| 38 |
ELEMENTAL SLAYER
-------------------------
"Apa punca korang hilang ingatan sebenarnya?"
.
.
.
DERUSAN angin membelai rumput-rumput menyedarkan Gopal dari lenanya. Perlahan-lahan dia mula menggerakkan tubuh dan terhenti apabila tanah lembut membasahi punggung. Kepalanya diangkat. "Aku dah berjay..."
"Pap! Pap! Pap!"
Terteleng ke kiri dan ke kanan wajah Gopal bila ditampar bertubi-tubi. Siapa sangka tangan sebulus Ekul mampu mewarnakan kesan merah pada pipinya!
"BANGUN GOPAL! BANGUNLAH!" Serak basah kucing itu memanggil sedang tangannya masih memukul Gopal.
"Dah! Dah! Berhenti! ARGHHH sakitlah!" Gopal menanduk Ekul hingga terpelanting kucing itu. Pada minit itu, baru Gopal tersedar badannya sudah dililit dengan balutan kain! "WARGH! AKU DAH JADI MAYAT KE? APPA!"
"Hoi, hoi, tenanglah!" Salah seorang remaja berseragam menenangkan Gopal yang sudah melompat-lompat. Serupa pocong dah nampak gayanya!
Gopal menyandarkan tubuhnya pada batang pokok. "Uh... apa..." Matanya melilau pada beberapa orang berseragam hitam berpusu-pusu mengangkut beberapa bawang separa manusia. Ada yang membawa beberapa perubatan menghampiri mangsa yang bernyawa-nyawa ikan.
Terkedu Gopal seketika. Mana bawang gergasi tu? Dia...
"Kau... kau tewaskan syaitan tu, Gopal! Lepas tu... lepas tu kau pengsan. Jadi saya pun hubungi Elemental Slayer untuk bantuan." Kata-kata Ekul disertai pensetujuan remaja berseragam tadi.
"Itulah! Para Keris Tasari, tuanku Kirana yang tolong kau sebenarnya." Gopal melihat ke bawah bilamana remaja itu menunding ke arahnya. "Disebabkan daya tahan kau lawan racun syaitan tu, kami boleh rawat mangsa yang lain."
"Uh... kenapa aku kena ikat?"
"Yang tu sebab... separuh tubuh kau dah jadi kulit bawang."
Oh...
HUH? JADI MACAM KULIT SYAITAN TADI?
"Dan lepas tu... tuanku Kirana pergi ke tempat lain." Penjelasan panjang lebar remaja itu diendahkan oleh kepanikan Gopal. Terketar-ketir Gopal bagaikan ulat bulu jatuh ke tanah. Ekul lekas mendekati Gopal.
"Gopal, kau okey? Maaflah saya tak dapat bantu sangat masa kau lawan tadi." Serentak Ekul menunduk, getaran parkinson Gopal langsung terhenti.
Gopal kemudian membongkok ke arah Ekul dan mengulas senyuman. "Kau tak tinggalkan aku rupanya... heheh."
"Gopal..." Mata kucing itu berkaca-kaca terharu. Namun, emosi itu terbantut apabila Gopal tidak semena-mena terbersin. Rasa risau menjengah melihat Gopal yang terjuntai hingusnya. "Kau sakit ke, Gopal?"
"Tak adalah." Gopal menarik hingusnya sebelum ia terjatuh kembali. Berkerut-kerut muka remaja berseragam itu memerhatikannya. "Aku rasa mungkin sebab bau bawang gergasi tadi kot. Hachuuum!"
Semua pergerakan di kawasan itu terjeda buat beberapa saat. Aduh.. hampir bergegar bumi terdengar bersinnya!
Gopal menyedut hingusnya. "Oh ya, mana si Gentar dengan Fang tu?"
"Perhatian! Perhatian! Hentikan serangan sekarang!" Sayup-sayup berkumandang suara kecil itu memberi arahan. Gopal dan Ekul sama-sama mendongak mencari punca suara itu.
"Bawa syaitan berambut putih sehelai bersama manusia bermata jingga, kucing orennya... ke tempat selamat!"
Ha, tu mesti dia orang!
Matanya menangkap sosok kecil bergegas menghampiri dirinya. Badannya digoncang-goncang menambahkan kekaburan permandangannya.
"Gen... Gentar... Gen... tar..."
Bayang kanak-kanak yang resah kelihatan di matanya. Du... Duri ke tu?
Dua orang dewasa tidak dikenali memerhati dari belakang menambahkan gerun yang memaksanya berdiri, melindungi Duri. Sayangnya, rasa sengat petir tadi mula menyambar batas pergerakannya.
"Gentar, ni Duri... sedar..."
"Gentar, sedar!"
"WOI, BANGUNLAH!"
Gentar bingkas bangun bersama nafas tercungap-cungap. Cahaya mentari menusuk-nusuk matanya mengecilkan keluasan matanya yang membeliak. Baru sahaja dia ingin menaikkan kepala, dagunya kembali terhentak pada lantai berpasir.
"ADUH! Apa?" Sekali lagi kepalanya terjatuh ke tanah. Satu jari telunjuk diletakkan betul-betul pada bibirnya. "Kau ni, diamlah!"
Gentar mendongak tidak puas hati pada remaja berseragam itu. Tag nama... Amardeep. "Napa pula aku nak diam? Aku pun ada hak kebebasan nak gerak sana sini. Kau yang langgar hak aku pergi ikat tiba-tiba."
"Kita depan Para Keris Tasarilah!" Amardeep menarik kasar rambut Gentar, mengarahkan permandangan remaja itu pada lima figura berbeza yang memandang terus ke arahnya. Salah seorang daripada mereka merupakan wanita berambut merah yang bermain kejar-kejar dengannya semalam.
"Jadi dialah orang yang bawa syaitan tanpa izin?" ujar salah seorang bertudung kepada kembarnya. Kembarnya tidak berkata apa-apa melainkan menarik topi jerami ke bawah sedikit sebagai balasan. Mereka berdua merupakan Sai dan Shielda, para Keris Perisai.
Mata Gentar membulat besar. Otaknya mula merombakkan pelbagai persoalan. Matanya mengerling ke belakang yang cumalah beranda kayu yang menghadap taman yang berbatu. Arah pandangannya ditukar pada Keris Tasari yang tanpa gerangan. Tok Sah dan encik RamenMan tak ada sebut apa-apa pun fasal Keris Tasari.
Dan... Duri..
"Duri! Mana Duri? Fang? Gopal? Ochobot?" Gentar meronta-ronta mencari nama yang disebut-sebut. Panik habis remaja petugas itu melihat Gentar bangun dari duduknya. Cepat-cepat dia menggengam tali yang mengikat Gentar. "Tenanglah! Habis aku kena marah nanti!"
"Lepaskan akulah! Ark!" Gentar jatuh rebah ke tepi saat ditepuk sesuatu. Terkebil-kebil Gentar seketika hinggalah dia tersedar daripada perbuatan gilanya. Sementara si Amardeep tidak habis-habis menunduk-nunduk meminta maaf.
"Bertenang sikit boleh tak?" Sai menyarungkan semula topi jeraminya. Dia guna topi jerami sahaja untuk jatuhkan Gentar?
Kirana berdehem sebelum menyuarakan pengumuman. "Kita berada di sini kerana salah seorang Elemental Slayer didapati bersalah kerana membawa syaitan. Juga Kai dan Fang kerana melindungi mereka berdua."
Pandangan Gentar teralih serentak ke kanan bersama-sama pandangan para Keris Tasari yang lain. Gentar tersentak menemui Fang dan Kaizo berjejak jauh daripada yang lain. Fang akan terkena hukuman sebab lindungi dia ke? "Fa..."
"Jadi apa hukuman yang sesuai untuk mereka?" Kirana tersenyum ketika pertanyaan terpancul pada mulutnya.
"Fang tak salah! Adik saya, Duri pun tak salah... saya... saya..." Gentar membisu. Siapa yang dia nak salahkan sebenarnya? Nafas Gentar semakin kencang cuba menilik memorinya yang berkabus. Dia sendiri yang bawa Duri ke dalam masalah ini. "Saya... saya..."
"ERGH!" Gentar mencakar-cakar bahagian lehernya yang dipegang seseorang. Simbahan cahaya bulan dari belakangnya, berjaya menonjolkan sifat-sifat syaitan itu. Bertelinga pacak, rambut putih dan langsung tiada hidung.
"Retak'ka..."
"Walaupun itu adiknya, ia melanggar undang-undang dalam Tapops. Ia tak patut dibiarkan!" tempelak seseorang bertubuh kecil di antara Para Keris Tasari.
"Mohon tahan amarah kamu, Kokoci. Selagi Laksamana belum tiba, bahkan aku pun tak dapat buat apa-apa." Seorang lelaki berperisai selamba menghala tangannya di hadapan muka Kokoci yang lebih rendah darinya. Dia menyeluk sebuah botol dan dihalakan pada petugas di sebelah Gentar. "Lebih baik kamu bagi dia minum."
Amardeep teragak-agak menyambut huluran itu. Uuuu... Para Keris Tasari yang tertinggi bagi air dia kat akulah! Penutup botol itu dipulas lantas airnya disuakan pada Gentar. "Minumlah."
"Huh..." Gentar meneguk satu demi tegukan. Dahaga betul Gentar sampaikan habis licin isi botol itu! Seusai mengambil nafas, dia menyambung bersuara. "Retak'ka... saya bawa Duri sebab saya nak tukarkan Duri jadi manusia. Duri tak pernah langsung makan manusia! Percayalah!"
"Jangan mengarut! Tak ada sesiapa yang pernah jumpa dengan Retak'ka sebelum ini." Shielda menunding jari ke arah Gentar dengan mimik muka tidak percaya. Kembarnya mencelah menyokong kakaknya. "Dan macam mana kami nak percaya kalau dia tak pernah makan manusia?"
"Tapi saya..." Gentar terdiam dalam amarah. Banyak cakap pula dia orang ini! Kan dia pengsankan seorang-seorang guna pedang dia! Tengok, nasib pedang dia tak ada.
"Kalau macam tu..." Bunyi gedebuk kuat kedengaran. Kotak Duri dihempaskan begitu kuat ke bawah. Di sebelahnya, muncul seorang manusia berbulu lebat, tersenyum sinis. "Apa kata kita buktikan sahaja di sini?"
Pintu kotak itu dibuka kasar. Pedangnya diangkat. "KELUARLAH SYAITAN!"
"DUSH!" Parang yang dipegangnya ditusuk jauh ke dalam. Teriakan kanak-kanak bergema mengiringi pedang yang dikeluarkan daripada kotak tersebut. Darah mula tumpah melimpah ke tanah. Meskipun begitu, Duri masih enggan mengeluarkan diri.
Amardeep tergopoh-gapah melututkan pelipat kaki Gentar, merebahkan Gentar dari menyerang lelaki itu. Gentar berusaha melepaskan diri dengan giginya yang digeser kuat. "Duri!"
"Tarung!" tegur lelaki berperisai tadi.
"Sebelum kau risaukan berkenaan budak ini, Maskmana... baik kau risaukan fasal Fang dan Kaizo di sana tu." Tarung menjuih bibir pada Fang dan Kaizo yang masing-masing memasang riak wajah terkejut. Sekejap... rasanya mereka tidak akan terkejut sebegitu rupa jika dia setakat menikam syaitan ini...
Tarung berpaling semula ke hadapan dan siapa jangka, Gentar meluru terlebih dahulu ke arahnya. Penumbuk Gentar menghinggap dahi Tarung hingga berdegang bunyinya! Tarung mengambil beberapa langkah ke belakang dengan dahi yang sudah bertukar warna.
"Apa yang berlaku ni?" Alunan suara yang dalam mengejutkan nafas yang ada di situ. Beranda kayu itu berkeriak bunyinya ketika figura itu menggerakkan kakinya. Di sisinya ialah seorang wanita berambut pendek memegang kemas figura itu. Wajah lelaki itu dilindungi tompokan-tompokan merah yang menyerebak separuh muka.
"Muka dia..." Wajah Gentar sekali lagi dihempapkan ke bawah namun kali ini oleh Tarung. Tersembur-sembur pasir dikeluarkan dari mulutnya hinggalah dia menyedari kelima-lima para Keris Tasari turut berlutut di hadapan manusia itu. Fang dan Kaizo dari jauh juga melutut, sopan.
"Selamat pagi dan sejahtera pada Para Keris Tasari semua." Laksamana Aman memulakan bicara. "Sayangnya, salah seorang para keris Tasari kita tiada di sini kerana terpaksa uruskan pemilihan Elemental Slayer yang diadakan di Sabah."
"Selamat sejahtera juga diucapkan pada Laksamana Aman. Syukurlah Laksamana nampak sihat hari ini..." Tarung menjawab ucapan Laksamana Aman sebagai tanda hormat.
"Terima kasih, Tarung."
'Huh, boleh pula dia bermuka dua depan orang tu!' Gentar melirik pada pintu Duri yang terbuka. Melihat Duri yang meringkuk ketakutan di bawah bayang-bayang, dia senyap-senyap cuba mencapai pintu Duri dalam kesakitan ditekan Tarung tanpa sedar. Tidak semena-mena, sebuah tangan bayang yang bersembunyi menutupkan pintu itu buatnya.
Gentar terkedu. Kepalanya ditoleh ke tepi. 'Fang...'
"Atas sebab kewujudan Gentar dan adiknya Duri di dalam Elemental Slayer, saya harap kamu semua dapat terimanya." Pernyataan Laksamana Aman malangnya ditentang keras.
"Laksamana, laksamana tak boleh macam ni!" bentak Shielda, meletakkan perisai bulatnya ke tanah.
"Walaupun saya hormat keputusan laksamana, saya terpaksa bantah. Kita tak boleh biarkan syaitan Elemental di bawah satu bumbung Elemental Slayer." Kirana menghala tangannya pada Gentar.
"Fikirkan semula, laksamana!" Kokoci menggengam tangannya, penuh harapan.
Suasana riuh-rendah beransur apabila Laksamana Aman mengangkat tangan, meminta ruang untuk bertutur. Seraya itu, isterinya, Cik Intan menyeluk sepucuk surat dari poket kainnya kemudian dibuka isinya. Laksamana Aman berdehem beberapa batuk.
"Ini surat daripada sahabat saya, Tok Sah. Intan, tolong bacakan..."
Cik Intan menurut kata suaminya. "Assalamualaikum dan salam baik pada para Keris Taming Sari semua. Saya merupakan Tok Sah, tok guru kepada Gentar selama dia mengajar bawah saya."
"Tok Sah..." Gentar mengumam, terharu. Memang betullah Tok Sah bukan macam RamenMan! Sudahlah hantar duit setiap bulan walau dia terlupa balas surat.
"Buat pengetahuan semua, Gentar dan Duri masing-masing hilang ingatan atas sebab saya dan mereka pun tak pasti. Namun, saya pasti setelah mereka berdua berjumpa di hutan Wisteria, saya pasti ia ada kaitan dengan peristiwa pembocoran Hutan Wisteria dan Retak'ka itu sendiri."
"Sepanjang Duri di bawah penjagaan saya, dia tidak pernah makan daging manusia walau seculit. Hatta semasa dia terlepas hilang ke kampung, dia tidak menyerang walau sedikit pun penduduk di situ dan menunggu Gentar di hadapan mata saya sendiri."
"Gen.... tar..." Duri menyebam kepalanya pada bahu Gentar. Bahu Gentar kini basah dengan air mata Duri sendiri.
Air mata turun laju dari mata Gentar. Gentar memegang kepala Duri. "Janganlah keluar macam tu je. Kau buat aku risau je, Duri. Macam mana kalau ada orang jumpa kau? Nanti aku..."
"Jadi saya yakin, Gentar bersama-sama Duri dapat membantu dalam mengalahkan Retak'ka. Tapi, jika Duri didapati membunuh manusia, saya, RamenMan dan Gentar sendiri akan menerima hukuman mati atau selayak dengan dia. Sekian, Asah." Cik Intan melipat kepingan surat itu seusai ayat itu menemui noktah.
Mulut-mulut yang berada di situ umpama digam rapat. Setiap daripada mereka berlawan dengan fikiran masing-masing, memproses maklumat yang diterima. Kesunyian itu akhirnya dipecahkan Laksamana Aman.
"Buat pengetahuan kamu, Gentar pernah berjumpa secara depan dengan Retak'ka dan berjaya menikam Retak'ka."
"Retak'ka? Budak ni?"
"Mustahil! Macam mana dia boleh cederakan raja syaitan macam tu je?"
Shielda menutup mulutnya, menahan rasa janggal. Lebih-lebih lagi si Gentar orang yang pertama menjeling tajam ke arahnya. Nampak sangat remaja itu tidak berpuas hati kerana tuduhan dia sebentar tadi.
"Tapi tu tak bermakna syaitan ni tak akan serang sesiapa!" Tarung tetap meneruskan protesnya meskipun dipandang serong para Keris Tasari yang lain. "Takkan kita nak pertaruhkan nyawa manusia lain semata-mata untuk syaitan ni!"
Laksamana Aman menarik nafas panjang. "Saya tahu kamu akan cakap macam tu. Jadi saya sendiri sudah sediakan beberapa ujian buat Duri."
Ujian? Ujian bertulis ke apa? Tekaan demi tekaan Gentar terjeda tika matanya menangkap dua petugas menunduk-nunduk masuk. Di tangan mereka terdapat beberapa dulang kosong yang dihidangkan di hadapan mereka. Di kala rakan petugasnya telah meminta diri, salah seorang rakan petugas seperti teragak-agak sehinggalah dia meletakkan sebilah pisau pada dulang itu.
"Takkanlah..." Gentar memerhatikan kotak Duri diusung pergi. Segera dia melututkan diri lalu dihempaskan semula tubuhnya oleh si Tarung. Giginya diketap kuat sehingga tergeser. Saat mulutnya dibuka, wajahnya disuakan ke tanah.
Niat Laksamana Aman ingin mengambil pisau terhenti. "Tarung... lepaskan anak itu."
PUAH! Terbatuk-batuk Gentar gara-gara disuap pasir sepakej batu. Namun, ketika dironta kembali, pergerakkannya masih terhad gara-gara tangannya masih digenggam.
"Maafkan saya Laksamana, apa Laksamana mahu serahkan darah Laksamana pada syaitan tu?" sampuk Maskmana membuatkan semua di situ tergamam.
"Tak usah, Laksamana! Biar saya yang buat!"
Darah-darah menitik jatuh ke dulang tersebut. Laksamana Aman meletakkan pisau itu ke sisi. "Takkanlah saya nak bagi kamu semua tercedera." Tubuhnya dipaling pada kotak yang jauh tersorok di dalam bayang-bayang.
"Keluarlah..."
"Grrr..." Ngauman panjang berdengung dari arah kotak tersebut. Tubuh kecil itu merangkak keluar, mengeluarkan bisikan terkesima daripada para Keris Tasari. Luka tikaman yang tertembus pada tubuh kanak-kanak itu lebih besar daripada tangan kanak-kanak itu sendiri.
Duri merenung tajam pada Tarung yang memegang Gentar, mungkin tidak suka abangnya diperlakukan begitu. Baru sahaja dia ingin melangkah ke depan, matanya terpaku pada sosok Laksamana Aman dan isterinya...
...serta dulang darah yang memercikkan darah yang jatuh menimpanya.
Gentar bangun mengejut, menghantukkan kepalanya pada dagu Tarung. Tergopoh-gapah dia melompat dengan kaki terikat menghampiri beranda kayu itu. Paniknya bertambah tatkala para Keris Tasari bersiap-sedia jika ketua mereka diserang. Fokusnya terpasak pada Duri. "Duri!"
"Huh... huh..." Setitik demi setitik air liur Duri jatuh bercampur dengan darahnya sendiri. Nafasnya kencang saat aroma darah yang manis menusuk-nusuk hidungnya. Kakinya tanpa sedar bergerak mendekati Laksamana Aman.
"Duri! Tahan diri!" Gentar bersungguh-sungguh melaung. "Ma... maafkan aku. Aku janji lepas ni kita akan rawat luka Duri, jadi tahan sikit je lagi!"
Bagaikan disentak oleh sesuatu, Duri terkaku mendengarkan teriakan Gentar. Kepalanya mula memainkan memori lama seperti montaj filem. Ianya bukanlah ingatan di mana hari-hari dia berada di hutan Wisteria. Kerana jika hidup di dalam suasana menakutkan itu, dia tidak akan mendengarkan suara Gentar, Ochobot dan Tok Sah.
"Meh sinilah saya tolong ambilkan untuk Tok Sah." Gentar bertegas menyenduk nasi dari periuk. Tok Sah tersenyum bersahaja melihat gelagat bersahaja Gentar. Matanya tidak sengaja dialih pada Duri yang sibuk menonton mereka bertiga.
"Eh, Duri dah bangun!" Ochobot menjerit, teruja. Serentak itu, Gentar cepat-cepat menghulur sepinggan nasi ke arah Tok Sah dan berlari anak menemui Duri. Tahu-tahu sahaja, Gentar sudah memimpin tangan anak kecil itu untuk menyertai mereka makan malam.
Dan sementara itu Duri duduk, di kalangan mereka. Meskipun lauk yang dihidangkan tidak membangkitkan seleranya, entah mengapa rasa hangat membuak di dalam dada.
Momen itu terasa perlahan, seolah-olah otaknya cuba merakamkan tawa Gentar, desisan Ochobot dan sifat Tok Sah melayan mereka agar kekal dalam ingatan.
"Duri..."
Jasadnya tersedar di pangkuan seorang wanita. Walaupun tidak dapat melihat rautnya, tangan lembut itu tetap membelai dan mengusap-usap rambutnya. Di halaman luar, beberapa kanak-kanak riang bermain di luar. Malangnya terik cahaya matahari mengkaburkan setiap ekspresi mereka.
"Duri..." Suara wanita itu memanggilnya. Pada detik itu, wajah kanak-kanak beririskan jingga seiras Gentar mulai jelas pada pandangannya.
"Ingat, Duri. Kamu kena lindungi Gentar dan juga orang-orang yang Gentar percaya."
Duri kembali memandang lengan yang diselemuni darah kini membengkak. Selangkah kaki yang diberhentikan tadi diturutkan semula.
Aku akan lindung mereka... macam nyawa aku sendiri.
Pap!
"Jangan Duri!" Gentar menapakkan sikunya pada beranda, berusaha menaikkan dirinya sendiri. Pasti mereka akan bersiap-sedia nak serang Duri! Matanya segera digerakkan pada arah para Keris Tasari. "... eh?"
Laksamana Aman mengangkat lengannya yang diletakkan sehelai daun. Lelaki itu sama-sama melopong bersama isterinya, tidak terduga dengan tindakan Duri. Duri menambahkan bilangan daun di lengan Laksamana Aman. Syaitan kecil itu kemudian berundur dan berpaling ke tepi, seakan-akan enggan menjamu darah tersebut meskipun air liurnya mengalir tanpa henti.
"Nampaknya syaitan ini sepertinya mahu merawat abang." Cik Intan membuat spekulasi sendiri. Laksamana Aman yang mendengarnya mengamati daun-daun yang hilang hijaunya, gara-gara menyerap darah. Satu senyuman dikuntumkan.
Laksamana Aman memusingkan tubuhnya menghadap anak-anak pahlawannya kembali. "Nampaknya dengan ini, terbukti Duri tak akan cederakan manusia."
"HAHAHA!" Gentar melompat kegembiraan. "Kata dah! Duri tak akan cederakan semua orang punya!" Buat seketika, wajah Gentar merona merah kerana menyedari reaksinya diperhatikan pasangan suami isteri itu. Pantas dia berlutut hormat.
"Maafkan saya."
Laksamana Aman menggariskan senyum kecil. "Tidak mengapa. Dan Tarung... jangan terlalu berkasar dengan orang lagi muda daripada kamu."
'Hahahaha! Kena tegur!" Gentar mentertawakan Tarung di dalam hati. Tapi bila mata mereka bertaut, tahu pula pandang semula ke depan! Gentar sambung mengutuk Tarung di dalam hati bagaikan Tarung sendiri tidak melakukan hal yang sama.
"Sila bawa mereka ke rumah Limas mlilik tuanku Kirana. Tuanku Kirana setuju dengan apa saya utarakan?" pinta Laksamana Aman sedang isterinya membalut luka suaminya tanpa membuang daun herba diletakkan Duri.
"Saya setuju sahaja dengan cadangan Laksamana," ujar Kirana.
Petugas tadi masuk penuh tata tertib mendekati Duri yang sudah berada di dalam kotaknya. Dalam masa yang sama, Amardeep akhirnya menarik nafas lega sambil mengendong Gentar dari belakang. Akhirnya! Dia dapat keluar sahaja dari atmosfera yang sesak ini.
Petugas tadi sampai di sebelah Amardeep, menggalas kotak Duri. Petugas itu meletakkan tangan di dada lantas menunduk diikuti Amardeep. "Kami pergi dulu, Laksamana Aman. Para Keris Tasari. Assalamualaikum dan salam sejahtera."
Apabila mereka melalui di hadapan Tarung, terdengar bunyi dengusan Duri. Macam tahu-tahu sahaja lelaki itu yang menikamnya tadi. Gentar meneliti keadaan sekeliling. "Eh, Fang dengan rambut landak tu dah tak da!"
"Kejap!"
Mahu terjatuh rahang kedua petugas itu melihat Gentar turun melompat seperti pocong ke arah kawasan taman berbatu itu. Ini lebih dahsyat daripada tengok pocong atau syaitan di depan mata. Kelam-kabut mereka mengejar Gentar semula.
"Baiklah... mari mulakan mesyuarat ki..."
"Laksamana!" Termengah-mengah Gentar mencelah. Terus sahaja dia dijatuhkan oleh dua petugas itu. Laju petugas-petugas itu berbisik dan memukul-mukul belakang Gentar.
"Janganlah buat kerja gila!"
"Kenapalah aku kena kerja dengan orang tak betul ni..."
Gentar semangat meluahkan. "Biar saya pukul orang yang cederakan Duri sekali lagi. Sanggup dia cederakan budak kecil! Memang tak berhati perut dia, Laksamana! Jadi biar saya yang tumbuk hati perut di..." Sepasang cermin mata hitam terkena dahi Gentar. Serta-merta Gentar membongkok, menahan kepedihan.
"Jangan biadap depan Laksamana." Kokoci menyarungkan cermin mata baru pada matanya yang sudah menyarungkan cermin mata hitam. Berapa cermin mata yang dia nak pakai?
"Maafkan kami Laksamana! Maafkan kami puan Intan! Maafkan kami para Keris Tasari! Maafkan kami batu-batu halaman rumah!" Amboi, semua benda mahu dimohon salah silapnya! Amardeep lekas memikul Gentar. Dia berlari mengikuti petugas tadi.
"Kejap!" Gentar berhenti menjerit apabila menyedari Laksamana Aman membuka mulut.
"Gentar... sampaikan salam saya pada KuPuteri."
Laksamana itu kenal KuPuteri?
Babak yang disorok
Fang : *dalam hati* Macam mana ni? Kapten mesti marah. Tapi... kalau aku tak tolong, mesti si adik Gentar akan terima akibat.
Fang : Ah, tak apa. Pandai-pandai aku pujuk kapten nanti!
Kaizo : *dalam hati* Urgh .. bila mesyuarat ni nak habis? Aku dah nak terkucil ni...
⚡⚡⚡
Akhirnya dapat juga update Elemental Slayer dalam cuti semester ni TvT. Rindu dekat Gentar dengan Duri.
Dan masa Kokoci baling spek mata dekat Gentar, aku yang bijak pun cubalah benda yang sama. Pergh, sakit dia kena kat muka tu memang sedap... 💀
(Maaf tak kotakan janji nak update selang dua hari dalam bab yang lepas. Insya-Allah, aku akan cuba tunaikan untuk bab 39 nanti TvT)
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top