergopoh-gapah dia menjerit, mengundur ke belakang sambil memeluk Ochobot. Baru dia perasan, ada syaitan yang sudah penyek terkena dahan serta hempapan punggung mereka sekali pakej. Kepala syaitan yang sudah hancur itu ditendang-tendang Gentar. Tiada respon.
Ah... itu kira syaitan pertamalah, kan?
Gentar dan Ochobot terus meninggalkan perkarangan itu. Lebih baik lari terlebih dahulu. Kalau syaitan itu bangun, mereka akan menjadi lauk santapan nanti. Ochobot diletakkan Gentar di dalam jaketnya, senang kalau terserempak dengan syaitan nanti. Boleh berlari sama-sama. Sibuk mereka berjalan untuk beberapa minit lagi, seekor syaitan Elemental muncul lagi di hadapan mata.
"Manusia... akhirnya aku dapat juga lauk aku hari ini!" Tubuh syaitan itu dipenuhi luka-luka. Nampaknya si syaitan ini baru sahaja dibelasah teruk dan melarikan diri dari manusia itu. Ochobot menggesa Gentar. "Ah, lari, Gentar!"
"Tak perlu, aku boleh kalahkan syaitan ini." Gentar menghala batang kayu itu ke arah syaitan itu. Terbeliak mata Ochobot mendengarnya. Ha, dah mula dah perangai gila dia!
Syaitan yang mendengar kemudian tersenyum menampakkan gigi taringnya. Tingginya cumalah separas budak kecil sahaja, namun dia deras menerkam Gentar. Di dalam benaknya, tangannya dapat mencengkam wajah remaja itu, sebaliknya Gentar berjaya menunjah batang kayunya, menolak bawah dagu syaitan itu. Syaitan itu laju tercampak ke belakang dan bergolek-golek seperti drama Hollywood.
"HAHAH! Kan aku dah kata!"
"Ya, ya, aku nampak. Tapi kita kena lari dulu!
"Kau..." Syaitan itu memegang rahangnya yang kebas. Sudahlah dia sudah habis teruk dikerjakan oleh budak ungu sebelum ini, dia sendiri tiada tenaga mahu memulihkan diri. Inikan pula mahu dibelasah teruk oleh remaja seusia budak itu pula? Ah, langsung tidak boleh diterima!
Syaitan itu menggerakkan-gerakkan jarinya. Rahangnya diketap. "Jangan kau nak lari!"
"Eh, jangan lari! Tali kasut kau tercabut." Gentar berpaling ke arah syaitan yang jauh mengejarnya.
"Kau ingat aku akan terperdaya... aduh!" Syaitan itu jatuh bagaikan buah nangka. Tidak semena-mena, syaitan itu menangis teresak-esak. Terpana Gentar buat seketika. Eh, salah aku ke ini? Aduh, rasa bersalah pula buat budak kecil menangis.
"Sempat lagi dia nangis..." Ochobot pun turut kehilangan kata. Namun, dia lekas kembali ke jalan yang benar. "Eh, sudahlah tu... Gentar. Kita kena pergi lari sekarang."
"Kejap, Ochobot. Aku rasa aku tahu nak buat apa."
Syaitan itu mengesat hingus pada baju. Terhinjut-hinjut bahunya selepas tersenggut-senggut merintih. "Lepas tu, ayah saya dengan saya diculik lanun oleh orang Inggeris. Dia orang paksa ayah saya jadi penunjuk arah dan... dan... hisk... dia orang buang ayah saya dalam laut lepas dia jatuh sakit."
"Kemudian dia orang... dia orang buat dekat saya..."
Ochobot dan Gentar setia mendengar. Tanpa sijil mahupun pengiktirafan, mereka menjadi pakar kaunseling tak bertauliah. Ochobot yang ingin melarikan diri tadi pun giat memujuk syaitan itu. "Kalau kau rasa sakit, tak payahlah cerita."
Melihat syaitan itu masih menangis, Gentar menyeluk poketnya, mengeluarkan sebungkus gula-gula yang dicuri dari peti RamenMan. "Adik nak? Adik boleh makan gula-gula kan?"
Mata syaitan tadi basah berkilauan setelah imej gula-gula memenuhi matanya. Lambat-laun dia menerima gula-gula itu. "Bo... boleh juga."
Bungkusan itu dibuka penuh berhati-hati menggunakan kuku tajamnya. Gula-gula ungu itu dimasukkan ke dalam mulut dan dijilat isinya. Tiba-tiba, syaitan kecil itu meraung kesakitan. Gula-gula tadi dimuntahkan kembali. Lehernya dipegang dan dia merengkok lutut, menangis.
"Urgh! Urgh!"
"Eh, kenapa dengan dia ni, Gentar?" Ochobot takut-takut menghampiri syaitan itu. Dalam masa yang sama, Gentar mengutip plastik gula-gula itu dan membeleknya. Perisa... wisteria. Gentar mengalih mukanya pada syaitan yang tidak bernyawa itu. Hrm... arwah dulu syaitan budaknya.
Dan alamak...
"Perisa... wisteria? Seriuslah." Ochobot menjenguk, memberi pandangan kosong. Tidak sangka pula RamenMan ada simpan perisa begitu dalam petinya. Fikirnya lelaki itu cumalah menyimpan paket ramen semata-mata.
Gentar terdiam merenung jasad syaitan di hadapannya. Entah mengapa, tangannya menggigil-gigil dan berpeluh. Jantungnya berdegup kencang, seolah-olah teringatkan sesuatu yang berbahaya. Macam mana pula dengan badan budak ini? Dia kena tanam ke? Tapi, mana boleh korek tanah pakai batang kayu sahaja.
"Gentar... kau menangis ke?"
"Eh?" Gentar memegang pipinya yang basah. Kenapa dia menangis pula. Laju dia menggeleng kepalanya dan langsung membuka jaket. Jaket itu digunakan menyelemuti tubuh budak kecil itu. Habuk-habuk pada tangannya disapu-sapu. "Tak adalah, aku okey. Jom pergi."
Daun-daun itu disepak saat mereka melalui. Mujur tidak diteranjang dan dipijak-pijak daun itu hingga lumat. Ochobot mengangkat wajahnya, memandang air muka Gentar yang bermuram durja. Senyuman kawannya itu pun sudah jatuh dari wajah. Batang kayu juga diseret tanpa perasaan. Gentar betul-betul terkesankah akan permergian budak tadi?
Juga dia baru perasan terdapat beberapa mayat syaitan merata tempat. Tidak mustahil itu kesan daripada peserta Elemental Slayer sebelum ini. Kembang kempis hidung gebunya menahan bau tengik mayat-mayat mereka.
"Gentar, kau... betul-betul okey ke?" Ochobot melintas di hadapan Gentar, menghalang Gentar meneruskan langkahnya. "Rasanya dah dekat beberapa jam dah, tapi kau tak bersuara langsung."
"Eh... err, tak adalah. Jangan risau. Aku okey sahajalah. Cuma rasa sejuk sikit tanpa jaket aku." Gentar menggosok lengannya berkali-kali. Senyuman dipintalkan, tidak mahu membuatkan Ochobot gelisah padanya. "Lagipun, dia syaitan pemakan manusia. Kalau bukan aku, orang lain akan bunuh dia. Biarlah budak itu berehat sekarang."
Betullah... Gentar benar-benar terkesan.
"Hei, janganlah buat muka macam tu! Aku betul-betul okeylah. Ke nak aku buat macam ni... HAHAH!" Gentar pantas menggomol perut Ochobot. Tertawa Ochobot menahan geli. Dia menepuk-nepuk kepala Gentar. "HAHAHA, sudahlah tu, Gentar! Aku percaya! HAHAHA!"
Bunyi semak-samun diusik membantutkan pergerakkan mereka. Bukan setakat satu, malah berulang kali ia diusik dari jauh. Gentar bingkas bangun lantas memegang kemas batang kayunya. Syaitan tu lagi ke? "Ha, jangan kau mendekat, syaitan! Aku ada senjata!"
"Hoi, janganlah jerit!"
Persekitaran mereka menjadi sepi mendadak. Gentar lambat-lambat mengorak langkah menuju ke dalam timbunan semak itu meskipun dihalang Ochobot. Kekuatan gigi kucingnya tidak cukup untuk menghentikan Gentar dari terus melangkah. Gentar menolak-nolak semak setinggi batang pokok itu menggunakan batang kayu, membawa diri mereka ke satu ruang yang disinari cahaya bulan.
Berbanding cahaya bulan berwarnakan biru dan sejuk, permandangan mereka seakan-akan diganti sinaran hijau.
"Gentar... itu syaitan juga kan?" Ochobot melepaskan hujung seluar Gentar. Matanya mencerlung pada syaitan yang memeluk tubuh dari belakang. Yang anehnya, bukan tubuhnya berbentuk kanak-kanak, bahkan rambut putih pada syaitan tersebut.
"Hei..." Gentar cuba mendatangi syaitan itu. Syaitan itu spontan memandang ke arah Gentar. Matanya tercilap-cilap melihat Gentar, menampakkan iris hijaunya sekali sekala.
Bergetar rahang syaitan itu, mengujarkan ayat. "Du..."
Gentar terkedu.
"Kau... kenapa muka kau sama macam aku?"
Tok Sah :
RamenMan : Tok Sah? Tok Sah okey tak?
Tok Sah :
Tok Sah : ( Mana pula Gentar ni? Ya Allah, kalau apa-apa jadi dekat dia, aku takkan maafkan diri aku. Tolonglah bagi dia selamat, ya Allah...)
RamenMan : Hrm, nampaknya Tok Sah dah ke alam lain.
RamenMan : Kembali ke sekmen rahsia Elemental Slayer kita!
RamenMan : Tahu tak, walaupun Tok Sah menjadi guru silat di sekolah-sekolah terdekat, dia langsung melakukannya dengan percuma! Dan paling mengejutkan, beberapa ladang kelapa sawit Tok Sah itu, Tok Sah yang punya! Juga termasuklah kerja yang dia rahsiakan...
RamenMan : Jadi, Tok Sah tak adalah dapat pendapatan dari jadi guru silat, sebaliknya dia dapat pendapatan dari berniaga secara sihat.
Alien Mop :Mop, mop mop mop mop mop! (Eh, macam pantun je!)
RamenMan : Alamak, mana Tok Sah ni? Toook?
✨✨✨
*buka pintu* // *lihat semua orang menggila Duri muncul* // *tutup pintu semula*
Dan... tada! Mata Duri!
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top