| 32 |
ELEMENTAL SLAYER
-------------------------
"Tak ada yang boleh padamkan ikatan aku dengan Duri!"
.
.
.
SEPASANG selipar yang bergerak langsung terjeda. Dedaun kering itu terseret ke tepi apabila selipar itu berpusing sama arah dengan pemilik tubuh. Gentar menghulur rasa bingung memandang Gopal yang menggigil ketakutan di bawah. "Kenapa pula kau ni?"
Gopal duduk memeluk lutut. "Aku tak nak pergi!"
"WARGH! JANGANLAH PAKSA-PAKSA AKU!" Gopal mencengkam rumput-rumput panik diheret kaki oleh Fang. Semakin kuat Gopal meronta, makin kuat Fang maju ke hadapan! "Kau ni dah kenapa? Masuk jelah!"
Sedang Fang berusaha menarik Gopal, tapak kasutnya lari dari tanah yang licin. Dan buk! Gentar pun satu! Bukannya mahu simpati ke, tolong kawan ke... dia boleh pula tergelak terbahak-bahak tanpa tersorok-sorok! Merasakan Fang masih berdecit sakit membangunkan diri, Gopal mengambil jalan menjarakkan diri daripada mereka.
"Jomlah, Gopal! Ha, kat luar ni lagi banyak syaitan tau! Tak ada aku nak tolong kau nanti!" Gentar cuba menakut-nakutkan Gopal.
"DEY, KAU BUKAN ADA KUASA NAK TOLONG AKU PUN! HUTAN TU LAGI BAHAYA!" dalih Gopal, tidak termakan tahyul si Gentar itu. Dia segera mengesot ke belakang, mengagak Fang akan mendapatkan kembali sebaliknya Fang cuma memusingkan diri ke belakang. "Kalau dia tak nak pergi, kita biar sajalah dia kat sini."
"Eh?" Gentar terkebil-kebil pada Fang sudah berlalu pergi. Macam itu pula? Pandangannya jatuh pada Ochobot yang turut sama tercengang. Sudah seperti dalam situasi ibu bapa yang bercerai pula.
"Aku nak pergi masuk dulu tau, Gopal. Kau rehatlah dulu kat luar. Ada makanan kat aku simpan sikit." Sempat Gentar memberi pesanan ringkas. Berhentilah Gopal menggeletar untuk sesaat mendengarnya. Lambat-lambat Gentar maju mengejar Fang sambil melambai ke belakang. "Kalau kau nak masuk, masuk je!"
Gopal akhirnya memeluk tubuhnya sekuat hati menyedari kawan-kawannya telah masuk hilang ke dalam hutan. Sesekali dia mengetap gigi kerana kesejukan. Kejap. Macam mana kalau ada syaitan datang melepak minta duit tahun baharu dekat dia nanti? Rasa menyesal pula tak ikut sama!
Tapi... kalau syaitan dalam tu lagi kuat dari dia? Lagi teruk, dia boleh sesat!
"Uh, uh, uh... nak masuk ke tidak? Tak apalah, aku tunggu dia orang kat luar jelah kot..." Gopal kembali duduk dari berdiri, menyedapkan hati sendiri. Padahal kaki sendiri sudah terketar-ketar. Kepalanya dipalingkan ke sebelah.
"PRAK!"
Suasana hutan yang hening itu diisi kerakan ranting kayu yang patah dipijak mereka berdua. Gentar menyepak daun-daun kering bagi mengisi rasa kesunyian. Pelik betul! Ini sahkan syaitan, manusia dan binatang pun tak ada walaupun bayang-bayang dia orang sekali pun! Ke misi ini suruh pergi berkampung dalam hutan pula? Tak logik! Tak logik!
"Mana pula syaitan ni... oh, ya! Kenapa kau tak nak ajak Gopal tadi? Tak risau ke dia seorang-seorang?" Gentar membuka bicara, sekaligus berjaya meleraikan bibir Fang yang tertutup rapat itu.
"Kalau dia takut-takut, baik tak payah masuk. Nanti tiba-tiba mati susah pula," jawab Fang selamba tanpa bernada. Langsung tidak pandang wajah Gentar! Tiada skil bersosial sungguh!
"Pandai-pandai kau je cakap macam tu," balas Gentar, bermain-main dengan kerisnya. Sudahlah! Tidak ingin dia mahu bercakap sepatah dua kata lagi dengan budak landak ini. Berlagak sangat. Eleh, macamlah dia tak berlagak tad
"Tapi Gopal boleh tahan kuat jugalah," sampuk Ochobot.
Fang memutarkan bola matanya. "Yalah tu... huh, HATI-HATI!" Laungan cemas Fang itu serta-merta menghentikan segala pergerakan mereka. Baru sahaja Gentar ingin membantah, sebuah garisan cahaya meluru mereka mengunci lidahnya. Tangannya mencapai leher haori Fang dan Ochobot.
SHRING!
Sipi-sipi garisan kilat itu memotong telapak kasut Fang, menghakis permukaan kasut itu. Dalam masa yang sama, sebuah pokok terpotong dan tumbang menghempas tanah gara-gara serangan itu. Serangan apa macam tu? Gentar mengeluarkan kepalanya dari sebalik pokok.
"JANGAN! ADA SERANGAN LAGI!" Serentak itu, beberapa garis cahaya menghampiri mereka. Tergocoh-gocoh masing-masing berpaut pada pokok, membiarkan cahaya itu membelah pokok yang dipanjat mereka. Belum sempat hujung jari menyentuh rumput, serangan itu bertambah jumlahnya menerjah mereka.
"Cahaya apa tu?" Ochobot menggenggam belakang baju Gentar sementara kakinya tertacap kuat pada permukaan kotak. Bergoyang-goyang tubuhnya mengikuti pergerakan Gentar memanjat dahan pokok. "Bila tengok balik... bentuk dia macam libasan pedang je."
"Itu datang daripada syaitan!" beritahu Fang dari pokok sebelah.
"Eh, mana kau tahu?" Pertanyaan Gentar disambut wajah menoya daripada Fang. Habis itu? Siapa lagi yang mampu lontarkan serangan ini? Nenek jiran sebelah? Namun, kepala Fang tidak mampu menampung pelbagai ayat sarkastik melewati mindanya dek sibuk bergayut di pokok.
Pap! Mereka berdua mendarat ke bawah. Gentar menoleh ke kiri, di mana terdapat satu lagi cahaya libasan pedang muncul. "Takkan nak panjat-panjat pokok je? Kita mesti kena fikir cara lain juga!" Kerisnya dikeluarkan dan tanpa sedar libasan kerisnya berjaya membelah serangan itu kepada dua. Eh?
Fang lantas turun daripada pokok. "Nampaknya kita boleh tahan serangan tu! Gunakan keris kau!" Tangannya menghunus keluar katana.
"Siapa kau? Ketua ke?" Gentar membuat muka tidak puas hati sebelum rambutnya ditarik kuat Ochobot.
"Gentar, hati-hati!"
SHRING!
Keris Gentar melalui libasan cahaya pedang itu, membelahkan lagi libasan yang terbelah itu ke belakang. Cepat-cepat Gentar berpusing melompat ke tanah ketika serangan yang dibelah Fang meluru ke arahnya. Hampir terjatuh si Ochobot! "Hei, hati-hatilah sikit!"
SHRING!
Gentar menoleh ke sisinya lalu menghayunkan keris. Matanya tidak lepas-lepas memandang Fang bersama dendam yang berkumpul. Sekurangnya sahutlah juga! Lagi-lagi, apa fasal dia tak halang saja guna kuasa bayang dia?
Oh, sekarang kan waktu malam. Hrm... nampaknya Fang pun tak berguna macam dialah!
"Ah!' Gentar menepis hidungnya. "Ala, setakat libas sana-sini. Kacang je ni!"
SHRING!
Gentar mengangkat kerisnya. Pejam celik, pejam celik, dia berpaling laju mencabut langkah seribu melepasi Fang, meninggalkan remaja itu terpinga-pinga. Fang mengerutkan dahinya. Sudah kenapa pula si Gentar itu? Wajahnya tertarik pada bahunya. "Apakah!"
Kini, pecutan Gentar mengalahkan harimau juara Sukaneka dipintas tanpa adab oleh Fang. Gentar tidak mahu mengaku kalah, memotong tempat pertama. Boleh pula dia menjerkah si Fang. "Janganlah laju sangat! Kau nak lawan aku ke?"
"KAU INGAT AKU ADA MASA KE? KAU TAK NAMPAK KE KAT BELAKANG TU?" Fang menunjuk sekali lalu ke balik mereka. Masakan mereka tidak panik? Libasan garisan pedang itu membawa beberapa tubuh Elemental Slayer mengejar. Itu kalau dicuba potong, yakni tubuh mereka akan dibawa bersama-sama mayat-mayat tersebut! Pokok-pokok habis dirempuh serangan itu!
Selipar Gentar terhempas kuat ke atas tanah menyebabkan kakinya dilukakan beberapa ranting kecil. Matanya tidak lepas memandang ke kiri dan ke kanan, mendapati beberapa mangsa yang terbelah tubuhnya di merata tempat. Pasti akibat serangan libasan tadi.
Derasan angin di belakang Fang menambahkan keresahan remaja itu. Kepalanya termangu-mangu pada beberapa pokok seraya otaknya penat memerah idea. "Tapi, kalau kita panjat atas pokok? Kita akan selamat ke?"
"Uh..." Ochobot menaikkan mukanya. Kucing itu mengerling pada ombak-ombak mayat yang mendekati mereka barulah ia mengusik bahu Gentar bersama riak yang bercahaya. "Aku tahu!"
Gelombang libasan itu laju menumbangkan satu demi satu pokok-pokok yang berdiri tegak di atas tanah. Sampai sahaja di pokok yang diduduki Gentar dan Fang, mereka berdua kemudian melompat melepasi libasan cahaya yang membawa mayat-mayat itu. Sejurus itu, libasan itu berhenti bergerak.
Gentar menjatuhkan bahunya. "Eh, dah berhenti?"
"Uh... uh..." Sebuah desusan ketakutan menerusuki lubang telinga mereka. Sebuah pokok berhampiran sebaris mayat yang berkumpul itu didatangi Gentar. Tangannya bersiap-sedia memegang keris sementara Fang menjaga Gentar di belakang dengan katananya.
Sebaik sahaja mereka mendongak ke atas, kelihatan seorang remaja seusia mereka berpeluk pada dahan pokok.
"Eh, ada logo Elemental Slayer dekat baju dia!" jerit Ochobot penuh yakin selepas mengecam tulisan jawi di belakang remaja itu.
"Kau okey ke? Apa dah jadi dekat sini?" Gentar memandang budak berambut mangkuk di atas dahan pokok. Ragu-ragu budak itu melepaskan pelukannya pada batang pokok itu. Seusai merasakan kedua di bawahnya itu manusia biasa, remaja itu berani menunduk ke bawah.
Yakinnya remaja itu mengekori beberapa Elemental Slayer dari belakang. Kegelapan hutan menambahkan getaran di dalam dadanya. Berbunyi ranting berpijak bergema menambah irama pada bunyi daun-daun pada pokok yang bergerak.
"ARGHHHHH!"
Jauh dari hadapan, beberapa Elemental Slayer yang panik. Ada sebahagian yang mencabut langkah seribu melepasinya. Bebola mata remaja itu membesar luas mendapati figura tubuh Elemental Slayer terbelah menjadi dua. Ketakutan yang menyeluruhinya memaksa tubuhnya kaku, memegang pedang tanpa hala tuju.
SHRING
"LARI SEMUA!"
"SHRING!"
Libasan cahaya itu dipotong. Gentar laju memandang remaja itu. "Jadi betullah semua mayat-mayat ni Elemental Slayer?"
"Macam mana kau boleh faham isyarat tangan dia tu? Tengah lawan lagi!" Fang berlipat dahi cuba memahamkan. Cepat-cepat dia membelah gelombang libasan yang nyaris mengenai pinggangnya.
"Ah, macam kau tak kenal aku. Aku kan hebat! AH!" Gentar melompat mengelak libasan pedang itu. Riaknya berubah melihat mayat yang dibawa libasan tersebut namun dia segera mengubah air mukanya. "Oh ya, nama kau siapa?"
Remaja itu tersentak seketika. Jari-jarinya bermain dengan jari yang lain, membentukkan satu huruf.
Gentar mengusap dagunya lalu terangguk-angguk. "Oh. Iwan! Aku Gentar! Ni pula..."
"Sekarang bukan masanya untuk berkenalan! Kau tengok tu!" Fang menghalakan katananya ke hadapan. Beberapa pokok terbelah. Libasan cahaya berbentuk pedang kini tidak kosong semata-mata, bahkan ia membawa beberapa tengkorak menuju ke arah mereka. Bukan satu sahaja! Ada di kiri kanan dan belakang mereka!
Kerisnya dipegang kemas. "Apakah..."
"Meow!" Seekor kucing berbulu oren berjalan menjenguk figura badan bergempol seperti ahli sumurai itu. Dia menggeserkan-geserkan badannya pada kaki syaitan itu, memeranjatkan syaitan itu daripada melibas pedang lagi.
Syaitan itu menolak-nolak angin, menghalau kucing itu. "Ja... janganlah Oyen-san! Naik atas pokok balik! Aku tengah buat kerja ni! Macam mana kalau ada dia nampak kau?"
"Dia? Siapa diaq yang kau maksudkan tu, Sumorai?"
Terbeliak mata Sumorai jadinya. Dia pantas memusingkan tubuhnya menghadap kanak-kanak itu. "Bukan! Bukan itu maksud aku!"
"Hrm?" Kanak-kanak itu menjeling pada kucing yang berada di sebelah kaki Sumorai. "Kau dah lupa ke tugas kau sebagai abang aku? Kau masih main dengan kucingk ni lagi?"
"Ja... jangan! Ak... abang akan bunuh semua manusia-manusia tu! Tapi jangan kucing ni!" Sumorai menggigil merayu. Kucing itu memanjat pokok merenung Sumorai penuh kerisauan. Senyap-senyap ia mengiau.
"Kalau begituk, cepat-cepatlah hapuskan mereka semua." Kanak-kanak itu menghilang menjadi cecair yang menyerap tanah. Sesudah perasan ketiadaan kanak-kanak itu, Sumorai mengerling ke arah Oyen-san yang ketakutan pada dahan pokok itu. Dia berpaling ke hadapan semula.
Dia rasa bersalah. Tapi... kalau tak sebabkan manusia-manusia itu, Oyen-san pasti akan terima akibat!
Pedangnya dihayunkan, mengeluarkan libasan cahaya yang keluar bergerak daripada pedang itu seperti gelombang.
SHRING!
DUNG!
Berdegung bunyinya apabila mayat-mayat itu bertembung antara satu sama lain, sekali gus menghentikan libasan itu daripada bergerak. Meskipun begitu, ia tidak memberi masa walaupun sesaat buat Gentar dan Fang untuk bernafas. Beberapa gelombang libasan berderas laju ingin membelah mereka.
"Aduh, manalah syaitan tu! Setakat nak hantar serangan macam ni je, baik tak payah lawan!" rungut Gentar. Badannya lelah naik melompat ke sana sini menghindar anggota-anggota badan yang dibawa libasan itu.
"Apa kata kita belah je badan-badan libasan tu bawa?" Fang memberikan cadangan.
"Tak bolehlah! Nanti badan-badan yang tak bersalah tu kena potong" Balasan Gentar dipandang aneh oleh Fang. Habis tu, nak mengelak sahaja 24 jam? Tengoklah... sampai budak Iwan pun terpaksa turun padang menolong mereka!
Ochobot mencelah. "Takkanlah serangan ni tak ada pemiliknya? Kita kena cari syaitan tu!"
Fang memberikan beberapa hayunan ke depan sementara fikirannya memikirkan hal lain. "Hrm... rasanya aku boleh kesan syaitan tu guna kuasa aku."
"LAH... pastu napa tak kata esok je?" Gentar sarkastik menyahut cadangan Fang.
"Tch! Aku nak gunalah ni! Lindungi aku!" Fang mencacakkan pedangnya ke tanah. Kelopak matanya bergerak-gerak menerima bunyi pedang berlaga yakni dari Gentar dan Iwan melindungi serangan libasan itu dari mengenainya. Telapak tangannya menekan tanah, mengesan menerusi bayang-bayang malam keberadaan syaitan itu.
SHRING!
Pedang dipegang Sumorai jatuh mendadak.
Tidak! Dia orang... dia orang...
"Aku dah jumpa dia!" Terkelu lidah Fang tika sebuah keris melayang betul betul depan mukanya. Pucat habis wajah Fang dilihat Gentar. "Oh, maaf. Tadi gelombang tu nak sampai dekat kau tadi? Ha, dekat mana?"
Fang berdehem. Fuh, kurus semangat. "Dekat arah tenggara sana!"
"Terbaik!" Kepala Gentar berpusing ke kiri dan kanan lantas berhenti pada Iwan yang termengah-mengah berdiri. "Iwan, kau rehatlah kejap. Kita orang nak pergi sana. Jangan mati tau!"
Lagipun, kaki Iwan tengah berdarah sekarang ini.
Fang memerhati keadaan hutan itu dengan ekor mata. Hairan. Tiada lagi serangan yang datang daripada syaitan itu. Kenapa tiba-tiba ia berhenti? Lamunannya dinoktahkan apabila diseru Gentar. "Fang! Cepatlah sikit!"
Lah! Gentar dah jauh dulu rupanya!
"Kejaplah!" Fang menyarungkan semula katananya.
SHRING!
Segaris libasan melintas di tepi mereka. Anehnya, pergerakan libasan itu biasanya melintang, justru ia berpusing arah menghadapi mereka berdua! Fang pantas memotong libasan itu. "Dia boleh berubah arah?"
Dari jauh, libasan yang sama menukar arahnya ke arah mereka. Nampaknya selama ini gelombang setiap libasan boleh mensasarkan arah mereka, dan sekarang Gentar dan Fang menjadi tumpuan syaitan itu!
Gentar menunduk ketika libasan itu sedikit lagi ingin menyembelih kepalanya dan Ochobot. Siapa sangka... libasan itu berpatah balik menyerangnya! Daripada duduk jadi baring mengiring pula dan serentak itu Gentar mengarah kerisnya ke atas, memotong libasan itu menjadi dua.
SHRING! SHRING! SHRING!
Sumorai tidak putus-putus menghantar libasan cahaya. Air peluh mula merintik keluar daripada kulitnya. Tidak boleh! Dia orang tak boleh dekat dengan dia!
"Serangan ni macam tak henti-henti je!" Turun naik dada Fang mengambil nafas. Sepertinya tuan punya serangan bagaikan melepaskan serangannya tanpa istirahat, apatah lagi menyedut nafas! Macam mana nak sampai dekat syaitan itu kalau mereka berdua terkandas di sini?
Takkanlah dia nak guna...
"Ah, kita rempuh sajalah!" Kesabaran Gentar tenggelam lantaran sikap terburu-buru remaja itu. Hampir tergelincir Fang mengelak dibuatnya, tidak mengira langsung si Gentar akan terlebih dahulu mara ke tenggara! Tak reti tunggu pun!
Kaki Gentar terbang melepasi batu dan dedaun kering sementara libasan cahaya melayang melewati beberapa pokok. Angin-angin kesan libasan pelbagai arah itu meniupkan bulu-bulu Ochobot, menyebabkan kucing itu naik panik. "Gentar!"
"Jangan risaulah!"
SHRING!
Tiap libasan itu dihancurkan oleh besi katana Fang. Libasan-libasan yang terbelah itu mengubah tujuan mereka ke arah Fang akan tetapi usaha ia sia-sia ketika sudahnya dipotong lumat-lumat oleh si Fang. Fang melonjat terjun ke belakang, membiarkan libasan yang dipotong secara kecil-kecilan itu tersalah sasaran mencucuk tanah. Kakinya mendarat memercikkan lumpur di sebelah Gentar.
"Kan senang kalau kau ikut je!" lagak Gentar penuh hidung tinggi.
"Ish... eh, jaga-jaga!" Fang menolak kasar Gentar ke tepi dan... DUSH! Sebuah batang pokok jatuh betul-betul bersebelahan mereka berdua! Fang berdesis di dalam hati. 'Pokok ni, syaitan tu ke yang baling pokok ni ke?'
DUSH!
"Dia baling pokok pula!" Gentar menaiki batang pokok deras tanpa sedar selepas sebuah batang pokok lain mendarat ke kanannya.
Ochobot mengujar. "Hrm... macam kaulah ni."
"Huh..."
Di pihak lain, Sumorai kalut mencipta serangan lagikan serangan. Sehingga batang pokok dicabutnya untuk membaling pada dua manusia itu! Seusai itu pedangnya dilibas serta dihayun bagi membentuk serangan sampingan. Jika seminit dua, pasti mereka akan tiba membelahnya pula nanti!
Dia... takut.
"Meow!" Oyen-san teragak-agak ingin terjun turun ke bawah tetapi ditergah oleh Sumorai.
"Jangan risau, Oyen-san! Aku akan lindungi kau... urgh!" Sumorai memeluk batang pokok, mengeluarkannya sampai tercabut akar-akar banir yang melekat pada tanah. Terus ia dicampakkan ke hadapan. "Sekarang pergilah!"
"Sini pun kau!" Gentar menerjah Sumorai daripada belakang.
SHRING!
Nasib tidak berbaik terhadap Gentar, Sumorai berjaya menghayunkan pedangnya. Pedang itu menyalakan pancaran tenaga putih yang keluar menggariskan luka pada bahu Gentar yang sipi-sipi menghindar. Bertapak sahaja ke tanah, hayunan? Sumorai lagi memaksanya mengelak berulang banyaknya.
'Jagalah kau!' Fang menyelinap di balik tubuh Sumorai yang sibuk berlawan pedang dengan Gentar. Tidak semena-mena tubuhnya dihinggap oleh sesuatu. Mukanya mula terasa pedih bila kuku Oyen-san menerbitkan luka-luka panjang tanpa henti. "Ah, sakit! Lepaskan akulah!"
Silapnya, tangannya tidak sengaja mencampakkan kucing itu ke bawah. Ngiauan lemah kucing itu menarik perhatian syaitan Sumorai. Segala serangan pada Gentar langsung dijedakan sebaliknya tubuh kucing itu diangkat bagaikan menatang minyak yang penuh. "Tidak... Oyen-san!"
"Oyen-san?" Gentar terjun turun daripada pokok. Kakinya terburu-buru dilonjatkan ke hadapan melihat Fang mengangkat pedang, ingin memotong kepala Sumorai senyap-senyap.
"Jangan Fang!"
Nafas Fang tersekat tatkala mata pedang itu sedikit sahaja lagi ingin memotong urat lehernya. Kakinya kalut mengundur beberapa langkah ke belakang. Rahangnya bergetar melepaskan nafas menonton Sumorai meletakkan kucing oren itu ke bawah.
"BERANI KAU CEDERAKAN OYEN-SAN!"
Kaki Sumorai dihentakkan, meretakkan tanah-tanah sekeliling mereka. Tanah-tanah yang retak itu menjatuhkan pokok berhampiran, memberi peluang bagi Sumorai menggunakannya sebagai serangan balas. Syaitan itu tidak memberikan masa pun buat Gentar dan Fang bereaksi, sebelah tangannya ligat menghantar pancaran gelombang yang mengejar mereka.
Kaki Sumorai dihentakkan, meretakkan tanah-tanah sekeliling mereka. Tanah-tanah yang retak itu menjatuhkan pokok berhampiran, memberi peluang bagi Sumorai menggunakannya sebagai serangan balas. Syaitan itu tidak memberikan masa pun buat Gentar dan Fang bereaksi, sebelah tangannya ligat menghantar pancaran gelombang yang mengejar mereka. Sebelah lagi melontarkan batang-batang pokok!
Kini, bukan setakat kena menangkis libasan gelombang pedang itu, malahan mereka perlu lari dari terpenyek oleh batang pokok itu! Mahu tak mahu, situasi mendorong mereka mundur menyorok di semak-semak hutan.
"Kita nak buat apa pula ni?" Gentar tergesa-gesa mematahkan libasan gelombang yang mengekori mengikuti mereka berdua. Ada lagi benda-benda ni. Soalan Gentar itu dijawab Ochobot. "Kita buat yang terbaik jelah."
"Maaf... aku buat makin teruk." Fang perlahan menghayun, membelah serangan itu.
"Tak apa, tak perlu minta maaf. Kau memang teruk pun." Gentar menayang sengih tanpa bersalah, menambahkan urat-urat amarah pada riak bersalah Fang. Namun, segera mereka menyimpang ke arah bertentangan apabila batang kayu itu melintas di hadapan mereka.
Gentar berlari anak mencari tempat sorok baharu. Sengaja dia mengintai dari belakang pokok. "Tapi tulah. Macam mana kita nak belah kepala dia tu? Nak dekat pun tak boleh."
"Hrm... " Ochobot memerhati Sumorai yang masih berdiri tegak, mencari-mencari keberadaan mereka.
Kucing oren pada kaki Sumorai merengkokkan tubuhnya, kesakitan. "Meow..."
Huluran daging ke dalam mulutnya ditampar seseorang. Dia merenung kosong pergelangan tangannya yang patah gara-gara pukulan syaitan tersebut. Air muka Sumorai kelihatan menyirap. "Apa maksud kau...yang kau bunuh kucing hitam ni?"
"Ala, kucing je kot. Tu pun nak berkira." Syaitan bersisik itu meludah ke tepi.
"Sebab aku yang suruh." Terkaku Sumorai menangkap suara tersebut. Sepertinya ia datang betul-betul di sebalik tubuhnya.
Serentak itu, tekaknya terasa ditekan oleh sesuatu. Seakan-akan terdapat cecair yang menenggelamkan nafasnya. Serentak itu, syaitan bersisik itu menyumbatkan daging kucing itu ke dalam mulutnya.
"Bahahahawang! Nampaknya adik Tasso kita marah lagi." Sosok kepala manusia bertubuh bawang terkekek-kekek menonton mereka. Lenyap semua empatinya sedangkan Sumorai sudah mengerang kesakitan di lantai, memuntahkan isi yang ditelannya tadi.
Kabur-kabur Sumorai mendongak ke atas, melihat kanak-kanak itu menghulurkan pandangan yang menikam tajam. "Lain kaliq jangan biarkan kucing ini jadi penghalang kau jadi abang yang baik."
"Meow..."
Niat Sumorai mengesan kelibat Gentar dan Fang terbantut. "Jangan risau Oyen-san. Aku ada." Sederum itu, desingan pedang berlaga dengan kulitnya disambut deria pendengaran dan sakit Sumorai. Tangannya secara refleks menghayunkan pedang, malangnya tiada sesiapa berhampirannya.
Ia tidak berhenti setakat itu sahaja, sebuah serangan dan serangan melintang melewatinya mendadak, mencalarkan darah pada tubuhnya. Bahkan siap ada kucing yang berlari laju mencakarnya. Ditambah dengan keadaan hutan yang gelap, sukar dia ingin menjangka dari arah mana mereka akan menerjah. Telingannya mengfokuskan detupan-detupan bunyi ranting kayu yang dipijak.
"Kau mungkin kuat... tapi kau! Kau takkan dapat tahu kita orang serang dari mana!" Suara Gentar menggemakan rasa tidak keruan pada diri Sumorai. Gerakan angin yang kencang menaikkan bulu roma tengkuknya lantas pedangnya diheretkan bertembung keris yang dihunuskan Gentar.
Sumorai menolak kasar keris Gentar ke tepi menggunakan pedang, meninggalkan mangsa di hadapannya sehelai sepinggang. "Sekarang ni balasan kau!"
SHRING!
Masa perlawanan...
Duri : *main main dengan jari*
Duri : *tiba-tiba kotak bergoyang rancak* HMMM! (Apa jadi ni?)
Gentar : *melompat elak-elak serangan* Ah, macam kau tak kenal aku. Aku kan hebat!
Kesian Duri... 😔
⚡⚡⚡
Maaf update lambat TvT. Sepatutnya update semalam tapi tiba-tiba terkena writerblock. Ambil kau 3000 patah perkataan lebih.
Tak ada Ochobot, lambat dia orang habis lawan. Walaupun otak kucing, idea semua bernas. ✨
Adakah plot armor Gentar tidak berjaya di bab akan datang? Nantikanlah!
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top