| 41 |

ELEMENTAL SLAYER
-------------------------
"Apa punca korang hilang ingatan sebenarnya?"
.
.
.

KAPAS yang melekat pada hidungnya diusik. Terpejam mata Gentar menahan perit saat menyedut hingus sendiri. Sekurangnya tak adalah berdarah hidung macam tengah hari tadi. Hei, manalah dia nak tahu Yaya itu boleh baling pintu pada dia?

Pulang ke bilik sahaja terus sahaja dirawat Fang dan Gopal. Tidak sangka pula Yaya akan berikan herba dan kapas secara percuma. Mungkin rasa kesian melihat Gentar yang tergetar-getar kaki menahan sakit. Itu pun degil mahu berlawan lagi!

"Erm... kenapa kita kat luar rumah ni?" Gopal bersama bantal peluknya berdiri pasrah. Tidak fasal-fasal lenanya diganggu gara-gara Gentar mengheret mereka turun ke halaman rumah. Dia memandang ke arah Fang yang masih berdiri tanpa kantuk... hrm dia orang ini sudahlah sama-sama gila.

"Ha, inilah aku nak tunjuk!" Gentar mendepakan tangannya pada kanak-kanak sebelahnya. "Duri, ada kuasaaaa. Dia dapat masa kita orang lawan dengan syaitan Bulan Bintang hari tu."

"Ish, ish, ish..." Gopal menggeleng-geleng. "Adik berguna. Abang? Hampa."

"Eh! Elok sikit, en? Aku pun ada kuasa juga, ya!" Gentar menggepal penumbuknya. Bahkan Gopal langsung endah! "Kuasa apa? Tahan pintu guna batang hidung?"

"Ish, kau ni!" Gentar mara ke hadapan serta-merta diberhentikan oleh bayang-bayang Fang. Fang menegah. " Dah, dah, dah... malam-malam ni."

"Lagi satu, bukan syaitan Bulan Bintang, tapi syaitan Bintang Bawah." Bayang-bayang Fang lenyap melihat Gentar sudah ke belakang. Perlahan-lahan wajahnya dialihkan pada Duri di sebelah Gentar. Atas bawah dipandang tubuh kecil itu. "Dia ada kuasa apa je?"

"Duri, cuba tunjuk." Gentar bercekak pinggang, menunggu demonstrasi daripada Duri. Duri mengangguk laju lantas segera mendepakan tangannya ke depan. Matanya fokus memandang ke hamparan rumput di tanah sehingga berpeluh wajahnya. Habis kedut muka namun masih tiada apa-apa melainkan bunyi cengkerik sahaja!

"Hmmm... memang betullah dia orang ni adik beradik," ejek Gopal.

Fang mendengus keras. "Memanglah tak ada apa-apa. Sebab kuasa syaitan berbeza dengan manusia."

"Berbeza macam mana?" Gentar tergaru kepala.

"Kalau manusia bergantung dekat power sphera atau pedang, syaitan pula bergantung kat darah mereka. Segala teknik kuasa yang kau tengok dari syaitan... semua tu datang daripada darah." terang Fang, panjang lebar. Disebabkan kucing-kucing yang lain terlena di atas, tidak fasal-fasal dia yang jadi tukang penerang!

"Macam mana kalau syaitan tu ada anemia?"

"TU DAH MASUK TOPIK LAIN DAH!"

Duri memandang telapak tangan sendiri. Kukunya yang tajam dibenamkan ke dalam, mengalirkan cecair merah yang merebak ke seluruh tangannya. Tanpa sedar, sebuah pokok berduri mula tumbuh daripada tiap titisan darahnya. Tangannya dipegang. "DURI!"

"Kenapa... kenapa kau cederakan di..." Mulut Gentar terkunci. Matanya terpasak pada pucuk yang memanjang dari titisan cecair merah berbau tembaga dari hujung jari Duri. Kakinya longgar mendengar komen Fang. "Biasanya, syaitan yang makan manusia je yang ada kuasa... takkanlah adik kau..."

Gopal mencelah penuh berhati-hati. "Duri... pernah makan syaitan lain ke Gentar?"

Mata Gentar membulat besar seraya kepalanya dipalingkan perlahan-lahan ke arah Gopal. Meskipun begitu, wajah yang dipasang Gopal tidaklah pucat ketakutan justeru meminta kejujuran daripadanya. Begitu juga Fang. Nafasnya mencengkam dada, tetapi... mereka juga orang sama yang berada di pihaknya

Lambat-lambat memorinya disusun dalam bicara.

Tiba di bahagian perjumpaan para keris Tasari, Fang menghentikan cerita Gentar sejenak. Dari raut muka pun sudah tahu yang Gentar mahu menghabiskan sisa makian terhadap Tarung. Tangan Fang naik mengurut dahi. "Maksudnya..."

"Ah... banyak sangat aku nak proses." Suara Gopal benar-benar kedengaran mual-mual. Hairan benar dia tidak tertidur semasa mendengar!

Fang menyambung. "Jadi, maknanya... hutan wisteria dekat rumah singgah kau pernah kena ceroboh?" Suaranya diperlahankan. "Padanlah masa tu para keris Tasari kecoh... sampai Maskmana dengan Kapten pun kena turun tangan."

Telapak kulit Duri berlumba-lumba menutup luka yang terdedah. Sekelip mata, kulit Duri bersih tanpa sebarang kesan benaman kuku. Wajah Duri didongakkan memandang Gentar yang termenung jauh. "Maaf, Gentar."

Gentar terkedu. Rambut Duri yang berselerak digosoknya bersama sengihan. "Tak apalah. Bukan salah kau pun."

Jadi maknanya... syaitan-syaitan yang dia kalahkan sebelum ini pun gunakan cara yang sama? Cederakan diri mereka semata mahu gunakan lembayung tembaga ini sebagai sumber kuasa? Mereka... tak sakit ke?

Gopal berteriak. "Tapi... memang korang adik beradiklah. Muka pun sama! Mungkin betullah korang pernah hilang ingatan, lepas tu terpisah masa kecil dan terjumpa balik."

"Apa punca korang hilang ingatan sebenarnya?" Fang menambah dengan soalan.

"Kenapa ni, BoBoiBoy? Takut ke? Hehehe, kamu sama macam adik-adik kamu." Bayangan memori yang tersemat di dalam kepala samar-samar mengulang dirinya bagaikan kaset rosak. Tika lukisan ingatannya semakin jelas, yang mampu digambarkan pada Gentar cumalah halaman rumah yang dipenuhi kanak-kanak bermain bersama lelakinya.

"Rambut putih..." Duri melenggak pada Gentar.

Entah mengapa, sosok yang mencekiknya menerpa fikirannya. Automatik kelopak matanya dibuka luas.

"Gentar?" panggil Duri dan Fang, serentak.

"Aku rasa... Retak'ka yang tukarkan Duri jadi syaitan. Dan bunuh keluarga aku."

Prak!

Bunyi ranting kayu direntap mengalihkan perhatian mereka. Dari jauh kelihatan Ying berjalan menghampiri telaga yang berdekatan rumah seberang. Gentar terus sibuk menyelak kain orang, mendekati Ying dan bersembunyi di sebalik semak.

Tercengang Fang dibuatnya. "Hei, apa maksud kau yang Retak'ka..." Mukanya menayang riak menyampah melihat Gopal dan Duri turut mengekori Gentar. "Haih... suka hatilah. Aku masuk tidur dulu."

Ketiga-tiga mereka menyelubungkan diri mereka di dalam semak-samun. Entah mengapa tiba-tiba jadi pengintai orang minum air telaga. Tetapi siapa yang minum air telaga dinihari? "Siapa je minum air telaga pagi-pagi buta?" Eh, sibuklah Gentar ulang balik!

Gentar mengecilkan matanya. Baru dia sedar terdapat plaster pada pipi Ying. "Rasanya tak pernah nampak pula luka tu."

"Aku fikir mungkin sebab tu kot Yaya baling pintu kat kau, Gentar." Gopal membuat spekulasi sendiri.

"Eh, kenapa pula?" bidas Gentar.

"Kau kan pukul tin terkena Ying tadi." Gopal mengingatkan Gentar berkenaan penggunaan batang kayunya dalam latihan ketiga mereka. Remaja itu menarik muka tidak puas hati.

"Dah dia baling dekat aku! Dia baru kena tin, aku kena pintu kot!" Duri di tengah-tengah mempampangkan air muka takut-takut. Ditarik-tarik baju kedua-dua manusia itu malahan makin sedap pula dia dihiraukan!

"Hrm..." Gentar mengetepikan tangan Duri yang disangkakan dedaun kayu. "Tapi dia orang tak nampak macam rapat pun."

"Siapa yang tak rapat dengan siapa?"

Masing-masing berat kepala mahu menoleh ke belakang. Sudahnya mereka berdua berpaling serentak . Gopal terlebih dahulu jatuh ke belakang. "Eeek! Yaya!"

DUK!

"Aku... aku dah tak boleh buat dah benda ni." Gopal sudah baring tertiarap di atas lantai sementara Gentar masih turun naik lututnya melakukan ketuk ketampi. Sungguh bersemangat hinggakan boleh dengar bunyi 'huhah'nya. Lain dari Gopal yang berkeluh kesah mengesot menuju ke kaki katil.

"Berapa lama korang kena buat benda ni?" Fang menahan tawa melihat Gopal yang kelelahan. Tindakan itu pantas dijeling Gopal. Seronoklah dia duduk baring baca buku bila dia dengan Gentar buat denda sebegini rupa. Kecuali Gentar yang terlebih cergas.

Gopal membaringkan kepalanya ke katil. "Penatlah. Dah dua hari kot buat ni. Siapa je boleh ketuk ketampi dua jam terus..."

"Sapa suruh korang pergi ikut Ying hari tu?" Kertas halaman diselak Fang. Reaksi rakannya yang berbeza dipandang daripada celah buku. "Kalau nak... berhenti jelah. Bukan Yaya ada dekat sini kot."

Gopal mara meletakkan jarinya ke bibir Fang. "Dey, shhhh! Jangan disebut! Yaya tu kalau kita orang berhenti buat, laju je dia datang macam harimau! Eeeek! Tu Yaya!" Gopal menarik bahu Fang sebagai pelindung. Bunyi tapak kaki bergema semakin dekat menampakkan kucing coklat melalui depan pintu bilik mereka dengan penuh senggang.

"Haih... kenapalah aku yang terjebak sekali dengan kau orang?" Fang mengalih tangan Gopal dari bahunya. Buku yang jatuh di tepi katil dikutip sekali dengan penanda buku. Satu demi satu halaman yang dibacanya dicari. Haish... Gopallah ni!

"Lagi satu, kau yang intai Ying dulu. Dan kenapa Duri tak kena sekali dengan kita?" Gopal memindahkan kesalahan kepada Gentar.

Gentar duduk mencangkung. "Kau ni... dia kan budak lagi!"

Fokus Fang pada bait-bait huruf jawi itu musnah akibat telagah dua sahabat itu. Hendak ditegah, nanti silap hari bulan dia juga yang tumpang gila bersama mereka. Matanya terkalih pada raut Gentar yang berurat marah. Rasanya Gentar pun sudah terlupa berkenaan topik perbualan mereka beberapa hari lepas.

Fang menghembus nafas perlahan. 'Tak apalah. Nanti Gentar ingatlah tu.' Dan Gentar lupa untuk beberapa minggu kemudian.

"Assalamualaikum, Gentar. Ini ada surat untuk kau." Petugas bernama Amardeep memberikan salam tanda hormat di hadapan koridor bilik. Tidak tahulah sama ada tanda hormat atau langkah berjaga-jaga. Lebih-lebih lagi melihat beberapa remaja merawat luka masing-masing ditemani kucing-kucing yang bercakap.

"Assalamualaikum..."

"Itu surat untuk Gentar ke?" Kepala Amardeep terteleng ke kiri dan ke kanan menyelidik punca suara. Pandangannya jatuh pada kucing berbulu oren mendongak ke arahnya. Lupa pula akan kewujudan makhluk kecil ini.

Dia duduk melutut. "Nah." Surat yang disuakan itu disambut dengan mulut Ochobot. Sempat Amardeep melambai kecil pada kucing itu sebelum membawa diri menerusi koridor. Raut wajah kucing itu berubah menyampah saat berpaling ke arah ketiga-tiga remaja itu. Rancak sangat berbual sampai tak sedar langsung ada orang yang bertandang!

"Jadi maksud kau... kalau ikutkan, kita boleh keluar. Tapi sebab kita tak lulus latihan ni, kita masih kena duduk sini?" Gopal mengulang balik keterangan Fang tadi.

Gentar menepis hidungnya. "Heh, aku rasa kau orang ada masalah skill dalamanlah. Kalau aku, pejam sebelah mata dah siap dah latihan ni."

"Cakap besar." Fang memutarkan bebola matanya. Jarinya dituding ke arah Gentar. "Kau sendiri tak dapat elak masa latihan keempat tu."

"Gentar, surat kau dah sampai..."

"Surat dari Tok Sah!" Tergopoh-gapah Gentar menghampiri Ochobot yang berada bersebelahan Ekul. Nyaris sahaja mahu tersandung kaki sendiri! Sepucuk surat itu diambil dari mulut Ochobot. "Terima kasih Ochobot."

"Surat daripada atuk kau ke?" soal Ekul.

"Tak adalah. Ni surat dari tok guru aku. Tok Sah." Gentar sudah berlabuh di katil. Hujung kertas yang dilipat kemas dikoyakkan berserta setem yang dilekatkan pada bahagian depan kertas. Ochobot laju naik memanjat katil sedang Gentar sudah mengeluarkan isi surat tersebut.

"Laju atuuuk... guru kau balas. Bukan kau baru hantar semalam kan?" Gopal menggaru kepala sendiri.

"Heh, Tok Sah aku kot. Mestilah pantas." Huh... apa kena mengena?

Ke hadapan Gentar, Duri dan Ochobot...

Terima kasih tanya khabar Tok. Tok sihat sahaja di kampung kecil ini. RamenMan pula jarang ada di rumah. Dia sibuk dengan misi tu. Tok rasa dia rindu kamu itu. Kalau tidak biasanya kalau tak ada misi, ada je melekat dengan mee segera dia dekat rumah. Tok tak adalah sunyi sangat sebab ada Bolabot datang melawat tok.

Tahniah sebab dapat tewaskan syaitan Bintang Bawah. Syukurlah kamu bertiga selamat. Nampaknya kamu juga dah buat kawan baharu, ya?

Berkenaan kuasa kamu, mungkin kamu boleh tanya ahli-ahli perawat di istana sebab ini bukan bidang tok mana. Tok lebih pada melatih silat kepada yang tidak mempunyai kuasa. Mungkin mereka ada jawapan untuk kamu, Gentar. Dan buat Duri, atuk nasihatkan gunakan darah sekurang yang boleh kerana khawatir boleh buat Duri kehilangan banyak tenaga masa berlawan.

"Ktang! Dang! Ktang!" Pedang kayu itu berlaga sesama-sendiri. Hampir lenguh tangan Gentar menghalang hayunan demi hayunan datang daripada Ying. Gerakan tangan Ying terlalu pantas sehingga ia terasa dia berlawan dengan angin yang deras.

Melihat ruang tengah yang dibuka Gentar, Ying mengambil peluang melibas pedangnya pada dada Gentar sebaliknya Gentar terlebih dahulu membelakangkan diri. Cepat-cepat Gentar beralih ke tepi dan memukul bahu Ying. Ktang! Pedang kayu Ying terlepas ke belakang.

"WOAH! Hebatlah Gentar!" Gopal dan Ochobot bersorak dari sisi dinding. Namun, air muka Gopal automatik berubah. Alamak, Gentar tidak boleh dipuji lebih-lebih sangat...

"Heh, ini Gentarlah!" Derus angin ditangkap oleh Gentar. Baru sahaja dia ingin kembali ke posisi asal, tetapi tindak balasnya seperti diperangkap oleh gerak masa yang perlahan. Sedar-sedar sahaja, bahunya ditetak belakang pedang Ying. Serta-merta kelajuannya berubah normal membuatkan dia terjatuh mencium lantai.

"Hrm... hebat sangat." Gopal menayang muka bosan melihat Gentar rebah akibat 'hilang perhatian'.

"Adududu..." Gentar menongkat lutut. Bahunya terasa senggal dipusingkan seraya dia membangkitkan diri. Pada hujung lirik mata, dia memerhati Ying memanggil Gopal bagi meneruskan latihan pedang. Dia percaya memang reaksi dia tidak tertangguh tadi! Ada sesuatu yang tidak kena!

Ruangan latihan yang mendung mula disimbahi cahaya matahari yang mula membumbungi langit. Maka latihan seterusnya bermula dengan batu seremban. Disebabkan Gentar masih lagi terkial-kial dengan batu seremban, Gopal dan Fang mendahuluinya menarik upih di luar halaman rumah ditemani Yaya. Tidak boleh salahkan Gentar juga, dia mana pernah duduk bersimpuh bermain di anak tangga. Ini pun hasil dua sahabat itu mengajarnya tidak putus-putus!

"Hup!" Gentar melambungkan satu batu ke atas sementara satu lagi batu ibu masih ada di tangannya. Satu batu berhampiran laju dikutip dan diganti dengan buah ibu sambil matanya mengfokuskan pada batu yang terapung di udara. Batu itu mendarat selamat pada telapak tangannya.

Gerakan itu diulang oleh Gentar sehinggalah semua buah ibu ditukar dengan buah yang lain. Sesekali, pandangannya terlekat pada dahi Ying yang berkerut-kerut. Setiap langkahnya disertakan kesilapan aneh yang gadis itu tidak pernah lakukan. Malahan, Gentar sudah maju dua peringkat berbanding Ying yang berada dalam keadaan teragak-agak.

Batu seremban diselerakkan Gentar.

"Zup!" Ochobot sebagai penonton dari jauh melihat dua batu seremban dibaling ke udara oleh Gentar. Mata Ochobot terkelip-kelip mendapati batu seremban itu terlalu lama terapung di udara. Fokusnya turun pada Gentar dan Ying yang menyarungkan wajah yang berlainan. Berbeza dengan persekitarannya, pergerakkan Ying begitu cepat. Bahu Ying terhenjut-henjut seiring nafasnya yang tidak teratur. Ying tertunduk mencengkam dadanya, seolah-olah mencari nafas.

"Ying!" Suara Yaya menerpa masuk ke ruangan latihan. Batu seremban yang di udara tadi terlepas ke lantai. Batu-batu di tangan Gentar turut bergerak melepasi celah-celah jari Gentar yang longgar. Gentar memandang Yaya menggosok-gosok belakang sahabatnya, menenangkan Ying yang berpeluh lebat.

Apa yang terjadi sebenarnya?

Untuk latihan kamu, tok ada beberapa nasihat.

Kelelahan jelas terpancar pada wajah masing-masing. Mana tidaknya, sudah dua tiga hari ,mereka bertungkus lumus menerusi pelbagai latihan. Walau bagaimanapun, mereka bertiga tetap tersekat pada latihan keempat di mana memerlukan Yaya dan Ying 'dimatikan' dengan pedang, dalam huru-hara barang dilempar satu demi satu ke arah mereka! Eh, lebih baik main bola beracun kalau begini!

Gentar menyandarkan badannya ke dinding. Wajah panik Ying menjengah mindanya. Kenapa Ying lagi kekal melatih mereka setelah... apa yang terjadi beberapa hari lepas? Ochobot mengerling ke arah Gentar yang membisu dari tadi. Kepalanya dialihkan pada Fang. "Tapi kenapa bila Gentar lawan dengan Ying, nampak macam sekeliling dia perlahan?"

Wajah Gentar terangkat.

"Oh, itu sebab Ying ada kuasa memanipulasi masa," jawab Fang.

"Kau tahu?" Gentar memandang tidak percaya.

"Ish, kan nama power sphera dia pun Masa. Tak akan tiba-tiba dia nak ada kuasa memasak pula." Fang menambah. "Tapi aku tak pernah dengar Ying ada masalah gunakan kuasa dia. Cuma mungkin kau akan rasa sikit sikit masa kau lawan pedang dengan dia. Aku pun ada rasa macam tu kadang-kadang."

"Eh, aku tak rasa pun." Gopal membalas selamba sambil mengunyah roti.

"Hrm..." Gentar mengusap-usap dagunya yang tidak berjanggut. Tidak semena-mena, jarinya dipetik. "Ha, untuk latihan terakhir kita nanti, aku tahu macam mana nak kenakan balik dia orang nanti."

Tok cadangkan...

"Aku cadangkan kita semua kena kerjasama gunakan kuasa masing-masing."

"Kau ada kuasa ke?" Gopal memberikan reaksi spektikal.

"ADALAH!" Gentar menunjukkan buku limanya. Fang dan Ochobot saling berpandangan. Mula dah...

"Dah, dah!" Fang mencelah sebelum perang besar bermula. Arahnya teralih pada Gentar. "Apa cadangan kau, Gentar?"

Gentar berjalan dengan kelajuan normal. Langkahnya diikuti Ochobot melalui koridor rumah yang membawa mereka berdua ke ruangan latihan. Kini tibalah latihan keempat yang menggegarkan langit dan menggentarkan bumi. Tambahan pula dengan keberadaan perabot rosak di belakang Yaya dan Ying yang menanti terbang menghinggap mereka bertiga. Akan tetapi, kali ini ketiga-tiga pelatih ini lebih bersedia.

"Tangan bayang!" Beberapa tangan bayang memanjat antara satu sama lain menuju ke arah satu tempat. Kaki Ying diikat kemas oleh tangan bayang itu.

"Pertama, kita kena buat Ying hilang tumpuan. Dengan tu, dia tak boleh guna kuasa dia dekat kita tiga sekaligus!"

Ying menapak tangannya pada dinding, cuba mengimbangkan diri. Tumpuan Yaya menjadi kacau. Batang kerusi yang patah diapungkan lalu diterbangkan mendatangi Fang. Sekerdip mata, batang kerusi itu hinggap pada muka Fang namun sebagai kapas.

"Dan Gopal boleh guna kuasa dia untuk tukarkan semua barang-barang tu."

"Fuh..." Gopal meniup jarinya seperti baru sahaja menggunakan pistol. Tidak sempat dia membatu bersahaja, Yaya sudah melayangkan beberapa objek lain menghala dia dan Gentar. Kalut dia menembak barang-barang tersebut menjadi kapas-kapas yang berterbangan.

"Ah... aku tak nampak!" Fang melarikan kapas-kapas yang memenuhi mukanya. Dibuang satu, ditambah lagi lima oleh Yaya. Sepertinya Yaya menggunakan kelebihan Gopal untuk mengganggu konsentrasi Fang. Sedar-sedar sahaja, tangan-tangan bayang yang menggengam kaki Ying semakin longgar.

"Meow!" Kucing hitam keluar dari bayang-bayang Fang. Tangan-tangan bayang maju ke hadapan. Ying segera menghalakan tangannya ke hadapan, melewatkan kawalan kucing itu pada tangan-tangan bayang itu.

Bertukar pada posisi Yaya, Yaya tetap dalam tugasnya membaling sebanyak mana batang-batang kayu yang ada pada Gentar. (Baling pintu sudah dilarang keras oleh pihak atasan) Manakala tugas Gopal memudahkan halangan Gentar. Kapas-kapas jatuh dibawa kederasan Gentar berlari.

Jarak di antara Gentar dan Yaya semakin mengecil. Senyuman di muka Gentar ditarik besar. Pedang kayunya diangkat.

"Kuasa slow-mo!"

Yaya surut setapak ke belakang. Sempat dia menghembus nafas lega melihat Gentar bergerak di dalam ruang masa yang perlahan. Tiba-tiba, seekor kucing oren lompat memanjat ke mukanya membuatkan Yaya hilang kawalan. Meskipun begitu, Yaya yang baik hati tidak sampai hati mahu membuang kucing itu dari mukanya. Jadi belakang gadis itu terlanggar dinding dalam kecemasan.

"Yaya!" Tangan Ying langsung jatuh ke bawah. Kakinya diatur mendekati sahabat baiknya. Sepantas kilat, Gentar mara dulu dan memukul bahu Yaya dengan pedang. Berdecit-decit keluar bunyinya dari mulut Yaya. Gentar berpusing ke arah Ying.

Tubuh Ying mengeras. Entah mengapa di saat-saat ini, memorinya tersasar pada dirinya cuba menyilang pedangnya pada adik si Gentar. Bau embun di pokok masih segar mengelilinginya. Kedua-dua iris hijau di dalam ingatannya lantas berubah menjadi sepasang mata yang tidak bernyawa. Kepala kanak-kanak itu sudah terpisah dari tubuh asalnya. Leher itu memancutkan darah membentuk kumpulan darah gelap di bawahnya.

"Ying..." Gadis bertudung merah jambu itu meraung memanggil namanya. Kepala kanak-kanak yang sejuk itu dipeluk erat oleh gadis itu. "Kenapa... kenapa kau bunuh adik aku, Ying..."

Dia tidak boleh bernafas.

"Pap..." Bahunya ditepuk lembut, sekali gus menarik dia kembali ke realiti. Ying terpinga-pinga melihat pedang terletak elok di bahunya. Leretan senyum terlukis ibarat sinaran matahari di seluruh wajah Gentar. "Aku menang!"

"Woah! Kita menang!" Gentar terkinja-kinja melompat seperti beruk mendapat bunga. Ochobot pun dua kali lima, melonjat seperti kucing meme melompat di abad ke-21. Gentar dan Ochobot berlari menuju ke arah Fang dan Gopal. Ketiga-tiga mereka lompat sambil berpelukan. Amboi, masing-masing punya teruja macam baru lepas menang bola!

"Ying..." Niat Yaya yang ingin menegur terbantut. Perlahan-lahan dia tersenyum melihat segaris senyum pada wajah Ying.


















Gentar : *buka pintu* Huh... kenapa bilik ni berhabuk sangat. Uhuk uhuk uhuk! Uhuk uhuk! Uhuk!

Nooroo : Hoi... dah dahlah tu. Tahulah aku lama tak datang jenguk sin...

Gentar : Uhuk uhuk uhuk!

Nooroo : Malaslah.

Ochobot : Hari ini fakta berkenaan Yaya dan Ying.

Ochobot : Walaupun Yaya dan Ying jarang berbicara antara satu sama lain, dia orang tetap kisahkan sesama sendiri.

Gentar : Itulah. Hari tu pun entah macam mana Yaya ada sekali masa Ying pergi telaga. Padahal jarang nampak dia orang nampak makan dekat meja sesama.

Nooroo : Eh tak batuk dah kau?

Gentar : Uhuk uhuk uhuk





















⚡⚡⚡

"Gentar, sisi Gempa kau menonjol sangat." - Aku pada Gentar tadi.

Alang-alang Gentar nak keluar bulan ni, aku pun berniat nak sambung buku ni TvT. Lagipun banyak arc best best aku dah susun untuk Gentar ni. Sayang nak dibiarkan gituw je.

Boleh ni daripada aku duduk terbaring mindless scrolling, baik aku baca buku atau sambung Gentar dan Duri. Lagipun rindu dua ekor orang gila ni.

RAAAAH GENTAR. KUASA 😛 YANG ‼️ AKAN 💥 MENGGEGARKAN 🔥 LANGIT 🌌 DAN 😮 MENGENTARKAN BUMI 🌎FUSION 🧑🏼‍🤝‍🧑🏻 TERHEBAT💪🏻 GEMPA 💥 HALILINTAR ⚡ SAKSIKANLAH 😨 BOBOIBOY 😎 GENTAR 💪🏻💥‼️🔥

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top