| 28 |
ELEMENTAL SLAYER
-------------------------
"Kau sedar tak apa yang kau buat sekarang ni?"
.
.
.
*Kalau perasan, ada video Masih Di Sini dekat atas, tutup dulu. Sampai masa nanti buka.
.
"BLUUUURGH!"
Menoya raut kucing itu saat sisa-sisa kekuningan muntah si Gopal tertayang di hadapan mata. Meskipun begitu, muntah itu tidak mampu menewaskan rasa kembangnya melihat gunungan mayat manusia di dalam bilik yang dibuka Bagaga tadi. Malahan, ada beberapa alat perhiasan bertompokkan darah yang tergantung pada dinding bilik itu.
"Jangan-jangan barang-barang yang tergantung tu milik mayat-mayat tu?" teori Ochobot sendiri. Buat seketika, dia tumpah kasihan pada mangsa-mangsa yang terkorban di dalam perangkap syaitan tadi.
"Dey, sudah-sudahlah tengok tu! Tutuplah balik!" Gopal menggesa sementara kedua-dua tangannya bertugas melindungi mata dan mengepit hidungnya. Mendengar desakan Gopal tidak henti-henti, Ochobot terus menggeser pintu.
TUP!
"Dah. Tapi kita tak ada cara lain, kita memang kena buka pintu lain nak cari jalan keluar. Lagi satu, kalau ada bunyi atau bau pelik-pelik, jangan buka." Ochobot berlagak sebagai ketua memberikan arahan satu-satu. Walaupun tuntutan itu datang daripada seekor kucing, tetap sahaja kedua manusia itu terangguk-angguk seperti burung belatuk.
Ochobot senyum senget. "Okey, mari kita cari jalan keluar!"
Maka, bermulalah misi mengetuk-ngetuk pintu ibarat ketuk-ketuk Ramadhan. Ochobot bergerak solo ke dinding sebelah kanan manakala Gopal dan Bagaga menguruskan barisan pintu di arah bertentangan. Pintu demi pintu dibuka beberapa kali, namun yang dipertunjukkan pada mereka cumalah ruang yang gelap dan kosong.
"Ergh..." Erangan Gopal itu membantutkan niat Bagaga ingin menarik pintu. Wajah Gopal diteliti aneh. "Kenapa?"
"Bau busuklah! Wak tak bau ke?" Gopal sudah menutup hidungnya dengan kedua-belah tangan serentak.
Informasi yang diberikan oleh Gopal membuatkan Bagaga berkerut, hairan. Udara sekelilingnya disedut dalam-dalam. Mukanya dipalingkan semula pada Gopal. "Wak tak bau apa-apa pun. Ehh..."
"Aku ada bau! Dah, dah! Kita buka pintu lainlah!" Gopal menolak tubuh anak kecil itu ke pintu seterusnya. Sesampai sahaja di hadapan pintu itu, pantas sahaja sebelah tangannya menolak ke tepi tanpa beragak-agak. Sewaktu itu, mahu jatuh rahangnya menyaksikan tingkah dua ekor syaitan jantan sedang riang bermain buaian di dalam bilik tersebut. Siap menyarungkan sut formal pula itu! Tak kena betul!
"Hoi, apa tengok-tengok?"
Terbeliak mata mereka melihat sebuah set buaian dilempar laju ke arah mereka. Langsung pintu itu segera ditutup!
"Huh..." Gopal dan Bagaga saling berpandangan, janggal. Lain kali, memang kena betul-betul selidik sebelum buka ini.
Dalam masa yang sama, Ochobot telah menutup pintu kayu buat entah ke berapa kali. Badannya direnggangkan ke hadapan. Nafas dilepaskan berat tatkala matanya memerhati berpuluh pintu yang telah diperiksa dari belakang. Haih... memang tak ada cara langsung ke? Fokusnya kemudian terarah Gopal dan Bagaga yang menekup telinga masing-masing pada pintu.
"Macam mana dengan pintu dekat sana? Oh..." Nada suara Ochobot mengendur bilamana mendapati isi bilik yang dibuka Gopal juga gelap-gelita. Lambat-lambat dia membawakan pandangannya ke lantai. Macam mana ini?
Gopal yang perasan perubahan riak Ochobot lekas menceriakan kucing itu. "Tak apa, kita teruskan cari lagi! Ah, mesti ada ni!" Tangan Bagaga diheret ke pintu sebelah, dan ke pintu sebelah lagi. Menyedari usaha bersungguh-sungguh daripada Gopal sudah cukup memberikan sinar harapan ke dalam mata Ochobot.
"Okey! Jom! Nanti kita boleh jumpa Gentar!" Ochobot sekarang lebih bersemangat, berlari-lari anak menuju ke pintu seterusnya.
Tunggu aku, Gentar!
Ekul menoleh ke arah Gentar yang tersenyum lebar dengan cadangannya. "Kita lawan nyanyi!"
Huh... Ekul kehilangan bicaranya. Bukankah tugas Elemental Slayer untuk hapuskan syaitan? Kenapa pula gaya Gentar macam hendak berbaik-baik sahaja dengan mereka? Kucing itu menarik muka seraya ia mengalihkannya pada Karok. Pasti syaitan itu akan menolak dan mengamuk...
"Lawan nyanyi dengan aku? Apa yang kau merepek ni?" Menggigil tangan syaitan itu memegang mikrofonnya. Lama-lama segaris senyuman terbit pada wajah Karok. "Mestilah aku takkan kalah kalau menyanyi dengan kau! Aku terima!"
Hampir rebah Ekul mendengarnya. Biar betik?
"Heh, inilah semangat yang kita nakkan!" Gentar menghala tangannya sama arah dengan mikrofon yang dihalakan padanya. "Tapi yang penting yang kita perlukan benda alah yang kau pegang tu. Hrm... tapi dekat mana aku boleh jumpa?"
Tindakan Gentar bergerak tidak tentu arah sekitar bilik tersebut mengganggu Ekul. Kucing itu lantas mencapai serpihan keris yang terjatuh daripada gantungan dinding. Decitan sakit terkeluar saat kukunya merentap sedikit bulu-bulunya. Bulu-bulunya itu langsung digumpalkan.
Bagogo berjalan mendekati Ekul yang tengah sibuk dalam projek kraf tangannya. Ditonton sahaja kelincahan tangan bulus kucing itu membenamkan bebola bulunya pada mata keris bersama pelbagai persoalan. "Akak buat apa tu?"
Dalam kedua makhluk itu membuat hal lain, Gentar sebaliknya sudah garu kepala. Tidak mungkin mahu buat keris jadi alat menyanyi pula? Nanti tercucuk dekat rahang masa syok-syok berdendang jadi satu hal pula. Karok pula sudah tersenyum-senyum membayangkan kemenangan di pihaknya selepas mengagak Gentar sedang bersusah hati. "Nampaknya akulah yang menang!"
"Tch... sabarlah. Aku tak jumpa barang yang sesuai ni." Fikiran Gentar yang berserabut serta-merta terlerai ketika hujung seluarnya ditarik oleh seseorang. Iris matanya bercahaya terang memandang sebuah mikrofon di tangan Bagogo.
"Wah, mana korang jumpa ni?" Mikrofon itu dibawa ke hadapan muka. Ya, sekarang ini masanya bagi penyanyi sepertinya bersinar!
"Saya buat sendiri." Malu-malu Ekul menyatakan. Di dalam benaknya, pasti Gentar tidak mempercayainya akan tetapi boleh pula si Gentar menelan maklumat itu bulat-bulat. "Seriuslah? Hebat gila!"
Karok menggerakkan rahangnya. "Dah! Kalau nak nyanyi! Nyanyi sekarang!"
"Yalah, yalah. Mesti kau tak sabar nak dengar suara aku, kan?" Gentar memutar-mutarkan mikrofonnya sebelum mikrofon itu jatuh ke tanah tanpa sengaja. Cepat-cepat mikrofon itu dikutip bagi menutup rasa malu. "Ah, sengaja aku buat gimik! Dah, dah, kau mula dulu!"
"Gentar, jangan lupa pakai ni!" Ekul menolak dua butir gabus ke depan.
Karok tersentak sedikit. Dia mula dulu? Garisan pada wajahnya dinaikkan senget. "Kau pasti akan menyesal cabar aku dulu!" Habis sahaja bicara, kakinya dihentakkan kuat ke tanah. Pembesar suara yang melekat pada seluruh anggota badannya mula memainkan rentak gitar yang merancakkan atmosfera bilik tersebut. Tetapi, ia tidak cukup untuk menjejaskan walau satu zarah pada Gentar.
'Kenapa dia orang langsung tak sakit macam tadi? Ah, apa nak jadi... jadilah!" Irama gitar yang kian memuncak memaksa Karok terus bernyanyi. Nanti lari dari ritma sebenar, kalah pula dia nanti! "Semangat kita di sini. Berjuang beraksi. Our hero kembali."
Rentak dram mula didendangkan.
"Kini yakin dan berani! Oh, yeah! Harungi... dan you and me!" Gentar melanjutkan nyanyian seterusnya. Masalahnya, setiap lirik yang dinyanyikan semuanya lari dan langsung tak kena! "Menuju puncak yang tinggi! Yah! Yakin, tabah, bera..."
"CUKUUUuuuUUP!"
Posisi dinamik yang dipamerkan Gentar automatik runtuh dek suara Karok. Mikrofon dibawa jauh dari mulutnya bersama reaksi yang bengong. "Lah... kenapa pula? Tadi ajak nyanyi... bila nyanyi marah pula!"
"Sebab kau nyanyi tak kena masa! Dahlah pekak ton, mahu bingit telinga aku." Rungutan professional daripada Karok terjeda. "Kenapa aku betulkan kau pula? Huh, nampaknya dengan cara ini aku akan menang! HAHAHAHA!"
"Oh, berlagak. Tadi aku buat cubaan satu dua tiga je. Marilah!" Gentar berlari setempat. Eh, ini hendak bernyanyi ke nak bersenam robik? Mikrofon itu baru sahaja hendak didekatkan ke mulutnya, tahu-tahu sahaja Bagogo telah merampasnya tanpa izin!
"Eh, eh, eh. Aku nak nyanyilah!"
"Kalau abang tak pandai nyanyi, biar saya jelah yang nyanyi." Bagogo menjemput dirinya sebagai peserta seterusnya. Kanak-kanak itu menarik nafas sekuat mungkin, kalau boleh habuk-habuk dekat mikrofon pun mahu disedutnya! Tika dia membuka mikrofon, bunyi bingit mikrofon itu berdesing ke seluruh bilik. Sampaikan si Karok sendiri menutup telinga!
"Eh, nanti tak fasal-fasal Karok tu pekak! Susah kita nanti! Bagi balik!"
"Eh, abang pun tak pandai nyanyi."
Ekul menayang wajah menyampah melihat Gentar dan Bagogo mula berbalah mulut. Haih... dua kali lima sahaja dua ekor ini. Dua-dua sumbang.
"Kalau gitu, kita bagi Ekul jelah nyanyi!" Tiada angin, tiada ribut, sebuah mikrofon ditempatkan betul-betul di hadapannya. Sempat lagi si Gentar gunakan kerisnya bagi menyendengkan mikrofon itu menghala si Ekul. Aduh... terasa mahu menembus kepala ke dalam tanah saja! Dia? Menyanyi?
"Cepat, Ekul! Pergi! Pergi! Pergi!" Gentar bersorak bersama pom-pom yang entah datang daripada mana sedang Bagogo sudah ternganga mulut. Suruh kucing lawan nyanyi dengan syaitan?
Hatta si Karok juga meremehkan idea Gentar. "Huh, kucing nak lawan dengan aku? Heh, memang korang jadi lauk aku nan..."
"Kawan... lihatlah di sana. Gunung tinggi, yang indah menjulang. Kawan... lihatlah di sini. Kupu-kupu pun ikut menari." Tiba-tiba suara kecil molek Epul berubah menjadi garau. "BERSAMA KITA JAGA BUMI INI."
Pap! Pom-pom daripada tangan Gentar terjatuh.
"BERSAMA KITA MELINDUNGI BUMI! Ah... itu je." Pengakhiran segan-silu itu disahut sorakan gembira daripada Gentar dan Bagogo. Pujian demi pujian diluahkan daripada mulut Gentar sementara si Karok kini terpinga-pinga.
"Cayalah... akak. Saya memang akan tempah akak nyanyi tepi pasar malam!"
"Tak apalah, saya tolak."
Tidak semena-mena, sebuah rebana dan gendang diadukan secara berirama. Tumpuan penyanyi bertukar pada Karok yang menghentam-hentamkan kakinya. "Mari kita bernyanyi! Aku takkan kalah!"
Ekul mengundur, ragu-ragu. Tetapi, badannya dimajukan kembali ke hadapan bersama elusan di belakang. Dia pantas berpaling pada pemilik tangan tersebut dan saat wajah Gentar memenuhi permandangannya, Gentar menayangkan senyuman paling bersinar yang dia pernah lihat. "Masuk je. Aku yakin kau boleh!"
Pandangan Ekul dialihkan ke hadapan.
"Oh, ya? Lagu yang kau nyanyi tu lagu Jagalah Bumi Kita dari tahun 16-an, kan?" Karok menunjukkan ke arah Ekul. Kakinya dihentak seiring rentak rebana yang bergendang.
Ekul tersenyum sinis. "Nampaknya kau dah hidup terlalu lama untuk dengar lagu tu."
Muzik menyusul dengan seruling yang beralun lalu bermulalah nyanyian dilantunkan hasil pementasan kedua belah pihak!
Kala Ekul memelodikan barisan lirik, Karok lebih kepada menyaringkan dan meruntuhkan ton-ton di dalam muzik tersebut. Dinding-dinding merekah dan lampu seketika padam celik akibat nyanyian yang didendangkan oleh si Karok. Nasiblah si Gentar dan Bagogo telah bersedia menyumbat bagus ke dalam telinga. Bolehlah goyang kaki tanpa terefek walau sedikit pun!
"DAN PEMENANGNYA, EKUUUL!" umum Gentar
Selesai sahaja muzik itu dimainkan, Karok rebah bersandar kerana lelah. Akan tetapi, laju syaitan itu bangkit semula dan berlagak seperti tiada apa-apa berlaku. "Kita... huh... kita lawan nyanyi lagi. Tak dinafikan suara kau memang sedap! Tapi, tak sesedap aku."
Ekul memukul perlahan telinganya. Ada masa lagi hendak berhidung tinggi! Walhal tuan badan sendiri dah penat dan lelah!
"Jadi... kau pilih lagu kau sendiri!"
"Oh! Oh! Pilih lagu aku, Ekul!" Gentar yang bersila kini berlutut menghayunkan tangannya. Lebih keanak-anakan daripada si anak itu sendiri!
"Tak yah, kak. Lagu saya! Boleh saya rakam guna radio saya ni." Kali ini, Bagogo pula yang mengeluarkan radio yang tidak tahu dari mana asal usulnya.
"Tak apa, aku ada lagu aku sendiri!" Ekul berlari-lari anjing ke arah Karok. Tengok si kucing itu sudah berada di tepi tapak kakinya, mahu tidak mahu direlakan sahaja tubuhnya untuk membongkok, menadah telinga. Dari jauh, Gentar dan Bagogo hanya mampu menonton sahaja adegan mengumpat eh... bisik-bisik antara Ekul dan Karok.
"Ooooh, lagu tu!" Karok menjatuhkan penumbuknya pada telapak tangan dan secara kebetulan, alunan gitar dimainkan perlahankan. Efek tambahan mula memeriahkan suasana apabila lampu siling berubah warna di minit gendang memasuki rentak gitar yang memuncak. Cahaya kuning itu dipancarkan pada Karok!
*Boleh pasang video dekat atas! WOHOOO!
[Karok]
Jangan mudah menyerah
Bangkit semula
Terbang menuju awan
Kau dan aku
Pancaran lampu itu bertukar arah pada Ekul!
[Ekul]
Pecut pantas, jangan lemas
Pecut pantas, jangan lemas
[Karok]
Bersama kita berjuang
"Melangkah ke depan!" Karok terkedu melihat Ekul bertindak sebagai penyanyi latar belakang. Lambat-laun, senyumannya yang tergelincir dinaikkan ke telinga.
[Karok, Ekul]
Bersama kita tentukan
(Masa hadapan)
Dari mimpi hingga realiti
Whoa-oh-oh
[Karok]
Dari mimpi hingga realiti
Kita masih disini
"Yah! Masih di sini!" Eh, sibuklah Gentar!
[Ekul]
Masa sudah pun tiba
Pancar kuasa
Engkau tetap lagenda
Api kita
[Ekul]
Pecut pantas, jangan lemas
Pecut pantas, jangan lemas
[Karok, Ekul]
Bersama kita berjuang
(Melangkah ke depan)
Bersama kita tentukan
(Masa hadapan)
[Karok]
Dari mimpi hingga realiti
Whoa-oh-oh
Dari mimpi hingga realiti
Kita masih disini
"Whoooaa-oh oh."
Libasan rotan dilampiskan kuat pada tubuhnya. Tidak kira sebanyak mana dia menangis mahupun lebam-lebam pada tubuhnya, ia tidak menambahkan sedikit pun simpati pada wajah tua itu. "Kau nak belajar menyanyi, Kar? Jangan merepek dengan aku! Kau tu bisu! Takkan ada sapa dengar!"
Kanak-kanak itu memeluk kaki ayahnya bersama raungan, meminta si ayah berhenti memukulnya. Sebaliknya, semakin dia meraung, semakin esakannya itu menambahkan amarah bapanya. Berdas-das batang buluh itu memberikan kesan pada tubuhnya.
"CUKUPLAH KAU MENYUSAHKAN AKU! DENGAN BISU KAU LAGI!"
Ya, betul kata ayah. Orang bisu macam dia sampai bila-bila takkan dapat menyanyi.
Kalau tidak disebabkan tuan Retak'ka...
"Kita lalu bersama! Sejarah yang kan kita bina!" Ekul menghulur tangan bulusnya pada Karok. "Kau dan aku."
Karok tersenyum lagi.
[Karok, Ekul]
Selamanya...
[Gentar, Bagogo]
Bersama kita berjuang
[Karok, Ochobot]
Bersama kita tentukan
(Masa hadapan)
Sama-sama bernyanyi!
[Semua]
Dari mimpi hingga realiti
Whoa-oh-oh
Dari mimpi hingga realiti
Kita masih disini
Kita masih disini
Kita masih disini
Masih, masih disini
Alunan muzik kian lama kian menghilang diiringi sorakan Gentar dan Ekul. Sesudah itu, jeritan kegirangan keluar daripada Gentar yang melompat-lompat bagaikan kacang direbus satu. "Cayalah! Mesti kita menang, kan?"
Bilik yang penuh teriakan itu langsung diisi kesunyian ketika mereka bertiga mendengar esakan daripada Karok. Gentar menyaut semula kerisnya di lantai barulah dia mendekati Karok. "Kau... okey ke?"
"Terima kasih..." Suara itu pecah
"Terima kasih sebab nyanyi dengan aku."
Gentar mencabut kedua gabus dari telinganya. "Sepatutnya aku yang terima kasih. Suara kau pun sedap juga."
Karok cuba menahan air matanya dari tertumpah malangnya ia tetap juga meluncur laju dari pipinya meskipun sudah diusap berkali-kali. Senyuman Gentar dibalasnya. "Aku seronok dapat nyanyi dengan korang."
"Baguslah! Ingat kau seorang je ke, ha?" Gentar menunduk separas Karok.
Terhambur tawa kecil dari syaitan itu. Tangannya dibawa ke sisi, mendedahkan lehernya yang menjadi sasaran selama ini. "Kalau macam tu, aku gembira sangat."
"Oh..." Gentar membisu apabila memahami maksud dirujuk oleh Karok. Tangannya menggigil mengeluarkan keris itu dikeraskan. Bibirnya membentuk senyuman yang bercampur-baur. "OKEY!"
"Ah, ah, ah. Jangan harap saya akan biarkan begitu saja!"
PRAK!
Lantai kayu yang mereka bertiga jejak tenggelam ke bawah mendadak. Serentak itu, beberapa tangan terbentuk dari dinding bergegas ke arah Karok. Sekelip mata, kepala Karok dihancurkan sebegitu sahaja seperti debu bersama-sama anggota badannya yang lain, di saat tubuhnya ditarik oleh graviti.
Mata Gentar tidak henti-henti terbeliak meskipun terdapat darah Karok terpercik pada mukanya. Kepalanya tetap mendongak ke atas sedang dirinya jatuh menjunam ke bawah.
Kenapa?
Ekul memandang ke bawah dan Bagogo yang menjerit ketakutan silih berganti. Alamak, lantai bawah itu lantai berkayu! Kalau dia orang terpijak, mahu diusung kerusi roda bila keluar nanti. Kucing itu membetulkan peti suaranya.
"TUKARAN MOLEKUL!"
POOF!
Mujurlah, mereka bertiga disambut oleh kelembutan gunungan selimut-selimut itu. Bagogo terlebih dahulu keluar daripada timbusan selimut-selimut. Pada waktu itu, matanya berkilau-kilau melihat selimut-selimut yang tertayang di hadapan mata. "Wah, banyak ni boleh jual! Kumpul! Kumpul!"
Ekul mengerutkan mukanya apabila melihat? Bagogo telah melipat-lipat selimut yang ada. "Benda tu bukan untuk dijuallah." Matanya berkelip-kelip mencari kelibat Gentar. Mana pula Gentar? Jangan-jangan... Gentar dah lemas dalam lautan selimut ini entahnya? Ekul pantas mengali-gali selimut yang ada.
Poof!
Ah, itu pun dia...
"Eh, siapa tu?" Sesi lelongan Bagogo serta-merta diletakkan titik noktah. Rasa gembira memenuhi eksperesinya tatkala dia mengecam rupa seseorang daripada jauh. Lekas bukit itu dituruni bagi mendapatkan seseorang itu.
"Bang Long!"
"Eh, mu?" sahut abang Bagogo. Pelukan adiknya itu dibalas? kembali. "Gana mu boleh sapa sini?"
"Sebab saya yang bawa dia masuk," cantas Gentar penuh bangga. Tak sedar-sedar ayat itu boleh mengundang salah faham. Yalah, bawa lari anak orang. "Mesti nama adik Bagege kan?"
"Bukan, nama aku Tom!"
Ah, suka hati kaulah, dik.
Matanya membeku pada luka pada pinggang Tom. Tanpa sepatah kata, kain sampin di pinggangnya dilonggarkan dari ikatan. "Perut adik terluka. Biar abang rawat, ya?"
Seusai sahaja Gentar menangkap anggukan daripada Tom, tangannya giat melilit pinggang kanak-kanak itu. Hrm... tak silap masa Maripos rawat kepala dia yang berdarah hari tu, dia ikat kan? Ha... belasah sahajalah! Ikatan pada pinggang anak itu dikemaskan.
"Macam mana abang long boleh berdarah macam ni? Tahu-tahu keluar jaket bang long je," ujar Bagogo, risau. Pakaian haori abangnya dibuang dari badannya dan dihulurkan kepada pemiilik asal.
"Waktu aku masuk dalam kawasan ni, ada tiga ekor syaitan berebutkan aku. Duk oyak aku ada darah Bombaylah apalah. Lepas tu salah seekor syaitan tu mati kena terkam tangan gergasi dan waktu yang samo, abe long mu ni kena bawo lari dengan ko tangan gergasi tu. Sedar-sedar, sapa sini." Tom bercerita penuh panjang lebar, jelas lagi nyata. Tiadalah gaya tangan berlebihan macam Gentar yang seorang itu.
"Tangan gergasi?" Gentar teringatkan tangan gergasi yang sama menerkam Karok tadi. Semerta itu, ketenteraman mereka diganggu oleh sayup-sayup pengumuman yang tidak diketahui sumbernya.
"Lari... bzzz... boleh."
"Itu mesti dia!" Gentar naik tegak.
"Dio? Sapo dio?" soal Tom, tercengang-cengang. Kepalanya perlahan-lahan dijatuhkan sejalan dengan pandangannya pada Gentar yang menunduk semula. Bahunya digenggam lembut oleh Gentar. "Tom, abang nak kau duduk sini sampai semuanya selamat. Kalau ada bunyi pelik, ikut je kata kucing ni."
Lenggutan Tom tersentak. Ku... kucing? Yang risaunya, adik dia macam percaya lebih saja pada remaja di hadapan mereka.
"Ekul, kalau ada apa-apa terjadi, aku nak kau buat apa yang kau buat tadi? Heh, boleh?" Pertanyaan itu ditamatkan dengan sengihan Gentar.
Ekul mengeluarkan kata sepakat. "Boleh!"
"Heh, terbaik!" Gentar menaikkan ibu jarinya beserta dengusan berpuas hati. Terburu-buru dia merapati anak pintu. Tombol pintu dipulas. "Gentar keluar dulu. Dan Gentar mesti menang punya!"
Tup!
Tubuhnya terputar ke hadapan dan ke belakang umpama orang mabuk. Laci kecil yang terletak di hujung dinding diangkat Gentar penuh susah-payah merapati pintu kayu. Telapak tangannya disapu-sapu. Okey! Bolehlah itu! Ala, syaitan zaman sekarang mana main rempuh pintu, dia orang pun adab dia orang sendiri. Fikir si Gentar.
Langkah Gentar diiringi lampu berkelip-kelip. Berapa tahun tidak tukar-tukar ini? Desis Gentar menutup rasa cuak di dalam hati. Kala kakinya mara ke hadapan, telinganya diluaskan sebesar-besar yang mungkin mencari suara Amazeey tadi. Akan tetapi, sahkan suara Amazey... bunyi nyamuk pun tidak berdengung dalam telinga.
Tidak lagi bersiar-siar seperti tadi, Gentar maju menempuh masuk melalui mana-mana lorong yang dirasakan betul. "Mana pula dia ni? Takkan sekarang waktu rehat pula?"
"Alamak... mana Kumpulan 1 tu?"
Gentar membuat brek mengejut. Ha, berbunyi pun! Mesti dah habis waktu rehat! Laju sahaja dia berpatah balik ke belakang dan mengarah ke lorong kiri.
DUM!
Dinding bersebelahannya pecah tiba-tiba, mengeluarkan bayang-bayang gergasi yang melindungi lampu di atas mereka. Sebuah figura beruang dalam bentuk-bentuk bayang-bayang berdiri gagah dengan saiz dua kali ganda lebih besar darinya. Tika beruang itu beralih pada Gentar, mata merahnya terlebih dahulu menikam wajah remaja itu.
A... pa... kah? Nak kena lawan dia ke? Eh, jangan biar tergant
Tom : Jadi kita kena tunggu dio habis dulu baru tubik ke?
Ekul : Nampaknya macam tu ah.
Bagogo : Ha, kalau macam tu! Apa kata akak beli dari kita orang? Ada keris, rantai (yang diambil dari bilik Karok tadi) dan ada makanan kucing!
Ekul : Saya kata dah... saya tak nak beli apa-apa barang dari korang, huh makanan kucing?
Bagogo : Ya, dibuat khas oleh Bagogo dan Tam!
Ekul : Eh, bukan nama dia Tom ke?
Tam : Siapa kata?
Nooroo : Eh, dah! Dah! Nanti terlewat nak bagitahu rahsia Elemental! Kejap, aku kan penulis. Mana mungkin ayat aku dipot
⚡⚡⚡
Aduh, bila scene nyanyi-nyanyi tu teringatkan FDTKA ( Fang Dan Tujuh Kembar Ajaib). Masa dia orang nyanyi nyanyi dekat pentas tu pergh.
Dark Nooroo : Dan Tok Aba jadi ikan.
Ha'ahlah. Ikan apa eh? 💀 Terpaksalah baca balik.
Dark Nooroo : OI! COVER BILA NAK BUAT?
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top