| 36 |

ELEMENTAL SLAYER
-------------------------
"Tak ada yang boleh padamkan ikatan aku dengan Duri!"
.
.
.

                                        TAK henti-henti tegangnya tangan Fang mengawal pergerakan Rocketfish. Tambahan pula, hujan yang turun menambahkan kesukaran buatnya. Berdegung-dengung bunyinya dinding itu bila ditumbuk oleh Rocketfish yang  terhambur besar sambil. Keadaan Fang yang menggeletar menghiburkan hatinya.

   "Kenapa? Kau dah hilang kuasa kau?"

   Lutut Fang jatuh menghempas tanah ketika kakinya tergelincir ke belakang. Bukan sahaja seluarnya terasa basah, bahkan perlihatannya jadi terganggu gara-gara hujan menitik melalui permandangannya. Ah, kenapa baru sekarang nak hujan? Dinding bayang mengelilingi Rocketfish lama kelamaan merekah dan runtuh jatuh ke tanah.

  Fang rebah melutut. Tangannya memangku tanah yang lembap bersama nafasnya yang tercungap-cungap. Bergegar-gegar pantulannya di dalam pantulan lopak air itu.

   DUM!

   Ketila wajahnya diangkat, mata Fang membulat besar melihat penumbuk Rocketfish dihalakan padanya. Sekelip mata, sebuah peluru dibentuk daripada penumbuk Rocketfish kala dia mengangkat kakinya.

   Aban...

   BOOM!

   Serpihan peluru gugur ke merata tempat. Lama Fang memejam matanya sehinggalah ia dibuka kembali, menampakkan sosok seseorang melindunginya dari belakang. Aura biru sekitar mereka langsung hilang dari pandangan sama seperti sosok tersebut.

   "Huh? Apa jadi? Kenapa budak ni tak mati lagi?" Rocketfish melangkah ke arah Fang dengan penuh terpinga-pinga. Tidak sampai sesaat kakinya menjejak tanah, kepalanya terlebih dahulu disambut lopak air. Tubuh gergasi Rocketfish tumbang ke belakang, menyerlahkan gerangan yang menyimpan pedangnya kembali.

    "Ab... ah... Kapten?" Fang memanggil Kaizo yang mara menghampirinya. Malangnya, seruan Fang itu tidak dihiraukan walau sedikit pun oleh Kaizo. Malah, si Kaizo siap terus berjalan bagaikan tiada apa-apa yang berlaku.

    "Kapte..."

   "Takkan syaitan macam tu pun kau tak boleh kalahkan?"

   Fang mengerutkan dahi. "Macam mana saya nak kalahkan syaitan ni? Ni syaitan Bintang Bawah kot!"

   "Syaitan Bintang Bawah? Apa kau merepek ni?" Kaizo mengerling tajam ke arah Fang.  "Itu syaitan biasalah."

   Fang tercengang. Sempat dia merenung pada kucingnya yang masih lela di dalam poket bajunya. Habis tu, si Gentar tu kata yang syaitan Bintang Bawah tu... kejap, apa fasal aku percaya sangat si Gentar tu? Dia pun bukannya betul sangat!

   "Eh?" Fang ternganga saat menyedari tubuhnya diikat menggunakan kain pelikat di tepi pokok. Tak cukup itu, dia siap diperangkap oleh aura biru yang dipasang Kaizo. Ini bukan setakat hujan tak boleh masuk, dia pun tak boleh keluar!

   "Kejap, kapten! Tunggu! Kapten nak pergi mana?" Fang menghentak-hentakkan dinding beraura itu, memerhatikan Kaizo yang kini jauh ke hadapan.

  Macam ini ke apa yang Rocketfish rasa tadi?

   Gentar tersentak melihat mata Paintasso terbuka luas. Iris matanya berkaca-kacakan warna emas memantulkan simbol bulat seperti huruf ta' marbuthah. Tidak salah lagi, simbol di dalam matanya itu...

    "... nombor lima? Kau syaitan Bintang Bawah yang sebenarnya?" Gentar terkelu sendiri. Ha, sudah. Maknanya dia tersalah bagi maklumat dekat Fanglah maknanya? Ish, siapa suruh syaitan tadi kuat sangat?

   Kejap, kalau syaitan tadi boleh tahan kuat... syaitan dekat depan aku ini macam mana pula?

   "Kau dengar tak?" Sapaan Paintasso menghentikan Gentar dari terus mengelamun.

   "Ha, dengar. Dengar. Eh kau cakap apa tadi?" Aduhai... kesian betul syaitan itu cakap seorang-seorang tadi!

    Paintasso masih berlagak tenang. "Kau nak selamat, kan? Apa kata..." Jarinya diarahkan jauh ke balik Gentar. "Kau serahkan syaitan tu pada aku sebagai ganti nyawa kau."

   Gentar menoleh ke arah Duri sedang menyembuhkan kulitnya. Raut Gentar berubah tegang saat dipalingkan pada Paintasso. "Mana boleh! Kau gila ke apa? Aku takkan serahkan Duri pada kau!"

   "Oh Duri ke namanya? Tak mengapa, aku akan jaga Duri sebagai adik lebih baik daripada kau." Paintasso maju setapak ke hadapan. "Lagipun kau manusiaq dan dia syaitan. Hubungan adik beradik macam tu pasti akan goya..."

   Tangan Paintasso putus ke bawah. Perlahan-lahan Paintasso mengangkat wajahnya memandang keris Gentar dengan penuh jengkel. Tangannya sebelah lagi mencakar leher Gentar namun diheret pula oleh akar akar duri yang tumbuh menjalar.

"Huh... huh..." Duri mencengkam tangannya, mengeratkan pegangan akar itu pada lengan Paintasso. Tidak semena-mena air-air hujan yang berkumpul di tanah naik membentuk batu yang memerangkap tubuhnya.

   "Kau memang..." Tangan Paintasso yang putus bersambung semula. Selaju air yang mengalir, Duri diheret oleh batu lutsinar itu ke belakang Paintasso.

   "Duri!"

   Gentar terus berlari ke arah Paintasso meskipun berus syaitan itu diarahkan padanya. Jeritan Duri akibat cairan batu yang berasid itu menjedakan langkah Gentar. Gentar mengaum, marah. "Lepaskan Durilah!"

   "Aku dah bagi kau peluang terakhir untuk lari..." Paintasso memandang kosong ke arah Gentar yang masih tidak mengalah berlari. Tangannya laju menarikan berus ke atas langit, menembak air berwarna membelah udara.

   Satu demi satu peluru Gentar elak sementara kerisnya disiap-siapkan di sisi. Ketika jarak mereka berdua memuncak rapat, kedua-dua mereka mengeluarkan senjata masing-masing.

   SHRING!

   Sipi-sipi keris Gentar mengenai muka Paintasso tanpa sedar sebuah ombak besar di belakang Paintasso mengkambuskan tubuhnya. Tetapi, ia tetap cukup meruntuhkan kegembiraan Paintasso apabila akar-akar kering itu jatuh kesan melindungi Gentar.

   Paintasso menoleh ke Duri. "Kau yini..."

   Gentar menikam Paintasso sebaliknya yang dicucuknyanya hanyalah angin semata-mata. Jeritan bingit memberi respon buat Gentar untuk mendongak ke atas, mempersembahkan Duri yang tergantung oleh tali tebal berwarna di langit malam.

    "Kalau dia tak ingin jadi adik beradik aku, itu bermakna dia hanya perlu jadi karya seni aku sampai matahari muncul." Paintasso menggengam tangannya, mengawal cat air yang mengeras melilit  seluruh anggota Duri sehingga menerbitkan darah. Erangan kesakitan Duri langsung tidak diendahkannya.

    "... gentar..."

   "BERHENTI!"  Gentar ditolak ombak kecil Paintasso jauh ke belakang. Merah-merah kulitnya terkena air panas yang membasahkan bajunya.

   "Jangan risau, aku akan paparkan mayat kau sebagai karya seni aku yang seterusnya." Paintasso menembak cecair asid daripada berusnya bagaikan peluru berpandu. "Dan setelah kau mati, aku akan jadikan Duri adik beradik aku!"

   "Kau ni lagi banyak cakap dari akulah!" Gentar melompat ke tepi lalu terkena cecair panas pada bahunya tanpa sedar. Panjang dia mengaduh seraya tubuhnya secara refleks mengelak.

   Gentar mengerling pada bahu bajunya yang terhakis. Kulit bahunya kering memerah dan mula membengkak. Kalau terkena keris ini, memang matilah dia!

   Kaki Gentar terbenam ke dalam lopak air. Tanpa disangka-sangka, lopak air itu bangkit menggelegak menghempas ke arahnya. Pantas dia menghindar ke tepi. "NI BENDA PULA? Eh, banyak betullah serangan dia! Satu-satulah!"

   Wajahnya ditelengkan pada syaitan kanak-kanak yang tersenyum bersahaja... DI KALA DIA TERSEKSA! Huh! Hujan semakin deras melimpah, memberikan kelebihan buat Paintasso menyerang sementara Gentar semakin sukar bergerak.

  "Kenapa dia tak buat serangan drastik macam tadi? Ke dia sengaja nak main-main dengan aku? Sunyi sangat dia tu!" Gentar mengomel sendiri. Kakinya diangkat-angkat daripada memijak lopak air yang kian bertambah.

   Ah, memang dia kena habiskan syaitan kecil ini cepat. Kalau tak, Duri...

   GEDEGUNG!

   Bunyi guruh itu sedikit menyentakkan Paintasso. Perlahan bahunya digosok, menenangkan bulu roma yang tegak merinding. Nafasnya ditarik sekilas sebelum wajah Gentar menjengah mukanya. Cepat-cepat dia menepis ke tepi keris Gentar yang cuba ditujukan pada perutnya. Serangan balas dibuat dengan menghayun berus itu pada Gentar malangnya berusnya disepak Gentar sehingga hampir longgar pegangannya pada berus itu.

   Tatkala Paintasso hampir goyah, Gentar mengambil kesempatan menghunuskan kerisnya pada leher syaitan itu. Tergopoh-gapah syaitan itu merenggang lehernya ke belakang merelakan keris itu melepasi lehernya. Berus pada tangannya dihadapkan pada perut Gentar kebalikannya Gentar mengelak terlebih dahulu ke tepi. 

   Paintasso berdiri penuh termengah-mengah.

   Gerakan apa ini? Ia macam... pernah nampak.

   Satu suara menjengah memorinya. "Kalau kau nak tahu, inilah namanya silat."

   Naik teruja Gentar melihat Paintasso memegang kepalanya penuh kesakitan. "Heh, dia dah stress! Inilah masa!"

   Gentar tersengih besar menyasarkan kerisnya pada leher Paintasso dan PAP! Tangannya dipegang oleh Paintasso menyebabkan keris Gentar melepasi bahunya. Automatik Gentar menarik tangan Paintasso dan mengunci tangan syaitan kecil itu dari belakang. Terus dia menendang Paintasso hingga jatuh melutut.

  Dalam pada itu, Paintasso mengeluarkan sebelah lagi tangannya.

  SHRING!

  "Huh?" Gentar berpaling ke bahu sendiri. Terbuntang besar matanya menyaksikan sebuah ombak berdarah makin merapatinya. Tangannya  lekas melepaskan pegangannya pada Paintasso lantas membelah ombak itu. Tika tubuhnya berjaya diselamatkan dari dihakis, besi kerisnya sudah ditelan ombak tersebut.

   "Alamak..."  Gentar memegang sarung kerisnya yang kehilangan senjatanya. Tahu-tahu sahaja bunyi ombak menusuk masuk ke telinganya, mengisyaratkan bahaya menghampiri dari sisi. Terburu-buru Gentar berlari demi melindungi nyawa. Di dalam benaknya, mungkin ada satu ombak sahaja, rupa-rupanya semakin banyak ombak bertandang dalam perlawanan mereka.

   SPLASH!

  "URGH!" Naik turun dada Duri tatkala kulit belakangnya mengenai hempasan ombak itu. Sepertinya Paintasso pun tidak lagi mempedulikan keadaan Duri malah ia lebih mengfokuskan keadaan Gentar yang kini melecur di sana-sini.

   "Mana aci main tipu!" Masakan tidak, ombak itu terlalu tinggi dan lebar sampai dia tiada ruang untuk mengelak.

   Aduan Gentar dipandang sinis Paintasso. Darah-darah Duri turun menyimbah bumi bersama-sama air hujan. Berus itu dicelupkan pada darah itu dan dihayunkan ke langit. Hayunan itu menggegarkan tanah, memaksa air keluar mewujudkan ombak besar.

   Dia kena selamatkan Duri...

   SHRING!

   Keris tidak bermata itu digerakkan laju memotong angin. Matanya berkedut sesaat. Ah, tak kena pula! Dia mencuri setapak ke depan, mengeluarkan kerisnya buat kali kedua namun kali ini nasib tidak menyebelahinya. Sebuah ombak gergasi dari tepi mendorongnya ke sebelah.

   Tergigit bibirnya menahan dari menjerit kesakitan agar ombak berasid itu tidak masuk ke dalam mulutnya. Pedih terasa bila kulitnya dilepuh sebegitu rupanya. Badan Gentar terseret ke tanah tanpa disambut mana-mana pokok yang sendirinya pun telah terhakis ombak itu.

   Titisan hujan bergegas menjatuhkan diri pada Gentar yang tertiarap, seolah-olah ingin menyejukkan luka Gentar yang kini sudah menguning.

  Gentar bertambah panik. Macam mana dengan Ochobot? Macam mana kalau ombak itu ada terkena pokok yang ada kotak Duri itu? Apa dia perlu buat?

   Guruh mengeluarkan beberapa bunyi menyerupai piano besar yang jatuh menjunam ke tingkat bawah, kemudian menjadi gemuruh berterusan yang menenggelamkan bunyi hujan.

  Gentar mencengkam tanah yang basah. Suaranya pecah. "Apa saya perlu buat Tok Sah? Saya kena jadi kuat ke pandai sekarang?"

  "Kau tetap fikir kau boleh menang?" Cahaya kilat itu memberikan bayang-bayang pada wajah Paintasso itu, memberikan aura keseraman pada syaitan itu. Syaitan itu menarik rambut Gentar.

  "Menyedihkan. Kau sendiri tak boleh lindungi adik kau." Tarikan itu semakin kasar.  "Hubungan macam ni boleh lukis dan dipadam macam tu je."

   Paintasso menarik kakinya, ingin mencederakan perut Gentar tetapi Gentar berjaya mengundur ke belakang. Bergetar kaki Gentar menampung berat sendiri. Teriakan semangat disuarakan seraya kerisnya dihalakan pada Paintasso yang berdiri tanpa gentar. Serpihan keris yang tersisa itu sedaya upaya dibenamkan pada leher Paintasso.

   Ia sia-sia belaka.

   "Aaargh..." Menggigil Gentar menekan kerisnya pada leher Paintasso. Tak jadi! Tak terbelah!  Tak...

  SHRING!

  Gentar mengambil beberapa gajak dari Paintasso. Bahagian torsonya pedih. Kala tangannya diletakkan pada perutnya, darah mula bergerak di atas tangannya. Dia sendiri tidak dapat bezakan sama ada itu darah ataupun air hujan yang mengalir. Lambat-lambat mukanya diangkat memandang Paintasso yang sudah mengangkat berusnya.

   Buat pertama kalinya, dia rasa nak lari. Tapi...

   "BISMILLAH!" Gentar menggagahkan diri. Kerisnya disorok dari belakang. Keberanian menyorong setiap langkahnya ketika dia mula menghadap Paintasso melalui tembakan-tembakan cecair dan lopak air yang tidak berhenti menyerangnya.

    Demi Duri... demi adik dia...

   "Berani-berani dia." Paintasso berdecit, geram. Dia akhirnya menghayunkan kuat berusnya ke atas.

   Dia akan cuba sampai mati!

   Lopak air di sekeliling Gentar naik setinggi pokok-pokok, menyekat pergerakan Gentar.

   GEDEGUNG!

   Kanak-kanak itu laju mendapatkan ibunya. Nampaknya, bunyi guruh itu benar-benar menakutkan anak kecil itu. Kepalanya diusap-usap lembut. "Kenapa ni, BoBoiBoy? Takut ke? Hehehe, kamu sama macam adik-adik kamu."

   Gentar menoleh pada lima kanak-kanak mendekati seorang lelaki dewasa. Adakah itu ayahnya? Kepalanya didekatkan pada dada ibunya, mendengar rentak jantung ibunya yang menenangkan. Matanya dipejamkan.

   "BoBoiBoy tahu...  ada sahaja orang yang boleh selamat dari terkena guruh tapi  itu tak bermakna BoBoiBoy boleh serah diri pada kilat itu pula." Hidungnya terasa dicuit. "Guruh ada cas negatif, sebab itulah dia mencari tanah yang ada cas positif, untuk stabilkan diri dia."

   "Dan macam itulah manusia. Di kala kita semakin jatuh, bangkitlah seperti kilat untuk menyambar cas positif kembali."

   Sebuah renjatan elektrik besar keluar daripada dinding air tersebut. Sekedip mata, air-air berasid itu berjaya dibelahkan oleh Gentar. Berdentum-dentum kilat mengejar dan memanah Gentar yang maju menghala Paintasso.

   "Berjuanglah Gentar."

   "Huh!" Paintasso kelam-kabut mundur melarikan diri. Setiap kali ombak-ombak yang dibuatnya mendekati Gentar, ombak itu akan menggelegak dan dipotong semudah itu oleh Gentar. Satu demi satu ombak!

   'Tak mungkin...' Paintasso mengeluarkan serangan tidak tentu hala. Sekejap-sekejap dia menghentak berusnya, bahkan Gentar berhasil membelah dinding itu. Dia cuba menembak Gentar, namun guruh-guruh yang sambar-menyambar ke tanah menyulitkanya untuk menyasar.

   Manusia itu semakin dekat!

  Paintasso kian mengundurnya. Sengaja dia melukakan tangannya lalu menumpahkannya pada berusnya, sebuah peluru berasid sebesar pokok dilepaskan merata tempat menuju  ke sasaran yang sama.

   "Duri..."

   Kelopak mata Duri bergerak-gerak. Samar-samar wajah beberapa kanak-kanak menyinggah permandangannya. Kelopak matanya memberatkan diri meskipun dia berusaha membukanya. Tiba-tiba, bahunya dipegang. Iris kelabu itu memasuki matanya.

  "Bangunlah! Gentar dalam bahaya!"

   Darah-darah Duri yang  menitik menumbuhkan akar-akar secara drastik. Akar-akar itu menyerap peluru berasid itu yang mengelilingi Gentar. Duri di atas menyambarkan tangannya. "Lemparan Getah Berasid!"

   Getah-getah itu dimuntahkan akar-akar itu, membekukan kaki Paintasso. Tidak sempat Paintasso ingin bertindak, lehernya ditekan oleh keris Gentar. Cahaya kilat menggetarkan merentasi Gentar. Kerisnya mula memanjang dengan cahaya merah, menggores kulit Paintasso.

   "Tak ada apa yang boleh..." Gentar menekan kerisnya. "...padamkan ikatan aku dengan Duri!"

    Sepantas kilat, kepala itu tercampak ke bawah!

  






















Fang : Haih, kenapalah aku bolah terperangkap dalam pelindung ni. *lukis lukis dekat dinding pelindung*

Nooroo : Ha, nah. *hulur kertas*

Fang :  Apa pula ni?

Nooroo : Skrip rahsia Elementallah! Tanya pula. Aku nak bagi Ochobot dia tidur. Bagi Gopal pula, member tengah nazak. Kau tengah percuma ni, aku bagilah kau.

Nooroo : *tengok aura pelindung yang rosak* Huh, lari pula.















⚡⚡⚡

Bila dengar lagu Tanjiro No Uta buatkan rasa macam Gentar dengan Tanjiro hampir sama aura dia. TvT Walaupun perangai Gentar ngek sikit.

Meskipun kalah...
Meskipun kalah...
Kau tetap harus terus hidup.
Tak peduli betapa luka dirimu...
Kau memiliki sesuatu 'tuk dilindungi.

ARGHHHHHHH  *Nooroo murung*

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top