| 26 |
ELEMENTAL SLAYER
-------------------------
"Kau sedar tak apa yang kau buat sekarang ni?"
.
.
.
TERBONGKANG tubuh Gopal saat ditolak oleh encik Kumar. Habis debu-debu tanah melekat pada baju dhoti yang disarungnya. Namun, tetap dia kerahkan langkah memeluk lutut bapanya semula. "Tolonglah, appa! Saya sanggup basuh pinggan mangkuk kedai sampai pinggan mangkuk jiran sebelah. Asalkan saya tak payah pergi sana."
"Oh, ya... kamu tertinggal baju layang kamu." Rayuan anaknya dihiraukan begitu sahaja oleh encik Kumar. Malah, baju layang itu dipaksa saut pada tubuh Gopal.
Gentar menayang wajah jijik. "Tak sangka... aku kena bawa orang macam ni pergi misi."
"SEPATUTNYA AKU YANG CAKAP MACAM TU!"
"Tak apa, pak cik." Gentar menepuk-nepuk bahu encik Kumar. Dengan yakinnya, dia melayangkan tangannya ke udara. "Pak cik jangan risau. Saya ni antara Elemental Slayer yang terhebat setakat ni. Saya akan lindungi anak pak cik si Gopal ni."
Reaksi meluat disarungkan Gopal. Perlahan-lahan dia mengangkat wajahnya, memandang riak encik Kumar yang sudah bersinar-sinar. Encik Kumar segera menggapai tangan Gentar lantas disalamnya berkali-kali. "Terima kasih, Gentar. Tolonglah jaga Gopal atas nama Kumaran ni."
"Ya! Ya! Saya janji atas nama pak cik, saya akan jaga dia macam anak saya sendiri."
Tumpuan Ochobot beralih mengarah Gopal yang telah mengeras, juga pada kucing kelabu tertunduk-tunduk bermain rumput. Hrm... bertambah beban yang dia perlu jaga. Hujung seluar Gentar ditariknya. "Sudahlah Gentar, kita kena gerak."
"Oh ya, ya. Dah, dah... Gopal. Salam dengan appa kau." Gentar berpeluk tubuh, berlagak seolah-olah ibu yang garang. Mahu sahaja Gopal melawan, tetapi mengenangkan sosok bapanya berada di sini, terpaksalah dia menurut tanpa rela.
Tika tangannya disuakan menyalam bapanya, kepalanya terasa berat tanpa sebab. Ubun-ubunnya terasa digerakkan lembut. Rendah nada suara garau itu berpesan. "Jaga diri ya, Gopal."
Gentar mencelah. "Oh ya, anak pak cik ni kuat tak?"
"Dey, kau pergi sorang jelah!"
Dah setengah jam Gopal ketiduran dek menunggu Gentar sembahyang Subuh di luar masjid. Tersengguk-sengguk Gopal cuba mengimbangi kepalanya yang ditongkatkan pada pedang. Manakala si kucing kelabu itu pula menaikkan pandangannya tengok si Gopal. Satu keluhan dilepaskan.
Sejak awal perjalanan mereka, sepertinya tuannya enggan mengeluarkan walau satu huruf terhadapnya. Kakinya memukul perlahan anak-anak rumput yang tumbuh di sebelah kaki bangku tersebut. Salah dia juga sebab larikan diri...
"Hei, korang. Lama ke tunggu?" sapa Gentar dari belakang, memeranjatkan Gopal dan kucing itu. Tangan Gopal serta-merta tergelincir daripada pedangnya, membuatkan dia jatuh tertonggek ke tanah. Gentar pun satu... bukannya mahu tolong pun. Tolong gelak adalah!
"Puas gelak?" Gentar mencerlung tidak puas hati pada Gentar yang masih tersisa air mata. Punggungnya yang berdebu dipukul-pukul. "Lamanya kau solat. Kau solat ke tidur?"
"Eleh, kau yang tidur. Aduh... senak perut aku. Jomlah kita gerak lagi." Gentar memajukan diri dahulu ke hadapan terhenti apabila bahunya dipegang Gopal.
"Gerak lagi? Kau biar betul! Dari semalam lagi kita jalan." Gopal membeliakkan matanya. Kuat betul stamina dia!
"Kita dah rehat, kan? Lagipun dah nak dekat dah dengan lokasi kita. Heh, kalau kau nak rehat... rehatlah sorang-sorang. Aku dengan Ochobot gerak dulu!" Gentar memetik nama Ochobot sebagai alasan menyambung musafir mereka. Padahal Ochobot sendiri baru menyandarkan diri pada bangku! Nasib engkaulah... Ochobot.
"Yalah... yalah..."
Tercengang-cengang Gopal dibuatnya memandang Gentar dan Ochobot kembali berjalan. Matanya kemudian turun pada kucing kelabu bersebelahan kakinya. Dia berdecit, keras. "Dey, tunggulah aku!"
Sedang mereka mengusul ke destinasi, langit yang membumbungi mereka kian lama kian diisi burung-burung yang mengepakkan sayap, terbang meraih rezeki. Sebahagian burung melewati pada kedai berderetan di seberang jalan. Berbeza dengan kawasan mereka sebelum ini yang dipenuhi seni bina bumbung yang panjang, Sepang lebih mengandungi seni bina rumah kebiasaannya.
"Kriuk..."
Semua fokus mereka terarah pada Gentar yang merengkok di tepi papan tanda jalan. Gentar mengangkat tangannya, lemah. "Tolong... bawa aku pergi klinik."
"Sebab nilah kita kena rehat dulu! Tengoklah... aku pula yang lapar." Gopal mendengus, kesal. Ternaik sebelah kening Ochobot. Pula dah.
Ochobot memerhati sekitar kawasan mereka. Kepalanya ditelengkan ke kanan sekilas. "Kalau macam tu, kita pergi sanalah. Dekat sana ada jual makanan."
"Tapi... kita tak ada duit." Gentar berguling ke sebelah. Aduh... sakitnya perut.
Ochobot bengong jadinya. Aduh, lupa pula dia orang miskin.
Gopal terpusing-pusing sesaat. Tangannya laju memetik beberapa helai daun lalu dikumpulkan pada jalan tar. Tindakan aneh Gopal diawasi Ochobot. Apa pula dia buat? Oh, ya... mana pergi kucing kelabu itu?
"Tukaran nasi lemak!"
Hampir jatuh rahang Ochobot setelah daun-daun yang dikutip Gopal tadi berubah sepenuhnya menjadi nasi lemak. Nasi lemak itu dibungkus Gopal dan dibawa pada Gentar. Belakang Gentar yang bertentangan dengannya digoyang.
"Aku ada buat nasi lemak ni. Makanlah."
Bagaikan orang kebuluran disodok bufet mewah, begitulah apa yang Gentar rasakan sekarang. Tangannya naik menyentuh nasi tersebut tetapi pantas dipukul oleh Gopal. "Kau nak makan nasi aku dengan tangan kotor tu? Baik kau basuh tangan! Guna botol kau."
Kedutan kecil muncul pada dahi Ochobot. Daun-daun yang kau kutip itu tak kotor pula?
Walau bagaimanapun, Gentar tetap menjamahnya bersama selera yang penuh. Bahkan, hinggakan terhinjut-hinjut menangis. "Kau memang terbaiklah, Gopal. Terima kasih sebab masakkan untuk aku."
Gopal menarik bibirnya naik ke telinga. "Heh, ini Gopal Ji lah. Nama kau Gentar, kan? Dey, kongsi sikit. Aku yang buat juga kan."
"Ha, nah. Nah. Aku bahagi dua..."
Ochobot mengedutkan muka. Hatta selapar ataupun senazak mana pun dia, jangan haraplah dia akan makan 'daun-daun' itu! Berani-berani si Gopal itu suap makanan sebegitu rupa pada Gentar? Dalam dia sibuk merenung Gentar dan Gopal yang ralit mengunyah, matanya terarah pada budak menyarungkan baju berdarah.
"Hei, kau okey ke?" Suaranya nampaknya mengejutkan budak itu. Membulat matanya bila kanak-kanak itu mencabut lari ke dalam lorong kecil.
"Kenapa, Ochobot? Ochobot!" Panggilan Gentar hanya sia-sia belaka kerana Ochobot makin mengejar bayang-bayang kanak-kanak tersebut. Lekas Gentar bangun mengikuti Ochobot. Segala sisa nasi lemak langsung dilupakan!
"Eh, eh, tunggulah aku!" Gopal membawa beberapa suap ke mulut. Tidak boleh jadi ini! Dibawa juga sebungkus nasi lemak itu berlari bersama-samanya. Dalam dia berlumba-lari, bolehlah dia makan sebutir tiga. Err... kira bersenamlah, kan?
Selepas beberapa tujahan ke depan, Gentar akhirnya berjaya memintas Ochobot. Termengah-mengah dia mengundur ke belakang sebelum menyambar Ochobot sambil meneruskan lariannya. "Siapa yang kau kejar ni?"
"Ha!" Ochobot berpaling ke kiri. "Budak tu masuk dalam hutan!"
"Okey!" Tanpa banyak soal, Gentar menyimpang arah ke dalam kawasan semak-belukar. Tidak jauh daripada mereka, kelihatan budak itu bersusah payah melompat setiap akar banir yang menghalang laluannya. Bersungguh-sungguh betul buat acara marathon dalam hutan hinggakan seluar Gentar sendiri sudah dimasuki daun kemuncup.
Pergerakkan Gentar yang bertambah deras memaksa jantungnya mengepam darah mengalir ke seluruh anggota badannya. Pinggangnya yang mulai lenguh dilawan sampailah...
Pap!
"Huh! Dapat pun kau! Kejap..." Tubuh kanak-kanak itu dipusingkan menghadapanya. "Kenapa baju adik berdarah ni? Adik tercedera ke?"
"Bukan!" Nafian itu datang daripada sebuah batang pokok. Kala budak itu melihat seseorang seusianya keluar daripada tempat persembunyian, kanak-kanak itu segera kembali pada kawannya.
Kawannya menyambung. "Itu baju abang kami. Nama wak, Wak Bagaga. Ni adik saya Bagogo."
"Peliknya nama..." Ochobot mengerutkan wajahnya. Macamlah nama dia dengan Gentar sendiri tak pelik!
"Baju abang kau orang? Apa yang jadi sebenarnya? Apa kau orang buat dekat sini?" Gentar meneroka kawasan sekitarnya menerusi pandangan mata. Bagai mengalami deja vu, tempat ini terlalu serupa akan lokasi dia bertemu sama Duri terlebih dahulu. Luas... lapang... hrm, ada tahi kucing...
"Huh... huh... huh... aduh, kenapa korang lari sampai sini?" Gopal melutut, mengambil nafas. Tidak semena-mena, riaknya berubah lantas hidungnya segera dikepit. "Ergh! Kenapa bau darah kuat sangat dekat sini? Busuknya!"
"Bau darah?" Gentar menghirup beberapa kali. "Tak bau apa-apa pun. Kau ada bau ke Ochobot?"
"Kalau bau darah... bau dari budak tu... HOI, APA KORANG BUAT NI?" Terbelalak mata Ochobot apabila pandangannya teralih pada kedua beradik itu.
"Mari, bang, encik kucing. Sempena promosi tahun baharu, kami jual kelengkapan barang dapur dan barang bukan dapur. Contohnya penyepit baju ni harganya 100 ringgit. Selepas dapat potongan 50 peratus, harga terus jadi 50 ringgit 50 sen! Mari beli! Mari beli!" Bersemangat Bagogo mengiklankan barangan-barangan yang dihamparkan di hadapannya. Siap tersusun cantik lagi di tikar!
"Sempat lagi kau orang berniaga? Hrm... penukul ni berapa satu?" Ingatkan Gentar hendak hentikan mereka, rupa-rupanya turut sama dalam urusan jual beli! Aduh, mahu menangis Ochobot rasa!
"Dey, harga penyepit baju tu 50 ringgit kan? Kejap, aku keluar duit..."
"Lupa 50 sen, pak."
Baru sahaja Gopal ingin mengeluarkan sekeping not 50 ringgit, pergelangan tangannya digigit oleh Ochobot. Terjerit-jerit Gopal menggoyang-goyangkan tangannya hinggalah terlepas kucing itu. Jatuh sahaja ke tanah, Ochobot menjerkah garang Gentar yang masih membelek tukul besar itu. "Gentar, ni bukannya masa nak beli-belah! Kau tak nak tanya ke apa yang terjadi kat abang dia orang ni?"
"Erk!" Kelam-kabut Gentar menyambut tukul yang hampir terlepas dari tangannya. Cepat-cepat dia berdehem sesudah meletakkan tukul itu ke tepi. "Sebenarnya... apa yang terjadi, Bagogo? Bagaga?"
Terkedu kedua beradik itu apabila disoal sedemikian. Bagogo menyiku abangnya, meminta abangnya bercerita. Berat Bagaga membuka mulut. "Sebenarnya bang, masa adiknya saya Bagogo dan abangnya kami berdua cari orang untuk kena tipu..."
"Bukan, bang chik! Bukan kena tipu, tapi kena beli!"
"Oh ya, maaf. Maaf."
Ochobot menghulurkan pandangan menyampah. Iya, iyalah itu.
Wak Bagaga melanjutkan ceritanya. "Niatnya kami ingin ke kampung sebelah, tapi abang kami mahukan jalan yang cepat. Makanya kami tiba di sini. Tiba-tiba, sebuah pintu dari bawah muncul dan menelan abang kami masuk ke dalam tanah!"
"Pintu?" Gentar menggaru belakang kepalanya.
"Iya, pintu macam tu, bang." Bagogo menunjukkan ke arah sebuah pintu yang timbul di tengah-tengah kawasan lapang itu.
Tiba-tiba, tubuh seseorang terpancut keluar daripada belakang pintu tersebut. Segera Gentar mendapatkan sosok tersebut. Ingin sahaja dia ingin menyentuh tubuh itu, namun melihatkan darah di merata-rata tempat, perbuatannya terjeda. Macam mana kalau ada tubuh yang patah?
"Sakit... sakit sangat-sangat." Tangan lelaki itu menggeletar memegang perutnya yang berlubang. "Saya... nak mati ke? Tapi saya baru nak keluar...."
Gopal memerhati situasi itu dari belakang. Lama dia menonton Gentar menunduk dan bercakap-cakap dengan lelaki itu. Tidak beberapa lama kemudian, Gentar bangun, berpaling ke arah mereka. Nadanya mendatar bertanya,
"Ini abang korang ke?"
Bagogo dan Wak Bagaga menggeleng laju. "Bukan, abangnya kami pakaiannya warna hijau, bang."
Gentar balik pada lelaki tersebut. Wajah lelaki itu disapu, membiarkan mata lelaki itu tertutup. Baju haorinya dibuka bagi menyelimuti lelaki itu. Pantas dia menghampiri kedua-beradik itu. "Abang nak masuk ke dalam kejap dan selamatkan abang korang. Oh ya, boleh tak korang jaga kotak ni?"
Kotak itu dijatuhkan perlahan di sisi mereka. Permukaan kotak itu digosok seraya matanya merenung dalam ke dalam mata Bagogo dan Bagaga. "Tolong jaga dia orang macam nyawa kau orang sendiri. Sebab kotak ni benda yang paling berharga buat abang."
"Ja... jangan kata. Kau nak masuk dalam tu?" Gopal melemparkan pandangan gelisah. Malangnya, dia hanya mendapat reaksi kebingungan daripada Gentar dan Ochobot.
"Mestilah! Kau pun Elemental Slayer juga kan? Dah, jom masuk! Aku kan kata aku nak jaga kau." Gentar siap-siap menarik pintu ke atas.
Menoya Gopal dibuatnya! Hidungnya disepit semakin kuat. "Tak naklah... dahlah busuk! Entah-entah ada syaitan yang mengerikan dekat dalam! Ergh... "
"Hrm... penakut rupanya," ejek Ochobot.
"Mestilah!"
"Heh, kalau kau terlalu gentar, rasanya lebih baik kau duduk sini. Biar aku pergi lawan syaitan tu sampai dia terketar-ketar!" Tahu-tahu sahaja Gentar sudah terjun ke bawah tanah bersama-sama si Ochobot.
Pintu yang masih ternganga luas itu dipandang Gopal, lega. Dia senang hati duduk bersandar di tepi dua beradik itu. Syukurlah... tidak perlu dia masuk! Kepalanya ditolehkan pada Bagogo dan Bagaga yang menayang wajah kecewa. "Apa?"
"Ish... ish... ish... langsung tiada sifat kepewiraan langsung abang ini!" Urat-urat mula timbul pada leher Gopal mendengarkan hinaan daripada Bagogo. Gopal membaling habuk-habuk pasir kepada kedua beradik itu. "Apa kau tahu? Kau budak kecil je!"
"Wak memang tak tahu apa-apa, bang. Tapi entahnya abang kami manusia biasa tengah lawan syaitan, abangnya Elemental Slayer masih duduk sini dengan pedang. Takut-takut gitu." Amboi, boleh tahan juga mulut si Wak Bagaga ini! Mesti daripada pengalaman hidup dalam dunia perniagaan!
"Yalah, yalah! Aku turun!" Gopal serta-merta bangkit daripada asyik menerima segala jenis makian yang keluar dari mulut budak-budak itu. Tidak padan dengan usia! Berani-beraninya! Air liurnya yang pahit ditelan ketika kakinya berdiri di hadapan pintu bawah tanah itu.
Ish, apa nak jadi! Jadilah!
DUSH!
"Hati-hati sikit, Gentar! Kau tu dahlah patah tulang belakang!"
Dua patah ayat itu berhasil menghancurkan semangat Gopal dalam sekali nafas. Warna kulitnya yang gelap berubah pucat mendadak. Teragak-agak Gopal mendekati mereka.
"Eh, Gopal? Kau tak gentar dah?" Gentar menghentikan hasratnya menyapa Gopal. Sudah kenapa kawannya ini menggeletar macam terkena sakit 'Parkinson'?
"A... apa maksud kau? Tulang belakang kau tak sembuh lagi ke? KAU KATA NAK JAGA AKU!" Gopal menggoncang tubuh Gentar sekuat hati.
Gentar laju menepis kedua belah tangan Gopal dari bahunya. "Eh, macam mana kau tahu tulang belakang aku patah? Oh, ya... aku ingatkan tempat ni macam rumah semut tapi rupanya macam rumah biasa je. Cuma koridor jelah yang panjang. Ha, apa kata..." Penerangan Gentar tidak didengari walau sedikit pun oleh Gopal bahkan Gopal lebih fokus untuk menenangkan dirinya sendiri.
"Tak apa, tak apa, kau mesti ada kuasa juga kan?" Gopal memandang Ochobot dan Gentar silih berganti.
"Haih... dia kuasa pun tak ada." Ochobot menghela nafas berat.
Sedetik.
Dua detik.
"HUH, TAK ADA KUASA? JADI DIA NI BUKAN GENTAR, DIA HAMPA!" Gopal menuding tepat ke hidung Gentar, menahan amarah.
"APA KAU KATA? AKU BOBOIBOY GENTARLAH!" dalih Gentar penuh berang. Suka-suka hati sahaja tukar nama anak orang!
"Kalau kau tak dapat lindungi aku, baik aku keluar!" Gopal menaikan hidungnya yang dikepit ke udara. Badannya melompat-lompat seraya tangannya cuba mencapai sisi pintu dari atas itu. Anehnya, pintu itu lama-lama bertambah menjauh darinya. "Peliknya... kenapa pintu ni macam makin jauh?"
Matanya disepetkan. Kali ini, cahaya matahari seolah-olah dilindungi bayang-bayang kecil. Eh, sebentar! Kenapa bayang-bayang itu seperti makin mendekat?
BUK!
"Korang! Kenapa korang ada dekat sini? Bukan abang suruh korang jaga kotak abang ke kat luar?" Gentar jadi panik bilamana menyedari Bagogo dan Bagaga ikut serta turun. Tapi tidak cemas pula bila Gopal dipenyek diduduki dua beradik itu.
"Itu pasai kami terjun, bang. Kami dengar suara-suara pelik dari kotak tu!" Penjelasan Bagogo menyebabkan Gentar tergaru leher. "Tapi tak bermaksud kau orang kena masuk dalam ni!"
"Gentar, kita kena bawa budak-budak tu keluar dari sini! Bahaya!" Ochobot menggesa Gentar yang menolong kedua beradik itu bangun.
"Eh, macam ma..." Ujaran Gentar dipotong secara tiba-tiba oleh satu suara.
"Eh, eh, eh! Tiada siapa yang boleh keluar dari sini sebelum permainan dimulakan!" Serentak itu, pintu di atas mereka tertutup rapat, meninggalkan siling yang beratapkan tanah gelap. "Selamat datang, peserta baru!"
"Peserta baru? Apa kau merepek ni? Kalau nak lawan, munculkanlah diri!" Gentar menggenggam penumbuknya, mencabar suara yang bergema itu. Namun, suara itu menyambut Gentar dengan tawa yang panjang. "Wah, nampaknya lauk pertama kita nampak terlalu ganas untuk ditawan! Untuk jadikan lebih menarik, apa kata kita pisahkan mereka?"
Kaki mereka masing-masing hilang keseimbangan gara-gara gegaran tanpa henti. Kalau terbangun sikit, pasti jatuh terjelepuk seperti nangka busuk! Tanpa disedari, dinding-dinding sekeliling mereka berubah menjadi blok-blok heksagon yang bergerak-gerak.
Tit! Tit! Tit!
Segaris merah di lantai menyala berkali-kali di bawah Bagogo yang terbaring lemah. Sebaik sahaja Gentar menarik kaki Bagogo ke belakang, sebuah dinding besar berdiri gah, memisahkan Gentar bersama yang lain. "Ochobot!"
Laungannya dibalas. "Jangan risau, Gentar! Aku okey! Adik dia dekat sebelah sana okey ke?"
Gentar berpaling ke arah Bagogo yang menggeletar sesaat. "Dia okey!"
"Macam mana ni? Macam mana ni?" Seekor kucing kelabu cemas berulang-alik ke kiri dan ke kanan. Naik hairan Gentar jadinya. Lah... ini siapa pula? Dahinya berkerut. "Kejap... kau ni kucing Gopal, kan?"
"Wah, wah, wah... nampaknya kita ada dua kumpulan sekarang!" Suara hos rancangan menambahkan ketegangan yang dialami. "Kepada dua kumpulan yang lazat sekali, selamat datang ke Amazey Labirin! Tempat di mana manusia bertarung atau dimakan!"
"Dimakan? Kejap... entah-entah kau syaitan, kan?" Sekali lagi, pertanyaan Gentar dijawab dengan gelakan terbahak-bahak oleh suara itu. Terpejam-pejam mata Gentar saat cahaya terang menyimbah mukanya. Matanya dicelikkan sedikit sementara wajahnya digerakkan perlahan ke kanan.
"Pintu mana pula ni?"
Gopal : Habislah! Habislah kita! Mesti aku akan mati ni! Kejap, kenapa ada skrip dekat tangan aku ni?
Ochobot : Oh, tulah skrip yang kita kena baca untuk sekmen Elemental Slayer!
Gopal : Sekmen Elemental Slayer?
Ochobot : Ha'ah... sekmen di mana semua maklumat tambahan tentang Elemental Slayer akan terungkap!
Gentar : Dan diberi gaji!
Ochobot :
Gopal : Eh, betul ke?
Nooroo :
Nooroo : Ah, ah kita sambung bab depan.
Gopal : BETUL KE?
⚡⚡⚡
Aduh, esok ada online class untuk semester kedua. Malasnya TvT *berguling-guling macam Gentar tadi*
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top