| 31 |
ELEMENTAL SLAYER
-------------------------
"Tak ada yang boleh padamkan ikatan aku dengan Duri!"
.
.
.
BEBOLA matahari di langit mendekati waktunya untuk ditelan senja. Haiwan-haiwan yang mencari rezeki di siang hari telah pulang ke sarang masing-masing. Masalahnya, dia orang bertiga sebagai manusia ini sahkan sarang... rumah penginapan yang dikhabarkan wujud itu langsung tak tertayang depan mata!
Fang menyepetkan matanya, memastikan ruang padang di hadapan itu bukanlah khayalan semata-mata. "Betul ke ni tempatnya?"
"Entah, Ochobot. Ni macam kawasan tak siap je." Gopal mengarah tangannya pada lalang-lalang yang tumbuh di hadapan mereka. Rasanya ini bukan rumah penginapan, ini rumah ular namanya!
"Eh, tapi dia kata kat sini... ha, cuba tanya kucing kau, Fang." Ochobot tidak mahu tersesat seorang malah cuba meletakkan kesalahan itu di bahu si kucing Fang pula. Kucing hitam itu muncul dari bayang-bayang tuannya, menggeleng. "Entahlah. Aku tidur je selama ni."
Gentar menapak selangkah ke hadapan. "Hrm... tak apa! Aku ada cadangan bagus! Apa kata kita potong semua lalang ni dan jadikan ni tempa..."
"Tak nak," bantah Gopal dan Fang serentak.
"Bermalam tepi jalan?"
"Tak nak."
"Kau nak kita jadi lauk syaitan ke?"
Wajah Gentar cemberut. Dia meletakkan kedua tangannya ke belakang. "Banyak songehlah kau orang ni."
"Lebih baik kita cari jalan betul sebelum hari gelap. Ochobot, meh aku tengok peta dekat loceng kau sekejap?" pinta Fang yang lebih menfokuskan pada solusi. Lipatan kertas yang disangkutkan pada loceng itu diambil. Daripada cari masalah, baik selesaikan masalah.
"Nak... cari apa tu?"
"WAAAAH, HANTUUU!" Gopal naik melompat memeluk Gentar.
Mereka beralih pada seseorang tua membongkok di belakang mereka. Mata lelaki berusia itu tertutup rapat dan berat bersama lipatan kedutan mengelilingi kawasan matanya. Gaya pak cik ini pun macam hendak hampir tumbang sahaja. Tak cukup tidur ke, pak cik?
"Kita orang tengah cari kawasan penginapan dekat dekat sini. Pak cik tahu tak dekat mana?" Fang menghulur sekeping kertas pada pak cik itu sedang Gentar menurunkan Gopal yang sudah bertenang.
"Pak cik?"
"Pak cik tu tidur ke?"
Kucing hitam menjelma dari bayang-bayang pak cik itu dan mengusik bulu-bulu betis lelaki tua itu hingga ia terjaga. Mamai-mamai pak cik itu meneleng ke sana ke sini sebelum mukanya bersisa air liur basi itu dihadapkan pada mereka bertiga.
"Oooh, ini penginapan Pak Pok Kat anak kepada Pak Pak Tus anak kepada Pok Kak Tus, cucu cicit kepada Pak Tus Tus..." Alamak... pak cik ini pergi cerita salasilah keturunan dia pula! Dari langit ronanya kekuningan sehingga berwarna kemerah-merahan baru si pak cik itu meletakkan titik noktahnya. "Oh... ini tempat penginapan pak cik ni. Ada dekat sebelah sana. Pak cik memang tak pasang papan tanda, tu pasai orang tak nampak."
Pandangan mereka tertumpu pada sebuah lorong tersorok bersebelahan mereka. Kalau dipandang dua tiga kali, kali keempat baru perasan ada beberapa rumah kampung yang tersusun jelas di penghujung lorong itu.
Gopal menepuk dahinya. "Aduh... kan senang kalau bagitahu je awal-awal."
"Dah, dah... dah nak Mahgrib ni. Kita kena masuk cepat," gesa pak cik itu seraya berjalan selangkah demi selangkah. Siput yang berlumba di sebelah pak cik itu lagi laju! Kesudahannya, terpaksalah si Gopal menggendong si pak cik itu masuk ke dalam jika tidak mahu berkampung di luar.
Dijemput sahaja ke dalam, mereka bertiga dilayan bagaikan para bangsawan, termasuklah kucing-kucing bulus milik Gentar dan Fang. Bermula dengan bahagian makanan dan bahagian perubatan dijaga dari hujung kuku kaki hingga hujung rambut. Siap ada doktor yang datang memeriksa tubuh mereka lagi! Si kucing-kucing pula diberi suap ikan yang segar dari pasar petang tadi. Fuuuh... mewah betul penginapan ini!
Dalam kemewahan yang dirasai, ada juga kesulitan yang dirasai tubuh mereka. Doktor yang seorang pun tidak menang tangan merawat ketiga-tiga manusia dengan sakitnya yang berjumlah;
Gentar : Satu tulang belakang yang patah.
Gopal : Parut-parut yang berbekas.
Fang : Tiga tulang belakang yang patah.
"Apa fasal aku yang paling banyak tulang yang patah ni?" Sebuah bantal dibaling Gopal mendarat terkena mukanya. Malas mahu bergaduh, dia mengalaskan bantal itu di bawah dagunya. Fasal dia oranglah aku kena tidur meniarap! Tak termasuk tahi kucing itu lagi!
Sudahlah... baik dia tidur.
PAP! Habuk-habuk terkena pada pipinya. Anak matanya menjeling tajam ke arah Gopal. "Apar tu cuba elok-elok sikit!"
"Apa? Elok dah ni?" Gopal menjatuhkan bantal. Selimut yang dilipat tadi berterabur dibentangkan luas menyelubung dirinya. "Lagi satu... kau kena minta maaf dekat aku sebab pukul aku tadi. Dan sebab cuba tikam kotak Gentar tadi."
Fang kelihatan jengkel. "Bukan ke tugas Elemental Slayer bunuh semua syaitan? Kenapa aku nak kena minta maaf pula?" Egonya dipertahankan. Nasib baik Gentar tadi menunaikan solat Isyak di bilik sebelah. Jika tidak, yaknyo bertambah tulang belakang yang patah nanti.
Pintu terbuka.
"YAY! AKU DAH BALIK!" Masuk-masuk sahaja Gentar bersama kotak lagendanya ke dalam diikuti Ochobot. Yalah, di mana ada Gentar... di situlah adanya Ochobot. Kotak yang disandangkan diletakkan berhampiran toto yang diaparkan Gopal. "Korang buat apa?"
"Tak ada buat a..."
"Aku tengah paksa si Fang ni minta maaf."
Gentar yang ingin mengambil toto yang berlipat itu terjeda. "Ha, aku lupa. Kau memang kena minta maaf, Fang. Sebab lukakan Ochobot satu dan belasah Gopal."
"Apa fasal aku kena minta maaf pula? Kau pun tahu peraturan Elemental Slayer ni kan?" Fang merangkak bangun.
"Tapi, Elemental Slayer juga tak boleh angkat senjata sesuka hati dekat Elemental Slayer lain," tambah si Ochobot. Ya, sepertinya usaha dia mengkhatam buku peraturan Elemental Slayer itu masih segar di ingatan kucingnya!
"Kalau kau tak minta maaf, kita orang tak akan makan sama-sama dengan kau macam tadi." Gentar membetulkan totonya yang berkedut-kedut. Mahu hilang akal Fang mendengarnya! Ugutan macam budak-budak! Bahkan Gopal siap menyokong Gentar pula. "Betul tu! Biar dia rasa macam mana rasanya makan kesunyian! Silap-silap ada syaitan makan sama-sama dengan dia!"
Cakap besar! Padahal tengok muka pak cik tadi pun sudah menggeletar lutut!
"Dan rasa macam mana makan tanpa aku yang hebat ni!" Gentar tergelak terbahak-bahak. Ha, ini lagi seorang.
"Suka hati kau oranglah." Fang menarik selimut dari belakang. Berbunyi lantai berkeriak apabila Fang cuba membungkus dirinya seperti hidangan sushi. Elak nyamuk barangkali.
Terkelip-kelip Gopal memerhati bumbung kayu rumah bersama mata yang celik. Kepalanya diiringkan pada Fang yang mungkin sudah terlena kemudian pada Gentar yang baring beralaskan tangannya. Kejap... bukan tulang belakang dia patah ke? Huh... dia ini manusia ke tak?
"Gentar... aku nak tanya."
Gentar menoleh.
"Kenapa, kau bawa syaitan dengan kau?" Soalan Gopal itu menyentakkan Gentar. Lamun, sebuah senyuman terukir pada wajah remaja itu. Gentar bingkas bangun. "Jadi, kau dah tahu dari awallah? Heh, kau memang terbaiklah, Gopal."
Terkedu Gopal dibuatnya. Segera dia menggosok bawah hidungnya sambil menyeringai bangga. "Mestilah aku terbaik! Aku boleh bau macam-macam benda tau tak, termasuklah hari ini yang kau tak mandi lagi. Eurgh..."
"Hehehe... oh, ya. Duri! Keluarlah!" Gopal melihat bodoh sahaja Gentar memanggil seseorang. Terbeliak anak matanya melihat pintu kotak itu terbuka tanpa amaran. Serta-merta dia merapatkan diri ke pintu ketika sesuatu merayap keluar daripada kotak tersebut.
"DEY, KENAPA KAU SURUH DIA KELUAR? AHHH APPA! AMMA! ANAKMU AKAN DIMAKAN!" Gopal kalut mengambil selimut, melindungi dirinya. Sekurangnya kalau syaitan Gentar ini tiba-tiba nak mengamuk ke, bolehlah dia menyamarkan diri. Senyap-senyap dia mengintai melalui bukaan selimutnya. "Eh, budak kecil je?"
Berpusing-pusing kepala Duri mengesan keadaan sekeliling. Matanya terpaku pada Gentar dan Gopal yang menggigil ketakutan. Terus dia berlari-lari anak menghala ke arah Gentar.
"Eeek, dia datang sini!" Gopal menekup mukanya.
"Jangan risaulah, ni Duri... adik aku. Walaupun kita orang sama-sama hilang ingatan sebenarnya. Tapi aku masih ingat sihir 2 sampai sihir 12!" Gentar membelai kepala Duri di ribanya.
"Dia... dia tak makan orang, kan?" Bergetar-getar telunjuk Gopal seperti terkena sawan. Baik dia sediakan selimut sebelum diterkam.
"Duri mana makan orang! Nak cederakan lalat pun belum tentu lagi," jawab Gentar, penuh yakin manakala Duri di pihak lain berjaya menangkap seekor lalat ke dalam tangannya. Bulu roma Gopal bertambah tegaknya melihat Duri mengemam diam-diam lalat yang ditangkapnya.
Kalau tadi Gopal menggeletar seperti jeli, sekarang tubuh Gopal sudah bergetar-getar serupa kerusi urut pula! Takut sangat ini!
"Kau nak pegang tangan dia tak?" Gentar mengacukan tangan Duri mengarah Gopal. Berdentum-dentum bunyi kayu bila Gopal mengambil jarak ke belakang. "Dey, tak naklah!"
Gentar dan Duri saling berpandangan. Bagaikan dapat membaca fikiran masing-masing, mereka berdua tersenyum bersama. Gentar laju mengangkat Duri menghampiri Gopal. "Salamlah!"
Terjerit Gopal dikejar sebegitu rupa. Ochobot yang hendak terlelap terganggu oleh derapan-derapan kaki mereka bertiga. Perlahan-lahan dia bergerak masuk ke dalam kotak Duri untuk menyulam mimpinya semula. Suka hati dia oranglah. Asalkan tak kacau aku.
"Hm hm hm!"
Fang mengangkat wajahnya, pasrah. Yang dia orang bertiga ini main merentas desa dalam ini dah jadi kerja apa pula? Mengharapkan lampu minyak di atas laci meja, dia menyumbatkan bayang-bayang gabus ke dalam telinganya.
"Kau kejam, Gentar! Kau kejam!"
GOPAL terhendap-hendap di muka pintu memandang Duri dan Ochobot di dalam bilik yang gelap gelita. Permandangannya dikecilkan bagi menfokuskan kesamar-samaran dalam bilik tersebut. Tangannya memetik suis lampu. "Kenapa kau tak buka lampu?"
"Mana Gentar?" Soalannya dibalas soalan oleh kucing itu. Lantak kaulah.
"Oh, lepas aku mandi, Gentar pergi mandi tadi." Gopal merehatkan diri pada belakang pintu. Air matanya terkeluar gara-gara menguap tanpa henti. Kalau tidur lepas Subuh ini sedap ini. Matanya terpejam rapat dan dibuka janggal melihat Duri dan Ochobot terpaku padanya.
Haih... dari tersengguk-sengguk tidak fasal-fasal jadi segar-bugar kembali.
"Nama kau, Duri kan? Aku dengar Gentar panggil kau macam tu?" Sengaja Gopal berbasi-basa. Lututnya dipeluk. Tidak mahulah sama-sama bertenung mata antara satu sama lain. Seram pula dia.
Duri melepaskan gigitannya. "Boleh... je..."
"HUH! DIA BOLEH BERCAKAP?" teriak Gopal lalu berlari ke penjuru dinding. Setahu dia, syaitan yang kuat-kuat sahaja yang boleh cakap! Syaitan-syaitan bawah taraf pula tahu makan sahaja.
"Duri memang boleh cakap pun... cuma sebabkan dia selalu gigit buluh, dia jarang bercakap sikit," jelas Ochobot, membiarkan Duri membelai-belai belakang tubuhnya.
"Eh? Kenapa dia kena gigit buluh?"
"Tok Sah bagi dia supaya dia tak makan manusia." Maklumat terbaru daripada Ochobot menambahkan kepanikan pada diri Gopal. Kenapalah dia dipertemukan dengan orang-orang macam ini? Berbagai fikiran paranoid mula menyuntik ke dalam diri Gopal.
"Tapi jangan risaulah, tu untuk hilangkan Duri punya ketagih nak menggigit. Duri tak pernah lagi makan manusia." Ochobot menerangkan fakta terbaru disertai anggukan suci Duri. Ingatkan bolehlah hilangkan rasa takut Gopal pada Duri, malah ia seperti menambah penyakit strok pula pada remaja itu.
Masakan tidak, Gopal jugalah mangsa yang sama dikejar syaitan oleh abang syaitan itu sendiri. Dasar syaitan sungguh!
"D... Du... Duri... tak makan... a... ak... aku, k... kan?" Tergagap-gagap Gopal cuba memastikan perkara tersebut. Duri laju mengangguk membuatkan Gopal semakin cemas. "KAU ANGGUK MAKSUDNYA NAK MAKAN AKULAH? GENTAR! AMMA!"
Duri menayang wajah kosong, termasuklah si Ochobot sendiri. Sudahlah, penatlah layan dia orang ini.
"Kenapa panggil-panggil aku ni?" Gentar menerpa masuk ke dalam bilik itu setelah namanya dipanggil. Persekitaran bilik itu diamati menggunakan ekor mata. Hrm... macam selamat sahaja. "Kenapa Gopal menggeletar teruk pula tu? Kau orang takutkan dia en?"
Ochobot menjeling ke arah Gentar. "Kaulah."
Lah... dia pula.
"Gen... Gentar, ma... mana si rambut landak tu?" Gopal merangkak memaut kaki Gentar. Dengan hingus yang melelehnya... ew.
Gentar meletakkan tuala di tangannya ke belakang leher sambil bebola matanya ke atas, mengingati kembali. Si rambut landak? Ooooooh! Kepalanya dijatuhkan. "Fang tengah termenung kat luar. Fikir masalah dunia kot. Atau tengah teruja sebab akan berkerjasama dengan orang yang kuat macam aku nanti! Heheh..."
Sementara itu, Fang sedang mengalami krisis dunia di anak tangga.
Fang mengeluh nafas panjang. 'Hrm... apa nak jadi dengan aku, en? Nak bunuh syaitan tak dapat... jumpa pula dua orang pelik yang bawa syaitan dengan dia orang. Dengan tulang belakang aku patah lagi. Malang betul!' Wajahnya dibenamkan ke dalam lutut.
"Macam mana aku nak bagitahu kapten nanti?" TUT!
Fang menoleh ke belakang saat bahunya ditepuk seseorang. Matanya bertembung sama mata berkedut pak cik tersebut membuatkan wajah lelaki tua itu membentuk senyuman. Pak cik itu meletakkan dulang berisi tepung pelita di tepi.
"Kenapa nak duduk dekat sini? Tak duduk dengan kawan-kawan?" soal pak cik tua itu.
"Dia orang bukan kawan saya pun. Kita orang baru jumpa." Fang mengherotkan wajahnya, tidak puas hati. Namun, kepalanya tidak semena-mena diusap perlahan oleh tangan tua itu. Memerah muka Fang bila terasa dilayan seperti anak kecil. "Kenapa pak cik belai kepala saya?"
Tangan tua itu automatik ditarik. Pak cik tua itu tersenyum sendiri dan berpaling ke arah lain. "Tidaklah, kamu teringatkan pak cik pada anak pak cik yang mati sakit ketumbuhan beberapa tahun lalu. Wajah kamu mengingatkan pak cik pada dia bila dia dilanda masalah. Dan bila pak cik belai dia, terus dia akan tersenyum dekat pak cik."
"Aduh, nanti tak sedap pula tepung pelita ni kalau pak cik cerita panjang-panjang. Boleh tak tolong pak cik bagi ni dekat kawan-kawan kamu?" Pak cik itu mengangkat dulang menghala Fang. Lambat-lambat Fang menyambut huluran tersebut lantas berdiri senyap-senyap. Melihat Fang berlalu menerusi koridor, pak cik itu membelakanginya menuju ke pintu keluar.
"Saya... tak kata saya tak suka pak cik belai saya tadi."
Pak cik itu tersentak dan senyum sejenak.
"Pak cik tahu."
TUP!
Pintu itu ditolak ke dinding. Air mukanya berubah melihat penghuni-penghuni bermain congkak di dalam bilik yang tertutup. Walaupun dia tahu sebab utamanya kenapa... anak matanya melekat pada Duri yang duduk di sebelah Gentar.
Fang menjemput dirinya masuk ke dalam. "Kau orang rembat congkak ni dari mana?"
"WAH, TEPUNG PELITA!" Gopal jatuh menghempap lantai kayu apabila Fang membawa lari dulang itu daripada dicapainya. Dulang itu ditinggikan ke atas tatkala giliran Gentar pula mahu mengambilnya. "Mana boleh! Kau orang dah pegang macam-macam... nak sentuh makanan dengan tangan kotor pula."
"Mana ada sentuh macam-macam! Kita orang sentuh guli... kayu congkak, pintu..." Gentar kini menyenaraikan semua yang disentuhnya menggunakan kiraan jari. "...bulu Ochobot... almari... duit 50 sen baru jumpa tadi..."
"Pergi!" Tangan-tangan bayang muncul menolak Gentar dan Gopal jauh dari kawasan koridor, mendekati ruangan dapur. Sayup-sayup dia mendengar suara menjerit, 'jangan cederakan Duri!' dalam dia duduk bersila bersebelahan congkak. Hidangan tepung pelita di hadapan mata. Berkedip-kedip kelopak matanya diserang rasa janggal sesudah menyedari dia duduk di dalam bilik yang sama dengan syaitan yang dia cuba bunuh semalam.
Nak buat apa, ya? Buat bodoh sahajalah...
"Nak tepung pelita?"
Ochobot mengerut penuh tanda tanya. "Aku kan kucing... tapi kalau tanya Duri... tak tahulah." Ochobot mendongak ke arah Duri yang menggelengkan kepalanya.
"Oh..." Fang menggosok lehernya. Ha... sudaaaaah. Takkan nak minta maaf macam dipinta Gentar dari malam semalam? Itu salah satu tugas dialah! Tetapi.. itulah. "Aku sebenarnya..."
"Dah basuh tangan!" Gentar mencelah sesi Fang menyusun sepuluh jari. Tak apalah, minggu depan sahajalah. Gentar kemudian masuk ke dalam bilik disusuri oleh Gopal di belakang. Gentar mengambil tempat di sebelah Duri. "Dari mana kau dapat ni?"
"Pak cik tu bagi, pastu dia keluar kejap..." Fang menekan sisi tepung pelita itu, menghisap isi-isi yang terkeluar dari balutan daun pandan itu. Isi yang ditelannya terasa kesat ketika wajahnya direnung aneh oleh Gopal. "Kenapa?"
"Kau tak mandi en, Fang?" Gopal mengepit hidungnya. Kepit-kepit juga, makan tetap kena makan!
"Oh..." Fang mengalih sisa tepung pelita ke ribanya. Seingat dia, dia tidak bersiram lagi pada pagi ini... tetapi ini Fang, kan? Mana boleh mengaku! Jatuh maruah nanti! "Kau oranglah mandi lama sangat!"
"Dia suruh kita basuh tangan! Padahal dia tak mandi! Eeee." Gentar turut menutup hidungnya dan Duri walaupun tidak bau-bau apa-apa pun sebenarnya. Sengaja ingin mengenakan Fang.
"Aku ambil karang tepung pelita ni!" Fang menjauhkan dulang itu daripada mereka.
"Dey, jangan!"
Dipendekkan cerita dan juga jumlah patah perkataan, beras-beras rumah pak cik itu akhirnya selamat dari menjadi santapan tiga pelahap dan dua ekor kucing dari hari ke hari. Maklumlah, hari ini mereka akan dihantar pergi disebabkan oleh loceng misi yang berbunyi. Alang-alang tubuh badan masing-masing sudah sedia sembuh.
"Ke mana misi kamu yang seterusnya?" Pak cik tua itu memberikan sebungkus bekal yang diikat kain batik kepada Gentar. Gentar apa lagi? Diambil sahaja tanpa rasa segan. Bak kata orang, rezeki percuma kenalah rembat cepat-cepat... hrm, macam tak kena sahaja.
"Ada misi dekat hutan gunung sana nuh. Tapi, jangan risau. Saya akan okey pak cik!" Gentar menumbuk dadanya, kuat.
Pak cik tua itu pun melayan sahajalah. "Semoga Tuhan melindungi kamu semua." Doa itu diaminkan oleh Gentar.
"Oh, ya... zaman pak cik kepada Pak Pak Tus dulu..."
"Okeylah, jom pergi!" Bungkusan di tangan Gentar bertukar tangan pada Gopal. Biarlah ia berada pada tangan yang layak. Ketiga-tiga orang itu meninggalkan lorong itu dan semakin lama semakin kecil pada permandangan orang tua tersebut. Dari jauh, kelihatan Fang senyap-senyap melambai ke arahnya. Tangannya diangkat dan lambaian itu dibalas semula.
Ketiga-tiga mereka berlari dalam satu barisan, bermula dari Gentar dan Ochobot menjadi ketua petunjuk arah di paling hadapan manakala Fang berada di barisan belakang. Mahu bersenam kata si Gentar Fang mengeluarkan sebungkus plastik donat dalam dia berlari. "Oh, aku tak tahu lagi apa kuasa korang."
"Oh..." Gentar memperlahankan langkahnya. "Aku ada kuasa..."
"Dia tak ada kuasa. Kucing dia pun tak ada kuasa." Gopal memotong ayat Gentar. Jangan harap dia mahu merelakan telinganya menadah susunan ayat bongkak si Gentar. Tersedak Fang menerima penjelasan Gopal.
"Aku ada kuasa tukarkan molekul, tapi aku lagi suka tukarkan objek jadi makanan. Aduh, teringat nasi lemak kita makan pagi tadi." Gopal mengelapkan air liur yang meleleh dengan kain baju.
"Hey, aku ada kuasalah. Keyakinan pun Tok Sah kata kuasa juga." Gentar menidakkan tuduhan Gopal.
"Atuk kau nak jaga hati kau je tu."
"HEY!"
Fang mengangguk-angguk bersama mulutnya yang comot. Jadi berdasarkan pemahamam dia, dia boleh simpulkan bahawa ahli-ahli dalam kumpulan ini semuanya tidak berguna. Dalam waktu yang sama, Ochobot sudah meninggikan kepalanya ke langit penuh redha. Beginilah hidupnya menjadi kucing.
"Dan.... Siapasampaikatpokoksanaduludiamenang!" Sehabis bercakap selaju arnab, pantas Gentar membuka langkah ke hadapan. Gelagat Gentar dipertontonkan sebegitu sahaja oleh Gopal, Ochobot dan Fang yang ketinggalan di balik tubuhnya. Nampaknya lambatlah dia orang akan sampai ke misi seterusnya dengan perangai seorang-seorang.
Ochobot : Hai semua! Kembali ke rahsia Elemental lagi!
Gentar : Ep! Ep! Kejap kejap!
Ochobot : Eh, kenapa?
Gentar : Kita tak tahu lagi nama kucing Fang!
Ochobot : *terkejut dalam bahasa kucing*
Sementara itu...
Fang : *kunyah donat lobak merah*
Gentar : FAAAANG! FAAAANG! *terjatuh dan bangun balik* FANG, APA NAMA KUCING KAU?
Fang : *pandang kucing hitam dekat tepi* *lari daripada Gentar*
Gentar dan Ochobot : *kejar Fang* TUNGGU!
⚡⚡⚡
YAAAAAAH misi seterusnya antara trio trio ini bermula! Baru dapat siapkan bab ni hari ni walaupun agak lewat.
Aku ingatkan aku nak rehat sekejap dari tulis ES. ( dan ambil idea untuk misi-misi seterusnya... uhuk! Uhuk!) Maka, bab 32 akan diupdate padaaaa...
20 April 2024 ( Sabtu)
Kalau hari tu aku tak update, tolong mai datang rumah aku bawa makanan dan duit raya. (Amboi!)
Apa-apa pun, jumpa korang Sabtu punya minggu depan dan minggu depan!
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top