| 35 |
ELEMENTAL SLAYER
-------------------------
"Tak ada yang boleh padamkan ikatan aku dengan Duri!"
.
.
.
SINARAN cahaya bulan menyelubungi tubuh Gopal yang terbaring atas tanah kuning. Berdesas-desis nafasnya dalam minit rongga wajahnya memuntahkan darah. Gopal memperlahankan hembusan serta tarikan nafasnya ke seluruh badan dengan harapan teknik itu berjaya melambatkan penyebaran racun.
"Urgh..." Rasa panik mula menjengah saat lengannya berubah menjadi daun bawang yang ringan diangkat. Namun, cepat-cepat dia kembalikan rentak nafasnya. Perutnya dipijak sesuatu yang lembut.
"Jangan risau, Gopal! Saya... saya akan cari bantuan." Riak risau Ekul hilang dari pandangan diganti dengan mutiara angkasa tergantung yang mulai disorok kegelapan langit.
GEDEGUNG!
Dentuman guruh memancarkan sisi muka yang berkumpul di halaman rumah itu. Mereka bertiga membuang arah ke luar di mana hujan mula merembeskan isi-isinya yang renyai. Lelaki memakai sarung topeng itu melepaskan nafas berat. "Maaf kerana terpaksa hantar kamu berdua dalam cuaca sebegini. Tetapi kita menerima bantuan kecemasan daripada orang-orang kita. Kamu bersedia untuk lakukannya, Kaizo? Kirana?"
"Boleh, Temenggung," sahut lelaki berambut ungu berkontrakan wanita berambut merah panjang yang lebih bertanyakan soalan kepastian. "Tempat itu di hutan Sepang, bukan?"
"Ya, benar."
Lirikan senyuman terbit pada raut wanita itu. "Kalau begitu, kami berdua boleh lakukannya seperti kepercayaan Temenggung."
GEDEGUNG!
"Nampaknya kita mungkin akan berlawan dalam hujan, Kai." Kirana sengaja berbual kosong sedang mereka berlari menerusi pokok-pokok. Bicara Kirana hanya disambut angin. Terbit senyuman Kirana ketika mengerling pada wajah serius Kaizo.
"Kalau difikirkan... bukan Fang ada kata dia akan berlawan di sini? Sepertinya kau akan bertembung dengan dia."
Larian Kaizo hampir terjeda. "Boleh jadi."
"Eh, hujan." Gentar menghalakan tangan ke luar. Beberapa titisan hujan menapak pada telapak tangannya. Ah... betullah hujan. Raut wajah Gentar berubah 360 darjah. "Kejap, hujan? Macam mana dengan Fang nanti? Aduh... aku kena cepat ni!"
Sudahlah dia tak boleh buat bayang-bayang, ditambah pula dengan hujan... tak fasal-fasal jadi lempeng dek terkena serangan Syaitan Bintang Bawah tu! Berbagai kemungkinan memenuhi Gentar sedang dia yakin menyusuri hutan hadapan. Kakinya membuat penghentian mengejut mendengarkan teriakan seseorang daripada arah kanannya.
"Apa pula tu?"
DUSH!
Syaitan itu ditolak kasar ke tanah. Bulu-bulu pada kulitnya dibasahi darah sendiri. Merengek-rengek Shleep tanpa suara dilayan teruk sebegitu rupa. Rambutnya ditarik kuat dari belakang sehingga lehernya terasa tercabut. Sekali lagi dia menjerit sengsara. Lamun, wajah figura itu tidak langsung terjejas dengan rintihannya, seolah-olah berpuas hati merakam keadaannya yang terseksa.
"Berhenti!" Gentar masuk campur tanpa dijemput. Itu bukan syaitan yang dia jumpa tadi ke? Kenapa syaitan itu kena seksa dengan kawan dia?
Kedua-dua syaitan itu automatik menelengkan wajahnya pada Gentar. Terketar-ketar suara Shleep seakan-akan mahu meminta tolong sebaliknya wajahnya dihempaskan lagi ke tanah. Gentar melangkah setapak. "Kejap! Apa kau orang buat ni? Bukan kau orang sama-sama ke?"
Tangisan Shleep memedihkan telinga Gentar.
"Sama-sama? Dia sendiri larikan diri dari manusia. Dia tak layak untuk jadi abang aku lagi." Syaitan kanak-kanak itu mengeluarkan berus gergasi dari belakang. Anak matanya dijelingkan pada Gentar yang siap-siap mengeluarkan keris. Lambat-lambat dia melepaskan Shleep yang terburu-buru menyembunyikan diri lalu berpusing menghadap Gentar. "Memandangkan aku baik hari ni, aku bagi peluang untuk kau lari sekarang."
"Aku takkan lari lepas apa kau buat dekat syaitan tu!" Gentar membuka buah silatnya bersama keris dihunuskan ke arah syaitan itu.
Syaitan itu mengerutkan dahinya. "Itu abang aku. Bukan ke abang sepatutnya lindungi adik dia? Tapi dia gagal dalam mencorakkan peranan dia."
"Itu bukan abang dengan adik kalau kau cederakan dia! Langsung tiada kekuatan terjalin antara kau orang!" Sejurus itu, bunyi guruh berdentum memancarkan wajah syaitan itu yang naik berang. Syaitan itu menghentakkan berus gergasinya pada lopak air.
"Baik kau tarik balik."
"Buat apa aku nak tarik balik? Betul apa..." Gentar tidak ingin mengaku kalah, siap berpeluk tubuh pula itu!
Shleep menggigit bibirnya, resah. Dia senyap-senyap keluar daripada situasi yang menyesakkan itu. 'Baik aku lari sebelum Paintasso marah...'
Gentar terkebil-kebil memandang Paintasso yang berdiri kaku. Alamak, sentap ke? Rasa bersalah pula sakitkan hati budak-budak. Baru sahaja Gentar ingin membetulkan kedudukan kakinya, Paintasso pantas mengeluarkan berusnya ke udara, memercikkan selekung air berwarna kuning ke arah Gentar. Lekas Gentar memecut ke belakang pokok, menyedari pokok yang terkena serangan Paintasso tadi terhakis perlahan-lahan.
DUNG!
Pokok itu menumbangkan diri, mendedahkan Gentar yang membuat simbol 'peace' sambil tersengih-sengih. Segera dia menunduk apabila segaris lekungan air menerpa padanya lagi. Saat air itu melalui di atas kepala Gentar, air itu berjaya menghakis sipi-sipi tanjak dan beberapa helai rambutnya.
Tangannya menyentuh tanjaknya yang masih tersisa air itu lagi. Berdecit Gentar merasakan pedih pada hujung jarinya sehingga dia membawa jarinya yang melecur ke depan muka. Mata Gentar membulat. "Ini kalau aku belah air tu guna keris aku, tak fasal-fasal jadi macam hari tu."
Paintasso menekan berusnya pada lopak air. Beberapa titisan hujan melepasi kelopak matanya disapu keras. Laju pula manusia itu mengelak. Ternyata tanggapannya bahawa manusia itu biasa-biasa sahaja salah. Sekali lagi berusnya ditarikan ke udara, mengeluarkan ombak berwarna merah setinggi tubuh Gentar menghempasnya.
"Huh..." Gentar berpaling ke arah beberapa pokok yang sudah tumbang gara-gara serangan tadi. Kejap, Duri! Ochobot! Dia ada sembunyikan kotak Duri dekat kawasan ini. Lekas Gentar pergi berlari membelakangi Paintasso sementara ombak itu menghala ke arahnya.
Paintasso tersenyum sinis menonton ombak itu melabuhkan diri ke tanah. Sekumpulan rumput yang dilalui ombak itu pun terus menjadi kuning pucat. Tidak salah lagi... pasti manusia itu akan mati juga.
Huh...
Pandangannya terpaku pada seseorang melindungi Gentar dari belakang. Keseluruhan tubuh syaitan itu habis hangus terbakar termasuk pakaian yang disarungnya. Dinding duri yang melindungi kawasan tersebut runtuh bagaikan daun gugur. Bergetar iris Gentar menyedari Duri terduduk di hadapannya.
"Duri, sakit ke? Aku minta maaf... habis tubuh kau..." Gentar memegang tubuh Duri yang menggeletar hebat. Kulit Duri kemerahan-merahan sehingga menampakkan tulang temulang kanak-kanak itu. Kulit kepala Duri dibelainya lembut.
"Ah..." Gentar membuka haorinya lantas menyelimuti tubuh Duri, membiarkan Duri menyembuhkan dirinya sendiri.
Paintasso terkedu. Dia orang adik beradik ke? Tapi seorang adik yang lindungi abangnya walaupun abangnya seorang manusia? Ini... ini...
"Ini menakjubkan!" Terletus tawa Paintasso tanpa menghiraukan pandangan tajam yang diberikan Gentar. Paintasso menyambung monolognya di dalam hati. Ini benar-benar jarang berlaku dalam sejarah! Ketika kelopak matanya dibuka, keris Gentar sudah menjengah di hadapan matanya.
SHRING!
Gentar melompat ke belakang sekaligus melepasi belahan air yang dilukisan berus Paintasso di udara. Anehnya, air itu serta-merta jatuh bersama-sama titisan hujan membasahi bumi... tidak terus ke belakang seperti serangan tadi. Berlipat-lipat dahi Gentar tengok syaitan itu masih tidak berhenti-henti tergelak. Tahulah sekarang hujan. Tapi takkan boleh demam.
"Apa benda yang lawak, huh? Aku tak rasa aku ada letak punchline masa lompat tadi," ujar Gentar... jika itu apa yang Paintasso ketawakan.
Soalan Gentar dibalas dengan soalan. "Kau orang adik beradik ke?"
Gentar terdiam sejenak. Matanya mengerling sekilas pada Duri jauh di belakang sebelum menoleh pada syaitan itu semula. Sudah kenapa syaitan ini nak buat sesi temuduga dengan dia ini? "Kalau betul kenapa?
"Hubungan adik beradik kau orang..." Syaitan itu meraup muka bersama senyuman lebar ke telinga. "Ini akan jadi satu karya yang terhebat aku akan lihat."
Tangan itu diletakkan pada matanya, mendedahkan simbol nombor 5 dalam tulisan jawi pada iris mata Paintasso.
Gentar : Haih... dulu asyik jatuh. Sekarang ni asyik kena tembak je.
Nooroo : *tepuk tepuk belakang Gentar dengan batang penyapu* Bersabarlah, sahabat. Ini semua demi perkembangan watak.
Nooroo : Oh ya, *buka telefon* Terfikirlah juga apa jadi dekat Fang kalau dia lawan dalam hujan.
Nooroo : Oh...
Nooroo : Tak apalah... dia mesti selamat punya ah!
⚡⚡⚡
Maaf pendek bab ni TvT
Ini gara-gara sakit hari ini. Pagi tadi tiba-tiba makan roti expired dua minggu (hidup budak kolej, jimat punya fasal).
Dikatakan lepas sahur tu sakit perut. Jadi aku automatik buat tawaf masuk keluar masuk keluar rumah syaitan gara-gara terkena keracunan makanan sampailah aku pengsan ( tidur) kerana asyik membuang je.
Bila difikirkan... lawak juga.
Nooroo : Hrm, apa fasal roti ni keras, en? Tak apalah. Biasa ah tu. (Arwah dulu penjimat orangnya)
Tak apa, babak Paintasso lawan dengan Gentar dan Duri dijamin buat kau orang tak senang duduk! YAAAH MARI! 🔥
Jumpa kau orang minggu depan! ( rancangnya mulai sekarang nak update seminggu sekali fasal sibuk assigment, tak apa kan? Ala anggap aja macam episod anime) :V
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top