| 24 |

ELEMENTAL SLAYER
-------------------------
"Bagi Duri, kamu juga benda berharga buat dia ."
.
.
.


                                            KAKI itu terus melangkah memijak lantai kayu yang berkeriak-keriuk. Sesekali KuPuteri mengalihkan beberapa kotak ke tepi dibantu si Maripos. Bibir merah jambunya digigit lembut. "Sudah lama saya tak periksa bahagian bawah tanah ini... mana pula saya letak peti rahsia tu?"

   KuPuteri mengarah tangannya ke depan, mengeluarkan rama-rama biru yang menerangkan kawasan sekitar mereka. Serentak itu, bunyi letupan samar-samar bergema di luar.

   "Bunyi apa itu?" KuPuteri mempamerkan riak kerisauan. Maripos merenung ke atas seketika, memikirkan sesuatu.

  "Oh, itu mesti bunyi bunga api, tuanku. Bukankah malam ni pesta tahun baharu?" Maripos menggerakkan jarinya, membiarkan rama-rama birunya mengalihkan sebuah kotak ke tepi. Tiba-tiba, sebuah aura biru memantulkan keterujaan di dalam mata Maripos. "Tuanku, patik jumpa peti rahsia itu!"

  Kombinasi peti rahsia itu dipusing-pusing sampailah keluar bunyi 'tit' memasuki ruangan telinga. Pintu peti itu dibuka mengeluarkan asap-asap wap sebelum mempamerkan tiub-tiub berwarna ungu yang disusun di dalam sebuah bekas. Bekas itu kemudiannya bertukar tempat pada tangan Kuputeri.

  "Lekas! Kita kena segera ke..."

  "BOOM!"

  Dunia sekitar mereka bergegar bagaikan dilanda gempa bumi. Mujur KuPuteri dan Maripos sempat berpaut kuat pada dinding. KuPuteri mendongak laju. Gegaran itu datang daripada atas, bukan?

   Cahaya bulan menerobos bumbung rumah yang berlubang itu. Namun, cahaya itu sepertinya begitu terik untuk remaja itu. Berdesas-desus Gentar menahan sakitnya belakang kesan terjatuh daripada tingkat dua tiba. Tangannya meraba-raba kawasan lantai berkayu yang sudah membonjol kasar dan terhenti ketika merasakan cecair lendir melekat pada tangannya.

   "Urgh! Apa ni?" Gentar segera bangkit. Baru dia tersedar, tubuhnya disambut segumpalan cecair lendir semasa dia terjatuh! Eww... macam hingus orang sudah. "Jangan kata... aku mendarat dekat mayat-mayat Multimonster tadi? Eurgh..."

   "Gentar!" Suara seseorang menyerunya.

   Anak matanya serta-merta membesar, melilau mencari seseorang. Baru sahaja menoleh sedikit, dia sudah mengaduh pedih. Lehernya yang mencucuk diurut perlahan. Dia tersalah urat ke masa terjatuh tadi? Kepalanya jatuh ke bawah kemudian tanpa sengaja, dia terlihat seekor Multimonster kelam-kabut dengan sebelah kaki menuju ke pintu luar.

  "Itu mesti ketua Multimonster tu! Huh..." Seekor Multimonster melintas betul-betul di hadapannya membuatkan Gentar terkedu seketika. Lambat-lambat Gentar mendongak ke atas dan menyedari terdapat hujan Multimonster betul-betul di atas kepalanya. Ah, agak-agaklah! Terus Gentar mencabut langkah seribu bersama ketua Multimonster itu.

   "Gentar, sini!" panggil Ochobot dari atas. Langkah Gentar terhenti untuk memusing ke arah suara tersebut. Dari jauh, kelihatan Ochobot yang berpaut pada bahu Duri yang sedang bergayut pada tali durinya. Pantas Gentar menghulurkan tangannya sebelum disambut Duri.

  Larian ketua Multimonster jadi terganggu apabila anak-anak buahnya cuma terpinga-pinga. "Apa korang buat? Takkan tengok je? Pergi hapuskan dia orang!"

   Multimonster yang lain cepat-cepat menyahut arahan itu. Eleh, dia sendiri lari... salahkan kita orang pula! Ochobot membuang pandangannya ke bawah. "Rasanya dia orang dah mula nak naik ke sini."

   Gentar mengetap bibirnya. "Ketua cicak tukul tu pun dah hilang. Nampak gayanya, kita kena penyekkan dia orang satu satu sampai jumpa ketua tu. Tapi... ramai tu..." Sempat dia mencuri-curi pandang ke bawah. Lihatlah! Merayap ke atas seperti lipas!

  "Tidak perlu sampai penyekkan mereka." KuPuteri menyapa daripada belakang mereka bertiga. "Kita hanya perlu kalahkan ketua mereka dengan racun Wisteria."

  Terbeliak Gentar ketika botol kecil itu diperkenalkan Kuputeri. "Racun wisteria?"

  "Ya,  masukkan racun Wisteria ini ke dalam ketua Multimonster itu, dan semua ini akan tamat," jelas KuPuteri lantas menggenggam tangannya.

   "Macam mana kalau kita orang gagal?" Ochobot ragu-ragu bertanya apabila botol racun itu sudah berpindah tangan kepada Gentar.

  KuPuteri membalas dengan senyuman. "Saya yakin kamu bertiga dapat lakukannya."

   Gentar memeluk kuat botol tersebut lantas berpaling pada Duri. "Kau masih boleh kan, Duri?"

   Duri mengangguk.

  "Hmm!"

   Kipas diayunkan sekuat hati dari atas. Habis tergelincir dan tergolek-golek Multimonster-Multimonster itu dari dinding umpama drama Hindustan. Maripos mengesat peluhnya sekilas. Lama benar tuanku berbicara dengan tiga budak hingusan itu!

   "Penat dah ke, tok?" Gentar menegur Maripos bersama ejekan yang tidak bertapis.

  Tegang urat Maripos jadinya memerhati dalam-dalam Gentar yang dibawa Duri. Menyedari fokus Gentar dan Maripos kacau-bilau,  Ochobot menyentak mereka. "Kita kena fokus! Ketua Multimonster tu mesti ada dalam kalangan mereka!"

   "Kejar mereka! Kejar mereka!" Misi Multimonster itu berubah tumpuan apabila munculnya Gentar, Duri dan Ochobot. Bagaikan irama ombak, semua Multimonster itu bergerak mendekati Duri yang bergayut sekitar rumah banglo itu.

   "Ergh..." Berkedut dahi Gentar mencari kelibat ketua Multimonster itu. Masalahnya, mereka asyik bergerak sehingga dia tidak dapat bezakan walaupun satu pun! Sudahlah semuanya hijau belaka!

   "Kau dah jumpa ke, Gentar?" soal Ochobot.

  "Tak boleh! Dia orang banyak bergerak!" Gentar mengangkat kepalanya setelah merasakan ayunan mereka semakin lambat. Kelopak mata Duri kelihatan dibebani berguni beras sampaikan tersengguk-sengguk anak kecil itu.

   Gigi Gentar ketap. Dia mencelikkan matanya, memaksa matanya menggeledah ketua Multimonster dari segenap inci. Ah, dia kena cepat!

  "Jurus Ilusi Berganda."

  Kelibat Maripos berpecah setiap bahagian rumah tersebut. Jubah merah yang disarungnya lama-lama terangkat tinggi menyerupai rama-rama. Tidak semena-mena, cahaya berwarna biru yang keluar dari keempat-empat Maripos menyaingi cahaya bulan itu sendiri.

  "Tutup mata semua!"

  Segera Gentar memejam matanya, rapat. Tidak terlupa untuk menutup sebelah mata Duri. Mata yang lain pula dilindungi oleh kaki bulus Ochobot.

  Satu demi satu Multimonster yang ketiduran rebah ke tanah. Takut-takut ketua Multimonster itu membuka mata selepas merasakan cahaya biru itu tidak lagi menyimbah mukanya. Rautnya berubah melihat sebahagian anak buahnya kalah akan pukauan yang diciptakan Maripos.

   "Alamak, macam mana ni?"  Ketua Multimonster membuat keputusan untuk pura-pura menggelongsor sama anak-anak buah yang lain.

  Bentuk mata Gentar yang disepetkan automatik membulat luas saat menangkap sosok ketua Multimonster. Jarinya dituding ke arah Multimonster yang sudah gelabah itu. "Itu pun dia! Ketua cicak tukul yang tempang tu!"

  "Duri?" Gentar melengak pada Duri yang telah melelapkan mata. Ajaibnya, anak itu masih dapat bergayut dari dinding ke dinding bagaikan manusia labah-labah. Tidak boleh jadi!

   "Ochobot, jaga Duri!" Terus Gentar menolak Duri ke arah bumbung secara mendadak hingga KuPuteri yang berlawan dari atas sama-sama terperanjat. Ochobot terburu-buru berlari ke penghujung bumbung, menjenguk ke bawah.

  "Hoi, Gentar!"

   Multimonster-Multimonster yang menglunsur jatuh itu dipijak bagi menyerap daya untuknya mendarat ke bawah. Matanya tidak lepas pada sasaran yang meninggalkannya jauh ke depan. Laju pula ketua Multimonster itu berlari. Padahal sebelah kaki pun tiada!

   "MANA KAU NAK LARI, HUH!" Terhayun-hayun tangan Gentar mengejar ketua Multimonster. Mahu tercabut jantung si syaitan itu memandang cara Gentar memburunya! Serupa harimau mengikuti mangsanya!

  "Urgh!" Giginya digeser kuat seraya ketua Multimonster itu memotong tangannya kepada beberapa bahagian. Bahagian tubuh yang ditinggalkan itu langsung berubah menjadi Multimonster yang sibuk memutuskan diri masing-masing. Hah, padan muka manusia itu!

  Kakinya berubah arah. Dengan cara ini, dia dapat memancing manusia itu masuk ke dalam perangkapnya. Jika begitu, pasti raja syaitan akan menjemputnya pulang kem...

  "PAP!"

  Multimonster jatuh terduduk. Jantungnya berdegup kencang. Biar betul... selipar siapa depan muka dia ini? Selangkah dia bangun, sebelah pasang lagi mendarat di hadapan wajahnya.

  "Dapat pun kau! Payahlah kau ni..." Termengah-mengah Gentar setelah berjaya menyambar ketua Multimonster. Dia mengemaskan genggamannya. Meronta-ronta ketua Multimonster dibuatnya, meminta dilepaskan.  "Lepaskan aku! Aku akan makan kau! Jagalah..."

  "Lepaskan aku... aku akan makan kau... jagalah..." Sengaja Gentar mengherotkan bibirnya, mengajuk kata ketua Multimonster itu. Semakin bertambah amarah syaitan itu dibuatnya sedangkan Gentar senang hati menyeluk botol itu.

  Mendengarkan bunyi 'pop' daripada botol itu, Multimonster sekonyong-konyong memutuskan kepalanya lalu melarikan diri sebagai penanggal. Badan yang dipegang Gentar dicampak ke tepi lantas kepala Multimonster itu pantas digapainya.

  "Bismillah!" Kepala Multimonster itu disumbat ke dalam mulutnya diikuti beberapa tegukan daripada racun Wisteria itu. Gentar memegang tengkuknya yang terasa dicucuk-cucuk apabila dia berhasil menelannya.

  Duk!

  KuPuteri menjatuhkan kipasnya. Dia mengamati Multimonster-Multimonster yang  terkaku seperti disumpah menjadi batu. "Kenapa sebahagiannya berhenti menyerang?"

  "Gentar berjaya kalahkan ketua Multimonster... kot?" Ochobot menjatuhkan kakinya. Dia memusingkan tubuhnya ke pelbagai sudut, mengesan kelibat Gentar. "Tu pun dia!"

  "ARGH!"

  Pekikan itu mengejutkan Duri dari lenanya. Lehernya digerakkan pada sumber suara itu. Pandangannya terus difokuskan pada figura Gentar yang membongkok dari jauh. Tidak sempat Ochobot menyuarakan apa-apa, Duri terlebih dahulu turun.

  "Argh..." Gentar mencengkam dadanya, mencari nafasnya yang tersekat-sekat. Tekaknya terasa panas membahang. Langkahnya diatur ke hadapan seraya tubuhnya melawan rasa berdenyut-denyut yang bergema. Adakah ini sebab efek syaitan yang ditelannya... atau racun itu?

  "Manusia gila! Dia pergi telan klon aku!"

  Kabur-kabur dia melihat seseorang panik di sebalik sesuatu. Rupa dia seakan Multimonster tadi tetapi sekarang sebesar seorang manusia pula. Aduh, dia dah mula berhalusinasi ke?

  Eh, kejap. Bukan ke itu 'pintu' yang dibuka oleh Maripos tadi? Dia menyambung langkahnya. Botol racun yang masih tersisa itu dipeluk rapat. Ah... kepala dia sakit.

  "Aku kena lari! Tak mungkin aku nak lawan dia ni!"

  "Jangan... huh..." Nafasnya tenggelam dalam kelelahannya sendiri. Kakinya sudah menggeletar dalam setiap langkah yang Gentar cuba susun. Macam mana ini... kalau tidak, dia akan terlepas!

  "ZUP!"

  Badan Gentar tiba-tiba terapung di udara. Angin-angin mula menerpa tubuhnya tatkala dia digerakkan pantas oleh sekumpulan rama-rama bergerak menghampiri Multimonster yang sebenar.

  "Halakan tangan kau!" jerit Maripos.

  Gentar mengadapkan tangan kanannya ke hadapan. Dan... ZUK! Botol itu menembusi kepala Multimonster lantas dijatuhkannya ke dalam tubuh syaitan itu. Gentar diletakkan ke bawah seiring lolongan syaitan itu menerima kesan racun itu.

  "SAKIT! SAKIT! SAKIT!"

  Gentar menggagahkan diri bangun. Malangnya, dia terjatuh lagi.

  "AKU TAK NAK MATI! AKU NAK HIDUP!"

  Gentar kini sudah merengkokkan tubuh. Tangannya menggigil mengusap lehernya yang masih terasa panas mencucuk. Ketakutan yang dirasai syaitan itu turut menusuk dirinya. Adakah dia juga akan mati?

  Matanya dibuka perlahan-lahan. Sebuah esakan memenuhi ruangan, dan pada masa yang sama, syaitan Multimonster itu merangkak penuh lemah, ingin mencapainya.

  "Aku tak nak mati seorang lagi..."

  Tangan syaitan yang menggeletar itu digapai Gentar. Dia melawan rasa pedihnya demi membalas genggaman syaitan tersebut, berharap esakan syaitan itu akan menghilang.

  "Gentar! Gentar! Kau okey tak?"

  Sebaik sahaja mendengar suara-suara memanggil namanya, dia tahu dia akhirnya berada dalam keadaan selamat. Sebelum dia boleh bertindak balas, cahaya permandangannya terus malap.




















Nooroo : Huh... *perhati sekeliling*  tak ada orang? Ish ish ish, kena tolak gaji ni. ( Walaupun sekmen ni tiada gaji)

Nooroo : Kalau macam tu, nah meme percuma


















⚡⚡⚡

Pagi tadi sebenarnya tersalah urat... 💀 Tersalah urat leher pula tu. Dari pagi sampai sekarang berdenyut-denyut sakitnya.

Nak buat tarian angguk angguk, geleng geleng, tunduk tunduk pun rasa tak mampu. Sebabkan rasa sakit ni, kita alihkan jelah kat Gen... UHUK UHUK!

Alamak tetiba batuk palsu, jumpa bab depan jelah. Uhuk! Uhuk!

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top