| 7 |
ELEMENTAL SLAYER
-------------------------
"Kuasa kau bukan terletak pada senjata kau, tapi ia terletak pada keberanian kau dan rasa tanggungjawab."
.
.
.
MEMASUKI simpang tiga, mata kucing itu tertacap pada seseorang yang berkeluh-kesah di seberang sungai. Terbatal niatnya mahu mengemis makanan di kedai orang. Dia menjejak rumput, mendekati dua makhluk Allah itu.
"Huh... huh!" Gentar menghayun-hayun batang kayu, seakan-akan membidas sesuatu. Sejak kali pertama bertemu, nampaknya makin akrab hubungan Gentar bersama batang kayu tersebut. Silap-silap anak muda itu bawa batang kayu pergi berlawan dengan syaitan Elemental.
Ochobot cuma mampu memberi sokongan mental kepada Gentar. Tidak mungkin mahu menyerah diri sebagai mangsa latihan pula. Wajahnya teralih dan terpaku pada sesuatu. "Gentar... itu kan?"
"Eh, tu kucing hari tu!" Serta-merta batang kayu itu jatuh menghempap rumput. Gentar lekas menghampiri lalu mencangkung di hadapan kucing tersebut. "Lama tak jumpa kau! Dah nak masuk berapa minggu dah! Terima kasihlah atas nasihat tu... aku berjaya selesaikan latihan Tok Sah."
Tercengang-cengang kucing itu diterjah sebegitu rupa. Pantas dia mengaut semula emosinya lantas terus berlagak biasa. "Tak perlu berterima kasih. Lagipun, latihan tu cuma untuk budak-budak je. Yalah, awak kan budak..."
"Huh..."
"Awak... ah, aku pakai kau, aku jelah. Jadi kenapa kau tak dapat-dapat pedang lagi? Pemilihan tu lagi beberapa minggu je." Kucing itu tersenget-senget kepala mencari pedang Gentar. Tiada langsung rasa bersalah setelah mengutuk Gentar tanpa insurans!
Ochobot menjawab bagi pihak Gentar. "Pedang Gentar ambil masa nak disiapkan. Tok Sah kata mungkin dalam minggu ni baru dapat siap."
"Betul tu! Memandangkan Tok Sah berehat hari ini, aku sengajalah nak berlatih sikit." Gentar menambah lagi. Batang kayu di rumput itu kembali ke tangannya. Walhal dia sebenarnya mengelat dari mengurus 'orang tua' di rumahnya. Garisan kedutan muncul pada dahi Gentar ketika dia menyedari sesuatu. "Kejap, macam mana kau tahu pemilihan tu dah dekat?"
"Duh! Ada beberapa poster dekat merata tempat. Lagipun apa jenis kampung yang dekat dengan hutan, tapi tak tahu langsung fasal ancaman syaitan. Mesti dia orang sedia tahu fasal ni." Ditanya sekali, berpatah-patah si kucing itu menjelaskan. Haih... mujur dia binatang.
"Oooh... oh, ya? Aku tak tahu lagi nama kau. Kalau kau power sphera macam Ochobot, mesti kau ada nama kan? Yalah, senang sikit. Tak payahlah Nooroo susah payah nak taip kucing itu, kucing tersebut. Lelah dia nanti." Gentar mengujarkan niatnya yang baik tahu. Tahu pun tangan aku sakit menaip. Sudahlah taip guna komputer.
"Siapa Nooroo?"
"Penulis novel ini."
"Heh... dalam banyak-banyak soalan, itu sahaja yang kau nak tanya pada aku?" Kucing itu menepis rasa gatal di kepalanya. "Tapi nama aku agak panjang sikit. Mesti berbelit-belit kau orang nak sebut."
"Sebut sahajalah." Ochobot menayang wajah tidak puas hati.
"Yalah. Nama aku... Robolabolabolabolabot Super King!" Kucing yang begitu panjang namanya memperkenalkan diri tanpa berbelit lidah. Dua sekawan itulah yang berbelit telinga mendengarnya. Terkial-kial Gentar cuba mengulang nama binatang itu. "Bla bla bla... Burger King? Oh, nama kau sempena nama makanan rupanya!"
"Bukanlah! Berapa abad kau tak korek telinga ni? Haih... panggil sahajalah Bolabot." BolaBot akhirnya memberi namanya. Nasib baik nama panggilannya bukanlah Senah ataupun Abu.
"Macam berlabur je bunyinya."
"Okeylah dari GocohBot!"
"APA?"
Gentar menghayun pedangnya sekilas sedangkala dua kucing itu bercakaran sesama sendiri. "Maksud kau banyak soalan tu... aku memang ada banyak soalan nak tanya kat kau."
BolaBot melepaskan taring pada bahu Ochobot. Matanya terkaku bertembung sama iris keperangan Gentar.
"Macam mana kau tahu yang aku... tak, Ochobot tak ada kuasa? Dan kenapa muka Tok Sah berubah bila aku sebut nama Ezra dan Amat?" Soalan itu mengenai tepat pada hidung kucing itu. BolaBot menunduk ke bawah bersama mata yang membulat besar, cuba mengelak pandangan daripada Gentar. Kalau dalam situasi sebegini, orang Timur sudah kata... ha, berusung mu!
"Eh, apa fasal muka kau berubah macam tu. Ke terbongkar yang selama ni kau intip kita orang?" Gentar cuba mengorek rahsia BolaBot. Dalam detik hatinya, seronok melihat BolaBot resah sebegitu selepas khusyuk kucing itu menghinanya tanpa henti.
"Fasal tu..."
Pandangannya gelap.
"Kau kena lawan bola sepak dengan aku dulu."
Hitam memudar dari permandangan. Terperanjat betul Gentar dan Ochobot tatkala menyedari mereka berdiri bertentangan BolaBot yang mendukung bola dari belakang. Gentar menggaru kepala di dalam topi. Ha... sudah. Kena lawan dia pula ke?
"Tak boleh ke kita cakap macam biasa je?" Lihat! Ochobot pun ada logik dan akal!
"Kau orang kata kau orang nak berlatih?" Bola bergolek dari belakang BolaBot. Bola itu kemudian bergerak perlahan mengelilingi kucing itu. Wah, mana aci! Main telekinesis!
"Tapi..." Kata-kata Ochobot disampuk Gentar. "Tak apa, lagipun... aku dah biasa main bola sepak dengan Qually. Setakat kucing macam ni..."
Buku limanya digenggam. "Aku tak akan kalah punyalah!"
"Bukan kau selalu kalah ke main bola sepak?"
BolaBot meleret senyum, menampakkan gigi taringnya. "Baiklah, kalau macam tu." Sebaik sahaja dia menghabiskan ayatnya, bola itu bergerak pantas ke belakang Gentar, menggores garisan penghadang sebelum melakukan hal yang sama jauh di belakang BolaBot.
"Selagi kau... hei, letaklah batang penyapu tu. Okey, ehem. Selagi kau lawan aku dan belum kalah, aku akan jawab soalan kau." Bola itu diletakkan di perantara mereka.
BolaBot tergesa-gesa mendapatkan bola terlebih dahulu seiring dengan Gentar dan Ochobot di hadapannya. Gentar menendang bola itu menuju ke garisan gol milik BolaBot. Cepat-cepat BolaBot menahan bola itu menggunakan kuasanaya, menyebabkan bola itu terbang ke tepi.
"Eh, main tipu!" Ochobot menegur tindakan BolaBot.
"Mana ada main tipu. Sebaliknya, kau orang yang main tipu. Tengoklah! Jumlah pemain kau orang lagi ramai dari aku." Bolabot menggerakkan bola itu ke posisi tengah semula.
"Kalau macam tu... berapa ramai anak murid Tok Sah sebenarnya? Ke Tok Sah tu pengasas rumah kebajikan sebenarnya?" Sambil mulutnya bertanya soalan, kakinya lincah menyepak bola itu. Sesekali dia menggelecek bagi mengelak BolaBot merampas bola tersebut. Bola itu laju disepak ke arah Ochobot. Malangnya, bola itu dihentikan sekali lagi menggunakan kuasa BolaBot.
"Tok Sah ramai anak murid. Macam aku cerita... selain pelajar dekat sekolah, anak murid terakhir yang dia ambil ialah Amat, RamenMan dan Ezra. Biasanya Tok Sah ambil anak murid yang berpotensi dan ada anak murid dia yang dia 'selamatkan.'" BolaBot menanduk bola itu sebaik sahaja bola itu jatuh akibat graviti. "Cuma... RamenMan jadi anak murid paling akhir, dia tidak dapatlah jumpa Amat. Tapi, Ezra mati selepas hari pemilihan Elemental Slayer."
"Mati? Kenapa?" Larian Gentar semakin perlahan.
"Huh... dah terang-terang. Mestilah dia mati dibunuh syaitan." Bola yang ditanduk BolaBot itu melepasi garisan gol Gentar. Sesaat kemudian, bola itu terbang ke posisi asal semula. Kucing itu cuba mengekalkan senyumannya yang hampir runtuh. "Hahaha... satu, kosong! Nampaknya kau tak adalah handal sangat!"
"Memanglah... kalau kawal macam tu, kau seorang sahaja yang menang." Ochobot menyindir, sarkistik tetapi ia langsung tidak menggerunkan BolaBot.
"Heh, kau orang yang tak pandai main."
BolaBot seperti biasa, kucing pertama yang bergerak ke arah bola. Tidak semena-mena, bolanya ditendang ke sebelah oleh Gentar. Terbeliak mata BolaBot dibuatnya. Pantas dinaikkan bola itu ke atas langit. Ia bukan melemahkan pihak lawan, bahkan Gentar melompat tinggi dan berpusing, menyepak bola itu ke bawah.
Sekarang giliran Ochobot pula menanduk bola tersebut. Gentar mara seiringan Ochobot, menaikkan ibu jarinya. "Hehehe... terbaiklah Ochobot!"
"Ergh..." BolaBot lekas mengejar Ochobot. Bola di hadapan Ochobot dialihkan menghadap mukanya.
"RamenMan dulu kawan dengan Ezra ke?" Gentar menyoal lagi seraya kakinya menggelosor, merampas bola itu semula.
"Dia orang boleh katakan rapat dulu." BolaBot sedaya-upaya merebut bola daripada Gentar. Ada masa bola itu dalam kawalan BolaBot dan ada juga waktu bola itu menjadi mangsa teranjang Gentar.
"Eh, macam mana pula dengan Amat tu? Yang kau cerita." Gentar menarik nafas kepenatan. Dia membiarkan BolaBot menjaringkan sebuah gol untuk kedua kalinya.
"Dia jadi anak murid sementara sahaja. Itu yang aku tahu dari Ezra dan Tok Sah. Kalau kau nak tahu fasal si Amat tu, kau tanyalah Tok Sah sendiri. Dia bukan tuan aku." Bulu-bulu BolaBot mula terkibar-kibar dan kembang akibat asyik ditiup angin semasa mengejar bola.
Tidak sempat bola itu mendarat ke posisi asal, Ochobot sudah melompat dan menanduk bola tersebut!
"Macam mana kau tahu yang aku power sphera... masa mula-mula kita jumpa?" Ochobot menganjurkan soalan pula. Tidak mungkin hanya berserah kepada Gentar semata-mata?
"Boleh dikatakan... aku ni stalker yang berjaya." BolaBot tidak langsung mengawal mimik mukanya, siap terkembang-kembang hidung penuh bangga. Hinggakan terkaku kedua-dua pihak lawan melihat balasan sombong BolaBot itu.
"Aku dah agak! Dia ni lagi teruk dari RamenMan. Dalam banyak-banyak rumah, rumah RamenMan nak diintainya."
"Itulah tu."
"Hoi! Ingat aku tak dengar ke?" Terherot-herot muka si kucing itu dikutuk tanpa tapisan. Dia mulut celupar depan orang boleh pula! Tetapi, satu sengihan dibentuk antara misai kucing tersebut, dia terus menyondol bola itu masuk ke dalam gol sementara mereka berdua masih sibuk menilainya. Betul-betul ambil kesempatan dalam kesempitan ini!
"Tengok tu, kita umpat dia pun... boleh lagi dia main bola."
"Hei!" BolaBot menayang muka tidak puas hati. "Kau orang ni mainlah betul-betul. Dengan kucing pun boleh kalah ke? Walaupun kawan kau kucing..."
"Oooh... berlagak. Marilah!" Gentar memeluk penumbuknya. Tidak pernah dia bersemangat tinggi mahu berlawan dengan kucing selama ini! Sempat Gentar menambah soalan. "Tapi tak kiralah gol kau tadi kan?"
"Kiralah!"
Perlawanan bola sepak tanpa penonton disambung penuh rancak. Kalau ada penonton pun, pasti khalayak yang yang lalu lalang tepi sungai pun tergaru-garu kepala. Cukuplah ada syaitan Elemental yang pelik, ini ditambah pula manusia main bola sepak dengan kucing. Haih... rasa nak pindah planet sahaja.
Mereka bertiga termengah-mengah saat matahari naik tinggi di kepala. Gentar tercungap-cungap mengambil nafas di bawah pokok berdekatan sungai, ditemani dua kucing yang sibuk menjilat permukaan sungai. Gentar menyahut dalam kepenatan. "Yay, aku menang!"
"Heh, kalau main dua lawan satu, mestilah dua yang menang. Tak adil betul..." BolaBot menyapu-nyapu bibirnya basah. Dengar nadanya, macam kucing ini merajuk pula. Alololo, padan muka.
"Eh, kau kata kau hebat. Mestilah boleh menang, kan?" Ochobot sengaja mengusik BolaBot, membuatkan kucing itu menarik muka. "Aku bagi can dekat kau orang tadi."
Tawa terletus dari kucing itu dan seperti biasa, Ochobot dan Gentar berpandangan antara satu sama lain. Ochobot menghadapkan ibu jarinya ke bawah. Gentar terhembus nafas, lucu. Anak muda itu kemudian bangun bersama sengihan. "Okey, kalau macam tu... kita boleh main lepas aku pergi pemilihan Syaitan tu. Lagipun, kau nampak macam seronok je main dengan kita orang."
BolaBot cuba mengawal air mukanya, cuma iris matanya yang berkilat-kilat itu tidak dapat ditahan. Kukunya menguis-nguis rumput sebelum dia mengangkat wajahnya kembali.
"Gentar... nama kau Gentar, kan?"
"Taklah, nama aku Ochobot." Gentar berloyar buruk. Dia mengaduh kuat ketika kakinya dicakar oleh Ochobot. Itulah... main-main lagi!
"Lepas... lepas pemilihan syaitan nanti. Kau kena hati-hati tau?" BolaBot memandang Gentar penuh harapan. Tersedar respon aneh dari dua kawan barunya, dia segera menukar nadanya. "Ah, tak adalah. Kau kan nampak macam senang kalah je. Risaulah kalau jadi apa-apa dekat kau."
"Tak apa, aku faham. Lagipun jangan risau, aku kan tak pernah GENTAR!" seloroh Gentar. Kini, Gentar pula mendapat pandangan menyampah daripada dua kucing itu ketika tawa remaja itu semakin bergema. Ochobot meminta diri membawa Gentar pulang, meninggalkan kucing itu di sebelah sungai. Berharap mereka akan bertemu lagi selepas pemilihan syaitan nanti.
Cahaya mentari pagi mula menyinari tanah hutan dan menghangatkan persekitaran hutan tersebut. Walaupun begitu, ia tidak cukup untuk menyinarkan semangat Ochobot dan Gentar ketika itu. Rasa tidak puas hati menyeluruhi muka Gentar. "Apa maksud tok, pedang saya tak ada?"
"Maaf, Gentar. Tok tak rasa kamu bersedia lagi. Tok rasa... kamu mungkin akan lebih bersedia untuk pemilihan tahun depan." Tok Sah memalingkan tubuhnya, tidak sanggup menghadap wajah kecewa anak muda itu.
"Apa ni, Tok Sah? RamenMan? Lagi beberapa hari kot pemilihan tu. Gentar dah penat-penat berlatih kot!" Ochobot membantah sekuat hati. Lagi-lagi hari ini sepatutnya hari Gentar menerima pedangnya! RamenMan pun sanggup turun padang mengikuti sama. Selepas itu, ini yang jadi!
"Kalau Tok Sah kata macam tu, betullah." RamenMan mengiyakan, langsung tidak kecewa bersama!
"Habis tu, takkan saya kena tinggal dekat sini untuk setahun lagi? Ini penculikan namanya! Sekurangnya... hantarlah saya balik." Gentar membulatkan matanya, tidak percaya. Tangannya digenggam kuat. "Jadi, latihan saya ni untuk apa sebenarnya?"
Senyap.
"Jangan risau, aku akan bagi kau gaj..."
"Itu tak penting. Tapi, apa jadi dekat Tok Sah dengan RamenMan sebenarnya?" Suara Gentar bergetar, menahan keliru. Perasaan terujanya hancur serta-merta. Fikirnya, dia dapatlah memegang pedangnya hari ini, tetapi...
Telinga mereka bingit dengan kesunyian yang memenuhi ruang tersebut. Baru sahaja Tok Sah ingin bersuara, Gentar terlebih dahulu mencelah. "Atau... tok ada anak murid yang terkorban dulu?"
Warna kulit Tok Sah bertukar putih pudar. Bukan Tok Sah sahaja, bahkan RamenMan turut pucat wajahnya. Terkena betul-betul tepat di dalam jiwa! RamenMan mencapai sebelah bahu Gentar. "Apa maksud kau? Tok... Tok ada cerita dekat dia ke?"
"Tok tak cerita pun. Saya dengan Ochobot tahu sendiri!" balas Gentar. Ochobot perasan Tok Sah menunduk, melarikan pandangan daripada mereka bertiga. "Betullah kalau macam tu."
"Maafkan Tok... Gentar, Ochobot." Tok Sah mengeluh, berat. "Latihan yang tok berikan cukup untuk mempertahankan diri kamu, tapi ia tak cukup untuk kamu gunakan untuk melawan kembali syaitan tu. Lagipun, tok betul-betul rasa kamu tak cukup bersedia. Mungkin tahun depan lagi."
"Tapi tok juga yang kata, nak tewaskan syaitan... tak semestinya jadi kuat. Kita kena jadi pandai juga." Gentar terdiam seketika. Hrm, terfikir juga sekejap. Ke Tok Sah fikir dia belum pandai sepenuhnya lagi?
"Tok rasa kamu patut balik dulu." Tok Sah membuat kata putus. Berkerut-kerut wajah Gentar dan Ochobot. Gentar memejamkan matanya, terkatup rapat, menghela tidak percaya. Tanpa memberi sebarang suara, dia mengalihkan tangan RamenMan dari bahunya lalu meninggalkan tempat itu.
"Gentar, tunggu!"
RamenMan memandang sekilas Gentar dan Ochobot yang sudah berlalu pergi. Muka tok gurunya memenuhi permandangannya. "Tok rasa... tindakan kita betul ke? Saya pun takut juga, tapi Gentar ada potensi. Tok tak ingat ke?"
Mendengar respon sepi dari Tok Sah, RamenMan mengalah untuk meminta diri. "Saya balik dululah, Tok. Kalau Tok ada tukar fikiran, tok boleh telefon saya nanti."
DING!
Sudu yang dibasuhnya jatuh ke dalam singki. Lambat-lambat Tok Sah membongkok, mengambil sudu itu. Nampaknya, memori itu meragut ketenangannya kembali.
Sejak daripada hari itu, Gentar tidak lagi menghantar dirinya ke rumahnya. Paling mencengkam rasa bersalahnya apabila dia mendengar khabar dari kawasan kejiranan. Katanya dari mak cik-mak cik yang selalu bergaul sama Gentar, Gentar jarang keluar rumah bertemu sesiapa. RamenMan juga memberitahunya bahawa Gentar mungkin mengambil masa untuk menerima hakikat.
Namun, apa yang dia boleh buat?
"Mungkin esok aku boleh datang rumah RamenMan esok, pujuk Gentar,' omel Tok Sah di dalam hati. Dia berjalan menghampiri almari dapur sehingga tubuhnya terkaku di hadapan kalendar yang tergantung di sebelahnya. Malam ini...
Malam ini sepatutnya merupakan malam pemilihan Elemental Slayer.
"Tengok, tok! Kan saya dah kata! Saya dah lepas pemilihan Elemental Slayer! Saya dah kata dah, selagi BolaBot bersama saya... semua boleh punya."
Jendelanya ditarik.
"Tok... saya ni BolaBot."
Sebatang mancis digoreskan pada permukaan meja. Mancis itu terus digerakkan menyalakan lilin di dapur. Ketika mancis itu hilang baranya, Tok Sah meletakkan batang mancis itu ke tepi. Haih... boleh pula generator rumah rosak malam-malam begini. Mujur dia masih menyimpan stok mancis dan lilin bagi waktu kecemasan begini.
Tok! Tok! Tok!
Perhatian Tok Sah teralih daripada lilin menyala kepada pintu kayunya. Kakinya perlahan-lahan diorakkan ke pintu. Dalam masa yang lama, langkahnya dijaga, mengelakkan sebarang kerak lantai berbunyi. Parang di tepi pintu diambil. Dedaun pintu itu dibuka.
"Tok, Ezra terkorban semalam."
Parang itu terjatuh
Kedutan dahi Tok Sah menghilang. Rasa hairan pula yang mengganti. Mengapa RamenMan berada di depan rumahnya malam-malam buta ini? "Kau rupanya. Kenapa kau duduk dekat sini? Ada apa-apa jadi ke?"
"Tok Sah, habislah. Tadi saya tidur, lepas tu, saya terbangun... dua orang tu dah hilang dah!" RamenMan kalut memeriksa poketnya. Sepucuk surat yang telah dilipat dikeluarkan kasar dari kacuk seluar. "Lepas tu, saya jumpa surat ni."
Tok Sah cuba meneka isi surat itu. "Kejap, kamu jangan kata..."
"Ya, Gentar pergi pemilihan syaitan tu!"
Gentar : Fuh, akhirnya setelah senyap-senyap selongkar rumah RamenMan, aku dapat juga jumpa peta ni!
Ochobot : Tak sangka RamenMan simpan peta pelbagai tempat. Dia biasa tersesat masa jalankan misi ke?
Gentar : Heh, mesti dia tak pandai geografi.
Ochobot : Huh...
Gentar : Okey, masa untuk rahsia Elemental! *bisik* Tahu tak, seperti namanya... BolaBot pemain bola sepak yang handal! Antara kucinglah.
Nooroo : Noh, kucing main bola sepak?
Gentar : Eh, diam. Dan dia bukan lahir lahir terus jadi pemain macam Mokhtar Dahari, dia lahir lahir jadi anak yatim je. Tuan dia yang ajar dia main bola sepak.
Ochobot : Seramlah hutan ni! Baik kita pergi cepat-cepat, Gentar...
Gentar : Ish, kau ni. Mana ada hantu. Syaitan adalah.
Gentar : Okeylah, jumpa kau orang di bab akan datang!
✨✨✨
Gentar buat hal lah. 😔
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top