| 34 |
ELEMENTAL SLAYER
-------------------------
"Tak ada yang boleh padamkan ikatan aku dengan Duri!"
.
.
.
KAKINYA digoyang panik bilamana ia terkena jeratan ranting-ranting. Fang melompat beberapa langkah ke belakang menghindar letupan peluru tersebut. Tindakan Fang seolah-olah menjauhinya membuatkan Rocketfish tertawa besar. "Tadi berani sangat! Lepas tak ada kawan kau, kau terus lemah macam ni!"
Rocketfish mendekati Fang yang juga turut menjarakkan diri daripadanya. Anak matanya merakam bayang-bayang Fang yang bergerak-gerak sedang dia melepaskan segala peluru. Terangguk-angguk dia penuh bongkak.
"Patutlah. Kau sebenarnya ada kuasa manipulasi bayang. Tapi sebabkan sekarang waktu malam, kau tiada apa-apa melainkan tak berguna je!" Kini, Rocketfish mara berlari menghala Fang. Terkeluar ikan-ikan daripada air sungai serta bergegar kawasan yang dipijak mereka.
Namun, Fang masih tenang memanjat peluru-peluru yang maju ke arahnya.
"DUK!"
Kanak-kanak itu jatuh tersembam ke tanah. Muka polosnya diangkat memerhati remaja yang merenungnya tajam di sebalik kegelapan malam. Remaja itu menjatuhkan pedang kayunya ke sisi. "Kita sambung saja esok."
"Tu... tunggu! Fang boleh berlatih lag..." Kanak-kanak itu terkedu melihat remaja itu telah ditelan isi rumah. Dia menelengkan kepalanya pada pedang kayunya yang tercampak jauh. Tak apa... dia boleh berlatih lagi!
"Fang! Buat apa tu?"
"Oh... Maskmana." Fang teragak-agak ingin mengambil pedangnya mahupun menuju pada Maskmana yang menunggunya di muka pintu. Lambat-lambat dia menggerakkan kakinya setelah digesa oleh Maskmana. Punggungnya dilabuhkan di sebelah bangku kayu bersebelahan pintu.
"Kenapa berlatih lewat-lewat malam macam ni?"
Fang membiarkan kepalanya diusap-usap Maskmana. Jari-jari dimainkan bagi menghilang rasa resah. "Sebab kapten kata saya masih tak boleh lagi guna kuasa saya elok-elok. Kuasa saya tak boleh guna pun waktu malam."
Ketawa Maskmana terletus.
"Maskmana ni gelak pula." Fang membesarkan pipinya. Orang tengah bermuram durja, boleh pula orang dewasa itu menjumpai lawak di sebalik bicaranya. Merajuk atas bumbung baru tahu!
"Tak adalah, bukan niat saya nak gelakkan Fang." Maskmana mencubit pipi Fang yang kembang itu. Tempat duduk di sebelah Fang diambilnya. "Kalau nak tahu, Fang macam bulan tau."
Fang mendongak ke arah bulan penuh di langit.
"Seperti cahaya bulan, sumber kamu bukanlah dari diri kamu sendiri."
Fang berdiri setempat, memastikan Rocketfish keluar daripada sungai. Bergoncang bumi apabila Rocketfish menghentakkan kakinya ke tanah, menahan amarah. Tiada lagi peluru darah yang dikeluarkan daripada tubuhnya. "Jangan harap kau dapat larikan diri! Biar aku pijak kau dulu."
"Huh..." Jasad Rocketfish hilang keupayaan untuk bergerak.
"Maksudnya?" soal Fang.
"Sumber cahaya untuk bayang-bayang kamu ialah sumber matahari."
Fang tersenyum sinis setelah mempasakkan bayang-bayang Rocketfish, menghalang syaitan besar itu daripada bergerak. Sekelip mata, bayang-bayang sekeliling Rocketfish naik ke atas seiring tangan Fang yang mengawalnya.
"Apa? APA KAU BUAT NI!" Rocketfish sedaya-upaya melangkah ke hadapan. Hampir-hampir sahaja dinding bayang-bayang sekitar Rocketfish dirempuh oleh syaitan itu. Dada Fang naik turun mengawal rontaan Rocketfish hingga dia sendiri jatuh terduduk.
"Kalau betullah kau syaitan Bintang Bawah..." Fang menggenggam tangannya, sekaligus memerangkap Rocketfish di dalam bayang-bayangnya sendiri. "KAU SEKARANG DALAM TANGAN AKU!"
Terkejut. Itulah aroma perasaan yang dapat dirasai oleh Gopal. Bukan setakat terkejut, terkedu, tersentak, terperanjat... siap rasa nak pukul dengan penyapu lidi sahaja! Boleh pula kucing kelabu ini tiba-tiba menjengah di sebelah. Huh, dia lagi lera ada syaitan datang menyapanya daripada Ekul seekor ini!
"Gopal..."
"Apa Gopal? Gopal? Kau tak ingat ke kau pernah tinggal aku dekat pemilihan Elemental Slayer tu... SORANG? SORANG?" ungkit Gopal menimbulkan rasa bersalah dalam diri Ekul. "Saya minta maaf..."
"Kalau aku mati macam mana? Kau nak tanggung?" Gopal memeluk tubuh membelakangi Ekul.
Ekul menjaga ruang diantaranya dan Gopal, risau jika mereka berdekatan bertambah marah tuannya itu. "Saya... saya betul-betul minta maaf. Waktu tu saya takut..."
"Jadi kau fikir masa tu aku tak takutlah, dey?" Gopal memeluk lutut. "Aku fikir aku nak mati hari tu."
Kepala Ekul kosong. Otaknya tidak mampu menyusun kata-kata ketika dia sendiri lemas dalam rasa bersalah. Perlahan dia mengundur dan duduk membongkok dengan kepala yang menunduk. Apa yang dia boleh buat sekarang? Aras mukanya teragak-agak dinaikkan sampai secara tidak sedar, Gopal terlebih dahulu bergerak masuk ke dalam hutan.
"Gopal! Gopal! Tunggu!" Tergesa-gesa Ekul mengikuti langkah tuannya. Akan tetapi, beza jangka antara mereka menjadi terlalu besar. Tidak tahulah sama ada langkahnya yang terlalu perlahan ataupun Gopal yang berjalan terlalu laju. Tetap sahaja dia dapat mencapai pergerakan Gopal saat Gopal berhenti setapak.
"Gopal, kau tunggu saya? Kau tak marah saya lagi dah?" Ekul bertanya penuh harapan. Sengaja dia berpusing ke arah Gopal, ingin menengok secara jelas riak Gopal sekarang. Malahan, Gopal boleh pula sedap-sedap mengunyah sepotong roti di hadapan matanya!
Gopal menelan roti yang ditukarnya sepuas hati. Terbeliak matanya menyedari dirinya diperhati dari bawah. Roti di tangannya disorok dari penglihatan kucing itu. "Nak ikut, diam-diamlah! Duduk belakang sana tu!"
"Yalah, yalah..." Ekul berjalan semula ke balik tubuh Gopal. Sempat lagi dia misainya naik gara-gara senyumannya tatkala mereka berdua mulai berjalan. Sekurang-kurangnya Gopal masih berlembut hati dengannya.
DUNG!
Dentuman guruh yang kuat menyentakkan bahu Gentar. Nasib baik tak terlatah benda pelik-pelik. Tangannya disuakan ke hadapan manakala wajahnya ditinggikan menghadap langit. Langsung tak ada bintang dan awan... nampak sangat hari nak hujan. Hehehe, bijak tak pantun yang dia baru buat?
Bunyi kilat yang menggemuruhkan dada langit menyingkirkan fikiran pelik-pelik di dalam kepala Gentar. Sambil berlari, bajunya yang melekat dengan daun-daun disapu-sapu ke bawah. Gentar menghembus nafas penuh mengah. "Tapi tulah... nasib baik aku jatuh atas pokok bukannya atas tanah ke... kalau tak, terus masuk enam kaki ke bawah."
"Macam mana dengan Ochobot, Duri?" Geseran kotak kayu itu memberikan kelegaan pada Gentar. Lantas dia melajukan lariannya menyosori akar-akar dan ranting-ranting pokok sepanjang jalan. "Risau pula aku dengan dia tu. Dahlah tengah hadap syaitan Bulan Bintang tanpa aku, mesti dia tengah menggigil ketakutan sekarang."
Sebuah akar banir dilompat Gentar.
"TUNGGU AKU, AH MENG!"
Sebelah tapak tangan Gopal melabuh pada permukaan batang pokok. Berhati-hati remaja itu maju ke depan sebelum tersingahak oleh bunyi kilat yang bertalu-talu. Ekul di bawah segera didakap Gopal penuh erat. "Eeek! Dahlah hutan ni seram dah! Ada pula bunyi guruh!"
Ekul reda di dalam pelukan Gopal. Tadi bukan main bermasam muka tahap tidak bertegur sapa, ini siap merangkulnya penuh kemas lagi! Pandangannya tumpah pada sesuatu berdekatan mereka. "Gopal! Gopal! Tengok tu!"
"Apa?" Gopal menjatuhkan kepalanya.
Alangkah terkejutnya dia tatkala satu makhluk pelik bertentangan mata bersamanya. Tubuh badannya seperti bawang gergasi di kala kepalanya berbentuk manusia. Habis kesemua langkah Gopal digunakan untuk mengundur membuatkan dia terjatuh dia. "APA BENDA PULA TU?"
Makhluk pelik itu merayap meninggalkan Gopal dan Ekul yang menggigil jauh di belakang. Tiada seorang pun mahu mengekori makhluk itu memandangkan kedua-dua sudah menggeletar bagaikan ternampak hantu. Seekor makhluk pelik yang sama muncul memberi salam pengenalan buat Gopal dari arah semak, menghidupkan mod panik atau mati dalam diri Gopal.
"ADA LAGI BENDA NI! APPPAaaaa!" Tergopoh-gapah Gopal mencabut langkah seribu sambil membawa Ekul.
Tahu-tahu sahaja, mereka menjejakkan kaki mengadap sebuah kebun yang bertingkat-tingkat dengan ketinggian menyamai sebuah pokok. Terdapat beberapa spesies sama yang dijumpai mereka tadi tertanam pada setiap tanah kebun itu serta turut berada mengawal persekitaran kebun tersebut.
"Urgh..." Gopal menjatuhkan Ekul lembut ke bawah. Tangannya mengepit hidungnya, melindungi aroma sulfur yang busuk dari menusuki hidungnya. Aduh... ada orang tak gosok gigi lepas makan bawang ke? Busuknya!
"Rasa pening pun ada..." Terhuyung-hayang Gopal menarik langkah.
Sebuah kekekan kecil berdesing di telinga Ekul. Tumpuannya terhadap Gopal menyisih pada tingkat tengah dalam kalangan kebun yang bertingkat-tingkat itu. Seekor syaitan yang serupa akan makhluk-makhluk pelik tadi mengeluarkan dirinya dari tanah tingkat tengah. Saiznya dua kali ganda lebih besar dari konco-konconya. Seringai dari syaitan itu dipantulkan oleh cahaya bulan ditujukan pada Gopal yang sedang pening-pening lalat.
"BAHAHAWANG. Selamat masuk ke dalam perangkap aku. Aku... Raksasa Bawang, dan malam ni korang akan menerima gelakan aku sedang korang jadi salah satu dari aku. Kemudian..." Monolog Raksasa Bawang terhenti setelah mendapati bebelannya cuma diterima pasrah oleh konco-konconya. Timbul urat-urat kemarahan pada kulit bawangnya menonton aksi Gopal dan Ekul yang endah tidak endah! Siap boleh hulur penyepit baju lagi!
"WOI, KAU DENGAR TAK AKU CAKAP APA NI?"
"Dengar... dengar..." Gopal menyahutnya, mengepitkan hidungnya menggunakan penyepit baju yang diberikan Ekul. Seusai mengelap air matanya, rahangnya terbuka besar melihat gerangan Raksasa Bawang. "YANG NI SAPA PULA?"
Raksasa Bawang tergelak jahat selepas mendapat reaksi yang diinginkannya. "Buat apa aku nak perkenalkan diri aku pada manusia yang pekak? Oh... kau nak lari ya, jangan risau. Kau akan datang balik dengan tubuh yang baharu pada aku!"
"Tubuh baru?" Automatik kepala Gopal terteleng ke belakang. Lariannya juga disudahkan. Penuh sangsi, dia mengamati kulit tangannya yang kemerah-merahan, umpama seulas kulit bawang merah.
"Apa yang kau hidu tadi racun. Dan tak lama lagi kita ada bawang baru. BAHAHAHAWANG!" Jantung Gopal seakan-akan berhenti berdetak memperoleh informasi tersebut. Kelakuan Gopal yang teruk menggelabah menghiburkan Raksasa Bawang bagi menyambung tawanya.
"Aku tak nak jadi bawang, Ekul!" Gopal merengek ketakutan memeriksa kedua lengannya berubah warna. Ini lagi menakutkan daripada kena makan hidup-hidup!
"Uh... err... kejap, Gopal! Bawang-bawang tu nak datang kat kita!"
Bawang-bawang berkepala manusia mengerumuni mereka seperti semut. Semuanya seolah-olah dirasuk oleh Raksasa Bawang dalam mengejar mereka berdua. Kelam-kabut Gopal mengangkat kaki daripada sekumpulan bawang-bawang tersebut.
"Hehehe..." Raksasa Bawang mengeluarkan lebih banyak aroma menyebabkan penyepit baju di hidung Gopal tidak lagi berguna. Gopal terbatuk-batuk pedih ketika bau busuk itu berlumba-lumba memasuki rongga hidung dan mulutnya.
"Gopal, kita kena lari!" Ekul menampar-nampar kaki Gopal seraya matanya mengawasi bawang-bawang yang kian mendampingi mereka. Atmosfera bertambah tegang apabila beberapa meter sahaja lagi jarak yang tinggal. Ekul berlari pantas ke arah sebuah pokok. "TUKARAN MOLEKUL!"
Separuh bahagian pokok itu berubah sebuah besi yang besar lalu tumbang menghempap beberapa bawang itu. Lekas Ekul menggesa Gopal untuk melanjutkan diri ke hadapan. Sebatang pokok dipanjat Gopal sambil Ekul bergayut pada lehernya.
Nafasnya dikeluarkan melalui mulut sembari Gopal bercakap, "Kuat sangatlah bau dia!" Separuh mukanya dilindungi tangannya. Laju tangan itu dijatuhkan kembali ketika bau tangannya juga sama seakan bau bawang juga!
Sengaja Raksasa Bawang menyemarakkan ketakutan Gopal. "Nampaknya tinggal 15 minit lagi sebelum kau berubah rupa."
"Uhuk! Uhuk! Aku akan mati ke? Tapi aku tak nak mati..." Gopal memeluk batang kayu, ketakutan. Bergelen-gelen air matanya yang bocor lebih-lebih lagi bawang-bawang berkepala manusia itu sibuk menaiki pokok yang didudukinya. "Aku takut mati..."
"Kau takkan mati Gopal, aku ada!" Ekul mengusik-usik belakang tengkuk Gopal yang tidak lagi mengeletar. "Gopal... kau tidur ke?"
BEBERAPA TAHUN DAHULU...
"Eh, tu Gopal lah," ejek salah seorang budak bersikat tepi. Sombong benar kanak-kanak itu memeluk tubuh, meremehkan Gopal.
"Apa kau orang buat ni?" Gopal menganalisis situasi. Ketiga-tiga pembulinya sedang menjolok sarang lebah sekali pakej seekor kucing yang tidur nyenyak di bawahnya. Gopal mara dengan deras. "Itu kan..."
"Dah nampak kan?" Si ketua mendepakan tangannya, menghalang Gopal dari mencampurkan tangan. "Ini kerja orang yang bersekolah sahaja. Kau yang tak berpendidikan, jangan nak menyibuklah!"
Sakit belakang Gopal bila ditolak sebegitu rupa.
"Pergi tolong appa kau dekat kedai dia tu!"
"Alamak, ketua!" Rakan-rakan kanak-kanak itu naik panik memandang lebah-lebah berpusu-pusu keluar dari sarang mereka. Salah mereka juga termasukkan batang kayu ke dalam lubang lebah tersebut. Pada momen masing-masing berusaha menyelamatkan nyawa sendiri, Gopal mendapatkan Ekul pergi dari situ.
Dan pada hari tu, tak sangka pula sikap tak sayangkan hidup mendukungnya sehingga ke sini.
"Cuba pukul kuat-kuat lagi, Gopal! Ini ke apa yang appa ajar dekat kamu?" Gelagat Gopal yang kepenatan itu ditonton Ekul. Daripada siang hinggakan matahari naik atas kepala, bapa tuannya tidak betah meletakkan titik akhir pada latihannya.
"Tak laratlah, appa! Esok jelah." Gopal bersandar ke tiang orang-orang, kelelahan.
"APA KAMU CAKAP?" Encik Kumar mengeluarkan sebilah rotan di sebelah tangan. Tak cukup pedang kayu, ada pula si rotan sakti itu. Cepat-cepat Gopal bangun mengelak kakinya menyambut nasibnya dipukul. Mujurlah satu suara bidadari memanggilnya dari dalam. "Gopal dan appanya! Masuklah dalam! Makanan dah siap!"
"Yay! Sambung esok!"
"Tak ada, petang ni sambung."
"Ala..."
Dia tak faham kenapa appa bersungguh-sungguh melatihnya. Padahal baru dapat kuasa tukar benda sahaja kot. Baik guna untuk tukarkan stok bahan makanan je. Kenapa Elemental Slayer? Dalam sedar tak sedar, hasrat ayahnya tidak sengaja tertanam dalam dirinya.
Walau ada hasrat pun, dirinya tak adalah sebagus mana. Potong kepala orang-orang itu pun tak lepas. Kemampuan dia pun hanya setakat tukarkan objek jadi makanan sahaja. Dia lemah. Buktinya, dia juga yang berhenti sekolah kerana takut dibuli orang lain dan masalah hidungnya.
Dia penakut... lebih penakut daripada orang lain. Lembik. Tak pandai berlawan. Menyusahkan.
Dan rasanya mungkin sebab itu jugalah Ekul tinggalkan dia masa pemilihan Elemental Slayer tu. Sebab dia tak cukup kuat. Dia sendiri nak larikan diri dari diri sendiri.
"Jangan cuba lari, appa dah sediakan nasi goreng dah untuk kamu." Encik Kumar bersuara tanpa menoleh ke belakang. Tahu sangat anaknya di dalam rumah itu cuba-cuba lagi melarikan diri. Seperti yang dijangka... bunyi pintu kayu di belakang Gentar Gopal membawa Ekul bertemu dengannya.
"Nasi goreng? Mana?" Bocor mulut Gopal dengan air liur memandang sepinggan nasi goreng kampung disuakan oleh bapanya. "Terima kasih, appa!"
Tapi... mungkin appa dan Ekul selalu menjadi penguatnya untuk terus berani.
"Lepas ni cuba potong pokok tu pula." Jatuh butir-butir nasi Gopal dari mulutnya. Kepalanya dialihkan pada sebuah pokok selebar kereta lembu di belakang rumah mereka. Agak-agaklah appa ini pun.
"Heh... dia takut sangat sampai pengsan ke? Lemah rupanya!" Raksasa Bawang bersorak senang. Di dalam benaknya, ingatkan Elemental Slayer di hadapannya ini kuat... padahal sama sahaja macam yang lain! Tengoklah... askar-askar bawangnya sendiri telah mendekati budak itu.!
"Tukaran makanan..."
Sekumpulan bawang-bawang itu melekat pada dinding pokok yang bertukar pada gula-gula getah. Sedaya-upaya mereka melepaskan diri tatkala Gopal terjun ke bawah bersama mata yang terpejam rapat. Sebaik sahaja kaki itu mencecah tanah, rumput-rumput di situ diganti permukaan madu yang licin, menyukarkan bawang-bawang itu untuk bergerak.
"Apakah..." Terbuntang mata Raksasa Bawang itu bilamana ais itu merebak pada kebun-kebunnya. Dia menjerkah, cemas. "SEMUA BAWANG-BAWANG! SERANG BUDAK MENTAH TU!"
Beberapa bawang-bawang ikut serta ke bawah mendapatkan Gopal tetapi pantas Gopal mengelak bagaikan tiada apa-apa. Sebahagian raksasa bawang kini menggelongsor ke arahnya, cuba melanggar Gopal sebaliknya Gopal melanggar mereka terlebih dahulu termasuklah beberapa sekawan bawang yang lain.
"Apa kena dengan budak ni? Dia buat semua tu dalam mata yang tertutup?" bisik Raksasa Bawang.
Gopal mengeluarkan pedang. Sebuah aura hijau menukarkan pedangnya yang berkarat menjadi pedang besi yang sungguh tajam!
Ekul terkedu melihat perubahan Gopal, tetapi air muka itu digantikan bersama sebuah senyuman meleret.
"GOPAL!"
"Tak mengapa kamu boleh tukarkan benda jadi makanan je..." Encik Kumar meletakkan rotan itu berkali-kali pada bahu anaknya secara lembut. Tertunduk-tunduk Gopal diperlakukan sebegitu.
Encik Kumar mengangkat wajahnya, memandang sebuah pokok besar yang berjaya ditumbangkan ke tanah. Dia bertentangan mata dengan anaknya. "Asah bakat yang kamu ada sekarang. Asah sehingga ia menjadi tajam seperti pedang."
"Walaupun satu pun yang kamu asah..."
Kaki Gopal memecahkan kawasan tanah, sekaligus mengeraskan madu yang dipijak oleh sekumpulan bawang-bawang itu.
"Ia mampu menggoncangkan dunia!"
Kenapa dia tiba-tiba rasa takut?
Raksasa Bawang mengendahkan rasa ngeri yang berkecamuk lalu menghembuskan nafas busuk ke arah Gopal dan siapa sangka... udara yang dilafazkan oleh Gopal bagaikan memotong makanan! Gila ke apa? Gopal bergerak secara melintang dari pokok ke pokok, menuju ke arah Raksasa Bawang!
"Aku kena sorokkan diri!" Raksasa Bawang meliputi tubuhnya dengan lapisan bawang yang tebal
Tengah Gopal mara ke arah Raksasa Bawang, Ekul melompat dari belakang Gopal dan menukarkan lapisan bawang itu kepada daun kering. Serentak itu, Gopal merempuh setiap lapisan itu, mendedahkan kepala manusia Raksasa Bawang yang bertubuhkan bawang itu!
SHRING!
Kepala Raksasa Bawang bergolek ke tanah. "Aku kalah dekat manusia macam ni je?"
Nafasnya terhenti.
Gentar : Alamak, dekat mana pula kita ni? Takkan sesat pula. Aku mana pernah sesat. *pandang pokok yang nampak sama* Hrm..
Gentar : Apa-apa pun kembali kepada rahsia Elemental kita!
Gentar : Kucing atau power sphera bak kata RamenMan dengarnya seekor kucing mampu berjaya kalahkan seekor syaitan. Kuat juga power sphera ni. Tak macam yang tengah tidur tu.
Duri : Hmmmm *marah*
Gentar : Erk, maaf Duri. Ah... okeylah! Kita kena segera ke Fang ni *tersepak akar* *terjatuh*
⚡⚡⚡
Gopal sungguh op dalam bab ni 😔🔥 Lagi lagi dengar soundtrack Zenitsu. Perggh meremang dia sampai sini bhai.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top