| 5 |
ELEMENTAL SLAYER
-------------------------
"Kuasa kau bukan terletak pada senjata kau, tapi ia terletak pada keberanian kau dan rasa tanggungjawab."
.
.
.
KEPADA Qually,
Fuh, ini pertama kali aku dapat hantar surat pada kau... yalah, penjaga aku yang kejam akhirnya belikan kertas untuk aku tulis dekat kau.
RamenMan menatap tajam bait-bait kata yang ditulis Gentar. Tebal betul muka budak ini mengutuknya secara berdepan depan. Ayat itu ditudingnya. "Kau padam balik."
"Tapi... kita tak baik menipu." Gentar berdalih, pura-pura suci. Padahal dia seronok melepaskan geram terhadap RamenMan di dalam surat itu.
"Nampaknya aku bagi seringgit jelah untuk kau bulan ni."
"Ish, sikit-sikit main gaji. Yalah, nak padamlah ni."
Ochobot yang mengunyah makanan kucing cuma melihat muka cemberut Gentar. Jelas sangat tidak puas hati! Gentar membersihkan habuk-habuk pemadam dari permukaan kertas itu. Mulutnya masih mengomel kecil, mengutuk RamenMan.
"Dasar majikan kejam. Baju dia pun aku basuhkan."
"Apa?"
"Tak ada apa-apa."
Fuh, ini pertama kali aku dapat hantar surat pada kau... yalah, penjaga aku yang (kesan padam) 'baik hati' akhirnya belikan kertas untuk aku tulis dekat kau.
Macam mana dengan Adudu? Kucing-kucing yang lain? Dia orang sihat ke? Jangan lupa bagi makanan dekat dia, nanti dia orang mengamuk... terkejut kau orang.
Ekor mata RamenMan mengikuti jarum jam itu. Jam itu sudah menunjukkan pukul enam pagi. Masa untuk kejutkan budak itu. Kucing dia biarlah tidur lagi. Mangkuk berkuah ramen diletakkan ke dalam singki. Kalau nak tahu, itulah kerja Gentar sebelum pergi berlatih sama Tok Kasa nanti.
Gentar masih lagi tertidur nyenyak. Air liur basi keluar meleleh dari mulut. Lena betul tidurnya! Sekelip mata lena itu terbantut ketika sebaldi air tumpah ke atas tubuhnya. Sudahlah sejuk!
"AH, sejuklah!" Gentar memeluk tubuhnya yang menggigil. Dengan angin diingin menyapa tubuhnya, boleh mati dia akibat kesejukan! RamenMan bukan mahu kesian sangat pun, siap ketawa terbahak-bahak lagi.
"Siapa suruh kau liat sangat nak bangun? Dah, dah pergi mandi. Lepas tu buatlah apa yang kau nak buat. Pastikan pukul 8 kau dah dalam perjalanan ke rumah Tok Sah." RamenMan menarik toto Gentar yang basah, lantas toto itu dijatuhkan secara sengaja ke atas Gentar.
Sempat lelaki itu menambah. "Oh, sebelum aku terlupa, tolong basuh mangkuk ramen aku."
Gentar mengalih toto yang basah itu. Matanya menjeling tajam RamenMan sambil memeluk tubuhnya yang tidak berhenti bergetar. Sudahlah mandi air perigi. Ah, sejuknya!
Mungkin aku akan duduk dekat sini untuk beberapa bulan lagi. Tapi jangan risau, aku dapat duit! Nanti bolehlah kita keluar dan makan sama-sama. Aku belanja!
Zing! Zing! Zing!
Tok Sah mengasah pisaunya pada batu. Yalah, kalau tidak diasah, susah mahu disalai ikan nanti. Tangannya dibasuh pada singki seraya pandangannya dijenguk ke luar, di mana Gentar sibuk memukul surat khabar menggunakan batang penyapu berkali-kali.
"Huh... huh..." Gentar menjatuhkan batang penyapu itu. Hampir lelah dia! Sudah beberapa hari dia memukul surat khabar ini, namun masih tidak terbelah-belah! Dia yang hendak terbelah adalah! Baik dia belah pakai kapak sahaja.
"Kau okey ke Gentar?" Ochobot menuju ke arah Gentar. Baru beberapa minit pukul, sudah seperti terkena dehidrasi teruk si Gentar ini.
"Aku okey. Cuma lenguh tanganlah asyik ketuk benda sama setiap hari." Gentar mengibas-ngibaskan tangannya yang kebas. "Macam mana aku nak belah surat khabar setebal ini?"
"Hrm, apa kata kau bayang je surat-surat khabar tu macam encik RamenMan?" cadang Ochobot.
Mata Gentar membulat, seolah-olah mendapat sebuah idea yang bernas. "Patutlah... muka tebal sangat! Mesti bermuka-muka encik RamenMan tu sampai susah nak dibelah-belah!"
"Bukan itu maksud aku..."
"Kamu masih tak boleh belah surat khabar itu?" Tok Sah muncul membelok ke arah mereka. Gentar meneguk air liur. Habislah... mesti dia kena lawan dengan Tok Sah ini pula.
"Nah, tok bawakan air. Minumlah!" Tok Sah mengangkat gelas yang dipegangnya. Gentar yang sudah dahagakan selautan air apa lagi? Pantas sahaja dia bergerak ke arah Tok Sah. "Terima kasih, to..."
Tok Sah laju menjulang air itu ke langit. Melihat keadaan itu, Gentar memanjat Tok Kasa sepantas kilat tanpa menyedari Tok Sah mengeluarkan buku lima dari sebelah tangan. Dada Gentar ditumbuk kuat sehingga Gentar senak tercampak ke belakang.
Gentar terbatuk-batuk, cuba membangunkan diri. Dia mengelap peluh yang menitik di dahi. Ini mesti salah satu latihan Tok Sah.
"Kalau kamu betul-betul kuat, cubalah ambil air tok ni." Tok Sah mengekalkan wajah seriusnya, menurunkan gelas itu ke dada. Gentar tersengih menerima cabaran itu. Dia meletup-letupkan sendi jari dan segera memberi serangan pertama!
Latihan tentera dekat sini agak susah. Ah, mesti kau pelik kenapa aku masuk kem tentera. Dia orang kata aku berkebolehan dan nak latih skill aku. Paling penting, kalau masuk kem ni, kau dapat duit!
Ah... tapi aku harap kau jangan masuk. Latihan dekat sini susah sikit. Eh, tapi ini Gentarlah! Mesti semua dia dapat hadapi. Insya-Allah...
Ramai mak cik-mak cik berkumpul di hadapan sebuah rumah, mencuci baju beramai-ramai. Amboi, hebat betul persahabatan mak cik-mak cik ini! Basuh baju pun bersama-sama. Maklumlah, mereka mengambil upah membasuh baju daripada penduduk kampung.
Tatkala geng mak cik itu sibuk bergosip sambil membasuh baju, Gentar melintas lemah di hadapan mereka. Postur tubuhnya pun makin terbongkok seperti nenek si bongkok tiga! Macam dikerah bekerja 24 jam!
"Gentar! Mak cik dengar kamu berlatih dekat rumah Tok Sah lagi? Macam mana? Okey?" Suara Mak Cik Bibah menarik perhatian Gentar bagaikan mayat hidup itu. Ochobot turut memberhentikan langkahnya.
"Okey je, mak cik." Gentar membalas, lemah.
"Mehlah duduk dekat mak cik sekejap. Tak lari mana rumah Tok Sah itu. Mak cik pun ada beli bahan lebih, mana tahu kamu boleh masak untuk makan malam nanti." Mak Cik Bibah bersemangat mempelawa Gentar. Lagipun anak muda itu sangat peramah dan masuk air bersama-sama dengan kawannya!
"Terima kasih, mak cik. Lepas baliklah saya ambil. Saya kena cepat ni, nanti saya kena tolak gaji pula." Gentar kemudian menoleh semula ke hadapan, meneruskan langkahnya tanpa rela.
Ketiga-tiga wanita itu memerhati Gentar yang berlalu pergi diikuti kucingnya. Rasa hairan timbul di dalam hati mereka. Mak Cik Bibah bertanya terlebih dahulu. "Kenapa dengan Gentar? Susah sangat ke latihan Tok Sah tu?"
"Rasanya tak adalah susah sangat. Seronok sahaja anak saya pergi sekolah setiap hari Ahad. Berlatih dengan Tok Sah tu."
"Sekejap, entah-entah Gentar kena dera sama penjaga dia? Apa nama dia? RamenMan? Haih, nama dia pun pelik."
"Itulah. Mahu dia layan Gentar macam dalam cerita Bawang Merah, Bawang Putih. RamenMan pun dengarnya bukan betul sangat. Hari tu pun dia berebut dengan anak kau, ramen sebungkus! Ah, tak boleh jadi ni!"
"Eh, mak cik! Berani betul fitnah fasal saya, en? Amboi, siap ada khabar angin lagi!" RamenMan tidak semena-mena menyampuk mereka bercakap dari belakang. Terkejut beruk ketiga-tiga mak cik itu apabila dicelah tanpa amaran. Mujur tiada yang sakit jantung!
"Eh, RamenMan! Apa kamu buat dekat sini?"
Aduh, tak sabar nak jumpa kau orang lagi beberapa bulan! Kalau ada pecah gelas, cepatlah balas! Jadi tak pantun aku?
Aku nantikan surat kau!
Pesanan ringkas : Pinggan aku pecahkan hari tu... jangan bagitahu bos, tau!
Api dapur ditutup RamenMan. Kini, maggi kari yang didihkan selesai dengan sempurna. Alamak, sudah tukar seleralah pula! Daripada ramen menjadi maggi. Hrm, mungkin tidak cukup duit untuk beli ramen.
Tetapi itu semua tak penting! RamenMan mengerling ke arah Gentar yang sudah berada di muka pintu. "Saya pergi dulu ya, encik RamenMan."
"Kau pasti nak pergi?" tanya RamenMan.
"Yalah, nanti encik RamenMan tolak gaji saya pula." Gentar menyarungkan kedua seliparnya. Sepertinya Gentar betul-betul terasa hati berkenaan gaji! RamenMan menggaru kepala melihat Gentar dan Ochobot sudah berlalu pergi.
Jauh dari sudut hati, dia sebenarnya risau akan Gentar. Mula-mula anak itu sampai ke sini, bukan main bersemangat lagi. Baru beberapa minggu berada di sini, bagaikan anak tiri yang didera! Dia pun telah mengurangkan kerja-kerja rumah untuk Gentar. Soal gaji pun tidak disebut-sebut lagi.
Apakah latihan yang membuatkan Gentar begini? Perlu ke dia nasihatkan Tok Sah?
Haih... apa yang buatkan Gentar tak bersemangat sebenarnya?
"Tch, aku masih tak boleh belah surat khabar tu lagi!" Ternyata, masalah itu yang melayar secara bebas di dalam minda Gentar. Ochobot mampu bersimpati. Yalah, dia kan kucing.
"Kau dah cuba cara lain ke? Letak surat khabar tu antara dua meja ke?" Ochobot mengusul langkah lain kepada Gentar.
"Dah, tapi surat khabar tu jatuh, bukan terbelah!" Dahi Gentar berkerut-kerut memikirkannya. Tangan dibawa ke dagu. "Haih... ada cara lain ke?"
Mereka berdua berhenti berjalan. Kedua-duanya merangka strategi di dalam kepala. Macam mana nak bagi surat khabar itu terbelah... dengan batang penyapu sahaja? Kalau pembaca ada cadangan, bolehlah ulaskannya bersama, ya?
"Meow!
"Eh, kau ada cadangan ke, Ochobot?" Gentar berpaling ke Ochobot. Ochobot menggeleng laju. "Tu bukan bunyi akulah."
"Habis tu... eh?" Muka Gentar teralih ke hadapan. Matanya terpaku pada seekor kucing putih berbulu lebat, mencangkung di hadapannya. Paling aneh, anak matanya tidak biru seperti kebiasaan baka kucing putih yang lain, sebaliknya berwarna merah.
"Kucing siapa tu?" Ochobot pun tidak terkecuali daripada mematung, memandang kewujudan kucing itu.
"Ikut saya." Kucing itu berbunyi, membuatkan kedua-dua mereka tergamam. Kucing itu langsung berlari menerusi celah kangkang Gentar. "Ikut saya."
"Ke... kejar kucing tu!" Gentar cepat-cepat berpusing ke belakang, mengekori kucing itu bersama Ochobot. Kucing itu pun power sphera ke? Kalau betul, apa yang dia buat dekat sini?
Pertandingan lumba lari antara kucing dan dua peserta begitu sengit. Mereka melintasi beberapa rumah termasuklah rumah RamenMan itu sendiri. Sesekali mereka membelok ke kanan, dan adakalanya mereka membelok ke kiri. Gentar kini tercungap-cungap melangkah. "Dia... dia nak bawa kita pergi rumah dia ke?"
Ochobot mendahului Gentar. "Cepat sikit, Gentar!"
Lintang-pukang mereka cuba mengikuti jejak kucing tersebut. Kucing itu pun seakan-akan tidak habis staminanya berlari tanpa henti! Langkah mereka yang laju semakin lama, semakin perlahan saat tiba ke satu tempat. Berhenti saja mereka, Gentar terus mengunci mulut, tidak jadi mahu memarahi kucing tersebut. Bahkan dia sendiri kehilangan kata-kata.
Ochobot menaikkan kepalanya ke papan tanda pada pagar berbatu-bata itu. Tanah... perkuburan?
Kucing : Selamat datang ke Rahsia Elemental! Hari ini rahsia Elemental kita ialah...
Kucing : 01001011 01100001 01101100 01100001 01110101 00100000 01101110 01100001 01101011 00100000 01110100 01100001 01101000 01110101 00101100 00100000 01101001 01110100 01110101 01101100 01100001 01101000 00100000 01101011 01110101 01100010 01110101 01110010 00100000 01110011 01100001 01101100 01100001 01101000 00100000 01110011 01100001 01110100 01110101 00100000 01100001 01101110 01100001 01101011 00100000 01101101 01110101 01110010 01101001 01100100 00100000 01010100 01101111 01101011 00100000 01010011 01100001 01101000 00101100 00100000 01101001 01100001 01101001 01110100 01110101 00100000 01000101 01111010 01110010 01100001 00001101 00001010 00001101 00001010 01000100 01100001 01101110 00100000 01101010 01110101 01100111 01100001 00100000 01101001 01100001 00100000 01101101 01100101 01110010 01110101 01110000 01100001 01101011 01100001 01101110 00100000 01110100 01110101 01100001 01101110 00100000 01101100 01100001 01101101 01100001 00100000 01110011 01100001 01111001 01100001 00101110 00001101 00001010 00001101 00001010 01001111 01101000 00101100 00100000 01110100 01101001 01100100 01100001 01101011 00100000 01110100 01100101 01110010 01101100 01110101 01110000 01100001 00101110 00100000 01000101 01111010 01110010 01100001 00100000 01100100 01100001 01101110 00100000 01010010 01100001 01101101 01100101 01101110 01001101 01100001 01101110 00100000 01100100 01110101 01101100 01110101 00100000 01110011 01100001 01101110 01100111 01100001 01110100 00100000 01110010 01100001 01110000 01100001 01110100 00101110 00100000 01000101 01111010 01110010 01100001 01101100 01100001 01101000 00100000 01101111 01110010 01100001 01101110 01100111 00100000 01111001 01100001 01101110 01100111 00100000 01101011 01100101 01101110 01100001 01101100 01101011 01100001 01101110 00100000 01010010 01100001 01101101 01100101 01101110 01001101 01100001 01101110 00100000 01101011 01100101 01110000 01100001 01100100 01100001 00100000 01010010 01100001 01101101 01100101 01101110 00100001 00100000 01010011 01100001 01101101 01110000 01100001 01101001 00100000 01110011 01100101 01101011 01100001 01110010 01100001 01101110 01100111 00100000 01010010 01100001 01101101 01100101 01101110 01001101 01100001 01101110 00100000 01110011 01110101 01101011 01100001 00100000 01101000 01101001 01101110 01100111 01100111 01100001 00100000 01101101 01100101 01101110 01101010 01100001 01100100 01101001 01101011 01100001 01101110 00100000 01101110 01100001 01101101 01100001 00100000 01101101 01100001 01101011 01100001 01101110 01100001 01101110 00100000 01110100 01110101 00100000 01110011 01100101 01100010 01100001 01100111 01100001 01101001 00100000 01101110 01100001 01101101 01100001 00100000 01110011 01100001 01101101 01100001 01110010 01100001 01101110 01101110 01111001 01100001 00101110
✨✨✨
Membulat mata kau orang baca rahsia Elemental dari kucing tu. Dan kubur siapa yang Gentar dan Ochobot jumpa? Ha, itu kena tunggu bab akan datang!
( P/s : Kod yang panjang lebar tu kod binary! Boleh terjemahkan dekat Google kalau rajin!)
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top