| 29 |
ELEMENTAL SLAYER
-------------------------
"Kau sedar tak apa yang kau buat sekarang ni?"
.
.
.
UDARA yang ditelan Gentar diamati pahit. Lebih-lebih lagi daripada hembusan nafas berwap si beruang hitam yang besar itu. Kerisnya disembunyikan senyap-senyap ke belakang. Tidak kiralah syaitan ataupun apa... dia akan kalahkan benda alah ini!
Cahaya kalimatang yang berkelip-kelip menambahkan ketegangan pada mereka berdua. Baru sahaja beruang itu bertapak selangkah, ruang koridor itu disimbahi cahaya merah terang dilengkapi siren yang membingitkan. Gentar mencongak ke siling. "Apa fasal pula ni?"
Gentar tidak sempat beriak penuh, beruang hitam itu berlari menujunya menyebabkan dia mengelak, tersandar ke dinding. Pedangnya yang disorok kini dihunus keluar. Namun, lagak heronya langsung diabaikan oleh beruang hitam itu. Hatta si beruang itu pun sudah hilang membelok ke lorong yang lain.
"Eh, dia lari?" Gentar terkebil-kebil. "Huh... BERANI DIA LARI DARI AKU? SINILAH!"
Gegaran bersebelahannya membantutkan niat Gentar untuk mengejar sang beruang hitam. Huh, nasib kau baik hari ini! Hampir lupa dia pada si syaitan yang lagi seekor! Gentar berpatah balik pada arah yang ingin dilaluinya tadi. Syok-syok sangat berlari ke depan, entah mana silapnya bila ibu jarinya tersepak pada dinding ketika menyelengkoh masuk.
Satu. Dua. Tig...
"ADUUUUUH!"
"AAAH!" Terloncat tubuh Ochobot mendengar jeritan Gopal. Kucing itu mencakar halus seluar Gopal. "Kau kenapa, Gopal? Terkejut aku."
"Terkejut? Dey, sepatutnya kau panik sekarang! Bukannya terkejut! Ni dah termasuk kali ke berapa kita pusing tempat sama! Tu... tengok tu!" Ochobot dan Bagaga sama-sama menoleh pada cebisan-cebisan nasi yang berciciran di koridor jalan.
"Ada sisa nasi yang aku tinggalkan. Maknanya... nyuum... kita lalu tempat samalah dari tadi!" Gopal membuat spekulasi sendiri sambil tangannya menyuap gumpalan nasi ke dalam mulut. Dari mana dia dapat nasi itu pun tak tahu.
Ochobot menyaut wajah meluat. Kepalanya digeleng laju, sekarang masa untuk fokus. "Tak apa, kita cuba lagi."
"CUBA LAGI? AKU TAK NAK! PENATLAH!" Gopal merangkak memeluk tubuh Ochobot hinggakan kucing itu jadi rimas dibuatnya. Ditolak-tolak pipi Gopal yang lembap dengan air mata.
"Kalau macam tu, kau tinggal sini. Aku dengan Bagaga pergi cari pintu lain."
"Gimana kalau ada syaitan makan dia?" sampuk Bagaga bukannya mahu meredakan keadaan, malah menambah guruh dan kilat sambung-menyambung di dalam hati Gopal.
"HUH? JANGANLAH TINGGALKAN AKU OCHOBOOOT..."
"Eh, lepaslah! Hingus kau..."
Di masa mereka khusyuk bertelengkah, ada lagi seekor syaitan di seberang koridor yang tergaru kepala. Rupa-rupanya sang angsa turut tersesat sama! Inilah jadinya bila tiada peta ataupun kompas sebagai pembimbing. Menghampiri tangga dalam keadaan terhuyung-hayang dan berputus asa, angsa itu menangkap suara-suara di sebalik tingkap.
"Macam manalah kau lepas pemilihan Elemental Slayer tu?" Ochobot menggoyang-goyangkan seluruh tubuh, menjatuhkan segala habuk Gopal yang menghinggap bulu-bulunya.
"Hisk... janganlah cakap macam tu," esak Gopal. Bekas-bekas air matanya dilapkan pada lengan baju. Bukan setakat itu, siap pergi hembus hingus dekat kain baju lagi! Urgh...
Bagaga menjatuhkan bahunya, kepenatan. Dia sekeluarga datang hendak berniaga barang sahaja... jatuh hari ini dia pula kena jadi penjaga budak. Anak matanya naik ke atas kemudian kekal membeku. Tangannya menggeletar mencapai Ochobot di bawahnya sementara pandangannya kekal dipacakkan menghadap tingkap.
"Dah, jom Bagaga. Bagaga?" Ochobot berpaling pada kanak-kanak itu. Sudah kenapa pergi cuit-cuit dia pula? Raut Bagaga begitu pucat menunjukkan ke arah sesuatu. Mata kucingnya bergerak mengekori telunjuk Bagaga sampailah ia pada sosok syaitan angsa yang memerhati mereka dari belakang.
"QUACK! (Baaa!)" Syaitan angsa itu mengangkat kepaknya dan serentak ianya mengaktifkan sistem lari dan lawan dalam tubuh masing-masing. Tergopoh-gapah mereka melonjakkan kaki dek dikejar si angsa. Aduhai... ini dah kali keberapa dah!
"Kita nak lari dekat mana ni, Gopal?" Ochobot berjaya memotong Gopal yang membawa lari Bagaga. Naik haram betul... berani dia tinggalkan aku lagi?
"Aku? Asal tanya aku?" Gopal menuding ke arah diri sendiri, kehairanan.
Suara Amazeey mencelah kehuru-haraan mereka. "HAHAHA nampaknya Kumpulan 2 sekarang berada dalam buruan! Quack! Quack! Quack! Larilah selagi anda boleh!"
"Aiya... sempat lagi abang tu buat ulasan," ngomel Bagaga sambil menepuk dahi.
Gopal melanjutkan lariannya dengan mata yang menengok ke sisi secara berganti-ganti. Sibuk-sibuk toleh sana-sini, terpandang pula si angsa yang tiba-tiba terbang di belakang. Bertambah cemaslah si anak Kumaran itu akibatnya. Pandai pula si angsa itu terbang!
"Masuk sini! Masuk sini!" Gopal mengheret mereka masuk ke dalam sebuah bilik. Angsa itu jatuh mencium lantai saat gagal menyambar mereka. Mahu bengkok paruhnya yang cantik ini! Naik berang, angsa itu mengibarkan sayapnya menuju ke bilik yang dimasuki mangsa-mangsanya tadi.
"EEEK!" Gopal merapatkan Bagogo dan Ochobot ke hujung dinding. Terketar-ketir Gopal mendepakan tangannya apabila angsa itu semakin menghampiri.
"Quack quack quack quack! (Sekarang, korang bertiga jadi lauk aku!)"
"Ha, ha, abang buat dia marah." Bagogo menggerak-gerakkan jari telunjuknya. Ayoyo, dik. Bukan nak buat abang rasa sejuk hati, ini makin panas hati adalah. Gopal berpaling pada Bagaga sekali lalu. "Dey, janganlah cakap macam tu!"
Gopal membuka langkah lantas pedangnya dikeluarkan daripada sarung. Sedikit sahaja lagi pasti akan terkeluar tawa daripada syaitan angsa itu sendiri. Budak ini nak lawan aku dengan pedang dia yang berkarat itu? Macam bila-bila masa sahaja hendak patah! Heh, memang mati dia orang di tangan aku!
Selangkah.
"Urgh! Ko... korang kena lari! Cari tempat nak sorok!" Gopal bergetar memegang pedangnya. Air liurnya ditelan sampai terasa kering mulutnya. Kalau dia orang tak lari sekarang, mereka semua akan mati!
Dua langkah.
Ochobot membulatkan matanya. "Takkan kita orang nak tinggalkan kau kat sini?"
"QUACK!" Sebuah gelombang keluar daripada cerombong suara yang terlekat pada tubuh syaitan angsa itu. Sekelip mata, gelombang itu melukakan Gopal yang melindungi Ochobot dan Bagaga. Darah-darah mula menitik ke lantai serentak dengan sebelah lutut Gopal yang kini berpijak pada lantai.
"Gopal?" Ochobot menjenguk sedikit ke luar. "GOPAL? KAU PENGSAN SAMBIL BERDIRI? Bangunlah! Woi, bangun!"
Angsa itu merapatkan sayapnya. Heh, baru sekali serangan sahaja dah pengsan? Pembesar suara di tubuhnya kini bersiap sedia. Nampaknya satu serangan besar sudah cukup untuk pecahkan dia orang!
"GOPAL!"
Gelombang dipantulkan.
Pap! Pap! Pap!
Beberapa ketulan roti panjang jatuh di hadapannya. Jantung angsa berdegup kencang. Mengapa gelombang-gelombang yang dipantulkan ditukarkan menjadi roti? Kepalanya diangkat pada Gopal yang membetulkan bukaan langkahnya. Kejap... budak itu tertidur?
Gopal menarik sebelah kakinya ke belakang. Dalam masa yang sama cahaya-cahaya hijau menyinari pedang Gopal.
ZAP!
Kepalanya jatuh tergolek betul-betul ke kaki Gopal. Mata syaitan itu terarah pada lehernya yang memancut-mancutkan darah dengan pandangan tidak percaya. Perlahan-lahan ia beralih pada Gopal yang telah menyimpan pedangnya dengan mata dipejamkan rapat.
Tidak mungkin! Budak itu bunuh dia sepintas lalu je? Gila!
Sosok Gopal diperhati Ochobot bersama mata yang terbeliak. Baru sahaja Gopal selamatkan dia orang? Gopal kelihatan tersengguk-sengguk dalam posisi berlututnya, barulah remaja itu terbangun! Sempat lagi dia mengerangkan otot-ototnya seperti baru bangun pagi!
"Ah, selamat pagi appaaaAAAAA! KENAPA ADA KEPALA ANGSA DEKAT KAKI AKU?" Kepala angsa itu disepaknya jauh-jauh. Kesian angsa itu. Sudah menjadi arwah pun dipermain-mainkan oleh si Gopal.
"Kau okey, Gopal?" sapa Ochobot bersama-sama Bagaga.
"Aku... okey? Korang okey ke tak? Siapa bunuh syaitan ni?" soal Gopal. Tidak sempat Ochobot ingin membalas, Gopal sudah melihatnya dengan iris mata yang bergetar-getar. "Kejap, jangan kata... kau... kau lawan dia orang untuk aku, Ochobot? Kau kan power sphera?"
"Eh... kau yang..."
Gopal terus memeluk Ochobot. "HUHUHU, TAK SIA-SIA GENTAR TINGGALKAN KAU DENGAN AKU! RUPA-RUPANYA KAU KUAT RUPANYA! Hisk..."
Ah! Hrm... suka hati kaulah Gopal. Dibalas sahaja pelukan si Gopal itu dengan redhanya.
"Ah... siapa yang tinggalkan roti ni?" Gopal meninggalkan Ochobot dan bertukar tumpuannya pada beberapa roti yang merata-rata di tempat. Urgh... roti yang ini dah terkena darah aku. Tak apalah.
"Tunggu, Gopal! Kau luk..." Bicara Ochobot disampuk siren merah yang menerangi bilik mereka. Tidak semena-mena, siling bilik itu terbuka luas menampakkan langit biru di atas mereka. Lantai bilik itu melambungkan segala isi bilik tersebut jauh ke udara sebelum mengkambuskan siling bilik itu semula.
"AAAH!" Mereka sekarang berada di 6 kaki di langit... fulamak, jauhnya! Terawang-awang dua manusia dan seekor kucing itu apabila tubuh mereka mula ditarik graviti, mendekati tanah yang akan menghancurkan tulang-temulang mereka!
"Adudududu..." Gentar berjalan-jalan terhinjut seraya tangannya memapah pada dinding. Bagaikan jatuh ditimpa selimut dan dilanggar dinding betullah! Sampai sekarang masih terasa denyutan berbisa pada ibu jari kakinya. Tapi dia anak jantan... mana boleh terguling-guling menangis!
Kulit kepalanya yang tidak gatal digaru. Semua pergerakkannya terhenti serta-merta. Akhirnya, Gentar meraung, jengkel. "Aduh, tadi dengar macam suara dia dekat sini. Tapi macam lalu lorong sama je. Kata jelah penakut tak nak jumpa aku!"
PRAK!
Otot-ototnya mengangkat kakinya secara refleks. Kepalanya turun ke bawah. Kenapa bunyi prak pula? Nak kata takut rumah ini roboh, rumah ini memang bawah tanah dah! Kakinya sengaja ditekan-tekan pada permukaan lantai kayu di hadapannya yang isinya kedengaran kosong bila dipijak.
Jelaslah bahawa dia perlu lakukan sesuatu pada lantai yang sangat rapuh ini. Gentar yang bijaknya melompat-lompat di atas lantai itu bagaikan kanak-kanak riang. Tidak dipedulikan lagi bunyi nyek ke ngeng ke, sedar-sedar sahaja... lantai yang dipijaknya menembus jatuh ke bawah.
Siapa sangka jatuhnya beberapa kaki ke bawah? Kalut Gentar mencapai kayu-kayu untuk berpaut malangnya dia mendarat betul-betul di belakangnya! Sepertinya bunyi prak itu bukanlah bunyi kayu patah semata-mata!
"Selamat datang, selamat datang!" Persekitaran bilik yang dihuni mereka langsung gelap gelita. Cahaya-cahaya lampu baru digerakkan menyuluh Amazeey berpakaian serba emas dan perak. Bersinar mata woi! "Selamat datang, ketua kumpulan pertama!"
Gentar berdesas-desis semasa cuba membangunkan dirinya. Belakangnya yang mencucuk-cucuk memaksa dia membongkok lagak si nenek bongkok tiga. Celah matanya berkerut-kerut. Jadi itu ke Amazeey? Nampak sewel sahaja.
"Nampaknya penonton kita dah bersedia untuk melihat penyertaan terakhir oleh manusia ni! Betul tak? Betul tak?"
Senyap. Sepi.
"Heh, kata dah dia ni gila," ejek Gentar, perlahan.
"Ah, ah, ah... tapi saya tak adalah segila kamu... yang berani-berani melalui lingkang-bengkong yang penuh berbahaya ini!" Amazeey merentangkan tangannya, mempamerkan beberapa halangan mula terbina. Dari tiang-tiang kayu untuk dilompat, penukul gergasi yang berayun sehinggalah sebuah laser besar yang memancar!
"Apa ni? Aku baru sampai kot!" Gentar yang terdiri tadi jadi tercondong ke hadapan. Aduuh... sakit gila belakang aku.
"Jangan risau, jangan gentar! Saya masih lagi hos syaitan anda yang baik, jadi saya beri peluang untuk anda... fikir sebaik mungkin untuk habiskan permainan ini," ujar Amazeey. Sebuah jam poket diseluk dari koceknya. "Tapi, anda kena cepat. Sebelum budak-budak itu jadi tawanan."
2 minit 59 saat.
Budak-budak? Mana aci main ugut-ugut! Gentar menggoyangkan tangannya sebagai selaku senaman panas. Dalam masa yang sama, kepalanya sudah merangka pelbagai startegi. "Okey, aku lompat dekat situ lepas tu... kita panjat penukul gergasi tu. Lepas aku panjat, kena hati-hati dengan siling berduri tu. Lepas tu ada... eh, kejap... asal macam depan rumah Tok Sah pula ni?"
2 minit 30 saat.
"Lompat atas gergaji tu. Hrm... hrm... hrm... okey dah dapat dah!" BAM! Sebuah platform berspring melonjatkan Gentar ke salah sebuah penukul yang terhuyun hayan. Hasil kesan inersia itu membuatkan kepala Gentar terasa berdesing sebentar tetapi mujur dia sempat memegang ekor tukul tersebut. "YA... AAAAAaaaaAAAaaaaA!"
"Sepertinya kita akan tahu siapa pemenangnya nanti!" Amazeey kelihatan terhibur menonton aksi Gentar terhuyung-hayang berpaut pada tukul itu. Selepas dia makan lalat pengganggu ini, dapatlah dia menjamah si darah Bombaay itu nanti!
Nasib tidak menyebelahinya bilamana dia terlupa kedudukan manusia yang dia sorokkan itu. Semua salah syaitan-syaitan lain yang sibuk mahu membaham lauknya! Ditambah dengan Elemental-Elemental Slayer pengganggu tu... ERGH!
Sabar... sabar. Dia tidak perlulah hilang sabar sebegitu mudah. Selesai dia menelan manusia ini sekaligus, tercapailah impiannya menjadi Syaitan Bintang Bawah! Lamunannya yang dibiarkan hanyut disedarkan melalui jentikan jarinya sendiri.
"Macam mana dengan peserta kita... huh?"
Gentar seronok-seronok mengimbangkan diri pada papan nipis itu. "Hup! Hup! Hup! Lah senang je. Adeh!" Badannya ditolak oleh sebuah bola tinju dari platform. Amazeey mengelap dahinya yang jatuh merintik. Tinggal 2 bahagian lagi... nasib budak itu jatuh.
"Nampaknya masa tinggal satu minit sahaja lagi... dan watak utama kita telah menemui kekalahan!"
1 minit.
"Eeeh... mana ada! Perangkap Tok Sah lagi susah!" Kerut pada dahinya bertambah lipatan menyedari Gentar tidak terjatuh daripada platform tersebut, malah boleh pula dia bergayut pada bola tinju tersebut!
Banyak betul plot armor dia ini!
55 saat.
Gentar pantas bergerak ke hadapan bola tinju itu dan barulah pegangannya pada bola tinju itu dilepaskan. Paling mengagumkan, Gentar berjaya melepasi barisan gergaji bulat dan sebuah laser ke platform kedua terakhir dengan selamat!
"Tak, ni tak ada dalam skrip!" Amazeey mula naik cuak. Dua belah tangan gergasi keluar daripada kedua dinding, memancarkan lazer besar menghala Gentar! Tidak putus-putus lazer itu berhenti menembak seolah-olah Amazey telah mengerahkan segala serangannya habis-habisan pada Gentar!
15 saat.
"Tuan-tuan, puan-puan. Sepertinya... kita ada pemenang!"
"DAN ITU IALAH AKU!" Meremang bulu roma Amazeey saat kepalanya diangkat. Remaja itu menerkam ke arahnya beserta keris yang dihunus tajam.
"Bismillah..." Sepantas kilat, cahaya-cahaya guruh bergertak menerusi kerisnya semasa memotong kepala Amazeey. Kepala Amazeey kemudian jatuh ke bawah sama-sama dengan badan Gentar yang meniarap kepenatan.
Gentar menghela nafas lega berulang kali. Tangannya diangkat beserta sorakan keriangan. Akhirnya! Dia menang juga! Tetapi, perasaan itu tidak dikongsi bersama si Amazeey. "HAHAHA! SAYA TAK AKAN KALAH! MARI SINI BIAR ANDA JADI LAUK SAYA YANG SETERUSNYA!"
Gentar menggerakkan kakinya ketika kakinya digigit oleh si Amazeey dari belakang. Ada masa pula dia nak gigit kaki orang! Dahlah belakang aku sakit ni.
"Tak guna... lagi 50 manusia... kuat..."
"Hos terbaik... kalahkan..."
Telinganya menangkap hembusan nafas terakhir daripada syaitan itu termasuklah bunyi platform-platform dan alat gila Amazeey hancur ke bawah. Pipinya direhatkan ke lantai. "Ah... rehat lagi lima minitlah..."
Gentar terasa sunyi apabila melalui kawasan koridor yang tidak lagi berdinding mahupun dipenuhi perabot. Jadi... hiasan rumah ini salah satu kuasa syaitan itulah maksudnya? Tubuhnya membelok masuk ke dalam tempat persembunyian budak-budak tersebut. Badannya tersentak. Lah... kosong?
"Ekul!" Gentar merapatkan tangannya ke pipi. "Bagogooo! Tooom?"
"Ish, mana pula dia orang ni?" Gentar mengusutkan rambutnya yang diselindungi tengkolok. Pusing sahaja ke belakang, dia disergah oleh ketiga-tiga makhluk yang berada di belakang. Untung tidak jatuh terlentang lagi!
"Aduh, kau orang pergi mana tadi?" Ekul tersengih-sengih menadah amarah Gentar. Kucing itu menyelit di antara celah kaki Bagogo. "Tadi kawasan bilik ni tetiba jadi lapang... jadi kita orang pun menyoroklah dalam tanah."
Gentar berpaling pada satu lubang besar tidak jauh dari dia berdiri. Melompat kecil dia ke tepi. Traumalah setiap kali nampak lubang, asyik jatuh saja! Gentar lantas menoleh Bagogo yang menyoalkan pertanyaan. "Bang, si syaitan suara kita dengar tu dah kalah en, abang, en?"
Gentar tersenyum. Rambut Tom dan Bagogo dibelainya. "Ya! Dan terima kasih sebab tunggu! Kau pun sama, Ekul!" Ekul cuma mengelakkan pandangannya bersama anggukan sebagai jawapan.
"Persoalannya, macam mana kita nak keluar?" Gentar mengusap dagunya tatkala Ekul tersenyum girang.
"Aku ada idea!"
DUSH!
Terik sinar matahari memerah peluh yang keluar daripada Gopal. Walaupun begitu, dia enggan melepaskan kotak yang dipeluknya. Perbuatan itu cukup menjengkelkan sosok tersebut. Tangan-tangan bayang dari belakangnya bertambah agresif memukul Gopal tanpa belas.
"Aku pukul kau pun kau tak lepas-lepas juga! Lepaslah!" Remaja berambut ungu itu membentak Gopal. Figura tangan itu siap menarik Gopal daripada kotak itu bahkan sudah menghentakkan sampai lebam!
Tetapi darah dan bengkak pada wajahnya tidak membuatkan Gopal berganjak. Kotak itu semakin dieratkan. "Aku takkan lepaskan sampai bila-bila!"
Gopal perlahan-lahan duduk bersama kotak yang didakapnya. "Oh... Gentar."
Nafas Gentar terasa tersekat. Mana tidaknya, perkara pertama dia tengok seusai naik ke atas ialah Gopal dipukul sedang remaja itu melindungi Duri.
"Kau kata... kotak ni sesuatu yang berharga untuk kau, kan? Aku dah tolong jagakan..."
Bahu remaja ungu itu dipusingkan ke arah Gentar selintas pandang. Pedangnya disaut keluar. Lantas dia membisik keras. "Kalau kau nak sangat lindungi syaitan tu, baik kau mati sama-sama dengan dia!"
Pedang itu diangkat
"KAU NI MEMANG DAH MELAMPAU!"
⚡⚡⚡
Tak sia-sia Tok Sah latih Gentar masuk perangkap... hisk. Bangga saya sebagai adik saudara ibu dia punya kawan punya adik punya bini punya anak angkat kakak dia.
Dan selamat berbuka puasa! Atau terawih atau sahur... atau puasa
Pembaca : Apa benda Nooroo merepek punya punya tu?
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top