| 46 |

ELEMENTAL SLAYER
-------------------------
"Kepada kau yang tak tahu maksud berjuang,
inilah masanya untuk tunjukkan jawapan!"
.
.
.


                                         GENTAR menunduk dengan bahu yang terhinjut-hinjut. Sesekali tangan kecilnya bertukar tugas menyuap makanan dan mengelap permata yang terjatuh dari kelopak mata. Ubun miliknya diusap oleh penjaga wanita itu. "Makanlah dengan banyak, Gentar. Selepas ini boleh bermain di taman, ya?"

  Gentar mengangguk-angguk. "Uhuk uhuk!" Segera penjaga wanita itu menggosok belakang tubuhnya. Segelas air suam diberikan pada Gentar yang tersedak. Kelam-kabut Gentar menggosok dadanya lalu mengambil huluran tersebut. Setitik demi setitik air itu diteguk.

  "Itulah kamu ini, Gentar. Makan hendaklah baca basmallah." Penjaga wanita itu menggeleng kecil.

  Gentar ketawa lembut. "Maaf, maaf."

  'Kau dah lupakan sesuatu, Gentar.'

  Huh? Perlahan-lahan Gentar beralih pada penjaga wanita yang bereaksi biasa. Gelas di tangannya diturunkan. "Mak cik ada kata apa-apa ke?"

  Wajah penjaga wanita itu berubah. Dia menghembus nafas dengan senyuman sambil menggeleng. "Mak cik kata... kalau makan, kenalah baca basmallah. Kalau tidak, jadi tersedak seperti tadi." Hidung Gentar dicuit.

  Gentar memegang hidungnya. "Oh... hehehe. Bismillah..."

  "HOI, KATAK!"

  Bayangan mimpi Gentar terbang keluar dari fikirannya. Selaput kelip di dalam matanya langsung terbuka. Badannya digoyang-goyangkan sedikit sebelum dipusingkan menghadap Raksasa Tidur yang bercekak pinggang. "Kau ketua ke aku ketua sekarang ni? Kenapa aku tak boleh serang lagi manusia-manusia kat bawah sana tu! Inilah masa yang terbaik!"

  Katakululu bercakap melalui telepati. 'Memanglah tak boleh. Kita tak boleh pandang rendah pada mereka. Lagi-lagi tiga Elemental Slayer yang dihantar bersama Keris Tasari tu ada power sphera masing-masing. Jika kita kacau mereka, khawatir mantera itu terbatal."

  Tambahan pula, ada salah seorang Elemental Slayer yang dapat kesan aromanya...

  "Heh, kau sebenarnya takut dengan Elemental Slayer tu, kan?" Raksasa Tidur tersenyum mengejek.

  Katakululu menjerit kecil. 'Mana ada! Saya takutkan tuan Retak'ka lagi tapi kita kena berhati-ha..."

  "Banyak cakaplah kau." Raksasa Tidur memanjangkan tangannya ke tingkat kedua bawah mereka. Tangannya menyasar di dinding feri, mencari tempat duduk para Elemental Slayer itu. Sedang sibuk tangan itu menyusur, ia tiba-tiba berhenti bersebelahan tingkap yang disandar oleh Fang yang ketiduran. Sekelip mata, kuku tangan itu memecahkan tingkap feri itu. Berderai pecah cermin itu sehingga mencalarkan pipi dan tangan Fang.

  Tangan itu masuk ke dalam.

  SLASH!

  "ARGHHHH!" Raksasa Tidur mengerang sambil memegang lengannya yang memanjang. Apa... apa yang memotong telapak tangannya tadi? Laju matanya dipejam rapat dan dipindahkan pandangannya pada tangannya.

  Tangan itu tumbuh semula bersama  sebuah mata timbul di telapaknya. Alangkah terkejutnya dia melihat Gopal berdiri dengan pedang di tangan. Dia terjaga? Kejap... mata dia masih lagi tertutup! Tangan itu direnungkan ke bawah, menampakkan tapak tangan yang dipotong tadi. Bunyi pedang ditarik kedengaran.

  'PUTUSKAN TANGAN KAU!'

  Tangan itu terputus daripada tubuh. Kelam-kabut tangan itu berlari menerusi koridor meninggalkan Gopal yang tegak memerhati dari belakang.

  "Budak itu... budak itu gila ke?" Raksasa Tidur terduduk mengambil nafas. Lengannya sedikit demi sedikit membentuk sel-sel baharu. Namun begitu, dia masih dapat rasa keresahan dari tangannya yang sibuk berlari menyelamatkan diri! Nafasnya tersekat.

   'Sebab tu aku suruh kau berhati-hati! Sudah! Baik kau lakukan apa yang aku suruh!' Katak itu berpaling dari Raksasa Tidur. 'Mujur dia tidak tahu kita berada di atas bumbung ini.'

  Katakululu menunduk, cuba menyembunyikan ketakutannya. Naluri pemangsannya mahu melarikan diri, namun jika dia berbuat sedemikian... pasti... pasti tuan Retak'ka. Katak itu menggetarkan tubuhnya beberapa kali.

  Asalkan dia hindarkan diri dari budak itu... dia akan selamat.

  Gopal mengangkat kepalanya. Jauh darinya, sebuah tangan merangkak panik menuruni anak tangga. Perlahan-lahan, Gopal menundukkan badannya,  mengumpul momentum. Pedangnya digenggam. "Tukaran makanan."

  ZUUUP! Gopal melintas laju ke hadapan. Saat kakinya mara berlari, lantai yang dipijaknya bertukar menjadi dodol yang melekit. Langkahnya dipecut menuruni anak tangga, memintas empat remaja yang baru sahaja memanjat naik. Keempat-empat remaja itu tersentak mengenangkan angin kuat yang melalui mereka tadi.

  "Apa... apa benda tu?" tanya seorang remaja perempuan. Pergerakkannya tidak semena-mena terbantut. Kakinya diangkat laju. "Eeee, apa benda yang melekit ni?"

  "Ni dodol ke, Hipin?" Si kembar berambut sehelai mencangkung. Bersahaja dia mencalitkan jari ke permukaan tangga yang melekit itu. Kembarnya yang botak lagilah ekstrem! Siap ambil dan jilat lagi!

  "Urmmmm... dodol! Dodol! Dodol!" Kembarnya yang botak mengangguk-angguk.

  "Terus je ke depan. Kita semua kena dapatkan mimpi tu." Remaja gempal menanggalkan kasutnya yang melekat di tanah diikuti oleh tiga remaja yang lain. Remaja perempuan itu berjalan terinjit-injit, mimiknya muka jelas geli akan keadaan lantai yang melekit dan berlemak.

  Hayunan langkah mereka terjeda. Sebaris tempat duduk yang diduduki Gentar, Fang dan Tarung diperiksa. Ketika itu, tergiang-giang arahan Katakululu di gegendang telinga.

  'Ingat pesanan aku. Kamu semua kena pastikan kucing-kucing mereka jauh dari tempat duduk.'

  Sangkar Ochobot dan Ekul dibawa berhampiran ruangan tangga. Entah silap mana si Hipin apabila dia tidak sengaja terlepaskan sangkar Ekul kerana terlalu berat. Melihatkan Ekul yang masih lagi terlentang nyenyak di dalam sangkar, pasangan kembar itu mengurut dada lega.

  Di sudut lain, remaja perempuan itu menyeluk sesuatu di dalam poketnya.

  'Dan jangan lupa ikatkan tangan kamu semua dengan tangan mereka. Kira sampai satu dan tiga, dan kamu akan masuk ke dalam alam mimpi mereka.'

  "Cari teras hati... hancurkan." Lelaki gempal itu mengulang-ulang perintah Katakululu. Tangannya menarik ikat mati tali pada pergelangan tangan Fang. Hujung tali yang tersisa dililit dan diikat pada tangan kirinya. Dia menoleh ke belakang. "Hei, kenapa korang berdua tak ikat tali lagi? Korang nak mimpi korang ke tak?"

  "Mestilah nak! Tapi ada seorang je. Hupin macam mana?" Hipin meluahkan kerisauan terhadap kembarnya. Susah hidup kenalah sama-sama, mustahil dia nakkan mimpi indah itu seorang-seorang!

  "Bijak ke apa? Ikat jelah korang dua dengan budak oren tu! Dia kan ada dua tangan." Remaja gempal itu akhirnya duduk bersebelahan Fang. Bibirnya mula berzikir kiraan nombor secara menaik sementara kelopak matanya ditutup rapat. Kedua kembar itu turut mengikuti cara yang sama setelah mengikat kedua-dua tangan Gentar ke tangan mereka berdua.

  Remaja perempuan itu menjatuhkan belakangnya pada sisi kerusi Tarung. Dahinya berkerut-kerut. "Satu... dua... tiga... empa..."

   Whoosh...

  Deruan angin melalui celah-celah pokok menyedarkan Tarung. Rasa sejuk yang masuk melalui celah tingkap membelai pipi dan rambutnya. Tarung bangkit dari duduknya dan membuka tingkap kayu seluas yang mungkin, membiarkan angin menurunkan haba yang meruap sekeliling bilik.

  Tangan Tarung terhenti pada beranda tingkap. Apa yang dia perlu buat sekarang? Oh... dia perlu beritahu ibunya dia sudah naik pangkat menjadi Keris Tasari. Hamparan pokok nyiur di luar rumah dipandang sebelum matanya menala pada seorang wanita tua yang terbaring lemah. Tidak sangka tangan yang sudah memamah usia dahulu boleh melibas pedang dengan penuh gagah.

  "Ibu... saya dah berjaya menjadi Keris Tasari sepertimana ibu dan ayah. Hari perlantikkan baru sahaja berlaku semalam," ujar Tarung penuh formal. Namun, hanya kesepiannya yang menyambut berita gembira itu.

  Melihat tiada respon dari ibunya, Tarung tersenyum hambar. "Saya hendak pergi berlatih pedang. Sebelum itu saya akan bawakan nasi kubis bunga dekat dapur. Rasanya Mak Nah pun dah siap masak seka..."

  "Kalau ayah kamu ada... mesti dia bangga..."

  Senyumannya jatuh dari muka. Reaksi wajah ibunya langsung tidak dapat diamati kerana wanita itu sudah berpaling darinya. Dia menggengam tangan. Ini pertama kali sosok itu disebut setelah dibunuh oleh syaitan beberapa tahun lepas.

  "Saya pergi ambil nasi dulu ya, ibu." Tarung mengeluarkan dirinya dari bilik yang mula terasa mencengkam. Di luar pintu bilik, terdapat beberapa buku berkenaan syaitan yang tersusun kemas di tepi dinding. Itu buku milik ayahnya sehinggalah...

  "Syaitan sebenarnya ada yang baik. Ada yang... ...mereka dimanipulasi oleh raja syaitan tu. Jadi ayah percaya mereka pun boleh jadi manusia kembali."

   Baik? Huh... kalau baik kenapa makhluk yang sama juga yang membunuh beliau? Dia mencabut haori dari baju lalu mencampakkannya menutup buku-buku itu. Merah mukanya menahan marah. "Tiada syaitan yang baik dekat dunia ni."

  "Saya bawa Duri sebab saya nak tukarkan Duri jadi manusia. Duri tak pernah langsung makan manusia! Percayalah!" Suara itu terhenti saat Tarung memegang telinganya. Kepalanya menebar pandang merata arah. Aneh. "Suara siapa tu?"

  "Fuh..."

  Remaja perempuan itu merapatkan diri ke dinding. Sempat dia mengintai semula Tarung selang beberapa rumah kayu darinya. "Nasib dia tak perasan." Perhatiannya dialihkan pada pemutar skru dalam genggaman. "Aku kena pergi cari teras hati tu cepat."

  Sementara itu, Tarung telah menurunkan tangan. Mungkin mainan perasaan, fikirnya. Dia mengalih ke depan dan mendapati Mak Nah menghampirinya dengan sedulang nasi. "Eh, Mak Nah. Kenapa susah-susah? Saya kan nak ambil dekat dapur nanti."

  "Kita sahaja bawa dekat sini, takut nasi sejuk-sejuk pula dimakan puan besar nanti." Mak Nah menguntum senyum. Dulang bertukar tangan.

  Tarung berdiam lama. "Bagaimana dengan ibu saya?"

  "Puan... puan besar masih tidak bercakap lagi dengan kita. Mungkin beliau masih terkesan dengan pemergiannya tuan Tengkar. Tapi kita yakin puan besar akan kembali pada sediakala nanti," kata Mak Nah dengan bersungguh-sungguh. Siap hayun tangan ke atas dan ke bawah lagi!

  "Saya pun harap begitu." Tarung tersenyum lembut. Dia menghadap pintu kembali. "Baiklah, saya nak bagi ibu makan. Mak Nah bolehlah balik dulu."

  PAP!

  Remaja perempuan itu menepuk-nepuk dinding halimunan yang menyekat jalannya. Ia membentuk gelombang air yang merebak tiap kali disentuh. Remaja itu mengernyih sendiri. Inilah dia! Inilah dekat mana teras hati tu ada!

  Pemutar skru di tangannya dikeluarkan dan ia ditebuk pada dinding tersebut. Apabila ia dikoyakkan, kedengaran kertas dicarik memasuki gegendang telinga. Perlahan-lahan remaja itu membawa dirinya masuk ke dalam ruangan teras hati milik Tarung. Tika kepalanya diangkat, dia menangkap sebuah imej bebola cahaya terapung.

  "Lepas je aku hancurkan teras hati ni..." Langkahnya dipercepatkan. "Aku... aku akan dapat mimpi sendiri." Tangannya diangkat.

  "NGAAAAAAR!" Ngauman seekor binatang memeranjatkan remaja itu. Tiba-tiba, seekor harimau menerkam dan menekan tubuh gadis kecil itu sehingga pucat habis mukanya. Terkapai-kapai tangan itu memukul harimau yang dua kali ganda besar dari saiznya. "Macam... mana... ergh... ada harimau dekat sini?"

  "Erghhh.... arghhh..." Di alam realiti, remaja itu dicekik oleh Tarung dalam tidur. Berkerut-kerut Tarung sambil tangannya mengangkat gadis itu ke udara. Meskipun remaja perempuan itu telah sedar, apa yang dia mampu lakukan cuma mencakar tangan Tarung yang sedikit pun tidak terjejas.

  Di kala remaja perempuan itu mengalami seksaan, seekor makhluk comel memunculkan diri dari kotak yang menyorokkan dirinya. Duri memerhati keadaan sekeliling. Hrm... ada Tarung yang tengah cekik seorang remaja. Hrm... Fang yang tersengih-sengih dalam lenanya, bersebelahan tingkap yang pecah dan remaja asing. Hrm... lagi-lagi dengan kehilangan Gopal. Ya, lagi elok dia merangkak tidur balik.

  "Uh... huh..." Duri berhenti menunduk. Kepalanya terpasak menghala pada Gentar yang berkeluh-kesah seperti sedang mengalami mimpi buruk. Duri lekas menggerakkan riba Gentar.

  "Hmmmmm!" Dengungan berharakat Duri memanggil Gentar. Buluh di mulutnya dimuntahkan ke bawah. "Gentar! Ngunlah, Gentar!"

  "Huh... huh..." Duri mengemam bibir. Gentar tidak dapat dengar suara dia. Hidungnya kembang-kempis mengesan bau sesuatu. Ini macam ada bau syaitan sahaja! Duri automatik terkankang bersedia. "Ada musuh kat ni! Tah Gentar tak ngun sebab tu! Aku kena cari!"

  "Eh, Ochobot?" Duri terkebil-kebil melihat atas kotaknya kosong tanpa sangkar. Patutlah kotaknya terasa ringan dari biasa. Tatkala wajahnya ditoleh ke bahagian koridor, dia ternampak dua buah sangkar disandarkan pada dinding. Itu mesti Ochobot! Eh, siapa bawa Ochobot pergi jalan-jalan? Sudahlah tu! Bawa sekerat jalan sahaja!

  "Ochobot? Erghhh..." Hampir ke belakang Duri gara-gara memeluk sangkar yang lebih besar darinya. Dia menjatuhkan pandangannya pada Ochobot yang masih nyenyak diulit lena. "Ochobot, karang bukan tidur! Nguuuuuun!"

  Duri menggoyangkan tubuhnya ke kiri dan ke kanan, mengharapkan gegaran  yang dibuatnya mampu menyedarkan Ochobot. Malangnya, si kucing bertuah itu bagaikan didodoi Duri sehingga memberikan kesempatan dia bertukar posisi. Pantas Duri mengembungkan pipinya, terasa hati. Dia mengubah haluannya menuju tempat Gentar semula sambil menghentak-hentakkan kaki tanda protes. Protes pada siapa pun tidak tahu.

  "Mungkin kat dengan Gentar, boleh buat dia ngun. Iyalah... Gentar tak mandi hari ni." Duri... jika Gopal mendengar khabar itu, nescaya dia akan menjarakkan dirinya dengan Gentar sejauh matahari dan bumi. Duri menolak sangkar Ochobot dan berpaling ke arah Gentar yang kini berpeluh lebat. "Uh... huh..."

  Gentar dalam bahaya ke? Mata Duri terbeliak luas. Ke seni musuh ni buatkan Gentar alami mimpi ngeri? Segera dia naik ke tubuh Gentar dan menggoncangkan bahu remaja itu. Permandangannya kabur. "Gentar, ngunlah! Jangan cam ni!"

  "Gentar!"

  "GENTAR!"

  "Ah!" Gentar terbaling pinggan bersisa sabun secara panik. Pinggan itu hinggap ke muka Qually. Cepat-cepat pekerja itu menangkap pinggan itu dari terjatuh. "Kau ni, janganlah asyik baling pinggan kalau tersentak!"

  "Janganlah jerit dekat aku! Nasib baling pinggan. Kalau aku ada sakit jantung, haih... siapalah boleh jaga kucing-kucing bos dan korang nanti?" Gentar mengelap mata tanpa sedar tangannya sendiri bersabun. Serta-merta matanya diserang rasa pedih. Terjerit-jerit dia mendapatkan air singki dan mencuci matanya.

  "Kita orang boleh jaga diri sendirilah," balas Adudu yang sedang menyusun gelas di atas rak. Lengan baju yang berlipat ditolak naik ke siku. Dia memandang ke arah Gentar. "Dan Qually dah panggil kau banyak kali dah. Kau je yang tak dengar."

  Gentar menyambut pinggan dari Qually. "Heh... tu bermaksud kau kena panggil aku ketu..."

  "Tidak usahlah." Qually mendalih.

  "Tidak perlulah merendah diri..."

  "Kau yang terlebih bangga diri."

  Gentar meneruskan kerjanya pada periuk dan pinggan yang masih tersisa. Tangannya tanpa sengaja mencengkam span berjaring itu terlalu kuat. Perasaan ini... mengapa dia seperti rasa benda ini lagi. Lebih-lebih lagi di rumah anak yatim beberapa puluh tahun lepas.

  Beberapa puluh tahun lepas...

  Betul ke puluh tahun? Atau mungkin lima puluh... dua tahun... sembilan puluh... dia...

  ...t a k

  ...i       n      g      a      t

   "Kau termenungkan apa, Gentar?" Pertanyaan mengejut Qually membuatkan Gentar terjatuhkan pinggan dan span ke dalam singki. Pantas Gentar mengutip semula. Fuh, mujur tak pecah!

  Gentar tersenyum pahit. "Oh, tak adalah. Aku nak rasakan kekuatan aku dekat span ni!" Span itu dipicit-picit.

  "Cepatlah basuh pinggan, Gentar. Ada pelanggan ni!" Qually menjuih bibir pada beberapa pelanggan yang baru masuk. Gentar membangga diri. "Tak apa, kau sambung masak. Serahkan segala hal mencuci pada aku!"

  Tingkap yang terbuka mendedahkan dua kembar yang melintas. Pada ketika Hupin terlebih mara ke hadapan, kembarnya lagi sepasang sibuk memerhati Gentar dari beranda tingkap. Entah mengapa melihat Gentar bersusah-payah, mindanya menerawang pada figura kakaknya yang lelah bekerja.

  "Tunggu apa lagi, jomlah cari Hipin."

  Beberapa jam kemudian, jam dinding akhirnya memaparkan waktu tamat mereka bekerja. Tinggal menunggu seorang pelanggan menghabiskan sisanya, barulah mereka bertiga boleh menyudahi kerja mereka secara rasmi. Termasuklah kerja membersihkan kedai.

  "Oi, Gentar! Kau pasti ke nak balik dulu? Dah tengah malam dah ni. Kita bermalam jelah dekat kedai ni." Qually memberikan mimik muka risau.

  "Tak apalah. Aku risau pula kucing-kucing dekat rumah bos kita kelaparan pula. Lagi-lagi bos tengah pergi bercuti sekarang ni." Gentar menayang sisa ikan di dalam bekas ke arah Qually.

  "Jangan!"

  Gentar menoleh pada Adudu.

  "Kau ingat kedai ni cukup ke kalau kita orang bersihkan dua orang? Kau jangan nak mengelat." Adudu menuding menggunakan batang penyapu.

   Eh, kenapa lain?

  "Tapi Ochobot dan Duri..."  Gentar berhenti sejenak.

  "Siapa Duri?" Qually menjongketkan kening.

  Gentar melindungi sebelah matanya. Iya tidak iya. Mengapa dengan dia hari ini? Apa yang lain? Sememangnya mereka patut bersihkan kedai sebenarnya... baru boleh dia balik. Tetapi syaitan... ah, apa benda dia merepek pula ini? Apa benda... apa benda yang aku cuba cakap ni? Aku cuba mengetuk-ngetuk kepalaku sendiri. Bisinglah... bising-

  "Gentar, kau okey?" Adudu memegang tangannya. Wajahnya yang tegas tadi berubah runsing. Tangannya dijatuhkan. "Haish... kalau tak sihat, cakap jelah. Kau boleh je duduk dekat kerusi sambil kita orang buat kerja."

   "Tak apa, aku boleh buat ni. Takkanlah bagi anak buah aku buat kerja seorang-seorang!" Gentar memusingkan bahunya, bersiap-sedia untuk melakukan kerja.

  Itonasi Qually mengendur. "Kalau kau tak larat..."

  "JOM KITA MENGEMAS SEKARANG!" Gentar telah berlari ke dalam bilik stor. Qually dan Adudu memandang sesama sendiri dan mengeluh. Jika dipaksa, bukan Gentar dengar. Selepas ini mereka perlu memaksa Gentar memakan ubat kalau dia benar-benar sakit.

   Aku kena balik.

  Kain buruk itu diperah sekuat hati.

  Aku kena balik.

  Tangannya mengelap meja. Bahagian kuah merah yang tertumpah digeserkan berkali-kali.

  Aku kena balik. Aku kena balik. Aku kena balik. Aku kena balik. Aku kena balik. Aku kena balik. Aku kena balik. Aku kena balik. Aku kena balik. Aku kena balik. Aku kena balik. Aku kena balik. Aku kena balik. Aku kena balik. Aku kena balik. Aku kena balik. Aku kena balik. Aku kena balik. Aku kena balik. Aku kena balik. Aku kena balik. Aku kena balik. Aku kena balik. Aku kena bali...

  "Aku balik dulu!" Gentar tergesa-gesa melambai pada dua kawannya.

  "Hei, Gentar! Tunggulah kami kunci du... daaaaaan dia sudah pergi."

   Termengah-mengah Gentar bernafas seraya kakinya diorakkan ke hadapan. Beberapa kali dia tersandung disebabkan bergerak terlalu pantas. Akan tetapi, dia tidak mampu mengendahkan firasat buruknya seperti menghalau lalat dari hidung. Ia... terlalu kacau untuk dihiraukan. Dia menyelekoh ke kanan, di mana rumah bosnya berada.

  "Huh... huh..." Lutut Gentar terketar-ketar bagaikan ia tidak mampu berdiri sendiri. Gentar cuba memaksa dirinya memberikan selangkah ke depan. Dia cuba memaksa senyum ke telinga. "Hahaha... kenapa kucing-kucing tu tak berbunyi?"

  Tangannya terlalu menggeletar untuk membuka kunci. Setiap kali dia mahu memasukkan kunci, kunci itu pasti akan jatuh ke tanah. Tiada pilihan, Gentar laju memanjat pagar rumah. "Ochobot! Probe!" Dari berjalan terus berubah kepada larian.

   Gentar mendekati pagar dawai yang terbuka.

   "..."

   Bau hanyir menikam dan menusuk hidungnya. Hamparan bangkai ayam dan kucing dipersembahkan pada Gentar.

  M e r e k a   s e m u a...

   Gentar menyerupai orang hilang akal, mengamati satu demi satu bangkai yang dijumpainya. Semua bangkai yang diamatinya mengalami luka yang sama, mereka dimakan. Mereka dimakan oleh siapa?

  Syaitan.

  "Ocho..." Gentar menggigit lidah sendiri. Perut Ochobot dilapah seseorang membuatkan dia rasa mual. Kakinya mula hilang kekuatan bagi menampung tubuh. Bangkai Ochobot perlahan-lahan menjadi kabur di matanya. "Ochobot, aku minta maaf. Ochobot. Semua salah aku, kalau... kalau aku sampai lagi awal. Mesti semua ni tak jadi. Maafkan aku, maafkan aku, Ochobot."

  Kepalanya terasa ringan. "Dia orang mati... sebab aku... sebab aku tak guna..."

   Badannya terkaku saat mengenali beberapa bahagian tubuh yang terbelah jauh darinya. Jantungnya berdegup kencang.

  D u r i.

  Badannya hampir terjatuh apabila dia berdiri.

  M a c a m   m a n a   d i a   b o l e h  t e r l u p a ?

  Kakinya diseretkan. Mayat Duri didatangi penuh lemah.

  D u r i...

  Dia memeriksa nadi Duri. Duri tidak bernafas.

  Tekaknya ingin melontarkan suara, namun dia seperti kehilangan mulut untuk melakukannya.

  Ini semua salah aku...

  Baik kalau aku tak a...

  "GENTAR, SEDARLAH!" Gentar membuntangkan matanya. Dia lambat-lambat berpaling ke belakang.

  "Ocho... bot?"

  Ochobot teriak. "Kau tengah mimpi sekarang! Ingat tak? Kita dekat atas feri sekarang."

  Gentar menyeluk keluar poketnya. Tiket yang bercampur tulisan cakar ayam Gentar disambut oleh si petugas.

  "Kau tengah mimpi ngeri. Aku terbangun masa syaitan kat rumah boss kita keluar dari sini. Masa tu aku tengah sorokkan diri. Lepas tu, terjumpa dengan kau. Walaupun... tengok diri sendiri mati buatkan aku rasa nak muntah. Aku rasa kita berdua ada sebab ada syaitan perangkap kita dalam mimpi, dan kita kena cari  keluar dari sini!" Ochobot menjelaskan panjang lebar. Tapi...

   "Gentar... kau okey?"

  Gentar mengusap air mata yang tidak berhenti berlinangan. Sebanyak mana pun diusap, ia tetap tumpah bagaikan empangan bocor. "Boleh aku peluk kau, Ochobot?"

  Ochobot tidak banyak soal, berjalan mengarah Gentar. Dia membiarkan Gentar mendakapnya sehingga bulu di belakang dibasahi air mata si tuan. Suasana di antara begitu senyap, namun ia cukup untuk menenangkan Gentar.

  "Macam mana dengan Duri?" Gentar mengesat pipinya, juga bulu-bulu yang ada pada riba.

  "Duri? Aku rasa dia okey sebab aku tak bau lagi darah dia." Ochobot yakin akan maklumatnya.

  "Terbaiklah. Kita kena cari jalan keluar je buat masa ni!" Gentar kembali pada dirinya yang asal. Dia mengusap dagunya. "Hrm... tapi macam mana?"

  "Ada benda dalam poket kita."

  Huh? Suara itu lagi. Tangannya ragu-ragu menyeluk poket, mengeluarkan sebilah keris ke wajahnya.

  "Untuk bawa kita dan Ochobot keluar dari sini... Gentar, ada sesuatu yang kita perlu potong."

  Sesuatu yang perlu dipotong?

  "Hrm, kenapa aku bau daun yang terbakar... kejap Gentar! Itu... itu keris dekat tangan kau!" Mata Ochobot bersinar terang.

  Takkanlah... untuk keluar dari mimpi dia dengan cara... Gentar meletakkan bilah keris pada lehernya.

  "Gentar." Nada Ochobot melemah.

  "BISMILLAH!" Bilahnya digerakkan.

  "GENTAR!"

   SLASH!





















SEMENTARA ITU, MIMPI OCHOBOT...

Ochobot : Wah, ikan! Banyaknya ikan! *tengok hujan ikan yang menimpa ke atas*

Ochobot : Tak cukup ni makan seorang. Aku boleh kongsi dengan Genta-

*Mimpi tiba-tiba berubah lokasi ke kawasan rumah*

Syaitan : Hehehehe makanan percuma~

Ochobot: ...

Ochobot: Itu syaitan beberapa bulan lepas, kan? *Mula berpeluh*

 



 

 




💥💥💥

Urm *tengok pengikut akaun* Hrm. 1 ribu. Ala macamlah pembaca Elemental Slayer... hrm lebih dari 1 ribu. Nanti-nantilah fikir macam mana nak sambut ( Macam Pok Ro lupa bila nak unboxing 1 million sub)

DAN YAAAAAH entah kenapa puas lepas tulis bab ni. Mungkin hutang tak update sebelum ini terlangsai dengan 3000 patah lebih atau sebab dapat seksa Gen... UHUK UHUK. SIAPA YANG BERCAKAP TU? ...tar. SUARA DIA MAKIN KUAT AH.

Dan esok Gentar episod akhir! Dia... macam tak terasa sangat. Adalah sikit. Tapi fikirkan yang kita akan hadap Gentar di bab akan datang buatkan macam. Naaaaaaah.

Okeylah jumpa kau orang di bab depan RAAAAH

( Yah dan fakta menarik. Orang kelantan tak panggil pokok kelapa pokok kepa AH KELAPA.  Tapi panggil ia pokok nyiur/nyor. Hrm... adakah ini maknanya Laksamana Tarung Kelantan. Sebab dia red fla

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top