| 20 |
ELEMENTAL SLAYER
-------------------------
"Bagi Duri, kamu juga benda berharga buat dia ."
.
.
.
AIR muka Rob tidak menunjukkan sebarang riak pun walaupun soalan Gentar sudah diulang beberapa kali. Gentar mengetap gigi, tidak puas hati. Bahu anak kecil itu digoncang. "Hei, jawablah! Retak'ka tu ketua kau orang kan?"
"Retak'ka... ketua... tolong... janji..." Malangnya, ngomongan rawak yang keluar daripada bibir Rob. Namun, tidak semena-mena mata Rob terbeliak besar. Lolongan Rob menyebabkan Gentar berundur ke belakang secara drastik.
Sebuah api biru menyala menjilat setiap raut wajah Rob. Gentar kehilangan kata melihat Rob meraung pedih sambil menghiris-hiris kulitnya yang hangus dijilat api. Ayat maaf yang penuh mendayu-dayu hampir memekakkan telinga Gentar.
"MAAF TUAN RETAK'KA! MAAF!" Rob kini tidak peduli kepala mayat kawan-kawannya yang sudah jatuh ke tanah. Fokusnya kini pada mukanya yang tidak berhenti terbakar. Dia merangkak ke arah Gentar tanpa sedar. "Maaf sangat-sangat..."
"PAP!"
Terhinjut bahu Gentar mendengar bunyi gelas dihempas itu. Baru sahaja Gentar ingin menempelak marah, remaja lelaki di sebelahnya terlebih dahulu bersuara. "Jauh sangat termenung. Ni aku buat air."
"Terima kasih... huh..." Belum sempat Gentar menyambut gelas itu, gelas itu dibawa lari tanpa rela.
"Apa? Ingat semua benda percuma ke? Bayar dulu 50 ringgit!" Remaja itu menghulurkan tangannya lantas menggenggamkannya beberapa kali.
Gentar membuat muka tidak puas hati. "Mahalnya 50 ringgit! Buat air coklat sejuk je. Bukannya koko tu kena import dari luar negara pun!"
"Dey, mahal sebab aku yang buat! Lagipun siapa suruh kau cadangkan benda tu dekat appa aku tadi?"
Beberapa jam sebelum...
Suasana perkampungan yang aman damai terbantut ketika tangisan garau memecahkan ketenangan penduduk kampung tersebut. Hatta kalau ada burung yang mahu mencari rezeki pasti akan pulang ke sarang ketakutan! Tetapi tidak bagi si Gentar dan Ochobot yang inginkan drama! Cepat-cepat mereka menjenguk perbalahan anak beranak itu tanpa diundang.
"Kamu kan ada kuasa!"
"Kuasa saya takat itu je. Ha, kucing saya tu pun dah hilang. Entah-entah dia pun takut macam saya juga." Selamba si anak meletakkan kesalahan pada 'power sphera'nya pula. Kaki si bapa masih enggan dilepaskan.
"Merepek! Kamu kan Gopal anak lelaki Kumaran! Mesti kena berani!" Encik Kumar cuba memberi semangat kepada anaknya namun ia cumalah seperti mencurah air ke daun keladi semata-mata. Jika beginilah, nampaknya dia tiada pilihan lain!
"Sama ada kamu anak lelaki Kumaran atau appa yang rotan!" Tanpa amaran, sebatang rotan sakti tiba-tiba dihayunkan oleh si bapa. Entah dari rotan itu datang pun tiada siapa yang tahu. Cepat-cepat Gopal melepaskan kaki encik Kumar dengan hingus yang masih melekat pada seluar bapa itu.
"Ampun, appaaa..."
"Jangan risau! Jangan risau! Saya boleh selesaikan masalah kamu semua orang." Atmosfera sekeliling mereka automatik berubah 360 darjah saat suara itu menyapa. Kedua beranak itu menoleh ke arah Gentar. Ini anak siapa pula ini?
"Saya pun Elemental Slayer juga..." Pengenalan Gentar dipotong oleh Gopal. Badannya didakap sepantas kilat. "Selamatkanlah akuuuu..."
"Ergh..." Gentar menolak wajah Gopal menjauhinya. Bajunya yang basah dengan lendir itu direnung, jijik. Ewww....
"Apa cadangan kamu?" Encik Kumar kelihatan berminat. Siap diketuk-ketuk rotan itu bagaikan cikgu Matematik. Tertelan air liur Gentar dibuatnya.
"Macam ni... memandangkan anak pak cik masih terketar-ketir nak berlawan dengan syaitan tu, kita bagi latihan tangan dekat dia iaitu.... latihan mencuci pinggan! Dengan itu, dia boleh berlatih sambil menghabiskan beras dekat rumah." Gentar menjelaskan bersama tangan yang terawang-awang. Amboi, ini nak bagi cadangan ke nak bentang idea mesyuarat?
Ochobot dan Gopal sama-sama saling berpandangan dan berkerut dahi. Siapa sahaja yang akan terpengaruh dengan idea macam itu? Tidak mungkinlah appa dia setuju...
Dan begitulah, dia... Gopal anak lelaki Kumaran terjebak dalam agenda propaganda ini. Haih... belum abad ke-20 lagi sudah ada agenda aluminium. Gopal meletakkan pinggan terakhir ke rak bersih. Memang masa-masa inilah orang ramai hendak berpusuk-pusuk tinggal di chalet penginapan bapanya.
Bukanlah chalet mana. Tetapi tanah ini bapa dia yang punya. Rumah-rumah kampung di kawasan tanah bapanya digunakan sebagai tempat penginapan sementara bagi pelanggan yang bermusafir.
"Dah siap basuh pinggan? Nanti basuh gelas ini pula!" Encik Kumar sengaja meletakkan sedulang gelas yang baru dikutip dari meja-meja makan. Ya, tempat penginapan bapanya ini bergabung dengan konsep restaurant sekali. Sebab itulah banyak pinggan mangkuk!
"Dengar tak?"
"Dengar! Dengar!" Segera Gopal mengambil berus pencuci pinggan. Lebih baik dia menurut kalau tidak mahu pahanya berbekas rotan sakti itu. Nasib bau sabun basuh pinggan ini wangi! Walau begitu, mulutnya tetap menyumpah seranah Gentar seraya tangannya ligat mencuci setiap bahagian gelas.
Mata Gopal menjeling tajam ke arah meja panjang yang digabungkan dengan meja kaunter itu. Itulah musuh abadinya berada! "Ingatkan nak tolong aku, tapi menambah kerja aku pula... eh, asal pula dia termenung jauh tu? Dia okey tak?"
"Bluurp!" Sementara itu, Ochobot sibuk melahap makanan kucing di luar halaman kedai. Katanya takut dia berak merata bak kata tuan kedai. Huh, sungguh tidak adil betul! Sudahlah sejuk makan dekat luar malam-malam macam ini. Padanlah kucing si Gopal itu lari.
Ochobot menjilat-jilat bibirnya yang masih tersisa sedikit habuk makanan. Walaupun binatang, kita kena jagalah maruah... meskipun dia power sphera. Dia pun kembali masuk ke dalam kedai bersama perut yang senang hati.
Tidak sempat Ochobot ingin menapakkan kakinya, sudah kedengaran perbalahan baharu dari dalam. "Aku bagi cadangan bagus kot. Kau saja yang tak nampak kebaikan di sebalik cadangan tu."
"Kalau ada sangat kebaikan, baik kau yang buat sendiri."
"Hei, aku dah lama basuh pinggan, tau."
Ochobot terhenti seketika di muka pintu bersama beberapa orang yang turut mahu melangkah masuk sama. Sama-sama terfikir, patut ke dia orang masuk, ya?
Gopal menarik muka ketika Gentar meminta gelas di tangannya. Sudahlah perangai minta kena rotan. Nanti aku yang kena basuh lepas dia minum. Hendak sahaja dia menyambung semula pergaduhan itu, tiba-tiba bulu romanya meremang.
"Nah, air." Gentar menerima gelas itu dalam keadaan terpinga-pinga. Buang tabiat ke apa? Air pun sudah sejuk.
"Selamat datang, selamat datang. Jemput masuk, jemput masuk. Nanti saya akan datang ke meja tuan-tuan dan puan-puan nanti." Gopal terus berubah menjadi pelayan yang peramah. Berbeza betul dengan gayanya dia melayan Gentar tadi! Perlahan-lahan Gentar mengalihkan pandangannya ke arah tingkap pintu yang tidak jauh dari mereka.
Patutlah, bapa dia intai dari situ rupanya.
Merasakan ketegangan semakin beransur, Ochobot akhirnya menjemput diri ke dalam kedai lalu memanjat ke sebelah kerusi Gentar. Yalah, sebelah lagi kerusi ada kotak Duri. Naik-naik sahaja, Gentar sudah membelek surat khabar.
"Apa yang kau baca tu?" Ochobot meletakkan kedua -kedua kakinya ke meja. Comel sahaja!
"Inilah festival yang aku cakap tu! Dia mula malam ni! Kau nak pergi sama-sama ke Ochobot?" Gentar teruja berkongsi halaman surat khabar itu dengan Ochobot. Ochobot mengecilkan mata bulatnya, membaca tajuk yang tentera, 'Festival Tahun Baharu'?
"Oh, festival tahun baharu. Sebab esok dah mula kalendar baru, jadi ada pertunjukan bunga api dekat sini." Muncul seseorang menunduk di sebalik meja kaunter, menerangkan kepada mereka berdua. Ochobot dan Gentar hanya mengiyakan sebelum terperanjat akan kehadiran pekerja itu.
"Siapa pula kau ni?" Ochobot menunding ke arah pekerja itu.
"Aku Invib Ot. Pekerja kat sini..." Malu-malu Invib Ot memberi namanya. Kawannya pun, bangunlah, janganlah tertunduk-tunduk sampai hampir masuk ke bawah meja.
"Invib memang macam tu." Gopal menyampuk bersama buku nota. Invib Ot menayang sengihnya lantas membantu Gopal menyusun kertas berisi pesanan pelanggan di meja kaunter.
Sempat lagi Gopal menyambung."Dia yang orang panggil 'manusia halimunan'. Tapi sebab dia suka duduk dekat penjuru atau tempat gelap. Dahlah pakai baju gelap."
"Oh..." Gentar mengangguk-angguk dan meneruskan amalan membacanya pada maklumat festival tersebut.
Ochobot yang ingin meneliti sama terganggu perhatiannya mendengar bunyi pisau kuat memotong bahagian ayam. Dia memandang Gopal yang mengeluh kuat. "Sebab tulah pelanggan hari ni ramai gila. Dia orang nak tengok festival tahun baru dekat kawasan kota seberang sana. Dan yang kena kerjanya, akulah!"
Takut-takut Invib Ot menyusun hidangan nasi lemak itu. Janganlah ganas sangat potong ayam itu, anak kedai. Nanti makan habuk ayam sahaja pelanggan itu nanti.
"Kalau macam tu, aku nak pergilah!" putus Gentar, teruja.
"Pergi mana?" soal encik Kumar saat tiba berdekatan mereka. Terus senyap Gopal itu!
"Pergi festival tahun baharu ni!" Gentar mengangkat surat khabar itu, menunjukkan ke arah encik Kumar. Habis terjatuh beberapa helaian surat khabar yang lain sehingga Ochobot turut menepuk dahi.
"Festival Tahun Baharu tu? Sempat lagi... festival tu mula 12 tengah malam nanti, kan? Pergilah, Gentar... eh, nama kamu Gentar, kan?" Encik Kumar bertanya kepastian dalam Gentar sibuk mengutip helaian surat khabar yang terjatuh. "Ya, nama saya Gentar."
Gentar menoleh ke arah jam dinding. "Kalau macam tu, saya pergi sekaranglah. Beg baju saya tu tinggal dekat sinilah, kan?"
"Iya, janganlah risaulah. Nanti ada itu pembantu Elemental Slayer tolong bawa-bawa barang-barang kamu." Encik Kumar mengipaskan tangannya sekilas.
"Terima kasih, encik Kumar. Jangan risau, jangan gelisah. Nanti saya datang balik." Gentar turun daripada kerusi diikuti si Ochobot. Kotak di sebelahnya digalas, kembali.
Gopal terhenti daripada melangkah. "Eh, kau nak bawa kotak tu sekali?"
"Mestilah." Gentar tersenyum lebar. "Sebab kotak ni sesuatu yang paling berharga untuk aku."
Masing-masing terdiam manakala Invib Ot telah mula menggaru-garu kepala sendiri. Kotak kayu macam itu pun boleh berharga, ya?
Suara Gentar diganti sama suara pelanggan-pelanggan sebaik sahaja remaja itu keluar. Gopal senyum sedikit. Akhirnya... hilang pun suara budak itu. Namun, tiba-tiba Gentar berpatah balik. "Nanti gelas aku minum tu tolong basuh, en?"
"PERGI SAHAJALAH, DEY!"
Brek kaki serta-merta dikenakan ketika mereka tiba di pintu gerbang yang diperbuat daripada kadbod. Besar-besar tertulis pada pintu gerbang itu; 'Festival Tahun Baharu 19XX'. Berpusu-pusu orang ramai masuk melalui pintu gerbang tatkala si Gentar meletakkan kotak yang disandangnya di sebelah pintu gerbang.
"Keluarlah, Duri." Gentar membuka pintu kotak, membiarkan Duri merangkak dan mendepakan tangannya ketika bangun. Comel betul budak kecil ini! Gentar mengusap-usap kepala Duri, barulah dia bangun bersama semangat yang penuh membara.
"Kita akan pergi festival tahun baharu ni sekarang! Jom! Jom!" Sorakan Gentar disambut Duri. Ochobot menyembunyikan mukanya dengan sebelah kakinya. Masakan tidak, semua mata memandang mereka berserta pandangan mengusik!
Ochobot kemudiannya memandang semula Gentar dan Duri yang masih menjadi pasukan sorak tidak berbayar. Memandang senyuman yang tidak lekang daripada kedua-dua mereka itu, membuatkan si kucing itu turut menggariskan rasa gembira yang sama.
Tak apalah, apa salahnya seronok sekali-sekala?
Gentar memimpin tangan Duri semasa masuk ke dalam. Yalah, kalau hilang, mahu panik dia! Kepalanya diangkat ke siling langit yang dihias tanglung dan beberapa hiasan yang digantung. Wajahnya dijatuhkan kembali melihat persekitaran manusia-manusia bersiap-sedia menyambut tahun baharu. Ada yang memakai baju kurung, baju samfoo malah ada siap menyarung sari!
Tahun baharu, ya?
Kalau ikutkan, berapa umur dia tahun ini? 15 tahun? 16 tahun? Walaupun hidup dari keluarga ke keluarga yang lain buat beberapa tahun, dia masih tidak tahu sangat fasal diri dia. Setiap kali dia melihat pantulan dirinya pada cermin, pasti terasa seperti melihat orang asing.
"Eh, Duri!" Padah mengelamun ke bulan, sedar-sedar tangannya sudah tidak lagi diggenggam oleh budak kecil itu. Baru sahaja mahu cemas, Gentar berjaya menangkap kelibat Duri di hadapan sebuah gerai burger yang kecil. Siap dengan Ochobot lagi.
"Kenapa kau orang dekat sini? Tak bagitahu aku pula?" Gentar bercekak pinggang, buat-buat garang. Siapa suruh buat jantung dia hampir tercabut tadi?
"Eh, Gentar. Aku dah bagitahu dah kau... tapi kau nampak macam terkena angan-angan Mat Jenin, aku biar jelah. Lagipun bau burger ni sedaaap..." Ochobot beura-ura untuk menyentuh daging di dapur panggang itu sebelum ditepis oleh penjual itu.
"Jangan sentuh! Panas!" sergah Pak Mat, si penjual.
Gentar merenung Duri yang duduk goyang kaki di kerusi plastik itu. Syaitan pun suka bau burger, ya? Gentar turut sama menghirup bau rempah ratus daging burger digoreng sampai perutnya berkocok, lapar. Pantas dia memegang perutnya, menyorok rasa segan.
"Kalau lapar, belilah. Jangan risau, pak cik bagi diskaun. Boleh makan sekali dengan adik kamu ni." Pak Mat menawarkan tawaran panas. Gentar yang cepat terperdaya laju sahaja memeriksa dompetnya. Ha, cukuplah ini!
"Kalau macam tu, saya nak burger ayam dua." Ayat Gentar terhenti ketika kakinya dipaut Ochobot. Sudah kenapa pula kucing ini. Mahu termuntah dia tengok muka sepuluh sen itu.
"Ada lagi?" Wah, Pak Mat siap mencatat!
"Nak daging burger lembut. Bagi dekat kawan saya yang mengada ni." Ochobot menayang muka tidak puas hati apabila diperli begitu. Tetapi tidak mengapalah, asalkan dapat melahap lagi!
Sedang menunggu setiap daging dimasak setiap bahagian, tidak fasal-fasal terdapat tangisan aneh tidak jauh daripada mereka. Serentak mereka bertiga termasuklah Pak Mat menoleh ke arah kanan gerai. Terdapat dua budak lelaki giat memujuk rakannya menangis teresak-esak.
"Dah kenapa itu?" Pertanyaan Pak Mat dibiar tergantung. Lekas Gentar turun daripada kerusi. "Kau orang tunggu kejap, ya?"
"Janganlah nangis, Vijay. Saya lempang kamu karang." Daripada sesi memujuk, terus jadi sesi mengugut. Vijay yang mendengar ancaman kawannya apa lagi? Makin kuatlah menangis kawan.
"Kenapa ni?" Gentar bertanya, takut-takut. Risau pula kawan budak ini. Nanti dirinya pula dilempang menjadi lempeng.
"Bola Vijay termasuk dalam lorong gelap tu. Tapi kita orang takut nak ambil." Kawannya yang memakai cermin mata menunding ke arah koridor gelap yang langsung tidak disinari sebarang cahaya. Hanya bayang-bayang tong sampah besar sahaja kelihatan dari jauh.
'Eleh... benda kecil sahaja," bongkak Gentar di dalam hati.
"Jangan risaulah! Abang ambilkan, ya?" Berlagak hero, Gentar bergerak masuk ke dalam lorong gelap itu bersama keberanian dan keyakinan yang melampau. Padahal mahu ambil bola sahaja!
Samar-samar dalam kegelapan, Gentar memeriksa di sebalik dan sisi tong sampah itu. Ha, sudah. Mana pula bola itu pergi? Gentar mengintai di bawah tong sampah itu dan diperanjatkan sama tikus yang berlari mengejut ke arahnya.
"AHHH!" Gentar jatuh terduduk. Sewaktu dengan itu, telinganya mendengar bunyi aneh dari arah kanannya. Dengar macam jauh. Kalau arah kiri dia dinding, sepertinya dia tiada pilihan lain melainkan pergi ke sana.
Lambat-lambat Gentar mengorakkan langkah ke lorong lebih gelap. Semakin dia hampir, makin kuat rintihan kecil itu berdesing di telinganya lalu berhenti serta-merta. Air liur ditelan terasa kesat. Tahu-tahu sahaja, sebiji bola bergolek tepat terkena hujung kakinya.
"Ah, dekat sini rupanya..." Gentar mengutip bola itu, girang hati. Kalau macam ini, senang sahaja kerjanya. Hendak takut apa lagi? Ketika Gentar membelok ke tepi, nafasnya tersekat.
Sosok yang setinggi lapan kaki berdiri tepat di hadapannya. Juga betul-betul di sebelah sosok itu, seorang wanita yang mempunyai dahi berlubang bersama darah yang tersembur keluar. Bergetar nada Gentar seraya mukanya diangkat dengan lambat.
Rupa itu... bukan manusia, kan?
Ochobot dan Duri : *tunggu Gentar dan burger dimasak*
Ochobot : Uh... Duri suka haiwan apa?
Duri : Huh? Erm... *teringat Gentar mengamuk macam kucing*
Ochobot : Kalau aku, aku suka burung.
Duri : Huh... *pandang Ochobot pelik*
Ochobot : Apa?
Duri : *geleng kepala* *fikir lama-lama*
Pak Mat : *letak daging atas roti* Fikir apa lama-lama tu?
Duri : *tunjuk Ochobot*
Ochobot : Kau... kau suka haiwan berbulu?
Duri :
Duri : *pandang tempat lain*
Ochobot : Apa?
Pak Mat : *dalam hati* Bila abang dia orang nak datang? Penat aku tengok.
⚡⚡⚡
Yay! Akhirnya Gentar jumpa juga syaitan tu!
Gentar : Tolong aku! Ahhhhh!
*korek telinga* Lah bunyi apa pula tu? Ha, sekarang ni aku dengar lagu 'Boku Wa', lagu opening The Dangers In My Heart. Sedap gila! Nampaknya lagu ni akan tergiang-giang dalam kepala aku sampai aku naik bosan. 😔
Okeylah, jumpa bab seterusnya!
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top