| 37 |
ELEMENTAL SLAYER
-------------------------
"DURI, LARI!"
.
.
.
ERANGAN kesakitan terpancul dari mulut Gentar sebaik sahaja dadanya menghempas tanah. Apa yang jadi tadi? Kehairanan Gentar diganggu oleh tubuhnya yang kini dicucuk-cucuk sarafnya dek kesan luka dan calar-balar yang terdedah. Perlahan-lahan Gentar menggagahkan dirinya sementara matanya tertacap pada badan Paintasso tidak berkepala yang masih berdiri gagap.
"Aku dah potong kepala dia kan?" Gentar menyoal kepastian pada dirinya sendiri. Iris matanya dinaikkan ke atas... kalau depan aku ini dah arwah, jadi kenapa Duri masih tergantung dekat atas?
DUK!
Leher Gentar dicengkam sekuat hati. Kaki Gentar tergapai-gapai di udara saat dia diangkat dengan kekuatan sebelah tangan budak kecil. Tangan Gentar kalut meraba pinggangnya, hinggalah dia tersedar... pedangnya sudah terlepas ke bawah!
Alunan darah dari leher Paintasso memancut keluar menuju pada kepala tuan badan. Darah-darah itu berhasil menarik kepala Paintasso bersambung kembali pada tempat asal. Genggaman pada leher Gentar dikemaskan.
"Sama macam tak ada sapa selamatkan aku tadi, tak ada sapa boleh tolong kau sekarang!" Amarah Paintasso memuncak tidak semena-mena. Semakin banyak Gentar meronta, semakin banyak warna biru mewarnai air muka remaja itu.
"D... Duri..."
Mata Paintasso kuning membara. "Dalam keadaan macam ni, kau tak mampu lindungi adik kaula..." Teriakan Paintasso terjeda apabila garisan cahaya biru menghinggap tengkuknya.
Kepalanya ditolehkan ke belakang dan serentak itu kepalanya ditendang oleh seseorang, menyebabkan pegangannya pada Gentar terlepas tanpa sedar. Kukunya segera dihayunkan pada sosok tersebut malangnya sosok itu terlebih dahulu melepaskan diri.
"Uhuk! Uhuk!" Gentar terbatuk-batuk sehingga terkeluar air mata. Wajahnya diangkat, mendapati sekujur tubuh dewasa melindunginya dari depan. Lambat-lambat pandangannya dialihkan pada pedang di sisi lelaki itu. Dia pun Elemental Slayer juga?
Siapa dia ini?
Paintasso memusingkan bahunya ke belakang, menikam tajam lelaki berambut ungu itu. Penumbuknya digenggam ke sisinya seraya fikirannya mempersoalkan kehadiran si Kaizo. Darah-darah menitik dari telapak tangannya menjadi sebatang berus gergasi.
"Masalah demi masalah! Rasakan ni!" Paintasso melibas berusnya pada angin. Tanah-tanah sekitar mereka bergegar sebelum mengeluarkan ombak besar mengurung mereka. Terbuntang besar mata Gentar. Jarinya menarik-narik belakang baju lelaki itu.
"Kita... kita kena lari..."
SPLASH!
Paintasso memerhati penuh puas ketika ombak-ombak ciptaannya menelan kedua-dua manusia itu. Akan tetapi, senyuman di wajahnya luntur melihat sebuah pelindung hemisfera berwarna biru menyelamatkan mangsanya. Lagi bertambah barannya bila Kaizo senang-senang hati mendatanginya.
"Be... berani kau!" Paintasso menyembunyikan rasa gugupnya. Dia menghalakan berusnya pada Kaizo yang tetap berjalan. "Libasan omba..."
Kaizo memotong kepala Paintasso sebegitu mudah. Badan Paintasso yang tidak bertuan lama-lama rebah lalu meniarap ke bawah, betul-betul bersebelahan kepalanya yang terjatuh tadi. Iris matanya bergetar-getar tidak percaya.
"Duri!"
Haluan penglihatannya bertukar pada Gentar yang menyambut Duri yang menjunam ke bawah. Cat-catnya yang mengeras tadi pun sudah menghilang dan meresap sama titisan air hujan yang diserap tanah. Badannya merangkak menuju ke arah Gentar dan Duri.
Kenapa hubungan dia orang lagi rapat daripada hubungan adik-beradik aku?
Tangannya menggapai tanah, mendekati kedua beradik yang sudah terduduk.
Apa sebab hubungan adik beradik dia orang tidak palsu macam aku?
Paintasso berpaling ke baliknya, melihat seorang syaitan berbulu seperti seekor biri-biri tersenyum ke arahnya. Syaitan itu mempamerkan tulisan di tulis di atas kertas lama yang tentera, 'Nama saya Shleep. Terima kasih sebab selamatkan saya!'
Dia tidak tahu membaca. Meskipun begitu, dari riak muka syaitan itu dapat diketahui bahawa syaitan itu terhutang budi. Yalah, siapa sahaja mahu menolongnya daripada dibunuh Elemental Slayer? Kemudian diberikan tempat tinggal pula. Bukan kau orang, ya? Tak apalah...
"Aku tak suka bulu kau. Tidak cukup kesenian." Paintasso memegang sekali lalu bulu-bulu putih Shleep. "Kalau kau terus dalam keadaan macam ni, kau takkan dapat boleh jadi kuat atau abang aku. Kau pasti akan dihalau."
Raut syaitan itu berubah resah. Paintasso memandang kosong tangannya yang digenggam Shleep. Bahkan berkali-kali syaitan itu menggeleng tanda enggan. Sepertinya Shleep betul-betul takut akan manusia sampai tidak mahu ditendang keluar.
"BUEEEEK!"
Cakap besar. Paintasso berdiri sahaja merenung Shleep teriak penuh kesakitan seusai meneguk darahnya tadi. Fizikal tubuh Shleep digantikan daripada tubuh yang penuh berbulu putih kepada berbulu hitam. Warna matanya juga menyamai warna kuning mata Paintasso.
"Sakit..." Tersedu-sedan Shleep menangis sambil dipujuk Sumorai. Shleep memegang lehernya yang terasa terbakar dalam masa yang sama, matanya menangkap raut kesal Paintasso keluar daripada bilik.
Shleep menjatuhkan kepalanya pada mangkuknya yang sudah kosong tanpa isi. Tangannya menggeletar mencuit kulit keras Sumorai. "Su... rai... sa... kit..."
Sumorainya hanya membalas dengan senyuman. "Paintasso memang macam tu. Kita orang pun kena makan benda macam itu. Jangan risaulah, Shleep." Terpejam-pejam mata Shleep membiarkan Sumorai mengusap kepalanya.
Memang tak apa ke, Sumorai?
"ARGHHHH! Tidak! Tidak!" Ngeri Shleep menyaksikan Sumorai menghampiri kucing hitamnya yang mati melecur walaupun kulit Sumorai sendiri habis melepuh. Tidak sanggup dia melihat seseorang yang mengajarnya dia bercakap dalam keadaan sebegitu rupa.
Kaki Shleep terbantut tatkala dia mendapat jelingan tajam daripada Paintasso. Terpaksa dia membiarkan Paintasso, Raksasa Bawang dan Rocketfish beredar dahulu barulah dia mendekati Sumorai. Meskipun sebanyak mana belakang itu digosok, tangisan Sumorai masih belum reda sehingga akhir nafasnya.
DUSH!
"Apa kau cakap tadi?" Paintasso melarikan berus yang dihentaknya ke belakang tubuh. Matanya fokus pada Shleep yang kelihatan jengkel.
"Kenapa... kenapa selama ni kau bunuh adik beradik kita?"
Paintasso menjongketkan keningnya. Dia memalingkan tubuhnya daripada Shleep. "Itu yang kau nak tanya?"
"Adik-beradik konon. Sedangkan Sumorai pun kau tak mampu lindungi! Di... dia kena belah dengan manusia dah pun!"
"Itu masalah dia sebab dia lemah. Dia sebagai abang, dia patut lindungi aku."
"Memanglah. Sebab semua yang gagal lindungi kau atau buat salah, kau terus bunuh! Sampai tinggal kita berenam je!" Shleep terhenti. "Tak, tinggal saya seorang sebab kau orang pun bukannya adik-beradik betul pun!"
"APA?" Tubuh Shleep ditolak kasar Paintasso. Pantas dia mencengkam rambut Shleep hinggakan terbit darah pada kepala Shleep gara-gara Paintasso menariknya terlalu kuat. Darah itu mengalir pada tubuh Shleep seiring limpahan air mata pada pipinya.
"Apa kau buat ni?"
Paintasso memandang ke arah Gentar.
"Duri! Kau okey, kan?" Soalan Gentar disahut simbol terbaik daripada Duri. Tidak fasal-fasal tubuhnya dipeluk Gentar tanpa amaran. Reaksi Duri membalas pelukan Gentar ditontoni syahdu oleh Paintasso.
Adakah ini dosa dia kerana cuba cipta hubungan adik-beradik sendiri?
Dia fikir... kalau seseorang itu cuma bergelar abang atau adik sudahpun cukup untuk digelar adik-beradik. Pada akhirnya... hubungan itu sendiri padam bagaikan lukisan yang tak berguna.
Kenapa dia mahukan hubungan adik beradik yang dia mungkin tak dapat capai?
"Abang?" Ayat kanak-kanak itu terhenti. Tubuhnya disekat oleh selimut yang ditindih abangnya. Matanya membulat besar memandang pisau yang diangkat oleh remaja itu.
Sedangkan abangnya sendiri hendak membunuhnya.
Pada sudahnya, dia akan mati keseorangan tanpa sesiapa.
50 TAHUN LEBIH DAHULU...
"Tasso! Kau melukis lagi?"
Paintasso tersentak apabila tumpuannya pada melukis diganggu oleh ayahnya. Kelam-kabut dia menyorok alat lukisan ke belakang malahan tangannya terlebih dahulu diheret kasar oleh ayahnya. Botol kaca di tangan ayahnya angkat.
"Kau memang melampau! Kenapa tak pergi bertani di ladang? Cuba jadi macam abang kau! Awal-awal lagi dah pergi cari duit! Bukan macam kau!" Berdas-das dipukul anak itu dengan botol arak yang dipegangnya. Yang mampu mendengar pekikan anak kecil itu cumalah burung-burung yang sendiri sudah terbang melarikan diri.
"Ayah! Kenapa buat dekat adik macam ni?" Teriakan seseorang membantutkan penderaan si ayah. Tergesa-gesa si abang memeluk si adik, melindungi Paintasso yang sudah luka di sana-sini.
"Kau buat aku macam orang jahat pula! Aku pukul dia sebab dia buat kerja macam tak ada masa depan!" Si ayah menuruni anak tangga kayu, mengutip kanvas permandangan gunung yang dilukis Paintasso lantas dipatahkan begitu sahaja. Terjerit-jerit Paintasso dibuatnya sehinggalah si abang berlari menghalang si ayah.
Nasib buruk berpindah pada si abang apabila si ayah mengalihkan amukan pada remaja itu.
Pada dalam benak semua orang, pasti menyalahkan si ayah. Tapi bagi dia, ini semua salah dia kerana dia melukis tanpa kebenaran ayah sampai abang dia menjadi mangsa. Bak kata ayah, dia punca ibu meninggal masa melahirkan dia.
Dia tak macam abang dia... pandai cari duit dekat ladang berdekatan kampung. Dia cuma tahu melukis sahaja.
"Sakit? Tak apa, nanti sembuhlah tu." Penutup minyak gamat dipusingkan rapat. Hidung adiknya dicuit. "Tapi ingat, ya? Bayaran rawatan semua lepas ni bayar abang dengan lukis abang pula."
Paintasso menggeleng laju. "Nanti ayah marah."
"Ah... erm." Si abang membisu, memikirkan sesuatu. "Ha, esok Pak Tam kata nak bagi upah besar kalau pergi kutip getah dekat ladang kelapa sawit dia bawah bukit rumah kita. Nanti dengan upah tu, lusa abang boleh bawa adik melukis tepi ladang!"
Raut wajah Paintasso bercahaya. "Betul ke abang? Betul ke?" Tertawa si abang ketika wajah Paintasso terlalu mendekat dengannya. Teruja bebenor! Wajah adiknya ditolak lembut.
"Ya, abang janji."
"Salam kalau janji." Tangan itu dihulurkan pada si abang. Amboi, macam mahu berakad pula! Lamun, disambut sahaja tangan itu tanpa banyak soal. Salam itu digoncangkan.
"Janji!"
"Lepas tu abang ada nampak berdekatan rumah Pak Tam ada orang mengajar bertumbuk. Kalau kau nak tahu, itulah namanya silat! Nanti abang bawa adik pergi sana!"
"Yay, tak sabar!"
DUNG!
Guruh memancarkan cahaya memasuki rumah, di mana mayat ayahnya yang telah dimakan berada di muka pintu. Iris mata abang itu bergetar-getar melihat keadaan rumah mereka yang porak-peranda dan berlimpahkan darah di sana-sini. Lebih-lebih lagi darah itu ada pada mulut adiknya yang sudah bertukar menjadi syaitan.
Siapa akan percaya ada syaitan yang sanggup merampas tempat tinggal... dan kemanusiaan adiknya saat dia bersibuk kerja di ladang? Siapa sangka kawasan terpencil ini menjadi pilihan syaitan tersebut?
"Abang..." Paintasso terjaga dari tidurnya. Langsung tidak terkesan akan bangkai ayahnya yang dipenuhi lalat menghurung di sebelah. Tiba-tiba, tubuhnya didakap erat.
"Abang janji... abang akan jaga Tasso baik-baik."
Pada saat itu, dia cuma ada dia dan abang dia.
Tetapi, kata cumalah kata.
Ketakutan yang dialami si abang menyekat nafas yang masuk ke dalam rongga lelaki itu. Matanya bergetar memandang Paintasso yang meratah lagi manusia di dalam bilik. Laju dia mengheret Paintasso jauh daripada tubuh manusia itu. "Adik! Adik buat apa ni?"
"Abang..." Paintasso mengusap perutnya. "Lapar."
Si abang terkedu buat seketika. Ragu-ragu dia menjatuhkan kepalanya ke lantai yang bersimenkan darah. "Ya, nanti abang masak daging untuk adik. Tapi adik tak boleh buat macam ini lagi dah."
Tak boleh buat macam ini?
Buat apa?
Dulu dia dapat melukis permandangan, tetapi kini dia perlu berkurung di dalam bilik setiap hari. Saat matahari tenggelam, sepatutnya dia dapat rakamkan saat itu... tetapi seleranya mendahagakan dan sentiasa mengidamkan darah manusia. Sampai dia terpaksa turun tangan.
"Ni dia, adik!" Sebuah pinggan berisi daging goreng diletakkan di bawah lantai.
Daging ini tak sedap! Abang tak faham ke?
"Terima kasih, abang." Kukunya yang tajam digunakan untuk mengoyak daging itu. Perlahan wajahnya diangkat sekilas.
Tapi... kalau abang tak masakkan untuk dia? Siapa lagi nak makan masakan abang?
Sayangnya, semakin lama rasa daging pada lidahnya menjadi tawar. Tidak semanis darah manusia yang dia pernah rasa sebelum ini. Hinggakan abang berputus asa untuk mengurungnya di dalam rumah disebabkan dia selalu melarikan diri ke kawasan perkampungan bagi mencari manusia.
Mungkin abang dah tak nak jaga dia. Mungkin sebab abang dah benci dia sebab dia bukan lagi manusia macam abang. Sebab itulah malam itu...
SHRING!
Abang pilih untuk cuba bunuh dia malam itu.
"Abang?" Tubuhnya tidak dapat digerakkan. Abangnya telah menekan lututnya menggunakan kaki. Pandangannya tertumpu pada pisau yang dipegang abangnya.
"DUSH!"
Gelutan demi gelutan bergema yang diakhiri dengan kain cadar berwarna putih itu dinodai darah merah abangnya sendiri. Silauan mutiara di langit malam melukiskan bayang-bayang yang melindungi mayat abangnya sebelum satu bayang-bayang lagi muncul membayangi tubuhnya. Itulah sosok bayang yang sama menjadi dalang semua ini berlaku. Dan mungkin menghindarkan abangnya dari membunuhnya.
Tuan Retak'ka.
Kepalanya terasa diusap-usap. "Bagus, kau berjaya bunuh abang kau."
A...
Apa?
Bunuh abang aku? Tapi... bukan ke dia nak bunuh aku?
"Ini salah abang kau, sebab tak mampu jaga kau," kata tuan Retak'ka.
Iya, kan... bukan ke abang aku benci aku?
"Tasso..." Pisau itu diangkat dengan penuh terketar-ketar.
"Maafkan abang. Abang tak dapat tunaikan janji abang. Sebab abang..." Timbul tenggelam suaranya kerana asyik menangis. "...sebab abang balik lewat, adik terpaksa jadi macam ni."
Kenapa...
"Dengar kata, orang kampung tengah cari adik. Maafkan abang... maafkan abang sebab tak dapat jaga adik. Maaf sangat-sangat." Darah terkeluar dari bibir si abang saat perutnya ditembus oleh tangan adiknya sendiri. Namun, tetap sahaja didakap adiknya dan terus meminta maaf.
"Maafkan abang. Maafkan abang, Tasso."
Kenapa...
Kenapa? Sedangkan Tasso pun tak dapat ingat lagi nama abang. Kenapa? Kenapa? Kenapa? Kenapa?
"Adik dah tak ada sesiapa dah. Adik bunuh orang. Hisk... semua salah adik." Tasso menangis sehingga terhinjut-hinjut bahu, keseorangan di dalam kawasan gelap-gelita. "Semua salah adik, abang pun dah tak ada. Adik minta maaf. Abang datanglah balik!"
Nadanya mendayu-dayu memanggil seseorang. Suaranya pun semakin tidak kedengaran dan tenggelam dalam tangisan.
"Kenapa nangis-nangis ni? Kan buruk dah." Air matanya dilapkan oleh si abang. Cepat-cepat tubuh itu dipeluk erat bagaikan tidak mahu dilepaskan lagi. "Adik minta maaf. Sebab adik... hiks... abang tinggalkan adik dah... adik... tak ada sapa-sapa."
"Hey, hey. Kan abang dah ada." Belakang adiknya yang menggeletar ditepuk-tepuk, lembut.
"Tapi adik akan pergi neraka. Semua salah adik."
"Walau apa-apa jadi, kita akan selalu sama-sama." Pelukan dua beradik itu dieratkan. "Walau adik dekat neraka sekalipun, abang akan cari adik."
Tangan yang dikotori lumpur itu berhenti menggapai tanah saat tubuh itu tiba berhampiran Gentar dan Duri. Mata Gentar terpaku pada jari-jari yang menggeletar itu lalu menggengam dan mengusap kekura kanak-kanak itu. Satu senyuman pahit terlukis pada wajah Gentar apabila pegangan itu dibalas semula.
Entah kenapa, walau lepas apa yang syaitan kecil ini buat... dia masih rasa sekelumit kasihan pada tubuh ini. Mungkin juga kerana tangan yang dia raut ini juga pernah menjadi tangan seorang kanak-kanak biasa.
Tidak semena-mena, sebuah kaki menapak pada tubuh Paintasso. Laju Gentar mengangkat wajahnya pada lelaki yang baru sahaja menyelamatkan mereka tadi. "Bawa lari kaki kau tu."
"Lepaskan apa yang kau pegang tu. Benda yang kau sentuh tu syaitan." Kaizo menghalakan pedang pada tangan Gentar sebagai tanda endahan. Fokusnya terpaku pada sosok kanak-kanak yang dipeluk Gentar. "Budak hijau tu... budak tu syaitan juga kan?"
Lekas Gentar mundur ke belakang sambil memeluk Duri. "Ini adik aku. Lagipun, dia dah tolong aku masa aku lawan t..."
"MENGARUT! Mana ada syaitan dapat tolong manusia." Kaizo menghayunkan pedangnya, ganas. "Kalau aku terlewat tadi, kau pasti takkan bernyawa."
Gentar kehilangan kata. Kot iya pun... bagilah dia habis cakap dulu! Emosi Gentar berhenti memuncak bilamana erangan ganas dikeluarkan oleh Duri. Segera dia mengeratkan dakapannya, menenangkan Duri dari meronta-ronta. "Duri, tak apa. Aku ada."
Gerakan pedang Kaizo terhenti. Rahang bawahnya ditekan hingga ia tergeser dari gigi. Berat langkahnya untuk dibawa apatah lagi ia seperti menonton bayangan dirinya di dalam dua beradik itu. Matanya dipejam lama ketika pedangnya dimajukan ke hadapan semula.
"SLASH!" Pedang itu diikat oleh garisan-garisan bayang dari belakang. Segera dia menoleh dan mendapati matanya melebar besar. "Pang?"
Fang menggepal tangannya, memastikan tangan bayangnya melilit Kaizo dengan ketat sehingga terlepas pedangnya. Pantas dia melaung. "Lari, Gentar! Biar aku alih perhatian dia!"
Gentar terpana buat seketika barulah dia mengangguk penuh bersemangat. Tergesa-gesa dia mengusung Duri sambil berlari. "Aku takkan sia-siakan pengorbanan kau sebagai arwah!"
"Aku tak mati lagilah! ERGH!" Fang mengimbangi dirinya yang hampir jatuh ke hadapan. Habislah! Dia sudah hilang kawalan pada Kaizo. Baru sahaja dia ingin mencipta bayang-bayang baru, Kaizo terlebih dahulu berpaling padanya tanpa membuat apa-apa.
"Kenapa kau lindungi mereka?"
"Kenapa?" Fang menjongketkan keningnya. "Sebab tu kawan-kawan saya!"
Peti suara Kaizo terasa disumbat untuk berbicara. Lama-kelamaan, bumi bergema akibat suara kilat lantas cahayanya menerpa mereka berdua. Bahu Fang kendur memandang Kaizo yang menjatuhkan pedangnya ke sisi.
"Rasanya ada beberapa orang lagi yang kau perlu risaukan."
Be... beberapa?
Fang berpusing ke arah Gentar yang masih lanjut berlari.
Jangan kata!
Gentar sedaya upaya memecutkan langkahnya hinggakan dia tidak dapat bezakan bunyi ranting mahupun bunyi tapak kakinya. Badan Duri yang nyaris tergelongsor jatuh dari belakangnya cepat-cepat dinaikkan. "Kita kena terus hidup untuk arwah!"
Duri mengerutkan dahi. Arwah mana pula ini?
Dalam kekalutan Gentar berlari, pinggangnya terasa pedih dan mula menyengat-nyengat. Pergerakkanya juga semakin lama semakin berkurang jarak langkahnya. Kepalanya akhirnya tertunduk ke bawah bersama helusan nafas kepenatan. Erm, kenapa kepala dia pula yang rasa sakit ini?
"Gentar!" Rambutnya yang ditarik Duri sekaligus menarik tubuh Gentar ke belakang. Serentak itu, satu objek laju bergerak melintas pandangannya lantas jatuh bergolek ke sebelah.
"Itu..." Gentar mengambil terdorong ke belakang tanpa sedar. Rahangnya bergetar-getar menangkap bentuk kepala di sebalik timbunan rumput itu. "Itu bukan syaitan biri-biri aku ada jumpa tadi ke?"
Semak-samun yang bergerak di sebelah mengalih perhatian Gentar secara drastik. Sebilah pedang yang menghampiri mata Duri ditepis laju ke tepi. Gentar termengah-mengah terkejut, merenung wanita berambut merah yang menyerang mereka. "Ini siapa pula?"
Melihat wanita itu ingin membuka mulut, Gentar terburu-buru membuat serangan balas. KTANG! Senjata mereka berdua berlaga memercikkan cahaya merah. Mata wanita itu terpasak pada Duri di belakang Gentar dia cuba melarikan pedangnya pada Duri. Malangnya, gerakkannya disekat oleh keris kecil Gentar.
Tegang nada wanita itu. "Apa kau tak tahu yang kau lindungi itu syaitan?"
"DURI, LARI!" laung Gentar.
"Huh..." Wanita itu memusingkan kepalanya, memerhati syaitan kecil itu mencabut langkah seribu daripada mereka berdua. Kakinya cepat sahaja ingin melangkah sama, malangnya tindakannya terbantut bila keris Gentar nyaris-nyaris membelah kepalanya.
"KTING!" Keris Gentar bertembung lagi dengan pedang merah wanita itu. Bunyi lagaan pedang semakin berdesing sana-sini. Setiap kali dia ingin beranjak walau sejengkal, pasti remaja ini akan mencari cara untuk menyekat pergerakan pedangnya.
Siapa... siapa kemungkinan yang mengajar gaya ini pada remaja seperti ini?
"ARGH!" Gentar terjatuh sebelah kaki apabila pelipatnya dipijak sebegitu rupa oleh pihak lawan. Tetapi pantas dia menaikkan pedang semula bagi menahan bucu pedang itu menyinggah belakang tengkoraknya. Teracuh-acuh sakit dia berdiri menghayunkan pedangnya pada wanita itu sebelum perutnya ditendang kasar.
Wanita itu memusingkan pedangnya ke dalam sarung. Melihat Gentar sudah meringkuk kesakitan, yakninya anak itu tidak mampu berlawan lagi. "Sekarang, syaitan itu pul... huh?" Badannya diikat sesuatu?
Kepala wanita itu ditoleh ke belakang. "Fang."
Fang berlari anak mendekati Gentar seraya tangannya masih mengawal bayang-bayang. "Aku... aku dah tahan kak Kira. Wey, mana adik kau?"
"Huh... huh..." Gentar tersekat-sekat mengambil nafas. "LARI, DURI! Huh... JANGAN BERHENTI!"
Deruan angin menyapa telinga Duri ketika kakinya menyepak beberapa dedaun semasa sibuk berlari. Dia berpaling buat seketika. Itu... Gentar, kan? Tahu-tahu sahaja seorang manusia lagi menerjahnya daripada atas. Duri lantas bergolek-golek ke hadapan meninggalkan gadis bertoncang dua itu terpinga-pinga yang baru mendarat.
Gadis itu menghentakkan tombak Guan Daonya ke tanah. Syaitan itu mengelak?
Sementara itu, di balik bahagian penonton, Gentar terketar-ketar memegang lutut cuba mengimbangi dirinya sendiri. "Aku kena tolong Duri."
"Dengan keadaan kau macam ni?" Fang mengerling ke arah Kirana yang masih tenang meskipun di dalam kawalannya. "Macam mana Ying boleh ikut sekali?"
"DUSH!" Duri terus menggulingkan diri ke hadapan sehingga tubuhnya dilindungi oleh bebola duri yang memuncak naik ke atas. Ying yang menyambung mengejarnya menebas beberapa kali bola berduri itu. Bagaikan mahu menebas lalang pula! Duri-duri yang dipotong gadis itu tumbuh semula.
Ying akhirnya menetakkan hujung tombaknya ke bebola duri itu dan fikirkan ia mengena, sebaliknya bebola syaitan itu sempat membuat pusingan U melepasinya. "Aiya!"
Pandangan Ying terpacak pada Duri yang telah meloloskan diri daripadanya. Serta-merta dia menggenggam tombaknya, mengeluarkan gelombang biru yang menerbangkan daun-daun di persekitarannya, sekaligus melambatkan pergerakan bola Duri itu.
Sekelip mata, Ying tiba di belakang Duri bersama tombak ditarik ke belakang.
"SHRING!"
"Perhatian! Perhatian! Hentikan serangan sekarang!"
Mata di tangan Ying jatuh ke tanah. Perlahan-lahan bebola Duri yang membayangi Duri terbuka, melihatkan jarak tombaknya itu dengannya tidak kesampaiannya pun sebenarnya. Kanak-kanak itu mendongak ke atas bersama mata yang disepetkan. Itu... itu kucing terbang ke?
"Bawa syaitan berambut putih sehelai..."
Iris hijau Duri menyala tajam mendengarkan bunyi 'gedebuk' tidak jauh darinya.
"...bersama manusia bermata jingga, kucing orennya... ke tempat selamat!"
Badan Gentar yang terkunjur jatuh dikerumuni oleh Fang dan Kaizo. Kalut Fang dibuatnya. Boleh pula mamat ini jatuh pengsan dekat sini! Matanya bersama-sama Kirana dan Kaizo menangkap sosok Duri berlari mendatangi mereka.
"Ini arahan Laksamana!"
?
⚡⚡⚡
Fuh, akhirnya dapat juga update tengah malam setelah bertimbun assignment demi assignment dihadapi. Sudahlah tu. Nak dekat 3500 patah perkataan pula tu 😔✨
Bila bahagian Duri berguling teringat pula lagu - Kuru Kuru... Kuru kuru~
Dan huhuhu maaf lambat nak update. Oh ya, aku cadang nak update selang dua hari :V. Jadi uh jumpa bab seterusnya esok lusa.
Habislah nasib Gentar nanti. Kena tangkap dengan orang atasan uhuk uhuk! RamenMan mana RamenMan?
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top